15 Jul 2015

PKR Sokong GHB, Sekaligus Nafi Kenyataan Mustafa Ali

PKR sokong Gerakan Harapan Baru, bakal tubuh muafakat baharu pembangkang

PKR mengalu-alukan penubuhan Gerakan Harapan Baru (GHB), yang terdiri daripada bekas pemimpin PAS dan memberikan komitmen untuk menyertai jelajah mereka selepas Aidilfitri ini.

Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli berkata, beliau mengenali secara rapat pemimpin dalam gerakan tersebut dan bersama-sama berjuang untuk kepentingan rakyat.

"Saya menyambut baik pengumuman dan pelancaran Gerakan Harapan Baru yang mengumpulkan ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan aktivis yang mempunyai rekod teruji menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Gerakan yang diketuai Mohamad Sabu dan dipimpin tokoh yang lama berjuang menentang Umno dan BN ini perkembangan baik pada kala rakyat mencari-cari jawapan kepada pelbagai kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda negara sekarang," kata ahli Parlimen Pandan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tokoh dalam GHB juga mempunyai rekod yang cemerlang lebih baik daripada tokoh muda lain.

"Saya kenal rapat dengan tokoh-tokoh ini dan bersama-sama mereka memperjuangkan isu rakyat selama ini.

"Malah, rekod mereka berjuang untuk membawa perubahan di dalam negara adalah berkali ganda lebih lama daripada saya dan pimpinan muda yang lain," katanya.

Kenyataan Rafizi itu dikeluarkan ketika perpecahan jelas berlaku dalam PKR dalam isu GHB kerana kumpulan Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali lebih memihak kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan PAS.

Rafizi turut mengalu-alukan perjuangan GHB dan memberi sokongan untuk bersama-sama meraka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

"Saya akan memberi sepenuh sokongan dan kerjasama kepada mereka untuk menjana gelombang rakyat menumpaskan Umno dan BM menjelang PRU14.

"Saya akan menyertai jelajah yang dianjurkan Gerakan Harapan Baru selepas Aidilfitri," katanya.

Beliau turut memberi bayangan, GHB ini akan merintis muafakat baharu yang menurutnya akan "menyatukan semua pihak" untuk menentang Umno.

GHB dicetuskan idea penubuhannya susulan tewasnya pemimpin progresif PAS dalam pemilihan parti Islam itu ketika muktamar tahunan mereka pada Jun.

Hubungan keruh di antara PAS dan DAP yang mana akhirnya menyaksikan musnahnya Pakatan Rakyat (PR).

Keadaan ini mengakibatkan pemimpin progresif PAS ini mengambil pendirian menubuhkan GHB untuk membolehkan kerjasama parti pembangkang dapat diteruskan.


Parti baharu proksi DAP, tidak akan kekal lama, kata Mustafa Ali

Persepsi umum terhadap Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) yang diumumkan pembentukan secara rasmi Isnin lepas disifatkan hanya proksi kepada DAP semata-mata dan tidak akan kekal lama, kata Datuk Mustafa Ali.

Bekas setiausaha agung PAS yang dilantik sebagai pengarah pilihan raya parti Islam itu berkata, beliau tidak kisah sangat dengan gerakan kepada pra sebuah parti baharu ini.

"Apa matlamat Harapan Baru? Ia hanya kesinambungan daripada PasMa yang diharapkan DAP untuk ganti PAS," katanya dalam satu wawancara khas dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Mustafa berkata demikian beberapa jam selepas Harapan Baru diumumkan secara rasmi pada satu sidang media di Kuala Lumpur Isnin lepas oleh pengerusinya yang juga bekas timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu.

Hampir semua pemimpin PAS yang disingkirkan dalam pemilihan muktamar ke-61 Jun lalu menyertai sidang media ini kecuali beberapa orang termasuk bekas naib presiden Datuk Husam Musa yang tidak sihat dan bekas ketua penerangan, Datuk Mahfuz Omar.

Turut menyertainya adalah 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor yang digantung keahliannya oleh PAS, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib).

Parti baharu tiada apa-apa kekuatan

Mustafa berkata, parti baharu yang akan dibentuk ini tidak ada apa-apa melainkan mendapat sokongan pihak lain khasnya DAP.

"Persepsi Harapan Baru hanya proksi kepada DAP saja, ia adalah sebuah parti yang disokong DAP dalam apa bentuk sokongan sekalipun. Parti ini tidak ada apa-apa melainkan mendapat sokongan DAP," katanya.

Beliau mendakwa, kepimpinan PKR masih belum lagi memberikan sokongan sepenuhnya kerana hanya sebahagian kecil yang menyokongnya.

"Majoriti PKR bersama PAS,"
kata Mustafa yang tidak dilantik semula sebagai setiausaha agung PAS.

Katanya, parti ini lahir selepas usul muktamar PAS dilaksanakan DAP walaupun ketika itu Majlis Syura masih belum membuat keputusan lagi.

"Dalam PAS, perkara yang melibatkan hukum bukan diputuskan muktamar tetapi Majlis Syura," katanya ketika menjelaskan pihak manakah yang memberikan kata putus dalam PAS.

Walaupun sebuah parti baharu bakal dibentuk hasil perpecahan dalam PAS, Mustafa menganggap krisis ini tidak besar dalam parti Islam itu dan hanya perkara biasa.

"Ia hanya kes beberapa pimpinan tidak puas hati masa pemilihan. Bukan suatu yang spontan walaupun buat pertama kali jawatan presiden dipertandingkan," katanya.
-petikan TMI


ULASAN GB

Kenyataan terbuka Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang menyokong Gerakan Harapan Baru sekaligus menafikan dakwaan bekas Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali yang mendakwa "majoriti PKR bersama PAS."

Malah Rafizi menyatakan beliau akan turut menyertai jelajah yang dianjurkan Gerakan Harapan Baru selepas Aidilfitri.

Satu tamparan tepat ke muka Mustafa Ali.

Malah sebelum pelancaran GHB lagi, telah berlaku bertemuan diantara pemimpin progresif dengan beberapa pemimpin PKR iaitu Dr Wan Azizah Wan Ismail, Tian Chua, Johari Abdul, Saifuddin Nasution dan Shamsul Iskandar manakala daripada DAP pula ialah Lim Kit Siang, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan beberapa yang lain.

Anwar Ibrahim pula melalui satu kenyataannya dari penjara oleh peguamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut membayangkan sebuah pakatan parti pembangkang yang baharu akan muncul tidak lama lagi.

“Saya sedar walaupun beberapa perkara telah berlaku akhir-akhir ini, niat dan semangat pembangkang terus utuh.

“Kita sekarang sedang berusaha untuk menjalin kesepakatan yang lebih kukuh dan yang kekal supaya rakyat dapat diberi khidmat yang lebih baik."

Nampaknya Mustafa Ali sebenarnya sedang cuba untuk "menteteramkan hatinya yang gelabah" itu melalui sindrom penafian.

Mustafa juga masih terus dengan perjuangan rasisnya apabila mendakwa pemimpin-pemimpin yang menubuhkan GHB sebagai proksi DAP. Tiada bukti terhadap tuduhan itu dan ternyata ia hanyalah tuduhan palsu semata-mata untuk memburukkan kompulan progresif. Malah ia menjelaskan lagi bahawa Mustafa Ali ingin menjadikan PAS sebagai sebuah parti perkauman sama seperti UMNO yang membenci parti orang Cina khususnya DAP.

Sedangkan sejarah pilihanraya membuktikan bahawa PAS telah meraihkan kemenangan di dalam pilihanraya yang lalu hasil dari bantuan dan sokongan kaum bukan Melayu khususnya DAP dan inilah yang akan diteruskan oleh GHB.

Kita jalan terus, biarkan anjing menyalak di kiri kanan jalan.... (dari syair Arab yang dipopularkan oleh presiden PAS sendiri).

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selangor jangan bimbang, Adun Hulu Kelang dan Morib telah terpecat secara otomatik jadi PKR, DAP dan 2 adun sudah membentuk simple majority dan Pas hilang harga dan boleh dah dibuang ke tempat pembuangan sampah Bukit Tagar. Respek sama GBH
SAYA lebih menghormati mereka sekalipun dituduh kecewa dari kabilah PAS yg mulutnya Isle isle, jubbah, jubbah TAPI kelaku
1. Berpolitik dalam mutamar mengunakan Cai ( mengalah cara Israel)
2. Mulut lonkang Membaruakan Jemaah parti sendiri
3. Menjebon, mentololkan Jemaah saudara seagama
4. Menuduh tanpa saksi pengedar pil kuda dan MENGHUKUM dengan meletakkan calon Pas
5. Mulut isle isle tapi PONTENG dewan Rakyat sedangkan ada isu penting dibahas
6. Memutus hubungan tetapi sebok nak elaun jawatan di Pulau Pinang. Ada telur kalu letak jawatan Ostad oii.
KESIMPULAN
1.Anggota harapan baru lebih bermaruah dari Jemaah Pas yg mendokong Kepimpinan Cai. kerana duit dan jawatan di Penang dan Selangor mcm alas an nak kekal pegang jawatan.
2.Team Harapan baru anda lebih bermaruah dan Parti anda memang sedikit lemah TAPI dengan sokongan PKR dan DAP maka Harapan baru tetap akan kuat serta ada kuasa tawar menawar PAS dlm Pakatan 2.0 tinggal 2/3 sahaja lagi dan lg 1/3 diambil oleh harapan Baru. 3.Terserah PAS nak bersama atau keluar PR, Realitinya ialah jd PAKATAN BER-4
4.Jika ada adun Pas Selangor menyertai Harapan Baru wajar diberi jawatan Exco atas kapasiti Pakatan Ber-4. Maka 1 exco Pas perlu dikurangkan diserah pada Harapan Baru. Jika pas tak setuju kena keluar dari Pakatan 2.0 . Kerajaan negeri tetap teguh kerana 2 adun Pas ke pasukan Harapan Baru ( PKR. DAP dan Harapan Baru tetap ada Majoriti Mudah)

utuhkabin

Tanpa Nama berkata...

Pelik knp pas takut sgt dgn parti baru.kata pas kuat,ahli sejuta,apa nak hairan panubuhan parti kecil....nik abduh siap petik nama nik aziz lagi nk kasi org takut join parti baru.terdesak sgt ke pas skrg ni.hahahahaha.baru pas tau langit tinggi rendah,baru takut...kahkahkah.tgkla nt apa akan jadi pada pas.majoriti mengucapkab babai pasa pas.....babaiiiiii...pas blh p peluk cium umno, itupun kalau umno nak...kalau idakpas ,kene patuk lagi kali ke dua.kahkahkahkah

Tanpa Nama berkata...

Mustafa kata,

"Persepsi Harapan Baru hanya proksi kepada DAP saja, ia adalah sebuah parti yang disokong DAP dalam apa bentuk sokongan sekalipun. Parti ini tidak ada apa-apa melainkan mendapat sokongan DAP,"

.............

hari tu PAS putus dgn DAP sebb kunun DAP bangkang PAS nk hudud.

agak2 kalau DAP sokong hudud PAS, PAS putus ke tidak dgn DAP? putus juga sebb otak mcm mustafa ali mengatakan seolah2 jika DAP sokong kita maka kita adalah proksi DAP.

dibangkang DAP pun salah.. dituduh anti Islam

disokong DAP pun salah.. dituduh proksi pulak

habis hang nk mcmana haaa?

PAS semakin sasau


SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
HARAPAN BARU DINANTI-NANTI
SEMAKIN SASAU SI MUSTAFA ALI
DISOKONG DAP DITUDUH PROKSI


air gunung berkata...

Go go GHB.bo layan itu parti pmpinannya yg diasaskan dr CAI.kambing pon reti geleng kepala kalo kena tarik.ini sua kertas CAI terus fangkah daa.tak tanya fikir menung walau sekejap.mcm 40 penyamun n ali baba.kah kah kah.

Teruskan gerakerja.focus.sebab lps neh pepuak serban neh akn berimbuk sesama meraka plak dm nak rebut tempat utk jd calon.ader laa yg kena belit cekik kain serban nanti.muslimat jgn main tarik rambut plak.huduh taw
Kah kah kah.

Tanpa Nama berkata...


Kita jalan terus, biarkan anjing menyalak di kiri kanan jalan....

Musafir Berkelana berkata...

Hukum kebenaran dah pun berjalan. Betul tak GB?

Tanpa Nama berkata...

Stopa Ali ini Otak Batu

Banyak dalam PAS ikut otak nya yang ZERO kualiti

GAHARU terus maju tanpa otak otak Bahalol yang dapat merosak kan kematangan Rakyat

Unknown berkata...



Rafizi adalah group dalam PKR penyokong tegar DSAI, mereka menilai dimana DSAI semasa di humban dari umno Group PAS ustaz Fadhil noorlah/G18 yg membantu dan mempertahankan Anwar ,Sehingga membentuk Pakatan Rakyat,Group Azmin adalah group yg cuba mengikiskan sikit demi-sikit legasi anwar, itu sebab group azmin dan PAS ug, sesuai semua satu kepala.Kedua-dua group azmin dan haj. hadi semasa pemilihan parti mengunakkan sistem "CHAI" yg meloyakan.Tapi usah risau group2 azmin tak ramai,kebanyakkan kaki pengampu, orang lain buat kerja dia orng dapat nama.

Yang penting diharapkan ,kumpulan GHB supaya bekerjasama dgn pasukkan Rafizi,mereka2 inilah majoritynya berjuang utk rakyat.

Unknown berkata...

Yang ironisnya para penjilat tegar hadi cai mewiridkan GHB sebagai kuda tunggangan dap. Sindiran ini seperti dikutip dari mulut org umno. Boleh jadi mereka telah hadir kursus biro tata negara. Ingatlah ustaz siku lutut di temerloh itupun mendapat undi dari dap. Kalsu tidak mana mungkin dato saifuddin dapat ditewaskan.( Kami tunggu nik bedoh di pasir mas)

Tanpa Nama berkata...

aku ahli PAS tegar,aku hanya tunggu borang menjadi ahli GHB,seluruh keluarga aku akan menyertainya, selamat tinggal PAS UG.

Unknown berkata...

Tahniah .... sama kita. Bosan dgn pemimpin pas cai memanipulasi istilah ulamak. Pas cai ni nak tiru al arqam ke ?

Tanpa Nama berkata...

good bye PAS

Tanpa Nama berkata...

Salam... GB tolong maklum kepada kawan-kawan Tolong buat pembetulan
Gerakan Harapan Baru (baru guna perkataan ni salah. Maksud lain)
yang betul .... Gerakan Harapan Baharu.... betul..
Terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Syabas YB Rafizi.

Tapi takut ulama ulama pas suci mulia berjaya lobby AA dengan sifat kebaikab ulama pas, iaitu TIDAk fitnah ahli pkr j"ual pill kuda", TIDAK fitnah ahli pas sebagai "barua", TIDAK tipu pengundi "kapir", TIDAK burukan keupayaan dswa, dan selalu sokong Perdana menteri daripada umno.

Unknown berkata...

Kita bebas menggunakan baharu atau baru untuk merujuk new, cuma yang penting penggunaan kata tersebut hendaklah selaras dan tidak bercampur aduk dalam sesebuah artikel, iaitu misalnya sama ada mereka ingin menggunakan Selamat Tahun Baharu atau Selamat Tahun Baru. Pihak media elektronik pula hendaklah menyebut perkataanbaharu atau baru itu mengikut ejaannya.

http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=1932

Tanpa Nama berkata...

Apa pasal PAS sibuk dengan GHB? Bukankah mereka ni telah dikalahkan oleh geng ostad dalam pemilihan PAS. Bukankah PAS sekarang dipimpin oleh ulamak-ulamak suci disokong oleh ahli-ahli yang takut kepada ketua dan tak akan atau tak tau nak lawan ketua walau pun ketua mereka tersilap atau lalok!! Nampak sangat lebai-lebai dan ostad-ostad yang memerintah PAS sekarang ini otak senteng, tak boleh membaca apa tindak balas bagi satu tindakan. Itulah bahana bertindak mengikut nafsu. Takde langsung fikiran rasional. Walau pun ada tindakan 'damage control' dilakukan oleh PAS namun tindakan-tindakan itu menjadikan keadaan lebih parah. Sekarang sedikit demi sedikit pekung mula dibuka untuk tatapan orang ramai. Salah satu pekungnya ialah tiada kemahiran PR dan kenyataan menunjukan kebodohan orang yang membuka mulut. Saya cadangkan PAS elok berdiam diri dan susun kerja dan strategi seterusnya seperti bergabung dengan UMNO!!

Tanpa Nama berkata...

Macam nama PARTI GERAKAN yang tinggal satu kerusi kat teluk intan tu je. GERAKAN YG DIBERI HARAPAN BARU.

Tanpa Nama berkata...

Pas da terasa bahang disingkirkan oleh rakyat.tu sbb takut sangat dgn ghb..rasakan.dulu pas mentololkn membaruakn progresif,kini mrk terasa bahang barua terkena diri sendiri.padan muka.melalak melolong mrk skrg

Tanpa Nama berkata...

PAS tiada kekuatan sendiri walau ramai ahli.PAS beruntung bila UMNO berpecah angkara rebutan kuasa antara Mahathir dan Ku Li dan melahirkan Semangat 46.

PAS sekali lagi beruntung bila Anwar di singkir dari UMNO.

Selain itu PAS hanya lah parti lebai2 kampung

Unknown berkata...

seperti tauke kilang yang dah pening kepala akibat menurunkan pangkat pekerja yang berdedikasi diganti dengan kaki bodek,Gabungan 18 pekerja yang berdedikasi mampu mendirikan kilang baru berbanding 100 orang kaki bodek yang belum tentu boleh mempertahankan prestasi semasa bahkan lebih malang lagi boleh membangkrap kan kilang tersebut.Itulah situasi yang dialami pas sekarang nak di luah rasa menyesal malu, maka diperkecilkan usaha orang yang menubuhkan parti baru ,sedangkan pas berada ditahap sekarang pun antara hasil usaha 18 orang inilah,Gerakan harapan baharu : Bergeraklah maju kedepan kerana kalau setakat berdoa tanpa usaha (yang selalu ulamak buat)takkan kemana.

Musafir Berkelana berkata...

Saya nmpk ada kekyatan pada G18 ini. Teruskan perjuangan, anda kuat kerana diri anda dan bukannya PAS.

Abdul Said berkata...

Terima kasih Encik Hussain Lempoyang. Kenyataan menarik. Pekerja-pekerja kilang seperti jurutera, juruaudit, pegawai kawalan kualiti, penyelia keselamatan, akauntan dan pegawai pemasaran semuanya sudah ditendang. Dengar khabar mereka nak tubuh syarikat dan membuka kilang baru. Apasal tokey lama meroyan. Suruhla kaki bodek buat kerja. Jangan asyik bercerita saja, kerja tak jalan!! Jangan asyik makan gaji buta!! Kerja, kerja, kerja. Walau apa pun bahaya juga kalau tak reti kerja. Kilang boleh terbakar, kilang boleh tutup dan kalau banyak hutang tokey pun ada juga yang minum round-up!!!

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB

Saya harap sebutan GHB boleh munukar ke HARAPAN, bagi nama singkat Gabungan Harapan Baru.

Apa pendapat tuan ?

Terima Kasih.

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir Dan Batin

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada apa yg mengumbirakan hati selain menerima balas ucapan selamat hari raya dr seseorang yg berpangkat bapa saudara yg tegar PAS dengan ucapan:

Selamat Hari Raya Eid Fitri dan maaf dzahir batin. Harapan Baru!

sekian,

Tanpa Nama berkata...

Tidak ada apa yg mengumbirakan hati selain menerima balas ucapan selamat hari raya dr seseorang yg berpangkat bapa saudara yg tegar PAS dengan ucapan:

Selamat Hari Raya Eid Fitri dan maaf dzahir batin. Harapan Baru!

sekian,

Tanpa Nama berkata...

Yang penting ialah PKR bersama-sama dengan GHB bukan Azmin yang penting. Azmin mungkin sokong PAS atau mungkin juga tidak. Politik Azmin ambil jalan selamat tetapi yang kita takuti ialah bila Azmin di jangkiti virus Ummi Hafida dan virus Azwan Ali.

PAS tak boleh berbangga sekiranya hanya Azmin sahaja yang terus menyokong PAS sebab sokongan seperti ini selalunya bersifat sementara.

Kita juga meragui Azmin tetapi PAS yang telah berpengalaman berpuluh tahun dalam politik tak kan tak tahu apa nak buat? Sekurang-kurang nya PAS kena buktikan yang mereka kerap bermesyuarat dengan Azmin.

Lagi baik kalau PAS minta semua ahli PAS melepaskan jawatan di peringkat negeri untuk melihat sejauh mana Azmin berdiri bersama PAS. Kalau tidak keadaan PAS tidak menentu dan lagi lama dibiarkan maka untung lah GHB.