24 Sep 2015

Pulau Pinang Menjadi Kerajaan Pakatan Harapan Yang Pertama...Selangor?


Pulau Pinang kini 'Kerajaan Negeri Pakatan Harapan', umum Guan Eng

GEORGE TOWN – Pentadbiran Pulau Pinang kini digelarkan sebagai Kerajaan Negeri Pakatan Harapan, selepas suatu keputusan sebulat suara diputuskan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) pada pagi tadi.



Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng semasa membuat pengumuman itu, turut mengalu-alukan penyertaan Parti Amanah Negara (AMANAH) dalam pakatan politik di bawah Kerajaan Negeri bersama-sama DAP dan PKR.

“Pihak Kerajaan Negeri mengalu-alukan penubuhan Pakatan Harapan dan pagi ini mesyuarat Exco Kerajaan Negeri telah sebulat suara membuat keputusan Kerajaan Negeri sekarang digelarkan sebagai 'Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang'.

“Kita (Kerajaan Negeri) mengalu-alukan Parti Amanah Negara sebagai ahli kerajaan rasmi.

“Kita akan mengalu-alukan sokongan daripada mana-mana rakyat Pulau Pinang yang bersedia menyokong dan bersama dengan kerajaan berjiwa rakyat,”
jelas Guan Eng di sini pada pagi tadi.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP turut menjelaskan mengenai status wakil PAS, Dato' Mohd. Salleh Man yang masih menyandang jawatan Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), sungguhpun belum menyertai AMANAH.

“Mungkin dari segi namanya PAS, kalau hatinya bersama dengan Kerajaan Negeri 'Pakatan Harapan' Pulau Pinang, maka tiada masalah,” jelas Guan Eng menjawab soalan wartawan.

Tambah Guan Eng, pakatan pembangkang yang baru ditubuhkan akan lebih kukuh berbanding Pakatan Rakyat dulu

Mewakili PKR, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon turut menyatakan sokongan pada pengumumam yang dibuat oleh Guan Eng itu.

Sebelum itu, Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dalam kenyataannya berkata, AMANAH akan menyokong penuh tadbir urus Kerajaan Negeri selagimana berdasarkan nilai integriti, seperti Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

“Kalau ada perkara yang tidak kena, kita (AMANAH) akan tegur melalui saluran perbincangan, dialog, dan apa-apa saluran dalam bentuk demokrasi.

“Inilah harapan kami agar Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang dapat terus cemerlang,” jelas Mohamad.

Timbalan Ketua Menteri II, Prof. P. Ramasamy, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas dan Tabatan Banjir), Jagdeep Sing Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan), Dato' Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna), Phee Boon Poh (Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar) dan Dr. Afif Bahrdin (Exco Pertanian & Industri Asas Tani dan Kesihatan).

Hadir sama, Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Dato' Dr. Mujahid Yusof Rawa dan jawatankuasa utama peringkat negeri parti Islam berkenaan. -blog faqar



ULASAN GB

Tahniah dan syabas kerajaan Pulau Pinang. Barulah betul dan selari dengan keputusan yang diputuskan oleh Rundingan Meja Bulat semalam iaitu sebuah pakatan baharu dibentuk iaitu Pakatan Harapan.

Ia satu tamparan hebat untuk PKR dan kredibiliti PKR dipersoalkan kerana walaupun menjadi "pengerusi" rundingan meja bulat dan mengumumkan pembentukan Pakatan Harapan, tetapi di negeri yang PKR sendiri tadbir dan perintah iaitu Selangor, TIDAK mematuhi keputusan yang dibuat semalam apabila mengekalkan kerajaan negeri yang sedia ada dengan tidak mengumumkan Selangor sebagai kerajaan Pakatan Harapan.

Menteri Besarnya, Azmin Ali masih mengekalkan kerajaan sedia ada bersama PAS walaupun PAS sudah membuat keputusan tidak menyertai Pakatan Harapan.

Langkah Azmin dan PKR itu bakal "membunuh" PKR sendiri di dalam pilihanraya umum yang ke 14 nanti kerana langkah PKR berkenaan tidak selari dengan keputusan rakyat dan keputusan rundingan meja bulat semalam.

PKR mengharap dan mengejar undi Melayu yang belum tentu boleh dikuasai oleh PAS lagi seperti di dalam PRU13, PKR akan bermasalah pula untuk memperolehi undi bukan-Melayu kerana umum mengetahui majoriti kaum bukan-Melayu akan beralih dan tidak berpihak kepada PAS lagi.

Senario PRU13 memang menyaksikan PAS memperolehi undi yang tinggi namun pada ketika itu PAS adalah komponen Pakatan Rakyat. Rakyat menyokong PAS ketika itu kerana sokongan kepada Pakatan Rakyat, bukan PAS per se. Suasana terkini adalah berbeza. Boleh lakukan simulasi pilihanraya di mana-mana kerusi ADUN dan parlimen di dalam negeri Selangor jika kurang percaya.














18 ulasan:

Abdul Said berkata...

Tahniah dan semoga berjaya. Jangan ambil duit rakyat, jangan maki rakyat dan jangan susahkan rakyat. Semoga Pulau Pinang bertambah maju dan rakatnya hidup sejahtera!!!

Tanpa Nama berkata...

yg khianat ialah azmin. dia mb lantikan sultan. dia tidak dicalonkan oleh pkr maupun dap. pas yg calonkan dia. jadi dia terhutang budi kpd hadi. sbb tu pas kekal dlm pentadbiran wlpn pernah khianati pkr dan bermusuh dgn dap yg tetap konsisten.

nak bekerjasama dgn pengkhianat? silakan. kalau kerusi empuk mb jadi matlamat utama bermakna berjuang utk diri sendiri.

SEMOGA LAKNAT ALLAH SWT KE ATAS PEMIMPIN2 YG KHIANAT!

pru tak lama lg. aku takkan undi pkr atau pas. dah tentu undi aku utk Amanah dan DAP.

puak2 professional dlm pkr, elok kemas tikar bantal dan berhijrah.

betul ke ada cwgn pkr yg tak sokong azmin tidak dpt zakat utk diagihkan?

Tanpa Nama berkata...

Azmin ni memecah belah kan sokongan pengundi baik melayu maupun China Dan India.tendang saja si Azmin ni .

Tanpa Nama berkata...

Memang negeri tu kenalah berstongkol . kalau tidak, tak ler dapat nak jadikan negara seperti dia yang punya.

Tanpa Nama berkata...

anon 9.36 sudah2 lah..sekarang bukan masa bertekak lagi..semua dah buat keputusan dari meja bulat..dah tentu MB Selangor akur dan utamakan kehendak majoriti..aku dah letih org kita tak habis2 berbalah..
sekarang masa untuk berkerja kuat,turun padang,atur strategi dsbnya untuk tumbangkan musuh no wahid - UMNO BN!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Kita berharap LGE akan menadbir cara Umar Abd aziz dan juga menjadikan P Pinanag sebuag negeri yang aman damai dengan keakaraban semua bangsa dalam menjalani hidup.tidak nampak melayu islam tertekandan bangsa lain terus menjalankan aktibiti dengan selesa,

Tanpa Nama berkata...

Betul GB. Ulasan yg cerdik drpd tuan. PRU 14, PAN dan DAP akan jadi peneraju utama manakala PAS dan PKR akan bungkus. Abg Mat bolehla jadi PM Amin.....

Tanpa Nama berkata...

Selamat menyambut raya korban,

Pakatan harapan terus bekerja mantapkan gabungan. Buat para blogger terus menulis dengan fakta dan hujah yang bernas. Jangan jadi macam blogger dan penulis parti hadi yang sejak akhir akhir ni tulisan makin merapu meroyan, melalut, dan tak bernilai ilmiah, lagi sikit je nak jadi sains fiksyen..

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan GB,

Saya juga ingin memberi komen mengenai pendirian Azmin tetapi sehingga ini saya belum ada maklumat mengenai komposisi kerusi DUN kerajaan Selangor.

Sebelum penubuhan PH kita tahu komposisi kerusi DUN ialah PKR 13, Dap 15 dan Pas 15.

Selepas penubuhan Amanah, berapa adun Pas yang menyertai Amanah, adakah 2 orang yang digantung ahli Pas itu telah menyertai Amanah? Selain dari itu berapa orang lagi yang dah sah menyertai Amanah?

Jika ambil angka setakat yang saya tahu, sekarang kerusi DUN kerajaan Selangor ialah PKR 13, DAP 15, Amanah 2, Pas 13.

Jika tolak Pas, kerusi Dun kerajaan Selangor menjadi 30. Bakinya Pas 13, Umno 12 dan bebas 1.

Jika angka ini betul untuk setakat ini bermakna Kerajaan Harapan boleh diisytihar di Selangor dengan kedudukannkerusi kerajaan 30 dan pembangkang 26. Ada kelebihan 3 suara + 1 YDP dewan.

Kita berilah peluang kepada Azmin menyelam mencari mutiara untuk tempuh sebulan dua ini. Saya pikir Dap dan Amanah pun ada berkongsi idea dengan PKR dalam hal ini.

Jika ada Adun Pas yang masuk Amanah selepas ini, maka lagi mantap dan lagi cepat keputusan boleh dibuat Azmin.

wallahuaklam

IrWrWs berkata...

Masalahnya berani ke berdepan dgn sultan selangor.. apakata sultan bubarkan dun.. ada bran ke?

Tanpa Nama berkata...

AZMIN takut di PRU14 nanti org PAS tak akan undi dia. Sebab tu dia betul2 berhati-hati. Bagaimanapun, kalau AZMIN ni mengada-gada sangat kita jangan undi dia next PRU. Anyway if he is indecisive, make sure he lose his DUN and Parlimen. So we look for a replacement in PRU15

Tanpa Nama berkata...

Ya ,wan Rusli tuan yg dikenali sebgai pejuang PAS totok yg taat pada tuang presiden yg mengaku membawa islam yg benar dan semata-mata kerana ALLAH sepatutnya parti tuanlah yg menunjukkan contoh yg baik,kerana PKR bersama,parti penghianat,dan DAPbabi yg haramtu,bekerjasama di selangor hudud bukan perjuangan mereka.Kenapa parti tuan tak buat dulu,kerana takut pada makhluk(sultan)???mana islam perjuangan parti tuan,terang-terang DAP/PKR bukan dasar islam,...mana hudud tuan???mana, mana??/mana tuan?berkokok-kokok di Kelantan kata boleh bersama umno utk buat hudud???mana????selangor tak buat hudud pun???/Tapi masih bekerjasama???Toksahlah temberang tuan bila parti tuan masuk politik....inilah yg dicari jawatan..jawatan..dan jawatan..dgn jawatan boleh dapatkan kesenangan dan kemewahan..betul tak tuan?? mana nak letakkan aya-ayat allah yg suci itu..
Maaf tuan kita bukan benci PAS dan ahlinya tuan,tapi kita bencikan pemimpin-pemimpin PAS mengunakkan islam sebagai barang dagangan dan ikut cara sendiri.hanya ambil ayat2 yg berpilih-pilih sahaja.Maruah islam tercemar cukuplah dinegara-negara islam yg lain bergaduh sama lain,berbunuh-bunuhan semata-mata mengikut kefahaman sendiri dan mengangap orang lain semuanya tak betol.Agama islam adalah "sunatullah" "BENAR" allah sejak dari zaman adam hingga umat muhammad,jalan yg lurus dari allah,tiada bengkang-bengkok.Bukan pandai-pandai kita mAsukkan agama islam itu kadalam parti politk secular (buatan manusia ini) Inilah ISSUE besar PAS sebenarnya bila masukkan islam agama dlm politik,mengangap mereka2 ini lebih hebat dari allah.Serupa orng2 yahudi(derhaka) pendita2 mereka menukarkan kita "Taurat" dijadikan politik "zaonist" DAN ORNG2 NASRANI(sesat) menjadkan kitab injil oleh padri2 mereka sebagai orang2 maksum seperti pope di italy sebagai wakil tuhan menubuhkan rahib2 sebagi jalan yg bengkang -bengkok.Al quran diturunkan adalh memberi prtunjuk pada umat muhammad supaya jangan ikut pendita2 yahudi dan paderi2 nasrani.seprti surah al-fatihah.

Tanpa Nama berkata...

PKR Selangor terlepas peluang menjadi Kerajaan Pakatan Harapan yang pertama. Selalunya orang berebut-rebut untuk jadi yang pertama dan orang begitu ghairah menyambut anak sulung.

Mungkin Azmin tidak boleh berunding di meja bulat kerana terbayang-bayangkan bulat putih. Azmin lebih sesuai berunding di meja lipat. Selesai berunding denganmeja dengan Azmin sekali kena lipat.

Memang tak kena lengguk Azmin kerana masih tidak mengiktiraf Pakatan Harapan di Selangor. Semasa isu MB pun PAS bukan tolong sangat Azmin sebaliknya nak punah kan karier Azmin dalam politik.

Pemimpin PAS Selangor masih setia pada Presiden dan tidak ada bunyi yang mengatakan mereka akan bersama Amanah. Apa yang Azmin bimbangkan bukan tidak pernah ada negeri yang beza cuma satu atau dua kerusi seperti Selangor.

Jika itu alasan Azmin bermakna Azmin tidak yakin kepada wakil rakyat PKR sendiri kerana wakil rakyat PAS bila-bila boleh tinggalkan PKR , hanya menunggu arahan Presiden.

Tanpa Nama berkata...

Betul saudara...

ABU !!!

Tanpa Nama berkata...

Pulak, bro, musuh kita BN bro. Ko jgn pecah belahkan PH

Tanpa Nama berkata...

Abg Mat jd PM? DSAI Xde harapan jd PM sebab dipenjara. Munta ketwngahkan bakat2 lain. Tang Abg Mat jd PM xbolehla, TPM mungkin kot...

Tanpa Nama berkata...

Bro, ko bdk hingusan xtgk mcm mana Azmin mula langkah politik. Azmin anak didik DSAI. Xundi Azmin maknanya lu ni MACAI UMNO bikin kecoh kat sini. Yg penting tumbangkan BN dulu... ABU

Tanpa Nama berkata...

Sbnrnya rakyat melihat langkah UMNO d hudud. Mungkin sekadar retorik UMNO tp ini peluang PAS utk dptkan undi melayu. Tumbangkan BN lps tu buat kerajaan campuran abis cerita...