17 Mac 2015

"BARUA" Terus Menimpa Haji Hadi... PAS Batu Bermufarakah!


PAS Batu berpisah daripada kepimpinan pusat, kecewa dengan Hadi

Ahli jawatankuasa PAS kawasan Batu mengumumkan untuk bermufarakah (berpisah) dengan kepimpinan pusat selepas presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilihat gagal menyelesaikan isu berbangkit di dalam parti.

Yang Dipertua Kawasan Batu Ishak Surin berkata, keputusan bermufarakah itu diambil selepas disepakati 17 daripada 25 ahli jawatankuasa kawasan itu untuk meninggalkan jawatan mereka dalam parti.

"Kami di antara pemegang jawatan dalam PAS kawasan Batu maka dengan ini mengisytiharkan mengambil tindakan bermufarakah daripada kepimpinan PAS yang ada sekarang dan juga bermufarakah daripada memimpin PAS kawasan Batu sehinggalah kepimpinan PAS positif kepada realiti politik sebenar, stabil dan ikatan ukhwah kembali segar sesama ahli dan rakan Pakatan Rakyat (PR).

"Kami mengadakan sidang media hari ini bertujuan menyatakan rasa kecewa, sedih dan kesal terhadap kepimpinan PAS Pusat khususnya Hadi yang gagal bertindak menangani isu dalaman sehingga tercetusnya krisis berlarutan dalam parti," katanya.

Ishak berkata demikian dalam satu sidang media yang dihadiri ahli jawatankuasa PAS Batu di Markas Tarbiah di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata, krisis semasa PAS kini merupakan yang terburuk sejak kepimpinan ulama diperkenalkan pada 1982 iaitu selepas presiden PAS ketika itu Datuk Mohd Asri Muda dijatuhkan 30 tahun lalu.

Katanya, melalui tindakan mufarakah itu diharapkan Hadi selepas ini dapat menjadi tokoh pendamai meredakan krisis dalam dengan kata-kata nasihat, kenyataan tegas dan amanat kepada semua pihak di dalam parti.

"Kami berharap presiden dapat membetulkan keadaan apabila budaya melabel, menggelar dan menuduh dalam kalangan pimpinan PAS serta ahli dengan label buruk seperti munafik harki, syaitan, babi, iblis tua, kafir, liberal, komunis, jebon dan lain-lain.

"Tetapi kami lagi kecewa apabila presiden sendiri turut melabelkan ahli parti sebagai barua dan broker. Budaya ini ada yang dilakukan secara rasmi dalam pelbagai program parti seperti Liqa Fikri, Hiwar Siasi termasuklah Muktamar PAS ke-60 lalu.


Ishak berkata, selepas pengumuman berkenaan juga diharapkan Hadi dapat mengukuhkan hubungan tahaluf siasi dengan PR kerana dalam banyak perkara PAS dilihat menjadi pemain tegar mengeruhkan keadaan.

Katanya, mutakhir ini sebahagian pemimpin PAS menyerang PKR dan DAP serta pemimpinnya secara peribadi tanpa rasa silu dan tidak langsung menyerang Umno dan pimpinannya.

"Malah isu rakyat seperti GST, kenaikan harga barang, kemiskinan, gejala sosial, penyelewengan dan lain-lain terbiar begitu saja. Seolah-olah berdasarkan senario ini Pakatan retak menunggu belah.

"Kami sangat mahukan pencerahan daripada presiden mengenai pelbagai dakwaan mengenai kerajaan perpaduan seperti yang dibangkitkan bekas presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengakui isu kerjasama dengan Umno sebenarnya sejak 2008 dan diputuskan Majlis Syura Ulama," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Mohamed Hanipa Maidin pada minggu lalu berkata sikap pihak tertentu yang terus mencanangkan kesempurnaan Hadi tanpa mendedahkan kelemahan presiden PAS itu hanya akan membawa kerosakan kepada parti.

Katanya, pimpinan juga perlu berani menyatakan masalah yang sedang dihadapi parti bagi membolehkan ia diselesaikan.

“Saya sering tegur dalam mesyuarat, mereka yang rosakkan presiden PAS ialah mereka yang menyokong presiden bawa rebah.

“Mereka tidak mahu menyatakan presiden ada kelemahan, berasakan presiden semuanya sempurna. Inilah golongan yang merosakkan PAS. Dia tahu presiden lemah tetapi tak menyuarakannya," katanya.

Hadi semalam mendapat pencalonan pertama untuk jawatan presiden PAS apabila berjaya mengalahkan Ahmad Awang dalam mesyuarat agung kawasan Shah Alam.

Penyandang kerusi presiden itu mendapat 78 undi manakala bekas naib presiden PAS itu mendapat 72 undi pada satu proses pengundian yang dijalankan untuk pencalonan jawatan tertinggi dalam parti itu.

Pencalonan Ahmad yang sudah lama melepaskan semua jawatan dalam PAS itu disifatkan sebagai usaha mengenepikan Hadi ekoran perpecahan ketara yang sedang berlaku dalam PAS sekarang.

Sebelum ini, PAS Kota Bharu mencalonkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man manakala PAS Kota Tinggi mencalonkan Datuk Husam Musa untuk jawatan itu.

PAS kawasan Parit Sulong dan Batu Sapi yang juga selesai mengadakan mesyuarat agung dipercayai akan mencalonkan nama selain Hadi sebagai presiden.

Kedua-dua kawasan itu setakat ini menyerahkan kepada ahli jawatankuasa yang baharu dilantik bagi membuat pencalonan. Dalam mesyuarat tersebut, PAS kawasan Shah Alam mencalonkan Mohamad Sabu supaya dikekalkan sebagai timbalan presiden manakala Salahudin Ayub, Husam dan Tuan Ibrahim sebagai naib presiden. – TMI.

ULASAN GB

Besar bahana perkataan BARUA yang diucapkan oleh Haji Hadi di muktamar tahun lepas. Satu demi satu "barua" menimpanya. GB sudah ulas sebelum ini. Petikan:

Hukum kebenaran dan keadian akan berjalan. Tutur yang baik akan menerima hal yang baik sementara turtur yang buruk akan menerima hal yang buruk kepada si penuturnya.

Nabi berpesan "Kullu Kalam Addua" - setiap ucapan itu adalah DOA.

Apabila anda mengungkapkan perkataan BARUA, apatah lagi terhadap ahli jemaah sendiri dan yang dituduh itu bukan Barua di sisi Tuhan, maka sebenarnya perkataan itu akan kembali kepada diri anda sendiri. Sama dengan kes Najib dengan perkataan HARAMJADAHnya dulu yang ditujukan kepada peneroka FELDA... akhirnya apa jadi? Najib yang ditimpa HARAMJADAH berkali-kali. Saham FGV merudum, Najib dinobatkan PM Kangkong, MH370 hilang, MH17 ditembak dan banyak lagi...

Presiden PAS juga pernah menuturkan BARUA di dalam Muktamar yang lalu. Lalu apa jadi? BARUA menimpanya - beliau diheret ke kandang orang salah di dalam satu kes saman fitnah pil kuda dan walaupun beliau bebas dari tuduhan itu tetapi Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa memutuskan "kata-kata yang disebut Abdul Hadi dalam ucapannya pada malam berkenaan adalah sebagai kata-kata yang berunsur fitnah". Dengan automatik jatuh maruahnya kerana telah diisytiharkan "seorang yang mengeluarkan perkataan yang berunsur fitnah". Itulah hukum kebenaran dan keadilan yang berjalan... BARUA menimpa sipenuturnya.

Begitulah juga dengan penutur-penutur JEBON, MUNAFIK HARAKI, SYAITAN, BABI dan sebagainya.... usah bimbang ia akan kembali menimpa si penuturnya... kerana demikianlah hukum kebenaran dan keadilan (sunatullah) berjalan .. dan Allah berjanji sunnatullah itu tidak berubah ...

Sebagai suatu sunnatullah yang telah berlaku sejak dahulu, kamu sekali-kali tiada akan menemukan perubahan bagi sunnatullah itu.
[QS. AL FATH 48:23]

p/s nak maki GB, makilah... kalau nak test samada makian itu berbalik atau tidak kepada diri sendiri...

Kepada kumpulan pro-ulama, teruskan mencaci dan memaki. Kita sama-sama akan melihat bahana dari cacian dan makian itu menimpa tidak lain kepada kumpulan mereka sendiri.

Jangan sampai kata tidak ada orang yang menegur. GB sudah lama dan banyak kali menegur, tetapi tidak diindahkan.

26 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bukan semua orang PAS mahu membahalolkan diri gaya Presiden PAS.

Punah ranah PAS di tangan Pil Keldai

Tanpa Nama berkata...

Gelap gelita dan sunyilah pentas Taman Melewar dengan tiadanya Pak Ishak Surin...

Tanpa Nama berkata...

Dok berbalah sama sendiri. Kalau diri tu rasa bukan barua buat tak tau jela... khidmat utk rakyat lg utama.

Tanpa Nama berkata...

Ulama akan pupus dalam PAS, yang tinggal hanya ular dalam semak.....

Tanpa Nama berkata...

Ulama zahiriah shj.... sdgkan batinnya masih tidak....

Tanpa Nama berkata...

Suspen jugak kerana setakat ini yang buat kenyataan semua nya tidak menyebelahi Hj Hadi dan yang pro Ulamak Mana tahu dia orang simpan peluru ke

Tapi selalu nya bila permulaan nya macam ini maka kesudah lah macam ini Baiknya PAS ia lah tak main projek

Malaysiabaru berkata...

Ini adalah pandangan ularmak thdap puak non ularmak Dan professional
'mereka ni tak guna semua otak. Cuma guna otak sebelah... Lagi sebelah tk pakai... Ularmak bljr hal dunia profesional cuma tahu hal engine. Badan manusia. Dan undang2 dunia... ' ularmak tahu semua hala tuju tuhan perlu ketuai pas..

Tahi sungguh ucapan ularmak... Go to hell

Tanpa Nama berkata...

Tidak Ulama akan ada sampai bila-bila tapi meraka menjadi insan-insan tidak dikenali....Kepimpinan Ulama yg anda kenali kini Sering Kali terperangkap dipentas polemic politics lemah dalam dalil-dalil rukun..lemah dalam setiap lapisan issue-issue keutamaan...Dan gwa suka panding dan lihat about kelantanise karna issue hudud lebih menjurus kepada mainan politics... tahu issue hudud soal dasar Parti ITU dan mendapat_ruang kosong perlaksanaan dgan cara bersilingkuh dgn parti lawan.bila cakap soal agenda ianye sesuatu rencana yg besar Oleh parti lawan?gwa tidak hairan kalau parti law an tidak bertanding dlm pilihanraya kecil....karna matlamat meraka soal sasaran yg besar?.....kalau parti keadilan rakyat berani ke putrajaya... Mereka juga berani... Dari kelantan akan menguasai negeri-negeri dibawah pakatan rakyat?...jangan terpena dgn mainan political meraka about 1mdb...karna perkara ini tidak ada kesan buat meraka...matlamat mereka agenda2....disini pembangkang menari-nari mengikut tarian mereka...ini suatu kelemahan?...dan jika rancana2 menemui sasaran....pru14 menyaksikan negeri2 dibawah pakatan rakyat akan musnah........mudah bukan! Ketepikan saudara anuar Ibrahim DLL itu cuma langkah selingkuh permulaan.......

Jeman berkata...

Yg becakap atas ni antara org yg mintak perkataan barua tu kembali kpd tuan punye diri

Tanpa Nama berkata...

Selepas PRU14, BN akan terus berkuasa dan PM masih Najib. Ketika itu, PAS akan bertanding di kerusi-kerusi yang turut ditandingi PKR dan DAP. Beberapa kerusi akan diberi laluan oleh BN untuk meningkatkan suara PAS.

azhan114 berkata...

Sy pn kurang bersetuju dgn hj hadi dan rasakan dia perlu ditukar. Tapi jagalah akhlak tuan dlm menulis / komen. Sekurang kurangnya hormatlah dia sbagai org yg ada jasanya pada pas. Jgn terlampau sgt dalam mghentam dia mcm dia tu musuh kita plk..

Tanpa Nama berkata...

Ular mama, iaitu big mama jenis ular sejahst big mama 1200 tu

Tanpa Nama berkata...

Jasanya mengahru-birukan PAS sampai PAS kini berpecah-belah. Sayacrasa GB x hentam dia tapi memberitahu jgn celuoar sgt kerana setiap makian itu akan kembali kpd tuannya. Pepatah juga ada menyebut kalau guru kencing berdiri, murid akan kencing brlari.

Tanpa Nama berkata...

Belum ada di dlm mana2 kitab hadith atau seerah nabi mohd ada memaki atau membaruakan umat islam. Jauh sekali memfitnah spt pil kuda....

Tanpa Nama berkata...

azhan 114, semua perkataan yg dihujahkan oleh GB adalah dilontarkan oleh Hj Hadi sendiri. Barang perlu diingat, sebagai orang yg dinobatkan sebagai ulama, berpengalaman, berilmu, sebagai pemimpin serta berusia pula maka amat perlu mengamalkan sifat2 sebagai ulama, bukan spt macai. Hj Hadi sendiri yg meletakkan dirinya sebagai macai, apabila menuturkan sesuatu yg amat tidak sepatutnya sebagai seorang ulama. Malah kesilapan seumpama itu bukan dilakukannya sekali, tetapi beberapa kali. Apakah dia tidak tahu memperbetulkan dirinya sendiri? He must behaved himself at the first place!

Jeman berkata...

Yg ni saya terpaksa stuju dgn azhan.. mungkin kite kene start agrasif balik dgn musuh sebenar.. dlm yg komenter2 ni pon byk macai umno yg mnyamar mcm sokong GB tp amik kesempatan memaki hamun PAS secara keseluruhan..

Waris berkata...

Sama mcm najib... mengharamjadahkan peneroka felda. Skrg dia sendiri dah serupa haramjadah.

Presiden umno 2x5 presiden pas... mulut celupar, sombong dan angkuh.

Mat Said berkata...

Saya pun setuju dengan Azhar. Pertama, jasa dan pengorbanan TGHA terlalu banyak untuk PAS; tetapi sudah sampai masanya PAS memilih jasad lain sebagai Presiden. PAS perlukan Presiden yang menjadi Ayah kepada semua anak. Bukan yang membaruakan mana-mana Anak yang beliau tidak suka.

Kedua, para ulamak dan ustaz di dalam PAS perlulah memelihara adab dalam tutur kata dan penulisan. Isunya bukan sekadar PAS, tetapi anda semua membawa obor Islam, Islam yang rugi bila anda menggunakan bahasa carut dan maki.

Ketiga, PAS sebenarnya memerlukan kedua-dua. Anak yang engineer dan anak yang ustaz. Disitulah kekuatan PAS.

Amuraria berkata...

bila para alim & ulamak mula memaki & menghina maka lingkuplah imej Islam, teladan yang merosakan ,ABU & lawan geng pro 'ug' sampai mati !

abuburhan berkata...

Setakat 17 tak berkudis pun....8 ribu ahli baru...yg 17 tu boleh masuk pkr ...

Tanpa Nama berkata...

Wahai abuburhan. Tak ada kudis? Itu kudis Setiauasaha Agung yg makan dan bazirkan wang harakahdaily beribu2 ringgit setiap bulan yg didedahkan ole Cikgu IshakbSurin kenapa kamu senyap?

Tanpa Nama berkata...

Nak tanya....apa jasa hj hadi.

Tanpa Nama berkata...

singkir Hadi dari Presiden semasa pemilihan

Tanpa Nama berkata...

Jeman oi Jeman, bangunlah dari tidur kamu. Musuh bersama yg kamu maksudkan itu adalah UMNO/BN, tapi bagi Hadi and the gang pula UMNO/BN adalah merupakan sekutu rapat. Pernahkah kamu dengar sejak akhir-akhir ini Hadi and the gang menyerang UMNO/BN? Celikkan mata dan pasanglah telinga kamu Jeman, siapakah yg diserang oleh Hadi and the gang kebelakangan ini? Jawablah Jeman, jangan tak jawab!

Tanpa Nama berkata...

buat apa mufaraqah, kenapa tak berani singkir hadi? jangan jadi kaki bodek macam shah alam

Tanpa Nama berkata...

Hadi sebagai Presiden Pas, Terengganu dan Kedah hanya sepenggal, Kelantan bertahan lama kerana pimpinan TGNA, layaklah Presiden diganti