Dr M selar gaya hidup 'mewah' PM, Rosmah
Dalam siri serangannya pada Datuk Seri Najib Razak, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini pertama kali mensasarkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor secara langsung.
“Banyak perkara berkaitan tingkah laku peribadinya yang saya fikir tidak betul.
“Tetapi saya sedia abaikannya, kecuali gaya hidup dia dan isterinya,” katanya.
Isu Rosmah yang sering dituduh sebagai boros dan gemar membeli barangan mewah, turut mendapat perhatian akhbar antarabangsa New York Times.
Pejabat Perdana Menteri dilapor menyebut perbelanjaan mewah Najib dan keluarganya berpunca daripada harta pusaka.
Saudara kandungnya bagaimanapun mengeluarkan kenyataan bahawa allahyarham Tun Abdul Razak berjimat cermat.
Rosmah juga dispekulasikan menyebabkan hubungan Najib dan saudaranya berselisih. Bagaimanapun ia telah pun dinafikan.
Tak boleh lagi biarkan Najib
Sementara itu, Dr Mahathir yang juga bekas presiden Umno berkata beliau tidak boleh lagi membiarkan Najib dalam isu syarikat pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Bila dia tak boleh jelaskan ke mana bilion ringgit dibelanjakan, dan penglibatannya dalam pengurusan 1MDB yang menjadi tanda tanya rakyat, saya rasa dia sudah tak mampu menjadi perdana menteri negara ini," katanya.
Bekas perdana menteri itu berkata beliau bercadang mendedahkan bagaimana Najib kehilangan berbilion ringgit dalam tulisannya akan datang.
Mufti: Jaga-jaga kerenah wanita pertama
Sementara itu, Mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula mengingatkan bagaimana reputasi seorang pemimpin negara dirosakkan oleh isteri sehingga mendorong rakyat benci kepadanya.
Beliau memberi contoh Elena Ceausescu, isteri bekas diktator Romania Nocolae Ceausescu dihukum mati mati bersama suaminya disebabkan peranannya dalam pemborosan harta negara dan kezaliman kuasa.
"Dalam negara tertentu, kerenah wanita yang memakai gelaran first lady (wanita pertama) boleh menghancurkan kerjaya dan masa depan politik seorang pemimpin negara. Demikian kerenah isteri pemimpin di pelbagai peringkat.
"Maka, jika suami tidak berperanan sebagai pembimbing dan pengawal yang salih terhadap isteri mereka maka pelbagai kemungkinan boleh berlaku atas kemahiran wanita dalam perancangan mereka," tulis Dr Mohd Asri dalam Facebooknya Jumaat lalu.
Sebaliknya, kata beliau, wanita solehah kadang-kala lebih baik daripada lelaki dan kehidupan yang buruk seseorang lelaki boleh diubah dengan kehalusan budi dan nilai yang ada pada seorang wanita.
"Nama baik seorang lelaki bertambah indah dengan kebaikan isterinya. Wanita benar-benar hiasan kehidupan lelaki.
"Lelaki tanpa wanita adalah lelaki yang cacat tabiatnya. Allah menjadikan wanita pasangan lelaki. Mereka tempat lelaki bermanja dan mendambakan perasaan kelakian," katanya. -mk
ULASAN GB
Nampaknya apa yang GB ramalkan pada tahun 2011 kini hampir menjadi kenyataan. Kalau dulu Najib mengasak Pak Lah unyuk turun, kini Najib pula diasak untuk turun. Di dalam satu entri bertajuk Najib bakal Diturunkan Dengan Lebih Dasyat GB menyatakan (petikan):
Setelah Pak Lah mengambil alih jawatan PM, pada awalnya sokongan ahli UMNO terhadapnya memuncak sehingga pilihanraya 2004, UMNO BN mencatatkan keputusan terbaiknya di dalam sejarah pilihanraya negara.
Tetapi ahli-ahli UMNO sendiri melihat rupa-rupanya Pak Lah ini terlalu lemah. Sehingga orang-orang Najib pula mengasaknya supaya turun segera (jangan lupa ada manderam ditemui di pejabat Pak Lah - orang kata agen Rosmah yang letak... wallahu alam).
Dan kini Najib berkuasa.
Putaran akan berlaku dimana jika dahulu Pak Lah diasak untuk turun, maka tidak mustahil perkara yang lebih buruk boleh menimpa Najib.
Itu hukum karma, atau di dalam istilah kita, sunnatullah. Pesan Tuhan, sunnatullah itu tidak berubah.
Dan di dalam satu entri lain pada tahun 2011 juga GB menyatakan Najib Bakal Jatuh Tergolek Kerana Rosmah. Petikan:
Belum ada isteri-isteri PM sebelum ini yang bertindak liar seperti yang dilakukan oleh isteri Mohd Najib, Rosmah Mansor namanya.
Najib nampaknya seperti tidak dapat mengekang dan mengawal tindakan Rosmah yang besar sangat nafsunya menjadi "diplomat" sekalipun bukan berhormat dan tidak pula bertauliah.
Rakyat BERHAK untuk mendesak Najib mengarahkan isterinya berhenti dari berkelakuan jelek yang menghabiskan wang rakyat.
Jika tidak Najib akan menanggung segala sumpah dan makian rakyat yang tak pernah mengundi Rosmah Mansor, isteri yang didakapnya saban malam.
Serangtan TDM ke atas wanita berpuaka bernama Rosmah itu mungkin agak terlewat. Berbilion wang rakyat telah hilang. Namun, seperti kata pepatah, better late than never.
Najib dan Rosmah wajar ditahan ditahan disiasat.. dan jika terbukti bersalah perlu dihukum penjara.
12 ulasan:
Jgn biarkan dua ekor ni lepas. Rampas sekali duit & harta rompakan dari kantung rakyat.
Takut Madey pulak kena manderam.. Rosmah tak kan diam diri. Apapun kita doakan semoga Malaysia dpt diselamatkan seblm keadaan lebih parah!
Sokongan Ketua Bahagian dan sayap UMNO kepada Najib menyebabkan Mahathir menyerang dari arah sudut yang lain
Selain rakyat paling menyampah dengan Rosmah dari Najib tak kan lah Ketua Wanita nak menyatakan sokongan pada Rosmah
Isu pembunuhan Atlantuya tak jalan Hanya habis begitu saja dengan berjumpa Ibu Sirul Kerugian 1MDB bertahun nak di buktikan GST majlis fatwa dah kata GST baru lagi padahal sebab tak reti guna angka sebagai fakta BR1M walaupun langkah tidak bijak pada rakyat tak kan pemimpin je yang makan duit Sikit pun sikit lah
Hukum Kebenaran dan Keadilan tak berhenti Kalau tak tuan punya badan sendiri Mahathir yang mulakan menguasai polis kehakiman dan media maka PM seperti Najib ni dah lama bungkus Rakyat dan Malaysia pun selamat
Rakyat menentang pada masa itu kerana banyak buruk dari baiknya Masa Mahathir memegang kuasa tersebut Mahathir mungkin berfikir gunakannya hanya untuk melenyapkan pengaruh Anwar Tapi bila Najib PM ianya digunakan bukan hanya untuk melawan pembangkang sahaja tapi untuk belanja duit rakyat dengan boros
Masih belum terlambat jika Mahathir ingin selamatkan duit rakyat tetapi lebih baik Mahathir terang terang cakap kesilapan nya ke atas Anwar Pergi lah jumpa Anwar dipenjara Sebab gaya hidup ini adalah peluru yang last untuk digunakan oleh Mahathir Sebelum habis peluru lebih baik melawat Anwar
Tetapi apapun pihak yang paling bebal paling tolol sekarang siapa?
Kepada Allah kita kembalikan
Siapa nak keluarkan arahan tahan dan siasat Najib dan Rosmah ?
Kita kena desak dan beri tekanan pada Najib mengarah KPN tahan dan siasat Rosmah Atau Rosmah yang arah Najib supaya tahan dan siasat Najib
Untuk Majlis fatwa untuk perkhidmatan RM 2400 GST yang dikenakan ialah RM150 Sebulan dan setahun RM 1800 Yang lain laon tu kira sendiri
Rakyat DEMAM GST. Semua dah mengeluh. Belanja bertambah. HARGA BARANG NAIK.
Entah apa nak jadi...... kami miskin, sekarang bertambah miskin.
GST bermula pd 1-April-2015 ,,lepas beberapa hari gaji PM..Timb PM, Menteri2 serta Timbalan Menteri2 naik berkuat kuasa 1-Januari-2015..Semalam di umumkan kutipan cukai GST hampir2 3 juta..Elok sgt laa ,,dpt gaji backdated ,dpt bayar wang ansuran jet 2.2 Juta..Yg lebih dpt pergi melancung, kata melobi tapi syarikat negara2 mana pun haram tak nampak..Tak apa laaahh..buat lah sesuka hati kamu selagi memerintah atas dunia ini. GST yg dikenakan atas diri aku..aku tidak HALAL walau sesen pun dari dunia sampai akhirat.
Sayang sungguh pabila kesempatan yg terhidang ini gagal di gunakan oleh PR atau mmg telah wujud satu pakatan dr dlm PAS sendiri yg tidak mahu PR menang. Ini logikal sekiranya sabotaj yg dilakukan oleh PAS (sudah pasti dgn restu presiden) yg meletakkan calon PAS secara bertindih dgn calon dr PR juga yg menghasilkan kemenangan kpd BN. benar dan sahih, percubaan mengujudkan UG telah lama bergerak, kerajaan PR Perak dan krisis PR Selangor adalah bukti2 besar. Kesilapan kita adalah membiarkan watak watak khianat ini terus berada dlm PAS walaupun mengetahui dan mengenali siapa mereka. Kini, hanya masa faktor masa sahaja yg membuatkan mereka bersabar sebelum memperlihatkan diri. Beberapa nama besar PAS telah terkorban dan tewas kpd watak2 kecil yg tidak pun kita kenali. Menumbangkan BN kini kembali menjadi mission impossible kerana PR telah pun sebenarnya berantakan. Mimpi rakyat agar kerajaan zalim ditumbangkan telah bertukar menjadi igauan. Kalau benar niat mereka mahukan Islam tegak dinegara ini kerana Allah Ta'ala, tanpa ada perkiraan lain, aku ttp menyokong. Malangnya segala gerakgeri nmpk sumbang juga tanpa nilai yg seharusnya ada dlm diri mereka yg mengaku islamik. Apa2 pun, Allah Maha Mengetahui.
Dulu Madey pernah gagal membangkitkan kebencian rakyat terhadap raja2 melayu. Adakah sejarah akan berulang tindakan madey terhadap najid.
Takpe ko sokongkan lagi BN (brg naik) (bini najib)
Pangkah lagi bn tu sampai khiamat...
kah,kah,kah....bonggok menilai batu& permata
Melayu berpecah tiga, boleh ke pas jd juara, jika tanpa sokongan dr bangsa lain, alamat kelongkang la pas
Tak sedar diri, harap2 YB dari pas tinggal 10 ekor je.
Kah,kah,kah.....
Kah lah kah, tak sangka ada macai UMMO kt sini....
parah menimpa spesies melayu..dah-lah melayu berpecah-belah ikut kem politik, golongan bergelar ulama pulak berpolarisasi ikut sentimen politik, bijak-pandai cendiakawan juga begitu, gen-y terpalit sama, sekarang wira negarawan pulak saling bercakaran...wira politik kaum lain sedang memerhati secara mikroscopic adegan menarik ini spt melihat siri world wrestling championship sambil makan pop-corn...hanya tunggu masa nak rentap..nampak gaya spesies melayu sedang menuju ke arah menjadi spesies flibbertiggibet of the 21st century..bermaksud spesies yg bakal dihantar ke planet Marikh..rd5
Catat Ulasan