Mohd Sabu dan Saya
Perkembangan pesat Parti Amanah Negara (Amanah) dewasa ini yang mendapat liputan, perhatian dan sambutan masyarakat Malaysia dan antarabangsa adalah pencapaian yang boleh dibanggakan walaupun berusia hanya dua bulan.
Pemimpin-Pemimpin kanan Amanah telah diberikan penghargaan menyertai pelbagai forum / pentas politik nasional dan internasional yang membuktikan bahawa Amanah telah diiktiraf sebagai sebuah entiti politik yang penting.
Pihak sekretariat pula sedang bekerja keras nemproses permohonan keahlian yang telah mencapai 50 ribu disamping menunggu 150 ribu borang keahlian yang telah diedarkan ke seluruh negara. Hasrat untuk Amanah mencapai 100 ribu ahli sebelum akhir tahun ini akan menjadi kenyataan insyaallah .
Pencapaian Amanah yang menyakinkan ini dengan berteraskan dasar Islam yang berwajah Rahmat Untuk Semua disamping pendekatan yang Progresif, Inklusif dan Peduli, ramai yang meletakan harapan yang tinggi kepada Amanah untuk terus maju kehadapan mewarnai aspirasi rakyat Malaysia bersama Pakatan Harapan.
Mungkin kerana inilah ada golongan atau pihak yang rasa resah dan iri hati dengan kewujudan dan kejayaan Amanah.
Cubaan paling lucu dan nakal ialah melagakan gaya kepimpinan saya dan Hj Mohd Sabu. Kononnya saya pro PKR dan Hj Mohd Sabu terlalu pro DAP. Amat menjengkelkan bukan?
Kekuatan yang kami praktikkan dalam Amanah ialah kebertanggungjawapan secara kolektif. Kami padu dalam melaksanakan keputusan parti dan tidak bersikap "kluk-klek". Presiden Amanah tidak besar kepala dan gemar membuat keputusan sendiri. Jawatankuasa Nasional pula bebas menegur pimpinan tanpa ancaman.
Berbekalkan pengalaman puluhan tahun dipersada perjuangan, saya dan Hj Mohd Sabu waras membaca pelbagai permainan politik murahan seperti ini. InsyaAlLah Amanah walaupun usianya masih baru mampu untuk membaca kilat ikan di air.
Salahuddin Hj Ayub
Timbalan Presiden AMANAH
ULASAN GB
Berkilas ikan di air, kutahu jantan betinanya!
Sikap Pesuruhjaya PAS Perak itu memaparkan sendiri keresahan dan rasa sakit & dengki di hatinya terhadap perkembangan dan kemajuan AMANAH sehingga beliau tergamak untuk mereka-reka fitnah dan cerita murahan kononnya Mohd Sabu dan Salahuddin Ayub sudah tidak sehaluan.
Seluruh rakyat Malaysia ketawa besar membaca kenyataan PJ Perak berkenaan.
Demikianlah penyakit yang berbuku di hati para pemimpin PAS terhadap kejayaan cemerlang AMANAH walaupun yang baru hanya 2 bulan dilancarkan sudah memperolehi 50,000 ahli.
Sakit hati mereka, sehingga beberapa pemimpin dan ahli PAS sanggup meninggalkan akhlak Islam untuk memaki hamun, terpekik terlolong malah ada yang mencarut di sana sini kerana nak lepaskan geram kepada AMANAH yang sedang mengarak langkah dengan laju bersama-sama rakan-rakan di dalam Pakatan Harapan demi mrealisasikan cita-cita perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kemungkaran, kezaliman dan kebatilan.
Demikianlah indahnya perencanaan Allah..... mendedahkan siapa sebenarnya mereka selama ini yang berselindung di sebalik slogan "kepimpinan ulama" sehingga mereka sendiri menjatuhkan kredibiliti parti sendiri apabila berakhlak lebih teruk dan lebih dasyat daripada kafirun yang caci dan hinakan.
Sunnatullah tidak berubah, yang melampaui batas akan tetap terhukum akhirnya. Demikian janji Allah s.w.t. Yakinlah!

18 ulasan:
Razman Zakaria dan dll dalam PAS, depa ingat, depa sudah matang berpolitik..rupanya, sakit hati masih ada dalam diri.
Teruskan mencapai 150K keahlian AMANAH!
Boleh kita lihat nanti, kebusukan hati para pemimpin PAS.
emm...Saman Dato Seri Nizar terhadap PJ PAS Perak cam mana? Teruskan saman itu Dato Seri Nizar....saman sampai cecah juta....itu cara nak ajar orang menabur fitnah...
Lepas nih....suruh Mat Sabu ngan Salahuddin pulak saman dia...biar bergolok bergadai nak bayar saman....kena ajar sikit orang macam tuh
Parti Amanah Negara = PAN atau Amanah ?
Sebenarnya keinginan Razman mengenai perjalanan Amanah sangat tinggi. Terlalu tinggi.
Jika Razman tahu mengenai konflik antara Mat Sabu dan Salahuddin bermakna Razman benar-benar tahu serba-serbi hal mengenai Amanah. Setakat nak tahu mengenai konflik tersebut sebenarnya Razman tidak perlu kan se orang Dr yang konon nya orang kuat dibelakang takbir. Cerita begini cerita murahan yang sekiranya benar boleh di hidu oleh wartawan pelatih.
Jadi lah seperti Husam yang sanggup bersumpah jangan setakat ingin menjadikan cerita ini sebagai bahan untuk wartawan Harakah.
Sebelum ini PAS sendiri yang mengatakan Amanah mengunakan DAP untuk bertanding di 18 kawasan PAS.
' "Sebelum beredar beliau bersalam dgn saya sambil " mengatakan bahawa tak mustahil ramai ahli AMANAH akan sertai UMNO jika Mat Sabu kekal ...'
Ini lah cara dan hasil karangan ringkas yang tidak melebihi dari 250 perkataan yang akan jadi sebagai contoh untuk pelajar UPSR.
LANGIT dan Bumi...Tak Pernah "Ber SUARA"
Pasrah @ = (ISLAM)Tulus...Kehadrat Yg'ESA
KUDUS dan Lurus...Ber Bakti "PERCUMA"
Tak Wujud FITNAH...Tak Pernah Ber DUSTA
LANGIT dan Bumi...Tak "Menyebut" ISLAM
Tak Perlukan Jubah...Tak Perlukan SORBAN
Pasrah @ = (ISLAM)Kudus...Siang dan Malam
TASBIH & Tahmid..."RAHSIA" Dalaman...??
LANGIT dan Bumi...Tak "Menyebut" IMAN
Tak "Menyebut" HUDUD...Multaqo & Usrah
Sujud Pasrah=(ISLAM)...Sentiasa Ber KORBAN
Itulah Sbnr7ISLAM...IMAN dan AMANAH
Wahai Sahabat...AMANAH yg Sejati
NABI dan Wali...Menjadi SAKSI
Me Nyaksikan Ke INDAHAN...Langit dan Bumi
Yg Pasrah @ =(ISAM)...AMANAH Kehadrat ILAHI
Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
ALLAH Tak Memandang...Kulit & "Sebutan"
ALLAH Memandang...HATI dan Amalan
Yg Lurus KUDUS...Indah Menawan

Dangkal dan murahnya tahap fitnah terbaru ini dari seorang Pesuruhjaya PAS Negeri, otak dan pemikirannya sama level dengan pencacai kaki lima!
ADUHAI U THINK U PAS DPT LAGAKAN ORG BEGITU SHJ DENGAN ORG ILMU POLITIK SANGAT TINGGI BERBANDING U. ORG YG BERILMU CAN DIFFRENTIATE MANA SATU BETUL DAN MANA SATU FITNAH INIKAN LAGI U NAK CUBA LAGAKAN ORG YG ILMU POLITIK SANGAT TINGGI MCM MAT SABU DAN SALAHUDDIN. SEDAR SIKIT ILMU POLITIK U SETAKAT MANA SEBELUM NAK FITNAH ORG.
Apa lagi... no hp ada tu... jom kita carutkan... jiwa tak tenang kot... sbb kes dgn nizar mcm takde harapan je
sertai amnu kalau matsabu kekal? bodoh mana yang buat skrip untuk dia ni? buhahahaha....
orang nak lawan amnu laaaa, pas atau pan cuma vessel saja la.... bila pas dah berlunak dengan amnu yang zalim tu... tu pasal wujud pan... hahaahah...
Hai Razman. Kami parti Amanah tidak terkesan sehabuk pun dengan ulasan karangan gred upsr kau tu. Okaylah. Mari kita anggap itu hanyalah buah fikiran atau lakaran strategi biasa seorang ahli politik.
Kita janganlah berlebih2an mengata dia. Itu hak dia membuat ramalan politik. Orang politik setiap hari meramal seumpama penoreh menengok awan . Setiap hari mereka berjumpa macam2 manusia. Ada yang pro dan ada yang kontra tentang isu2. Maka sila tutup kerja2 nak perleceh orang ini.
Cuma kita harap isu ini jadi gam gajah yang boleh menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara dua pemimpin harapan kita yakni mat sabu dan salahudin. Agar mereka selalu saling hormat dan menghormati antara ke duanya. Supaya tugas membawa ummat ke jalan betul akan berjalan lebih lancar lagi.
Hal dap ini memang ada jugak kelaku mereka yang kita tak suka. Tapi jika anggotanya yang bukan islam bercakap pelik2, tentu ada ahlinya yang islam akan perbetulkan. Maka lebih baik kita bersangka baik dan menambahkan lagi hubungan dengan mereka. Yang penting bn kita tumpaskan dulu. Benda2 kecik tu nanti sama2lah kita setelkan. Nak takut ape? Ummat islam lebih ramai. Raja masih ada. Perlembagaan tetap utuh.
Cina2 malaysia ni sebenarnya duduk dalam ketakutan sekarang ini. Takut terjadi lagi perang dunia antara china dan us. Takut hancur musnah segala kekayaan yang mereka bina selama ini. Keduanya mereka takut negara muflis maka mereka pun jadi muflis. Jadi kalau tuan2 tengok sekarang ini, orang cina sudah mula mesra dengan orang melayu. Sudah bermanis muka seolah2 nak ucapkan pada kita 'kalau apa2 jadi, lu tolong gua aaa' Hah. Masa ni lah kita ambil kesempatan. Kita jadikan mereka saudara mara kita walau bukan satu agama. Kita janjikan mereka sebuah pemerintahan islam yang adil dan seadil2nya. Kita santuni dia cukup2 hingga dia menyesal kenapa tak jadi orang melayu. Biarkan yang memang jenis sombong2 itu. Kita tah heran dengan mereka pun.
Oleh itu menzahirkan sikap baik ummat islam wajib dipertahan sampai bila2. Kerana kita ada tuhan yang setiap hari memanggil2 nak tengok kita buat apa selama atas dunia. Salah salah faham. Itu malaikat mautlah yang menyeru dan memanggil2 entah berapa puluh kali sehari saya tak ingat.
Apa nak jadi dgn perangai PJ Perak ni..tak abis2 dok fitnah..
Terlebih dahulu sebelum kita menilai berita yg cuba dibawa oleh PJ Perak, kita nilai dulu siapa PJ Perak. Saya kira rata-rata penyokong PAS tak tahu siapa beliau. Saya yg sudah hampir 20 tahun mengikuti sejarah PAS, terpinga bila Hj Hadi melantik Razman. Tak pernah terlintas dikalangan penyokong tegar PAS Perak, Razman akan dilantik dan ramai yg berpandangan beliau dilantik kerana tugas tertentu bg merangka skrip yg ingin digarap Hj Hadi. Ini memandangkan karisma, kredibiliti dan pengaruh Nizar atau Ahmad Awang mahupun Asmuni lagi ketara berbanding Razman. Sangkaan ini tepat. Rupanya Razman dilantik bg tujuan untuk memenangkan kelompok lebai pd pemilihan PAS di Kuala Selangor. Razman dilantik bg mengawal pemilihan calon PAS di negeri Perak. Inilah perancangan Hj Hadi. Perancangan yg mengambilkira faktor kepentingan politik semata tanpa mempedulikan masa depan PAS Perak. Ternyata Razman dipilih bukan kerana kehebatannya tapi hanya sebagai "penjilat" Hadi. Jadi apalah nak diharapkan sangat dengan Razman. Tidaklah perlu kita mengambil kira sangat kerenah beliau..tahap pemikiran politik amatur yg tiada sumbangan apa-apa terhadap politik tanah air.
Memang kelakar. Gaduh pasal kerusi. Bincang pun belum lagi. Amanah pun tgh sibuk cari ahli, buka cawangan, belum pikir lagi pasal pilihanraya. Mat ni berangan dlm jamban.
razman zakaria: dulu ko sebelum masuk PAS seorang pegawai tinggi kutip cukai , ko telan rasuah haram sehingga jadi orang terkaya kini, ko main duit untuk mencapai cita cita yang apa yang ko mahu, tabur duit berbagai cara untuk jawatan ko sekarang, ko jangan hipokrit.
kalau ko cabar kepada siapa saja untuk dedahkan salah laku ko dulu sliakan.
Sy cadang ahli amanah saman pj perak ni bia telondeh smpi lutut.. br dia tau.. ada ke bengap nk join umno.. org pas yg nk geli2 dgn umno ye la jgk..
Tanpa Nama Tanpa Nama berkata...
18 November 2015 3:51 PTG
Nak kata cina2 dalam ketakutan sekarang tak tepat jugak sebab sudah terbukti Duta Negara China memberi sokongan (teguran) apabila Melayu baju merah nak kacau peniaga-peniaga Chinatown. Malaysia terus juga mengukuhkan hubungan dengan China. Ini bermakna lagi kukuh hubungan tersebut lagi selamat lah cina2 di Malaysia. Jangan lupa semasa lawatan resmi Pak Lah di China, UMNO terpaksa tambah kemasukan anak-anak cina untuk kursus kedoktoran.
Sejak bila DAP berkelaku yang kita tidak suka? DAP berkelaku tidak betul sebelum ada hubungan bersama PR dan selepas PR terkubur. Semasa bersama dalam PR kurang kedengaran kelaku yang DAP buat membuat kita tidak suka.
Tapi saya setuju dengan saudara iaitu Masa ni lah kita ambil kesempatan. Kita jadikan mereka saudara mara kita walau bukan satu agama. Kita janjikan mereka sebuah pemerintahan islam yang adil dan seadil2nya.
Tetapi masalahnya sekarang bukan sahaja ekonomi yang membuat semua orang takut tetapi wajah-wajah Islam yang hodoh juga telah menakutkan semua orang. Mereka langsung tidak boleh menyentuh hal-hal mengenai Islam sedangkan kita mahu mereka bernaung dan lindungi oleh Islam.
Orang berniaga ini mesti ramah sebab itu berniaga adalah punca rezeki yang di galakkan oleh Islam.
Mengenai apa yang Razman katakan, ianya bukan pendapat tapi fitnah. Sekadar berbual macam itu jadi modal tanpa bukti dimana Razman bukan sahaja mesti mendapatkan sumber dari seorang individu tetapi sekurang-kurang nya 4 individu. Jika penoreh buat ramalan pun tenguk awan berkali-kali. Ini Razman macam kemaruk, baru dapat sekali sumber cerita terus hebahkan. Pesuruhjaya apa macam ini ?
Bukan nya tidak bersetuju dengan saudara tetapi kerana ingin berkongsi pandangan. Tk.
itu silap dia. klu dia kata ahli amanah akan rejoin pas atau join pkr ka boleh jg dipertimbangkan. ini nak join umno!!! tak masuk akal langsung. ni lah tahap pemikiran politik yg ada dikalangan pimpinan pas skrg
Catat Ulasan