17 Nov 2015

3 MP PAS Tolak Bajet 2016, Yang Lain Istiqamah Untuk Bersama UMNO BN

Hanya 3 ahli Parlimen PAS undi tolak Bajet 2016, dedah Mahfuz

Hanya 3 daripada 14 ahli Parlimen PAS yang mengundi menolak Bajet 2016 hari ini semasa sesi pengundian belah bahagi (blok) dijalankan, dedah Datuk Mahfuz Omar.

Ahli Parlimen Pokok Sena tersebut merupakan salah seorang daripada 3 wakil rakyat yang menolak bajet itu, 2 lagi ialah Ahmad Baihaki Atiqullah (Kubang Kerian) dan Datuk Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh).


"Saya undi minta bajet baharu. Kalau tidak silap ada 3 orang, saya, Pasir Puteh dan Kubang Kerian.

"Saya tidak tahu yang lain undi apa, pasal mereka duduk blok lain," kata Mahfuz ketika ditemui di lobi Parlimen sebaik selesai pengundian.

Katanya, langkah menolak bajet dibuat kerana beliau tidak mahu membebankan rakyat.

"Saya undi menolak kerana saya sayangkan rakyat, saya tidak mahu bajet yang membebankan rakyat,"
katanya.

Semasa sesi pengundian berlangsung, 7 ahli Parlimen PAS tidak hadir.

Dewan Rakyat hari ini meluluskan bacaan kali pertama rang undang-undang Bajet 2016 selepas kerajaan memperoleh 128 undi yang menyokong, sementara 74 lain menolak.

PAS sebelum ini sudah membuat pendirian mengambil sikap berkecuali daripada keputusan Pakatan Harapan yang mahu memboikot Bajet 2016 yang dibentangkan pada 23 Oktober lalu. – TMI.


KEPUTUSAN PENGUNDIAN BAJET 2016

Pengundian baru selesai sebentar tadi.

A. 128 AHLI PARLIMEN MENYOKONG
(kiraan tidak rasmi)
=> 127 ahli BN
=> 01 ahli BEBAS Tan Sri Khalid Ibrahim

B. 74 AHLI PARLIMEN MENOLAK
(kiraan tidak rasmi):
=> Kesemua 30 ahli PKR hadir dan menolak.
=> 35 ahli DAP hadir dan menolak, 01 digantung [Lim Kit Siang (Gelang Patah)] dan 1 tidak hadir
=> 06 ahli AMANAH hadir dan menolak
=> 03 ahli PAS menolak

C. Dari 14 ahli parlimen PAS, dilaporkan:

a. 04 TIDAK HADIR:
1. Hj Hadi (Marang)
2. Hj Wan Hassan (Dungun)
3. Khairuddin Attakiri (Kuala Nerus)
4. Siti Zailah (Rantau Panjang)

b. 07 HADIR DAN BERKECUALI
1. Takiyuddin Hassan (Kota Bharu)
2. Nik Abduh (Pasir Mas)
3. Nasrudin Tantawi (Temerloh)
4. Idris Ahmad ( Bukit Gantang)
5. Izani Husin (Pengkalan Chepa)
6. Ahmad Marzuki (Bachok)
7. Che Rosli (Hulu Langat)

c. 03 HADIR DAN MENOLAK:
1. Mahfuz Omar (Pokok Sena)
2. Nik Mazian Nik Mohamad (Pasir Puteh)
3. Ahmad Baihaqi (Kubang Kerian)


ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan berjalan.... sekarang ternyata siapa PENGKHIANAT RAKYAT YANG SEBENAR, siapa yang TIDAK ISTIQAMAH MENUJU KEMENANGAN....

Tatkala masing-masing ahli parlimen pembangkang mengundi untuk menolak Bajet 2016, ahli-ahli parlimen PAS kecuali 3 orang, telah bertindak untuk berkecuali.

Sekalipun ada yang berhujjah menyatakan bahawa walaupun jika kesemua MP PAS bertindak untuk menolak Bajet 2016, kita tidak akan menang sebab jumlah kita masih tidak mencukupi untuk melawan BN, namun yang utama ialah pengkhianatan terhadap mandat rakyat tidak sepatutnya berlaku.

Hujjah Presiden PAS kononnya Bajet 2016 Bajet 2016 mampu mensejahterakan rakyat sekalipun tidak mematuhi syariah adalah sesuatu yang amat dikesalkan. Jika demikian bererti PAS bersekongkol dengan UMNO BN untuk melakukan sesuatu yang tidak mematuhi syariah. Yang anehnya, Presiden PAS, seperti di dalam kes-kes terdahulu, lansung tidak hadir sidang parlimen.


PAS mengkhianati rakyat dimana di dalam pilihanraya umum yang lalu, rakyat mengundi mereka di atas kapasiti mereka seorang ahli Pakatan Rakyat yang sepatutnya mereka bersama dengan PR untuk sebarang keputusan di Parlimen. Tetapi mereka mengambil pendirian untuk bertindak melawan aspirasi rakyat malah dilihat cuba untuk bersekongkol dengan UMNO BN dengan tidak menolak Bajet 2016.

Di Selangor pandai pula mereka menggunakah hujjah apabila tidak mahu meletakkan jawatan di dalam kerajaan Selangor di atas alasan kononnya rakyat telah memberikan kepercayaan kepada PR!


PAS juga dilihat sebagai parti yang tidak istiqamah untuk menuju kemenangan apabila mereka bertindak tidak menolak Bajet 2016 sekalipun ia tidak mematuhi syariah. Kerana katanya asalkan ia mensejahterakan rakyat. Ada korupsi tidak apa, ada rasuah tidak apa, ada hasil judi arak tidak apa, ada penyelewengan tidak apa, ada kes besar seperti 1MDB dan derma RM2.6 bilion tidak apa.... asalkan rakyat sejahtera! Itu logik dan hujjah mereka!

Jika demikian halnya juga, pemerintahan Quraisy Mekah pun tak perlu ditentang leh Rasulullah, kerana ada juga yang dilakukan oleh Abu Jahal dan Abu Lahab yang mensejahterakan rakayt Mekah ketika itu. Tetapi Rasululllah menolak untuk bersekongkol dengan pemimpin Quraisy Mekah, walaupun ditawar menjadi menteri, jadi raja. Apa jawab baginda? Rasulullah berkata “Wallahi, Demi Allah. Seandainya mereka meletakkan matahari di tangan kananku, dan bulan di tangan kiriku, agar aku menghentikan dakwah ini, niscaya aku tidak akan menghentikan dakwah ini hingga Allah memenangkannya atau aku binasa.” Baginda tidak menyatakan aku berkecuali, baginda tidak menyatakan kita boleh bekerjasama dengan kumpulan Quraisy Mekah di dalam hal-hal untuk mensejahterakan rakyat...

Istiqamahkah dengan cara PAS itu? Itukah hasil laungan "fastaqim" mereka? Ya, yang nyata ialah istiqamah untuk bekerjasama dengan UMNO BN.

Hukum kebenaran dan keadilan akan berjalan... PAS akan tetap binasa dan akan tetap menerima hukumanNya.

Hujjah Rafizi mengenai Bajet 2016

22 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju. Memang itu yang mereka mahu tapi PKR maseh tidur dalam buayan.

Tanpa Nama berkata...

syukur dan tahniah masih ada umat yg berani berkata benar dihadapan pemimpin yg zalim yg didokong oleh ulamak yang menjilat.

kita tunggu apakah mujahideen bertiga ini akan diberi gelaran2 keji oleh puak yg berfikrah khawarij yg berimamkan org yg pro syiah yg merasa maksum.

bagi MP pas yg berkecuali, sila undur diri.. rakyat bukan bagi elaun buta utk kau ke parlimen dn berkecuali. rakyat suruh kau berjuang utk rakyat disaluran yg betul iaitu parlimen lah.

kalau nk berkecuali beruk dihutan pun semua berkecuali.

kalau takutkan imam maksum kau tu, maka tanggalkan serban kupiah dan gelaran ustaz tu. bukan suruh pergi perang jihad. suruh bela rakyat dlm parlimen pun tk mampu

Tanpa Nama berkata...




Apakah TUJUAN...Nabi di Utus?
Kalau Bukan...Membela UMMAT
Membela Ummat...Dari Si RAKUS
FITNAH Merompak...Keringat Rakyat


Apakah TUJUAN...Wahyu di Turun?
Kalau Bukan..."RAHMAT" Sejagat
Se Mutlak7-KBNARAN...Wajib di Santun
Se Kudus7-KeADILAN...Mnjd Matlamat


Apakah Pengajaran...Di Perang UHUD?
Bukankah "HARTA"...Mengaburi Minda??
Tunggang TERBALIK...Segalanya Ber Serabut
Apabila "HARTA"...Ber Takhta di Dada


Apakah TABIAT...Si Ahlul Kitab?
Yg Kononnya Ber IMAN...Kepada Musa??
FITNAH Kesumat...Sandiwara GELAP
HARTA lah Puncanya...Nabi Di Hina




Apakah TUJUAN...Kesah Nabi2?
Adakah Be KOMPROMI...Dgn Kezaliman??
Adakah Be KOMPROMI...Dgn Ummat Di Zalimi???
Adakah KOLOBRASI...Dgn Bejat & Ke Mungkaran????








Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
ISTIQOMAH lah Sprt...Langit & Bumi
Sujud-AMANAH...Sentiasa Mem-BERI
Tiada Meminta...Tak Sesekali Men-CURI
Saling Mem-BERI..."Miracle" yg Azali
Semakin Mem-BER...Berganda2 Dilimpahi


Tak Meminta GLAMOR...Tak Sesekali Men-CURI
Bukannya Sprt...Firaun dan QARUN
Bukannya Sprt...MUNAFIK Yg Keji
Yg Syirik & MURTAD...Turun Temurun
HARTA dan Kuasa...Ber Tuhan di Hati
Fitnah yg Rakus...Penyamun di Santun

Tanpa Nama berkata...




Apakah TUJUAN...Nabi di Utus?
Kalau Bukan...Membela UMMAT
Membela Ummat...Dari Si RAKUS
FITNAH Merompak...Keringat Rakyat


Apakah TUJUAN...Wahyu di Turun?
Kalau Bukan..."RAHMAT" Sejagat
Se Mutlak7-KBNARAN...Wajib di Santun
Se Kudus7-KeADILAN...Mnjd Matlamat


Apakah Pengajaran...Di Perang UHUD?
Bukankah "HARTA"...Mengaburi Minda??
Tunggang TERBALIK...Segalanya Ber Serabut
Apabila "HARTA"...Ber Takhta di Dada


Apakah TABIAT...Si Ahlul Kitab?
Yg Kononnya Ber IMAN...Kepada Musa??
FITNAH Kesumat...Sandiwara GELAP
HARTA lah Puncanya...Nabi Di Hina




Apakah TUJUAN...Kesah Nabi2?
Adakah Be KOMPROMI...Dgn Kezaliman??
Adakah Be KOMPROMI...Dgn Ummat Di Zalimi???
Adakah KOLOBRASI...Dgn Bejat & Ke Mungkaran????








Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
ISTIQOMAH lah Sprt...Langit & Bumi
Sujud-AMANAH...Sentiasa Mem-BERI
Tiada Meminta...Tak Sesekali Men-CURI
Saling Mem-BERI..."Miracle" yg Azali
Semakin Mem-BER...Berganda2 Dilimpahi


Tak Meminta GLAMOR...Tak Sesekali Men-CURI
Bukannya Sprt...Firaun dan QARUN
Bukannya Sprt...MUNAFIK Yg Keji
Yg Syirik & MURTAD...Turun Temurun
HARTA dan Kuasa...Ber Tuhan di Hati
Fitnah yg Rakus...Penyamun di Santun

Unknown berkata...

Salam:


The TALE of 2 LEADERS:

Semasa di UM 1974,Anwar lead students membela rakyat termiskin Baling Anwar di ISAkan oleh bapa Najib selama 2 tahun..Hmuda melayu kampong yg gagal dlm pelajaran.Hadi di mana? semasa di ABIM Anwadi di mana?1978 Anwar dan gruop anak muda menubuhkan yayasan Anda untuk anak2 ar dan group2 pemuda,memulakan pemakaian bertudung bagi kalangan wanita muda di University,masa tu mak-mak kita tak pakai tudung cuma selindang sahaja.Hadi di mana?1981 Anwar dan beberapa kawannya decided nak join UMNO,kononnya nak memeperbaiki dari dalam.Di Rusila pula Hadi dengan garangnya,telah menyatakan Anwar dan group2nya masuk dalam Tong Najis,mana boleh memeperbaiki bila kita berada bersama-sama najis, 1981 juga AMANAT HADI di nobatkan,riuh-pikok rakyat diterengganu dan seluruh Malaysia.Sembahyang dua imam,ramai penceraian berlaku.Pergelutan kuasa umno,antara mahadey/musa hitam berlaku,musa hitam dipersalahkan kejadian memali,musa hita letak jawatan,ku li lawan mahadey,ku li kalah,Mahadey team Anwar terbaik memerintah negara,sejak 1993-1997,tiada kenaikkan TOL dan PETROL berlaku,saham-saham persaorangan melonjak,1994 orang2 berbaris berpusu-pusu di pejabat MIDA ampang nak ambil borang.Ramai instant jutawan melayu di cipta.Betulalh dlm UMNO/TONG najis,ramai pehak dengki-mengdengki,jatuh menjatuhkan,akhirnya Anwar dijatuhkan melalui buku 50dalili,Kesemua konspirator telah Mati,dolah dugung mati kepala tengkorak busuk,dr.ristina mati terjatuh,Megat jonet mati mengerikan,hakim gula2 hacks mati tak kesampaian,hakim Lamin mati dgn hartanya dan anakbininya berterabur,hakim jaka mati macamtu sahaja,Zizan kematian isteri,cuma yg masih hidup Mahathir dan X-IGP (sewel) dengar cerita.Bila Anwar diterajang,kawan2nya di ABIM dulu Fadhil noor yg banyak menolongnya.Bila Anwar tidak berada dalam tong Najis ,Hadi sepatutnya meraikan Anwar...Tapi TGNA yg beria-ia bersama Anwar,Bila Anwar Jadi ketua pembangkang?Hadi kamu bagaimana?PELIK bin AJAIB ,perjuangan kamu di RUSILA didepan pengundi-pengundi kamu..bagai nak RAK,SEKARANG Anwar betul-betul berjuang untuk RAKYAT berada di sungai buluh "MERENGKUK"dalam penjara,kamu pula bersenang-senang nak masuk dalam tong najis pula.

Hadi:Bila kamu diberi peluang membela rakyat di parlimen Kamu PONTENG semahu-mahunya.Nak tanya sikit betul ka kamu di dalam tong najis sekarang?
Ulamak yg mengikut cara rasulallah tidak payah,mencanang diri dan menjual maruahnya untuk cari"KEMULIAAN".KEMULIAAN itu akan datang dgn sendirinya,diberi kurnia oleh ALLAH diatas "KEIKHLASANNYA.

wallah'ualam

Unknown berkata...

Agak2 tuang presiden antar surat kat spikar perlimen apa alasannya...atau bg surat mc.. asyik taidak hadir je... kalau tak pakai serban dan jubah takpe.. takde rasa malu...takkan takde sape bg tahu yusof qardawi perangai tuang presiden ni.. dah sampai tahap memalukan org islam..

Tanpa Nama berkata...

Apa? Mereka berkecuali semuanya walau dah tahu tak menang punya. Nah. Tuan2 tulislah apa nak kata kat ruang kosong di bawah ni. Print dulu baru tulis. Hantar segera ke mana2 pejabat pas.

















































Jumpe di sana..

Tanpa Nama berkata...

MP Temerloh,harap undur,menyesal kami undi kamu utk mewakili kami sbg pembangkang.Mmg makan gaji buta.mu lebih baik masok Umno.Mana janji2 masa kempen dulu,buat perhabis duit dan Tenaga kami menyokong kamu.Ingat kami ni pengundi atas pagar.Menyesal betul,pui!!!lps ni jgn hrp pas nak mng!

Tinta.Muallimah berkata...

saya berkecuali dalam pru14 boleh tak ? lelah dah..dapat mcm2 bebanan. undipon x dpt bantu.

Tanpa Nama berkata...

Hadi selalu xdtg je elok.xpayah jd ahli parlimeng..jd nelayang je kan senang..dulu beria2 kata xlaratla/xshtla/nk letak jawatang la...la ni time ramai org suruh die letak jawatang,liat plak,beria2 pertahang jawatang...aje buruk perangai2 ulamak cap siku lutut nih.kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

nak tanya Hadi,dan wan rusli apa hukumnya gaji dan elaun seprti di bawah dalam islam:Bila memanjang ponteng parlimen?

received a Whatsapp Image which reads Hadi's Monthly Income as: (1) Gaji & Elaun MP Marang= RM23k (2) Gaji & Elaun ADUN Rhu Rendang= RM17k (3) Elaun Presiden PAS= RM6k (4) Elaun NP 3 KUS= RM6k (5) Pencen Ketua Pembankang= RM5k (6) Pencen MB Trengganu= RM30k (7) LIAN2 KEMUDAHAN HIDUP SARAAN KERAJAAN PERSEKUTUAN & NEGERI. JUMLAH PENDAPATAN KASAR BULANAN HAMPIR RM90k.

Tanpa Nama berkata...



Pendirian Islam Hadi sudah lemah dengan menyatakan tanpa syariat pun apa yang Najib buat boleh mensejahterakan rakyat.

Tujuan syariat dan niat syariat yang sebenarnya yang dibawa oleh Nabi saw di ketepikan demi Najib bani melayu.

Yang kita sendiri faham lah, ini bermakna syariat Najib lebih penting iaitu untuk kesejahteraan dunia. Dan syariat Nabi saw tidak penting boleh di sampingkan kerana syariat Nabi saw hanya untuk akhirat dan merugikan dunia.



Tanpa Nama berkata...



Matlamat UMNO untuk mendapatkan kemenangan bagi BN dan mentadbir negara bersama-sama dengan MCA dan MIC.

Oleh itu, apa yang sebenarnya dimaksudkan PAS berkerjasama dengan UMNO tidak akan menyertai BN. Tidak perlu di jelaskan kerana PAS tidak boleh menyertai BN buat masa ini kerana isu hudud masih bernyawa.

Gambaran yang dapat dilihat sekarang ialah PAS yang berubah dan mengikut cara serta fahaman BN.

Unknown berkata...

Minta tuan gb buat petisyen utk dihantar pd tuan yusuf qardhawi kes hadi marang beserta bukti2.
Sy org pertama yg akan tandatangan sokongan.
Sgt memalukan perangai org yg mendabik dada perasan berilmu tinggi tetapi tidak amanah

Tanpa Nama berkata...

tiada lagi 9 undi dari keluarga saya untuk PAS Kota Bharu

Tanpa Nama berkata...

Terbaikk saudara

Tanpa Nama berkata...

Bro tuang presideng busy bro selaku timbalan ulamak sedunia. Selesaikan masalah dunia. Pastu jadi penasihat PM mesia. Mana ada masa.

matkebunkuda berkata...

tambah aku 8 orang pengundi,
aku janji akan kempen kawan-kawan aku supaya tidak mengundi wakil rakyat kota bharu seperti mana aku kempen mereka pada pru ke13.

Abdul Said berkata...

Undi Aji Adi sama macam undi Najib atau pun Nazri atau pun Bung Mokhtar!!

Tanpa Nama berkata...

NAMPAK SUDAH BERAPA JAUH CARA PEMIKIRAN SEORG ULAMA DENGAN SEORG PAKAR EKONOMI SEPERTI RAFIZI YG HE CAN DETECT SATU -PERSATU MASALAH DAN PENYELEWANGAN YG BAKAL DILAKU MR. NAJIB N ISTERINYA. BAGI MEREKA YG BIJAK PANDAI TRY CALCULATE WHICH YG BANYAK KUTIPAN DARI MR NAJIB DAN ISTERINYA 19X365 PER SEORG RAKYAT VS BRIM RM0.14 × 365 PER SEORG RAKYAT M,SIA. IF TIS BERLAKU DI NEGARA LAIN, TAK PERLU AMBIL JAUH-JAUH JUST AMBIL THAILAND FOR EXAMPLE, RAKYAT SANGGUP MEMBERONTAK SAMPAI TUKAR KERAJAAN,SAMPAI CEROBOH BANGUNAN PARLIMEN SEMASA DIAORG GULING TAKSIM HARI TU. BUT APA BLH BUAT RAKYAT DIBUTAKAN DENGAN MELIHAT KEBURUKKAN TAPI TAK NAK ANALISIS SECARA DETAIL WHY RAKYAT THAILAND DO TAT.HAVE U DO ANALYSIS MALAYSIAN PPL ESPECIALLY UMAT MELAYU KESAYANGAN PAS DAN UMNO? IF LEARN HISTORY LEBIH MENDALAM LAGI, REMEMBER WANITA BERNAMA IMELDA MARCUS DI FILIPINA YG SANGGUP BELI KASUT BERBILLION US DOLLAR SEDANGKAN RAKYAT FILIPINA MERANA DIBUATNYA SEMASA PEMERINTAHAN SUAMINYA. TAKKAN U ALL TAK PERNAH NAMPAK PERSAMAAN IMELDA MARCUS DGN ROSMAH. HAVE U THINK ABT IT ESPECIALLY UMAT MELAYU KESAYANGAN PAS DAN UMNO.? IF STILL REMEMBER OUR TIMBALAN PERDANA MENTERI PERNAH COMPLAINT RAKYAT MALAYSIA TERLALU MEMILIH KERJA SAMPAI KERJA BURUH KASAR TAK NAK PILIH. U RAKYAT M'SIA TAK TERASA TERCABARKAH ESPECIALKY UMAT MELAYU KESAYANGAN PAS DAN UMNO! TAT IF U ANALYSIS BETUL-BETUL U ALL HANYA LAYAK KERJA BURUH KASAR BINAAN SHJ EVEN DO ADA KELULUSAN TINGGI. DO U FORGET 1 OF THE MANIFESTO BN IS TO PROVIDED JOBS OPPURNITY, WHERE IS A JOB OPPURNITY.? ONE THINGS DO YOU KNW NOT TAT GOVERNMENT TRY PERBODOHKAN RAKYAT DENGAN MELEMAHKAN SISTEM PENDIDIKAN M'SIA. DENGAN INI LAHIRNYA RAKYAT MALAYSIA YG BODOH PD GENERASI AKN DTG. SO BLH MR. NAJIB DAN ISTERI PERBODOHKAN RAKYAT APABILA PENDIDIKAN M,SIA DILEMAHKAN DENGAN MENURUNKAN BUDJET. U ALL TAK RASA KESIANKAH DENGAN ANAK KITA NANTI DI MASA AKN DTG ESPECIALLY UMAT MELAYU KESAYANGAN UMNO DAN PAS.? PLEASE BUKA MINDA YOUR, TRY JADI SEPERTI BANGSA LAIN SEPERTI CINA DAN INDIA SANGAT SENSITIF DENGAN ISU NI. REMEMBER, U BERSOLAT 5 KALI SEMLM PUN, DENGAR CERAMAH AGAMA SETIAP MLM DAN AMAL JARIAH SEBANYAK U PUNYA RUKUN ISLAM TETAP TIDAK LENGKAP. REMEMBER RUKUN ISLAM IF HAVE GIVE US A RESPONSIBILTY TO ALLAH DAN DI DUNIA INI.

Tanpa Nama berkata...

Sudah Terang Lagi Bersuloh.

NYATA DAN JELAS....

UMNO + PAS = HAMPAS

Tanpa Nama berkata...

semua ahli politik Malaysia x boleh dipercayai...masing2 cuma tahu jaga puak2 & perut mereka sahaja...Marilah rakyat M'sia sama2 jadi saksi di hadapan Allah atas pengkhianatan ahli2 politik M'sia ini...