17 Mac 2015

PAS Bersama UMNO Restui Tindakan PDRM Tangkap Nurul Izzah?


penahanan Nurul Izzah cetus kemarahan penyokong

Penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar mencetuskan kemarahan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang mengadakan protes di hadapan Pusat Tahanan Reman Jinjang malam ini bagi membantah tindakan pihak berkuasa itu.

Protes tersebut yang bermula kira-kira jam 9 malam bukan sahaja dihadiri penyokong, bahkan pemimpin tertinggi PR, termasuk Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga merupakan ibu kepada Nurul Izzah.

Dr Wan Azizah berkata tindakan pihak berkuasa yang menahan anaknya tidak sesekali akan melemahkan semangatnya.

Malah beliau juga percaya dengan penindasan berterusan pihak berkuasa, akan menyemarakkan semangat juang bukan sahaja pada dirinya, tetapi juga rakyat Malaysia yang akan turut bangkit melawan ketidakadilan tersebut.

"Malam ini panas, tetapi panas bukan kerana cuaca, panas kerana Nurul Izzah," katanya berucap di hadapan Balai Polis Jinjang, Kuala Lumpur.

Meneruskan ucapannya, ibu kepada Nurul Izzah dan isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mempersoalkan apa salah anaknya yang hanya menjalankan tugas sebagai ahli Parlimen melontarkan pendapat.

"Sebagai seorang ahli Parlimen, apa salah untuk kita menyuarakan suara? Namun inilah kekuatan kita bersama rakyat, ia lebih kuat.

"Kita akan bangun membela rakyat semua dizalimi, bukan kerana kita Cina, India, Melayu atau sebagainya, tetapi kerana kita anak Malaysia.

"Hari ini yang ditahan mungkin ialah suami, anak saya, namun kita tidak akan sesekali lemah semangat, kita akan terus lawan sehingga menang," katanya sambil disambut laungan "reformasi" oleh penyokong.

Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi merakamkan keterangan mengenai perhimpunan #KitaLawan namun ditahan mengikut Akta Hasutan kerana ucapannya di Parlimen yang dikatakan menghina institusi kehakiman.

Protes yang diadakan malam ini bertujuan mengutuk tindakan pihak polis, termasuk menuntut pelepasan N?urul Izzah serta aktivis Mandeep Sigh dan Adam Adli.

Penyokong yang hadir bukan sahaja bertindak membakar lilin di hadapan balai polis Jinjang, mereka turut menjelang sepanduk "Bebas Izzah", "Saya Nurul Izzah tangkap saya" dan "Undur Najib”.

Antara yang turut memberi ucapan dalam perhimpunan ini ialah adik kepada Nurul Izzah, Nurul Ilham, Sasterawan Negara Datuk A.Samad Said, ayah kepada aktivis Adam Adli, Abdul Halim dan beberapa pemimpin PR seperti Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Nurul Ilham dalam ucapannya menceritakan detik-detik yang sukar untuk menerangkan kepada anak Nurul Izzah tentang keadaan ibunya.

"Semasa penahanan Nurul Izzah, makciknya (Nurul Nuha) menjaga dan membawa mereka ke balai polis, Nur Safiyah bertanya kenapa dengan mama?

"Dalam keadaan sukar, Nurul Nuha menjelaskan dengan cara Safiyah boleh faham, bahawa ibunya seorang wanita tabah," katanya di hadapan kira-kira 300 hadirin.

Samad yang pernah menjadi pengerusi bersama Bersih 2.0 berkongsi kesedihan atas nasib Anwar yang melalui penderitaan berdekad lamanya.

Bagaimanapun katanya, kerana penindasan dan ketidakadilan maka bangkit suara anak muda yang menyambung perjuangan.

"Jadi benarlah, kalau satu Nurul ditahan, maka ada empat lagi Nurul yang muncul," kata Samad.

Sementara Nurul Nuha dilihat tidak menyembunyikan emosi marahnya dengan lantang menegaskan penahanan Nurul Izzah tidak akan melemahkan semangatnya.

"Benar saya marah, bukan sahaja bapa saya ditangkap, kakak saya juga ditangkap tetapi ia tidak akan mendiamkan saya, kita akan terus berjuang menentang ketidakadilan," katanya. – TMI


Tahan Nurul Izzah memalukan, kata pemerhati hak asasi antarabangsa

Penahanan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar juga mendapat perhatian di peringkat antarabangsa apabila sebuah kumpulan pemerhati hak asasi manusia turut mengutuk tindakan pihak berkuasa Malaysia itu.

Timbalan Pengarah ‎Human Rights Watch Asia Phil Robertson yang berpangkalan di Amerika Syarikat menyifatkan tindakan itu sebagai memalukan apabila kerajaan pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menggunakan Akta Hasutan bagi menjatuhkan pemimpin pembangkang.

"Penahanan Nurul Izzah menunjukkan kerajaan Malaysia seperti tidak mengenali batas dalam usaha me‎nyekat kebebasan bersuara dan jenayah dialog yang menjadi sebab kemunduran dunia.

"Perdana menteri dan kerajaannya patut berasa malu menggunakan Akta Hasutan seperti kapak untuk menjatuhkan ahli pembangkang, aktivis dan sesiapa sahaja yang lantang menyuarakan kritikan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Robertson berkata, Najib harus sedar setiap tindakan menahan pembangkang‎ menggunakan Akta Hasutan umpama satu langkah ke arah penghapusan hak demokrasi di negara ini sekali gus dianggap sebagai satu kempen penderaan sehingga bila-bila.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru rakyat Malaysia menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Nurul Izzah serta tahanan aktivis lain termasuk Adam Adli dan Mandeep Singh yang ditahan di Pusat Tahanan Reman Jinjang pukul 9 malam ini.

"Penahanan kerana kenyataan yang hanya dibuat beliau di dalam Parlimen dalam kapasiti beliau selaku ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat amatlah dikesali.

"Penahanan yang boleh dilanjutkan sehingga tempoh 7 hari ini hanyalah suatu bentuk intimidasi pihak kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan membantutkan agenda reformasi di negara ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, penahanan Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR turut dikutuk DAP yang mempersoalkan kewajaran ‎tindakan pihak berkuasa itu.

Setiausaha DAP Lim Guan Eng berkata tindakan itu jelas merupakan salah satu lagi perbuatan salah guna kuasa pihak polis.

‎Lim turut menuntut polis melepaskan anak sulung kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri An‎war Ibrahim itu dan membandingkan layanan berbeza pihak berkuasa ketika isu Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Ketika Ismail Sabri mahu disoal siasat oleh pihak polis, tidak pula menteri Umno itu ditahan reman semalaman oleh mereka. Malah pihak polis pula menyatakan Ismail seorang yang ‘sibuk’ dan tidak mempunyai masa untuk disiasat.

"Tetapi kini ketika Dewan Rakyat sedang bersidang, pihak polis bertindak menangkap Nurul Izzah, seorang ahli Parlimen yang dipilih oleh rakyat, untuk disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran apa yang diucapkannya di dalam dewan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nurul Izzah sepatutnya hadir ke balai polis hari ini untuk dirakam keterangan berhubung perhimpunan #KitaLawan‎, bagaimanapun menurut peguamnya, beliau ditahan kerana ucapannya di Parlimen pada minggu lalu.

Minggu lalu, bekas ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Datuk Zulkifli Noordin membuat laporan polis terhadap Nurul Izzah kerana dikatakan menghina institusi kehakiman dalam ucapannya di Dewan Rakyat.

Lim menegaskan DAP akan bersolidariti dan menyokong Nurul Izzah sambil mendesak Putrajaya untuk berhenti menggunakan pihak polis sebagai budak suruhan yang menahan, mengganggu dan memangsakan pemimpin Pakatan Rakyat (PR).
-TMI







ULASAN GB

Di ketika seluruh rakyat Malaysia mengutuk penangkapan dan penahanan Nurul Izzah, nampaknya ada juga beberapa pihak yang "berdiam diri" seolah-olah "menyokong" penahanan tersebut.

Kita amat memmmahami dengan sikap UMNO kerana mereka jelas sekoelompok rakya yang kejam dan zalim, kerana pihak PDRM memang sentiasa cepat dan tangkas untuk bertindak ke atas pimpinan Pakatan Rakyat tetapi tidak akan melakukan perkara yang sama ke atas pemimpin-pemimpin UMNO.

TETAPI anehnya, sejak semalam, GB tertanya-tanya dimana kenyataan-kenyataan pemimpin tertinggi PAS terhadap isu ini. Apakah mereka turut merestui tindakan PDRM menahan Nurul Izzah? Apakah PAS bergandingan tangan dengan UMNO supaya pemimpin-pemimpin PR ditangkap dan ditahan? Yang ada cuma secebis laporan Harakahdaily yang memetik kenyataan bantahan Sdra Lim Kit Siang.

Mana suara Presiden? Mana kenyataan Setiausaha Agong? Ketiadaan suara dan kenyataan bantahan dari kedua-dua pemimpin tertinggi PAS ini memberi persepsi umum bahawa mereka sudah bersama UMNO untuk menghalalkan semua tindakan polis terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan.

Kita bukan berburuk sangka. Tetapi banyak isu sebelum ini seolah-olah Presiden, SUA dan ulama-ulama PAS bersama dengan UMNO tetapi tidak dengan Pakatan Rakyat seperti isu pilihanraya PBT dimana Haji Hadi dan Mustafa Ali menentang pilihanray PBT kerana kononnya akan mewujudkan 13 Mei - satu alasan yang benar-benar sama dengan UMNO. Begitu juga dengan isu persempadanan semula SPR, Presiden PAS pernah mengumumkan PAS bersetuju dengan tindakan SPR tersebut walaupun Pakatan menentangnya. Dalam hal-hal tersebut, pendiriannya sama dengan pendirian UMNO.

Sungguh mengecewakan. Jika demikian pasifnya Presiden PAS terhadap isu-isu yang melibatkan kepentingan bersama Pakatan Rakyat, sudah sewajarnya para muktamirin tahun ini menukarkan Presiden PAS kepada orang lain.

31 ulasan:

bik mama berkata...

Wah..marah betul tuan dengan tuang presideng skarang ni saya tengok..tp sy sokong ape yg tuan utarakan..

Tanpa Nama berkata...

You got a very good point GB. Where is Hadi and the so-called ulama?

Tanpa Nama berkata...

TITM nak suruh DAP & PKR sokng hudud PAS kelantan, tapi PAS sendiri x sokong pemimpin2 PR. Amacam tu?

Tanpa Nama berkata...

Minta ulama ulama pas tersuci termulia ilmu tertinggi, iaitu ulama pas presideng hadi dan ulama ulama Msu bagi ulasan atas artikel tuang gb ini,

Tahap kesucian dan ilmu ulama pas presideng dah layak jadi PM. Minta ulama ulama Msu bagi definasi kelayakan PM supaya DS najib paham bahawa president pas ulama suci mulia lebih layak

Tanpa Nama berkata...

Juga Msu mesti buat keyataan kepada rakyat wala kepada presideng

Tanpa Nama berkata...

mat sabu kena boo - dia diam.
geng kencing berjemaah semasa pemimpin berucap - dia diam.
geng doa laknat pemimpin - dia diam.
kenderaan dr hatta kena bakar - dia diam.
dr dzul kena pukul - dia diam.
pemimpin pkr dan dap kena tangkap - dia diam.

kalau dia bermakna bersetuju.

orang kapir makan babi minum arak berzina berjudi dan gerenti masuk neraka pun pernah berkata: The only thing necessary for the triumph of evil is for good men to do nothing.

apa guna ada ulama macam ini?

ucapan sulung dalam media oleh murshitdool baru bukannya bersyukur kerana dilantik; bukannya berjanji untuk mantapkan Jemaah; bukan pula berikrar untuk membaiki imej Islam.

TETAPI: MENIPU DENGAN KENYATAAN YANG BERMAKNA SEOLAH2 PERLEMBAGAAN PAS MENGHARAMKAN BUKAN ULAMA SEBAGAI PRESIDEN!

Tanpa Nama berkata...

Nak buat hudud beriya iya
Bila nampak ketidak adilan depan mata membisu

Tanpa Nama berkata...

malas dah nak komen pasal ulamak pas ni...

Tanpa Nama berkata...

Azmin pun diam.

Tanpa Nama berkata...


Apabila kedua dua pemimpin tertinggi PAS senyap buat tak tahu bukan saja menghalalkan tindakan polis tetapi meredakan kes fitnah liwat Nurul di tangkap kerana memcemuh hakim yang tidak berpaksi kepada keadilan sebaliknya tunduk kepada penguasa Nurul bercakap tu dalam Parlimen

Tak malu ke pada Phil Robertson yang tak ada ilmu hudud Hukum bukan sekadar begini begitu pada seseorang tetapi untuk menjadikan kita menjadi lebih bertakwa

UMNO mengharap tanpa sokongan orang seperti Hj Hadi dan Ulamak PAS Anwar akan jadi lemah Dan ramai yang lama kelamaam akan dapat terima Anwar bersalah

Tanpa Nama berkata...

Hadi dan UG menentang perhimpunan aman tidak seperti Mat Sabu Mahfuz dan lain-lain

Tanpa Nama berkata...

Tentang ULARMAK dalam Pas ni memeng aku benci tapi mnals dah nak komen tentng mereka.Tapi ayat Al;lah ada mengatakan bahawa jangan kamu termenyokong pun orang yang zalim nanti kamu akan dibahan api neraka.Biakan mereka bersama dengan peminpin ZALIMMMMMM

Tanpa Nama berkata...

Harap serban ja besar,pnampilan warak tapi x guna x ada semangat SETIAKAWAN dlm sgnap segi..n yg pling BURUK da mula tunjuk KEMARUK KUASA..entah le dunia AKHIR ZAMAN..x boleh nk percaya sapa dh..melainkan ALLAH DN RASULNYA NABI MUHAMAD S.A.W..

Tanpa Nama berkata...

puak2 pak lebai ni mmg bodoh dlm berkawan. Bila time pilihanraya sibuk pulak mintak pertolongan rakan PR lain utk menang tapi bila rakan itu susah, satu habuk bantuan pun tak dtg at least bagi komen la sikit..Macam ni ke cara bersahabat dalam islam? Nak kata bangang, ahli bijak pandai dh ramai dari mcm dulu dh..tapi mana statement simpati diorang ek?

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu APA pas comment aku sebagai ahli pas nak dengar.

Unknown berkata...

Camne org pas nak pegi, Kan nurul izzah geli pada org2 pas. Kalau tak caya, tanyalah MSO

IbnAbdHalim berkata...

Majoriti rakyat termasuk ahli Pas dh nampak arahtuju parti sekarang. Lebih2 lg setelah Dato Haron Din dimusyidul'amkan. Yg akan meletuskan pebalahan dalaman ialah puak inilah. Berdoalah supaya Pas terus istiqamah dgn perjuangan.

Tanpa Nama berkata...

Kita tulis berapi api ni dia orang baca ke tidak?

Tanpa Nama berkata...

Klu Anwar sendiri pun kena tengking masa jumpa dia dulu kes MB Selangor.. apalah sangat kes Nurul kena tahan ni.. ada dia peduli ke? Manusia yg sebenar benar beriman bukan terletak pd pangkat, jawatan atau gaya pemakaiannya. Tuan2 bole pikir la sendiri... sedih dpt presiden mcm ni.

Unknown berkata...

puak2 msu dan golongan yg bergelar ulamak dalam PAS ni memang patut x dpt sokongan dah dari seluruh rakyat marhain....

Tanpa Nama berkata...

Kamu dan sekalian ulama pas x sokong pon x sokong pun alhamdulillah, nurul sdh dibebasjan. Tapi kini iita kenal siaoa kawan siapa lawan dlm pr.

Tanpa Nama berkata...

PAS makin membahalolkan diri mereka untuk kemewahan dunia , pangkat dan Bini Muda.

Pak Lebai dah tua tapi nafsu dan KONTOL masih muda lagi.

Dah tua lah mesti kaya bergaya cara umno dengan Bentley dan Bini Muda.

Tanpa Nama berkata...

kalau tak singkir Hadi PRU14, bencana bagi Pas, manafaat bagi UMNO, tapi dalam Pas sapa berani, kaki pak turut ada la.

Unknown berkata...

Barua...barua...barua... broker..broker..broker... ada berani...GB

Tanpa Nama berkata...

adakah Hadi cemburu? ahli Pas sokong Anwar jadi PM berbanding Hadi MB sepenggal di terengganu?

Tanpa Nama berkata...

Yang bersalah kena diambil tindakan.

Tanpa Nama berkata...

Yang bersalah yang banyak di lepaskan seperti penjual karpet Roadshow Shafiee Mohon lepaskan Raja Judi Lapuran Polis 1MDB Bos Sirul

Yang tak bersalah kena di ambil tindakan

Tanpa Nama berkata...

Kesimpulanya.....
Korang semua ni yang teramat sangat memerlukan PAS lah. PAS di bawah pimpinan ulamak kan dah tak kuat, tak ada sokongan akar umbi.

Seafdal-afdal cara, jumpa sendiri TGHA, tanya dia secara berdepan apa komennya dgn penahanan DSAI, Nurul Izzah. Jaga adab sikit jgn main andaian-andaian je.

Tanpa Nama berkata...

anon 2.31

hadi ponteng kerja bila tak datang parlimen sebab nak pergi london. mesyuarat pakatan pun ponteng. kereta pemimpin pas kena bakar dia diam. pemimpin pas kena pukul pun dia diam. pemimpin pas kena boo dan doa laknat pun dia diam. gambar pemimpin pas kena pijak oleh geng kopiah pun dia diam.

kalau pemimpin pas kena zalim pun dia tak peduli, apa korang ingat dia peduli dengan DSAI dan keluarganya?

Tanpa Nama berkata...

Tu sebab kena tukar Presiden PAS kalau pasal Kes Anwar dan penahanan Nurul pun kena jumpa Kena tanya depan depan

Ini bukan andai andai
Ini betul betul

Hj Hadi banyak peluang dan banyak saluran untuk sampaikan bantahan sebagai Presiden PAS Kalau jumlah ahli bertambah 8 000 orang tahu pulak Hj Hadi maklumkan pada umum

Sekarang ini musim pencalunan PAS Kawasan Batu minta penjelasan Hj Hadi mengenai kenyataan Nasha untuk terus kan kerjasama dengan UMNO Bukan PAS Batu yang kena jumpa Hj Hadi tapi Hj Hadi yang kena jumpa PAS Batu

Siapa yang tak jaga adab ?

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin PAS kini pelik. Cakap sembarangan. Lupa tujuan dan matlamat. Tidak berhemah dan laju dpd lajak. Ikut sedap mulut. Langsung tidak menggambarkan Tuan Guru atau Presiden. Jauh berbanding the late Ustaz Fadil Noor. Maaf cakap, tidak perlu tunggu jadi ketua kalau ada hasrat mengeluarkan kata2 kesat dan berbentuk punnishment. Mat rempit adakalanya lebih sopan.