23 Apr 2015

[PANAS] Siapa Tanggung 250 Jemputan Ke Majlis Resepsi Di Kazakhstan?


Majlis resepsi anak PM selesai

Majlis resepsi perkahwinan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur berlangsung dengan meriah di Almaty, Kazakhstan.

Menurut kenyataan yang disiakan Jabatan Perdana Menteri, majlis Nooryana Najwa Najib dan suaminya, Daniyar Kesikkbayev telah diadakan di Grand Ballroom, Hotel Royal Tulip dan dihadiri 250 jemputan dari Malaysia.

Ia berlangsung selama dua hari dari 17 hingga 19 April lalu. Berbeza dengan majlis di KLCC sebelum ini, ia diberikan liputan dan gambar pasangan serta keluarga masing-masing disiarkan media.

Sebelum majlis resepsi bermula, Perdana Menteri dilaporkan mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Di mana Najib?


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berada di Kazakhstan dan telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Nursultan Nazarbayev.

Berita mengenai lawatan itu disiarkan agensi berita luar negara itu, kazinform.

Dalam berita yang bertarikh 18 April 2015, Najib bersama rakan sejawatnya mengadakan perbincangan di Almaty.

Ia menyentuh perbincangan dua hala yang mencakupi kerjasama dalam bidang ekonomi, dagangan, pelaburan dan kemanusian.

Bagaimanapun laporan berita berkenaan tidak menyiarkan sama ada beliau diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor atau sebaliknya.

Usaha FMT untuk mendapatkan kesahihan berhubung lawatan Perdana Menteri ke negara berkenaan melalui Facebook dan Twitternya gagal kerana tiada sebarang status lawatan ke luar negara yang dikemaskini.
-FMT


ULASAN GB

Baru saja Tun Mahathir menyelar gaya hidup mewah Najib & Rosmah, tup-tup Najib dan Rosmah hilang lagi, rupa-rupanya ke Kazakhstan untuk majlis resepsi perkahwinan anaknya di sana.

Anehnya pemergian mereka ke sana lansung tidak diberitakan. Ianya hanya diketahui apabila akhbar di Kazakhstan yang memberikan liputan.

Dilaporkan seramai 250 orang jemputan dari Malaysia mengikuti rombongan tersebut. Wah ramai tu... Berapa kos dan siapa yang menanggung perbelanjaan? Mungkin ia acara persendirian Najib dan Rosmah dan tidak sepatutnya ditanggung oleh negara.

Tetapi berdasarkan maklumat di akhbar Kazakhstan satu pertemuan dua hala di antara Najib dan Presiden Kazakhstan telah berlansung pada Nursultan Nazarbayev pada 17 April yang lalu. Bererti lawatan Najib itu ke Kazkhstan itu adalah satu LAWATAN RASMI yang ditanggung dengan wang rakyat.

Apakah ia juga bererti kesempatan itu digunakan oleh Najib dan Rosmah membawa 250 orang jemputan untuk majlis yang bukan majlis rasmi negara iaitu majlis resepsi perkahwinan anaknya dengan ditanggung menggunakan wang rakyat?

Nampaknya dari awal, Najib dan PMO telah sembunyikan laporan Najib & dan Rosmah ke Kazakhstan itu bersama-sama lebih 250 jemputan dari pengetahuan rakyat.

19 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tak apa bro PM ada puak UG dan TGHH ..
dah banyak pembaziran sebelum ini ..rakyat yg sokong dan juak2 tu mana kisah.

Tanpa Nama berkata...

Minta2 Tun menyerang Najib dgn perbelanjaan borosnye dan menhabiskan duit rakyat mcm duit bapak dia yg dah mampos tu.

Tanpa Nama berkata...

Masya Allah

250 mana ada duit nak pergi jalan2 kahwin pon

Malaysia pon takde 250 jutawan kaya , yang ada pon jutawan hutang bank saja

Orang orang Melayu lagi lah takde duit keciali duit Rasuah , Hutang Bank duit Projek gomen


Betul betul gaya Lahanat habis duit Rakyat ysng rata rata miskin papa kedana tak de duit

Kalau pun Rakyar ada duit dikit pun tuk bayar GST tanggung gaji pencen pekerja gomen dan hutang 1MDB

Ini semua salah silap Dr Mahathir ikut nafsu dengki dengan Anwar Ibrahim sampai ambil Lahanat Bangsa jadi Ketua


Masya Allah

Tanpa Nama berkata...

kitala Rakyat Malaysia yang bayar sapa lagi....kan reta bapa dia kot....

gST...
kongsikan pendapatan sampingan diInternet Copy Paste Link
http://WeeklyFixPay.com/?share=1497

Tanpa Nama berkata...

ASAL BUKAN UMNO YAHUDI. ABU!!!

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya sikit muka anaknya tak ada iras najib dan rosmak macam muka foreigner pula.

Riza hollywood pun tak ada iras melayu.

Ada sesiapa yang boleh beri penjelasan/pencerahan...i

Unknown berkata...

Salah kah kalau aku kata bahawa ia nya "PEMBALASAN DARI ALLAH" kerana Tun M telah memfitnah DSAI sehingga dia di pecat malah di malukan sehingga merengkok di "The VILA BAMBOO RIVER".

Bukan setakat DASI sahaja yang di pecat, malah Pak Lah, melalui "THE SEMBAB MAN" dengan kenyataan yang di keluar kan di Singapura juga turut menjadi mangsa.

Setelah kedua dua mereka berjaya di tumpas kan Tun M yang di kira keling dari Kerala yang sudah lupa bahawa dengan senyuman yang melirit telah melantik si Ah Jib Gor sebagai PM. Kini setelah si PM dan isteri di lihat suka berbelanja besar sehingga menyusah kan kehidupan rakyaat maka Tun M kini di lihat beriya iya nak menjatuh kan PM kesayangan nya. Kesian Tun M kerana tak habis habis di timpa "MUSIBAH/MUSIBAT"

Tanpa Nama berkata...

Eh..kenduri anak x jemput mahathir sama ke..?

Tanpa Nama berkata...

Semua fakta keborosan pemimpin negara terbentang depan mata, Islam dan Ulama di hina, tiada siapa yang peduli. Harta kekayaan negara berligar sekitar pemimpin yang rakus dan orang2 kaya. Kalau masih tak sedar lagi, maka kita termasuk orang yang hatinya sudah mati dan tak dapat bezakan benar dan sebaliknya. Takut Allah turun bala kpd kita.

Tanpa Nama berkata...

anda bayangkanlah! lihatlah sendiri. adakah pemimpin2 seperti ini akan merestui perlaksanaan hudud di negara ini?

Tanpa Nama berkata...

Perangai macam ANAK X MANDI WAJIB..ni le jadinya marilh kita ramai2 DOAKN supaya KAPALTERBANG 2 HILANG dalam perjalanan BALIK nanti...AMINNNN.

Tanpa Nama berkata...

Jika tidak kerana Lawatan Resmi boleh kita beranggapan semua belanja kos majlis tersebut ditanggung oleh pihak pengantin lelaki

250 orang juga adalah termasuk setengah dari pihak pengantin lelaki yang masih berada di sini sejak majlis pernikahan dan majlis di Pekan Jadi kos nya di tanggung setengah setengah oleh kedua dua belah pihak

Yang peliknya bila tidak patut bercuti Najib main golf dan bila sepatutnya bercuti sebagai bapa pengantin Najib berkerja Tak kan lah jadual Presiden Kazakhstan pun ketat macam jadual Obama

Tu kira nasib baik pasal Mahathir dah bersuara pasal gaya hidup Kalau tidak rombongan pengantin perempuan guna dua pesawat

Jeman berkata...

So hadi? Yg ni nk hudud kan ikut mana? Org mcm najib rosmah ni kamu nk pecaya sokong hudud?? Pui..!

Tanpa Nama berkata...

hadi mesti frust sebab tak dijemput...?

ada tak dalam enakmen kanun jenayah syariah aka hudud hadi pas, peruntukkan utk menghukum pemimpin spt ini?

Tanpa Nama berkata...

BALA KE SEMUA INI ??? BALA PETAKA !!!!

buntal berkata...

Tu yg TDM lagi bengke x di jemput ke Kazaktan

Tanpa Nama berkata...

Sebab Malaysia ni rakyat bodo buta politik lebih ramai dari rakyat yg cerdik dan celik politik.Kalau sistem pilihanraya tak dirombak selagi itulah BN akan memerintah Malaysia ni.Saya syorkan Pembangkang desak Kerajaan rombak SPR dan daftar pemilih diubah kepada daftar thumbprint dimana data peribadi pemilih disimpan dalam daftar pemilih sistem elektronik pusat yg bila waktu pilihanraya umum atau kecil boleh digunakkan secara undi elektronik ygmana bila ibujari pengundi diletakan pada permukaan pengimbas elektronik maka segala maklumat ttg pengundi itu diimbas secara elektronik dan mengesahkan pengundi itu adalah org yg betul mengikut database thumbprint yg telah menyimpan maklumat peribadi pemilih itu.Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat tumpaskan segala penipuan BN dalam pilihanraya umum atau tempatan.Segala maklumat pemilih elektronik dikawal oleh satu jawatankuasa khas yg diwakili oleh semua parti yg bertanding.Biar kod elektronik ini hanya dipegang simpan oleh Yang Dipertuan Agong.Takkan ada manipulasi undi lagi oleh mana mana pihak.Boleh cuba Kuatkuasakan.

Tanpa Nama berkata...

Dikala rakyat selalu diperdengarkan, dididik untuk jimat berbelanja, pengurusan kewangan keluarga, membuat pilihan memberi barang yg harga murah dan kualiti yg sederhana... dimedia massa, dicorong2 radio dan surat kahabar.... tetapi... lihatlah... golongan2 ini... sedih, pilu, geram... ya Allah... kau berikanlah kami kekuatan...

Tanpa Nama berkata...

Maka anda semua tahu apa yg harus di buat. Bila PRU14 muncul nanti buatlah pilihan yg betul. Jangan dek duit RM 100/200/300 goyah macam dapat RMjuta2 sebab mata dah rabun nampak duit...maklumlah hidup susah. Sanggup gadaikan 5 tahun susah dgn 1 hari senang.
Syaitan ni bnyk penjelmaan dia. Ingatlah pada Allah akan kebesarannya dan kekuasaannya.. Istiqamah dgn kesabaran dan perjuangan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebathilan.