15 Jul 2015

Gerakan Harapan Baharu: Koleksi Tulisan, "Printscreen" & Video Menarik

Respons Hanipa Maidin Tentang Kritikan Terhadap GHB

CAKAPLAH APA SAHAJA, GHB SEDIA MENDENGAR !

1. Macam macam yang dikatakan ke atas Gerakan Harapan Baru. Ada yang mengaitkan dengan golongan Islam liberal. Ada yang mengatakan ia akan hanya bertahan dua tahun sahaja . Ada yang menyamakannya dengan pertubuhan pertubuhan politik serpihan daripada Pas seperti Hamim yang tidak akan bertahan lama.Ada yang mengaitkan ia pertubuhan orang orang kecewa kerana kalah dalam pemilihan Pas dan banyak lagi tuduhan tuduhan nakal dan liar ke atas GHB

2. Sebagai pertubuhan yang meraikan kebebasan bersuara maka GHB mengucapkan terima kasih kepada semua golongan yang memberikan pendapat mereka mengenai GHB. Pendapat pendapat yang diberikan tersebut bukan sahaja perlu dihormati malahan perlu juga diambil kira oleh GHB. Tidak rugi mendengar pendapat yang berbeza seperti mana tidak untung mengangap kepelbagaian pendapat satu masalah. Teruslah bercakap kami ( GHB ) sedia mendengar !!!

3. Memandangkan wujudnya pelbagai tuduhan ke atas GHB maka tidak salah untuk GHB membuat serba sedikit klarifikasi , bukan bertujuan memuaskan hati mana mana pihak jauh sekali semua orang, sebaliknya ianya lebih kepada menjelaskan serba sedikit kekaburan yang menjejaskan pandangan setengah pihak tentang GHB.

4. Jika kekecewaan yang dikatakan mencetuskan wujudnya GHB ia tuduhan yang betul dan salah dalam nafas yang sama. Majoriti penggerak GHB adalah mereka yang terlibat dalam Pas sebagai pemimpin utama sama ada di peringkat nasional atau negeri khususnya. Sayang dan cinta mereka kepada Islam tidak pernah padam dulu, kini dan selamanya insyaAllah. Ironinya jika mereka bersama dengan Pas sebelum ini kerana Islam , jika GHB ditakdirkan menubuhkan wadah siyasah yang baru, insyaAllah Islam juga penyebab kepada keputusan penubuhan wadah siyasah tersebut.

5. Sebagai pimpinan utama dalam Pas sebelum ini, penggerak penggerak GHB bukan sahaja mahu Islam berdaulat di negara ini mereka juga mahu Islam dihormati oleh semua lapisan masyarakat..Islam yang jika berjanji tidak akan khianati janji itu..Islam yang jika memerintah pemimpinnya bertaqwa, berintegriti, amanah, cekap , jujur dan peduli rakyat ..Islam yang bukan sahaja bercakap dan berslogan bahawa Islam itu rahmat untuk semua namun slogan rahmatnya hanya kekal slogan dan tidak dirasai oleh manusia di kelilingnya.

6. Ya ,penggerak GHB memang kecewa tapi mereka bukan kecewa dengan kekalahan dalam muktamar. Sebaliknya mereka kecewa kerana gerakan Islam yang mereka infaqkan diri , harta benda dan masa mereka tidak lagi gerakan Islam yanh mereka kenal dulu..kini gerakan Islam itu merasakan hanya kerana ia menggelarnya gerakan Islam maka apa sahaja yang ia lakukan , meskipun tidak mencerminkan Islam yang sebenar dan Indah, tetap dikira Islam kerana ia dianggap memonopoli definisi dan apa sahaja yang dikaitkan dengan Islam.

7. Ada beza kekalahan dalam muktamar dengan "pembersihan terancang" dalam muktamar melalui satu siri kempen yang lama, tersusun dan teratur ke atas pemimpin pemimpin tertentu dalam Pas dengan menggunakan istilah istilah agama dan tuduhan-tuduhan liar dan tidak bertanggungjawab. Yang lebih membingungkan pemimpin yang diharapkan berkecuali dan bertindak sebagai pendamai juga turut serta memposisikan golongan tertentu ke satu sudut dan kedudukan yang dilihat asing dan tidak berjenama Islam sekaligus memberikan faedah yang tidak wajar kepada golongan tertentu yang lain.

8. Ya, mungkin sahaja GHB akan bertahan hanya dua tahun dan mungkin juga GHB akan mengalami nasib yang sama seperti pertubuhan yang dibentuk setelah keluar dari Pas.

9. Memandangkan kita bercakap tentang kemungkinan , kemungkinan kemungkinan itu hakikatnya sama sahaja tahap dan darjahnya dengan kemungkinan berikut iaitu berkemungkinan besar GHB yang membawa aspirasi baru yang tidak lari dari Islam yang syumul akan mengalami nasib yang jauh lebih baik daripada parti parti seperti Hamim dan dapat bertahan lebih lama atau lebih daripada dua tahun.

10. Mungkin juga GHB yang dikatakan serpihan ini mendapat lebih banyak sokongan dan menjadikan parti yang asal jika pun tidak menjadi parti yang asing kepada rakyat Malaysia namun mungkin sahaja menjadi parti yang dianggap tidak lagi relevan dalam politik Malaysia. Itulah namanya permainan kemungkinan..penuh dengan ketidakpastian.

11. Mungkin itu juga yang dialami oleh Erdogan dan sahabat sahabatnya yang menubuhkan AK parti setelah keluar daripada wadah sa'adat parti ..mungkin sahaja sahabat sahabat sa'adat membuat pelbagai telahan dan tuduhan ke atas Erdogan dan sahabat sahabatnya dalam AK parti namun realiti menunjukkan bahawa AK parti makin hari makin berkembang dan maju ke depan , saadat parti makin lama makin ke belakang dari persada politik Turki dan hampir menjadi nota kaki dalam politik ..

MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI PAS DAN PENYOKONG GHB

Cawangan PAS Bubar, Ganti GHB Di Tumpat


Pelancaran Harapan Baru cawangan Alor Che Ismail, dun wakaf baru, Tumpat....insyaAllah 6 cawangan Pas dlm parlimen Tumpat akan ditukar kpd cawangan Harapan Baru



8 PERKARA BERKENAAN GERAKAN HARAPAN BARU (HARAPAN BARU)

www.harapanbaru.net

SIAPA HARAPAN BARU?

1. HARAPAN BARU lahir dari desakan kehendak rakyat yang resah dengan kemelut serta kepincangan negara khasnya NGO-NGO Islam serta anak muda dan pimpinan mahasiswa agar Politik Islam terus diperkukuhkan bagi memegang AMANAH membuat perubahan dalam ruang lingkup Perlembagaan Malaysia dan sistem demokrasi yang diamalkan.

2. HARAPAN BARU disertai aktivis pelbagai latar belakang, ras dan agama dari kalangan aktivis, profesional dan agamawan dengan membuka ruang dan peluang kepada bakat muda untuk diketengahkan – selagi mana kesemuanya berpayung kepada Nilai-nilai Teras HARAPAN BARU.

3. HARAPAN BARU memelihara Hak Asasi Manusia (Huquq al-Insan) berteraskan Kemuliaan Insan (Karamah Insaniyah) yang diiktiraf Allah (Human Dignity), sekaligus menyatukan warga besar rakyat dalam anjuran Persaudaraan Insan (Brotherhood of Man) serentak menolak pelbagai amalan perkauman dan rasisme.

APA MISI HARAPAN BARU INI?

4. HARAPAN BARU berusaha menterjemahkan Islam sebagai Rahmat Seluruh Alam dengan meletakkan agenda PEDULI rakyat sebagai tunggak utama aktivisme serta merangkumi semua aspek kehidupan nasional dan kenegaraan.

BAGAIMANA HARAPAN BARU MELAKUKANNYA?

5. HARAPAN BARU komited meneruskan legasi perjuangan Politik Islam yang ditunjukkan Almarhum Tuan Guru Yusuf Rawa, Almarhum Ustaz Fadhil Noor dan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam menerokai ruang Politik Islam yang Menyeluruh, PROGRESIF dan Inklusif.

6. Menjelang PRU14, HARAPAN BARU meneruskan momentum perubahan politik atas dasar tahaaluf yang jujur dan komited dalam perkara yang disepakati bersama rakan-rakan parti politik - PKR dan DAP, serta sinergi dengan mana-mana NGO dan segmen masyarakat merentasi garis ideologi.

7. Pendekatan dan tindak balas HARAPAN BARU bersifat tidak jumud (Dinamis) selari dengan realiti semasa dan setempat serta Sederhana (Wasatiyyah) namun tetap Tegas dalam berpegang kepada Prinsip.

8. Komited dengan politik baru, HARAPAN BARU berpaksi kepada politik yang berasaskan Ilmu dan Akhlaq, serta bersedia mewujudkan budaya mampu mengurus perbezaan dalam pelaksaan prinsip hak bersuara dan tuntutan kesaksamaan.



GERAKAN HARAPAN BARU PANDANGAN USTAZ HASRIZAL ANDUL JAMIL

Harapan peribadi saya dengan kemunculan Gerakan Harapan Baru ini, lebih daripada sekadar mengisi kelompongan idea progresif Islam dalam politik. Sebaliknya saya harap ia menjadi platform yang kukuh untuk menghimpun kumpulan-kumpulan Islam dalam semangat ukhuwwah Islamiyyah merentas 'jemaah' dan melangkaui beban sejarah.

Apabila anggota JIM / IKRAM menyertai PAS, mereka tiada lagi di dalam chain of command eksekutif JIM / IKRAM. Mereka dilepaskan untuk bergerak dengan penuh integriti di dalam parti yang mereka pilih. Tetapi selepas lebih 10 tahun berjuang bersama, susah senang bersama, termasuk ditahan dan dikenakan pelbagai tindakan undang-undang, perbezaan pendapat akhirnya disandarkan kembali kepada label-label silam yang mendalamkan permusuhan.

Penatnya hidup bermusuhan, curiga mencurigai, dan hodoh benar pada tahun 2015 masih mahu tarik menarik berebut-rebut pengikut.

Alhamdulillah Gerakan Harapan Baru, biar pun katalisnya adalah G18, ia beransur pergi ke dimensi yang lebih besar. IKRAM, Haluan, ABIM, dan pelbagai pertubuhan lain moga semakin dekat, menguzurkan perbezaan dan meningkatkan persefahaman. Gerakan Harapan Baru kena kuat mendengar, andai ada kebiasaan semasa di dalam PAS yang tidak sihat untuk semangat harapan baru, bermujahadahlah meninggalkannya.

Jika selama ini kita mungkin terlalu fokus kepada satu musuh iaitu saingan politik kita, tingkatkanlah rasa sedar yang tinggi bahawa beyond UMNO, BN atau mana-mana entiti politik, musuh kita yang hakiki adalah SYAITAN, dan HAWA NAFSU.

Siapalah saya untuk memberi nasihat kepada pejuang-pejuang. Ia hanya harapan saya, seorang rakyat.

Menubuhkan parti baru ini memang bukan pilihan terbaik. Tetapi krisis PAS tidak meninggalkan banyak pilihan. Justeru, kuatkan azam, bangkitkah dalam seribu kepayahan, dengan semangat inklusif itu, ramai saudara Islam dalam pelbagai NGO in sha Allah akan bersama. Non Muslim juga disantuni dengan akhlaq dan perkongsian pendidikan.

Mencela 'kuffar' itu sikapnya seolah-olah kita tiada tanggungjawab dakwah ke atas mereka.

Hulurkan salam persaudaraan dan persahabatan.

Sesungguhnya itulah munajatku di penghujung Ramadan ini.

#gerakanharapanbaru



MEMAHAMI ISU TUBUH JEMAAH ISLAM BARU, DAN KELUAR DARI JEMAAH ISLAM SEDIA ADA

Perbincangan hangat berkenaan penubuhan jamaah baru dan bagaimana dengan baiah mereka dengan jamaah yang sedia ada?

Maklum bagi mereka yang mendalami ilmu fiqh bahawa baiah yang wujud di dalam hadis atau yang meninggalkan jamaah ia berkaitan dengan baiah dengan kerajaan maka orang yang memutuskan baiah tersebut dan keluar daripada kerajaan Islam itu adalah haram. Tetapi berbaiah dengan parti atau jamaah tidak termasuk di dalam hadis ini.

Baiah parti dikategorikan sebagai ta'ahud dan sekiranya seseorang keluar daripada parti cukup dengan membayar kaffarah sumpah. Segala taklid taklid yang berccanggah dengan maqasid syarie taklid itu dianggap batil.

Cuma permasalahnnya adakah wajar menubuh jamaah baru sedangkan dah ada jamaah lama?

Maka perkara ini merujuk kepada fiqh masalih adakah ia banyak membawa kepada maslahah walaupun secara dasarnya mengurangkan jamaah itu lebih baik kerana dapat dikumpulkan tenaga yang banyak dan jamaah yang banyak itu memecahkan tenaga?

Tidak ada dalil yang kuat yang mengharamkan berbilang parti Islam. Kesemua pendapat yang telah diutarakan dalam bentuk pengharaman jamaah baru adalah ijtihad bukannya Syariat.

Maka perkara ini diserahkan kepada ahli politik untuk menuntukan hala tuju mereka walaupun secara peribadi saya lebih suka tidak ada jamaah baru, tetapi secara fiqhnya tidak ada yang menghalang penubuhan parti baru.

Selamat beramal ,kuatkan perpaduan umat Islam.

Ustaz Fauwaz Dato' Fadzil Noor









14 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Biarlah orang hendak bercakap apa
apapun yang mereka bicara
aku teguh bersama Harapan Baru

setiap tiang aku naiki
sebanyak lubang aku gali
sekudrat yang ada aku gagahi
asalkan panji kebenaran kau kibari

Aku menunggu dan akan aku khabarkan
tentang engkau kepada semua
semoga mereka berpaling
dan bersama kita bersama

Saiful berkata...

Sy sokong...ayuh maju..

Tanpa Nama berkata...

SAYA lebih menghormati mereka sekalipun dituduh kecewa dari kabilah PAS yg mulutnya Isle isle, jubbah, jubbah TAPI kelaku
1. Berpolitik dalam mutamar mengunakan Cai ( mengalah cara Israel)
2. Mulut lonkang Membaruakan Jemaah parti sendiri
3. Menjebon, mentololkan Jemaah saudara seagama
4. Menuduh tanpa saksi pengedar pil kuda dan MENGHUKUM dengan meletakkan calon Pas
5. Mulut isle isle tapi PONTENG dewan Rakyat sedangkan ada isu penting dibahas
6. Memutus hubungan tetapi sebok nak elaun jawatan di Pulau Pinang. Ada telur kalu letak jawatan Ostad oii.
KESIMPULAN
1.Anggota harapan baru lebih bermaruah dari Jemaah Pas yg mendokong Kepimpinan Cai. kerana duit dan jawatan di Penang dan Selangor mcm alas an nak kekal pegang jawatan.
2.Team Harapan baru anda lebih bermaruah dan Parti anda memang sedikit lemah TAPI dengan sokongan PKR dan DAP maka Harapan baru tetap akan kuat serta ada kuasa tawar menawar PAS dlm Pakatan 2.0 tinggal 2/3 sahaja lagi dan lg 1/3 diambil oleh harapan Baru. 3.Terserah PAS nak bersama atau keluar PR, Realitinya ialah jd PAKATAN BER-4
4.Jika ada adun Pas Selangor menyertai Harapan Baru wajar diberi jawatan Exco atas kapasiti Pakatan Ber-4. Maka 1 exco Pas perlu dikurangkan diserah pada Harapan Baru. Jika pas tak setuju kena keluar dari Pakatan 2.0 . Kerajaan negeri tetap teguh kerana 2 adun Pas ke pasukan Harapan Baru ( PKR. DAP dan Harapan Baru tetap ada Majoriti Mudah)

utuhkabin

Unknown berkata...

Salam Semua: Alhamdulillah memang hebat pergerakkan awal kerja-kerja penubuhan parti Baharu.Syabas diucapkan.

Insyallah kami akan gerakkan juga untuk memastikan parti baharu,beroleh kejayaan DI pr14 NANTI.
FOCUS & TARGET kita ialah neger-negeri pantai Barat:
Dari analysis peringkat awal secara rambang, di Selangor kita dapati GHB mempunyai harapan yg amat cerah untuk menguasai 10 kawasan DUN yg dimiliki oleh PAS, 5 Lagi memerlukan strategy yg lebih padu dan bijak mengexploitasi kehandak rakyat, dan selebihnya 5 DUN Memerlukan kerja-kuat diantara calon-calon yg nak bertanding dan jentera parti.

secara average kawasan DUN mempunyai 30k pengundi.PAKATAN 2.0, membahagikan kerusi2 DUN berdasarkan ratio kaum,biasanya dalam lingkungan 50% pengundi2 melayu.Jika GHB diberikan kawasan2 yg ditandingi oleh PAS,INSYALLAH kejayan seperti di atas.
GHB mendapat solid >70% undi china.
Pengundi2 atas pagar melayu lebih kurang 60%
Ahli2 umno :25%(termasuk pkr)
Ahli2 PAS :15%

Apa yg perlu dititikberakkan GHB, bekerja keras utk mendapat target minima >5% pengundi PAS .
dan mendapat >5% pengundi umno.
dan mendapat 50% pengundi atas pagar melayu.
Di Selangor tidak ada masallah mendapatkan undi melayu umno,berdasarkan analasis PR13, Pengaruh Tan Sri Muhammad Taib, dapat memberikan 10% undi melayu umno . Dan juga tak bermasalah untuk dapatkan undi melayu atas pagar, termasuk di DUN cempaka yg di tandingi oleh iskandar samad.
jika consistent dgn strategy diatas, kita takada masalah semada nak bertanding satu lawan satu,atau 3 penjuru.

Insyallah kerja-kerja analysis semasa akan kami jalankan.

Terima kasih GB,dgn latest info.

HARAPAN & IMPIAN BAHARU:RAKYAT MALAYSI.
Selamat hari raya :maaf zahir bathin
WASSALAM.

Tanpa Nama berkata...

Tuan GB..

Harap maklumkan pada pihak yang berkenaan tentang penggunaan istilah yang betul sifatnya..

Ejaan BARU yang sepatutnya ialah BAHARU..

Anak-anak di sekolah rendah lagi telah diajar tentang peranan istilah tersebut..

Mohon bertindak sebelum GERAKAN ini didaftarkan untuk memartabatkan bahasa dan kebaikan bersama..

T. Kasih tuan.

-Guru Bahasa Melayu-

otoote berkata...

boleh GB research posting tak? kalu yb GHB disuruh letak jawatan yb sbb kluar PAS...semua yb PAS (terutamanya yg lahir maSa gerhana cam tantawi takiri satipol abduh dan yg sama waktu dgnnya) lebih bermaruah (maruah ni satu istilah yg dah didelete dalam PAS) utk letak jawatan sbb bertanding atas tiket PR. yg ghb tu masih bersama pr. tapi lepas ni msu dan dupp akan bermultaqa cari dalil/nas yg pas=pr=pas. ....yg tu lantak diaorg la. tq

Tanpa Nama berkata...



Saudara2 & saudari2 ku sekalian..

INGATlah bhw kamu skalian tlh pon terikat dgn 'BAIAH'!

Jgn suka2 kamu tinggalkan PAS sbb kamu ada ikatan 'BAIAH'!

Ingat2lah kamu smua kpd sgl keFAKEHAN ku bhw kamu terikat dgn 'BAIAH'!

Ingat2lah sama kpd jubah SORBAN putehku bhw kamu tlh ber'BAIAH'

TIDAKkah kamu takut mlanggar 'BAIAH'?

Neraka woo! klu langgar 'BAIAH'!!



"BAIAH"

Ini "BAIAH" yea..bukan siBedah?

Adakah "BAIAH" masih solid w.pon dgn sipembawa FITNAH?

Adakah "BAIAH" masih valid/laku w.pon dgn sikaki FITNAH itu dsisi ALLAH??

Adakah "BAIAH" masih suci w.pon dgn sibapak'FITNAH dsisi ALLAH???

Adakah lg "BAIAH" ddlm keJIJIKkan ponteng khianat & FITNAH????



Perlukah lg walaq & "BAIAH" kpd sibapak'FITNAH?????



FITNAH

FITNAH Oh! FTNAH!!

FITNAH itu..ibarat gelap-MURTAD-SESAT-barat woo!!

..FITNAH itu lebih dahsyat/AKBAR kbjatannya dsisi ALLAH!!! woo!!!!!

"Syorga' mulia yg mana satu tempat bg sibapak'FITNAH itu nanti agaknya yeaa?



sahak berkata...

GHB..pastikan tiada musuh dlm selimut...melingkup nnti..

Dr.Paridul Adras Ismail berkata...

Kemunculan NGO, Gerakan Harapan Baharu yang dalam waktu terdekat akan didaftarkan sebagai parti siasah seperti ledakan bom yang bakal menggegarkan senerio politik tanah air. Pas sebagai parti induk akan terserpih sebahagiannya. Sebahagian besar golongan progesif dan profesional akan mengucapkan selamat tinggal kepada Pas. Pas yang dahulunya tidak memerlukan golongan progesif dan profesional seakan-akan hilang punca. Pimpinan Pas kini merapu dan meracau, dan pemikiran mereka sudah tidak keruan kerana golongan inilah yang menjadi tulang belakang parti dalam mendepani masalah-masalah rakyat. Pimpinan Pro ulama Pas tidak berkeupayaan untuk memanipulasi isu-isu negara seperti 1MDB, MARA, penurunan nilai ringgit, GST, ketirisan kewangan negara, kronism dan korupsi yang melanda negara. Golongan ini hanya mampu memberikan ceramah-ceramah agama yang berapi-api, namun untuk membela rakyat dan menegur kepincangan pemimpin adalah di luar batas kemampuan mereka.

Secara teorinya kehadiran NGO Gerakan Harapan Baharu yang akhirnya menjadi parti politik akan memecahkan lagi undi Melayu Islam. Dahulu undi Melayu Islam terpecah kepada Umno dan Pas. Parti baharu ini sudah pasti menambahkan lagi bibit-bibit perpecahan itu. Perpecahan ini pastinya tidak menguntungkan Islam. Andaian tersebut hanya di atas kertas. Tuduhan-tuduhan itu dibuat secara semberono tanpa berpijak pada realiti Malaysia. Kelemahan pentadbiran dan kezaliman kerajaan BN dan tiada wibawanya pimpinan-pimpinan Pas, di samping hubungan "bermukah" antara Umno dan Pas, menjadikan kedua-dua parti ini lenyap dalam pemikiran rakyat menjelang PRU 14. Formula rakyat untuk PRU 14 ialah "Asal Bukan Umno dan Pas (ABUPAS). Insya Allah kehadiran parti baharu pimpinan Mat Sabu dan rakan-rakannya akan menjadi komponen kepada Pakatan Rakyat 2.0. Harapan rakyat marhaen agar Pakatan Rakyat 2.0 mengusai singgahsana Putrajaya akan menjadi kenyataan.

bakat berkata...

GHB harus membentangkan cara politik baru, berbeza dgn cara2 politik kini yg dibawa oleh Umno dan dipraktikkan oleh PAS dan sebhgian dr PKR, iaitu menyerang peribadi, cercaan dan hinaan.
GHB harus mengetengahkan idea2 GHB sendiri, cara2 pelaksanaan, kesan2 positif yg akan dituai, kekuatan dan kelemahan serta cara memudah dan memperbaiki. Kami org2 muda bosan dgn politik lama. Kritikan dan idea perlu kritis dan membina melalui diskusi terbuka telus. Jgn terlalu cepat menghukum atau melabel kepada org2 muda yg memberi pendapat atau idea yg mungkin kelihatan tidak relevan dgn perjuangan GHB tp harus di bimbing idea tersebut supaya org2 muda tertarik dgn GHB.

air gunung berkata...

Thumb up bakat

Jeman berkata...

Apsl abe long nik omar x tempeleng je nik abduh ni, suka2 guna nama bapak dia buat crite mgarut.. fitnah ayah sendiri pulak tu.. meme nok mapuh nate nih..

Unknown berkata...

Membaca artikel, air mataku mengalir. Ya Allah bantulah kami kerana kami cintakan negara kami.

Tanpa Nama berkata...

kena wala' tak?