8 Feb 2015

"Keangkuhan Itu Ada Harganya!"


Terpulang kepada saya nak hadir, tak hadir - Presiden PAS

MARANG: Presiden PAS tidak terikat atau bergantung kepada mana-mana pihak untuk hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang dijadualkan pada 8 Februari ini.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata terpulang kepadanya sama ada hadir atau sebaliknya pada mesyuarat yang akan diadakan di Pejabat Agung PAS itu.

Ini kerana, kata beliau, tidak ada mana-mana pihak yang berhak bagi menentukan kehadirannya.

“Dia (Guan Eng) tidak berhak menentukan saya hadir atau tidak hadir. Terpulang kepada saya nak hadir ke tak hadir. Saya bukan anak murid sekolah, kita tengok dululah.

“Tengok hari mesyuarat inilah saya hadir ke tidak hadir. Saya tak bergantung dengan sesiapa saya nak hadir,” ujarnya berseloroh kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan Jumaat di kediamannya Kampung Rusila, hari ini. Hadir sama ialah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi balas desakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahukan Presiden PAS itu hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat, Ahad ini.

Sehubungan itu, Ustaz Abdul Hadi turut menafikan dakwaan beliau banyak kali tidak hadir ke mesyuarat berkenaan berbanding dengan pemimpin PR yang lain.

Bahkan, kata beliau pihak terbabit boleh melihat rekod kehadiran ahli-ahli mesyuarat majlis berkenaan bagi menentukan kebenaran dakwaan tersebut.

“Cuma saya rasa bangga, saya lebih banyak hadir mesyuarat dari Lim Guan Eng, kecuali (ketika) saya sakit dulu.

“Mesyuarat PR, masa saya jadi Menteri Besar pun saya hadir tiap-tiap kali mesyuarat. Saya tidak sibuk macam Ketua Menteri dan jika sibuk pun saya mesti hadir untuk mesyuarat Pakatan Rakyat.

“Kalau kata saya banyak tak hadir mesyuarat itu tak betul, kena ‘check’ kehadiranlah siapa paling banyak tidak hadir mesyuarat,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Marang. - HARAKAHDAILY 6/2/2015

ULASAN GB

Ada dua perkara GB nak ulas.

Pertama tentang kehadiran mesyuarat PR. GB rasa Presiden PAS tersilap fakta apabila menyatakan:

“Mesyuarat PR, masa saya jadi Menteri Besar pun saya hadir tiap-tiap kali mesyuarat. Saya tidak sibuk macam Ketua Menteri dan jika sibuk pun saya mesti hadir untuk mesyuarat Pakatan Rakyat

Fakta sebenarnya: Semasa Hj Hadi menjadi Menteri Besar Terengganu, PR belum wujud. PR hanya wujud selapas PRU13 pada 2013. Jadi tiada apa yang dinamakan Mesyuarat Pakatan Rakyat seperti yang didakwa..

Kedua menegenai kenyataannya:

Terpulang kepada saya nak hadir ke tak hadir."

< Jawapan di atas jelas ANGKUH. Terasa dirinya telah terlalu hebat dan besar. Mungkin kerana "telah dilantik" sebagai Naib Ketua Dewan Ulamak Sedunia...

Tidak mengapalah... hukum kebenaran dan keadilan akan tetap berjalan walaupun ke atas ulamak dunia paling tersohor dalam dunia sepanjang zaman sekalipun ... bahawa KEANGKUHAN ITU ADA HARGANYA!

Tunggu dan lihat.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin tiada kredibility , wujud atau tidak tiada masalah pada rakyat.

Apakah Keldai dapat memacu ke hadapan lebih mantap dari kawanan kuda...

Hanya ikan patin ber harga di daratan , dan nelsyan nelayan jaja jaja Quran memain kan kekuasaan Allah SWT tetap papa kedana mentaliti mereka.

Tanpa Nama berkata...

SETUJU !!.. Tunggu masa dan ketikanya... Bunyi AYAT yang keluar dari mulut TUAN GURU HAJI HADI, bunyinya sangat angkuh dan macam berdendam.. Tak pe lah, seperti kata GREENBOC, hukum kebenaran akan terserlah!.. Beginilah bila terlalu lama di tampuk KUASA, SOMBONG dan BANGGA DIRI menguasai DIRI. Bila Majlis Ulama di ketengahkan...meniru gaya IRAN yang SYIAH.. tunggu dan LIHAT.....

Anti Fitnah berkata...

Kadang-kadang sedih juga bila kita mendengar jawapan yang sedemikian daripada seorang pemimpin yang sudah diikhtiraf oleh dunia Islam. Adakah kerana dah dilantik sebagai Timbalan Ulama Se Dunia menyebabkan beliau terasa sedemikian? Aku sentiasa berharap dan berdoa agar TGHH dapat menjadi contoh seperti TGNA. Percakapan sejak akhir-akhir ini agak serupa dengan Mahathir waktu menjadi PM.

Unknown berkata...

BARUA BROKER PILKUDA...kah kah kah memang budoh tokguru Pas nih sama gak bodoh dgn Nik ABUDOH kota bharu.

1Malay.. berkata...

TGHA ni sperti Mahathir dlm Pas. Kl nk bndingkn TGHA dgn TGNA umpama lngit dan bumi..beza sngat. Jwpnnya pnuh sombong dan angkuh.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi datang mesyuarat pun tak ada guna nya

Dia tak akan bertolak ansur dan bersetuju dengan cara cara memperkukuhkan PR

Kalau datang pun dia datang dengan hati dan jiwa UMNO

Tanpa Nama berkata...

Terpulang kepada saya nak hadir ke tak hadir.

Ini amanah sebagai pemimpin

Besuk teruji lah keislaman Hj Hadi

Tanpa Nama berkata...

Nak keluar PR pun buat lah cara betul Datang mesyuarat declare keluar PR Lepas tu sokong lah fitnah sebab sengaja membiarkan Anwar masuk penjara Dulu di Shah Alam berceramah orang Islam kena tolak fitnah dan orang yang telah mati dan percaya kepada fitnah I juga berterusan berdosa dengan fitnah II

Pada saya ada lah tidak adil jika cuma Kelantan saje yang buat Hudud Tak masuk akal sebab sah sah negeri lain tak Islam Sedangkan Ada Kerjaaan dan ada YDP Agung yang sama

Kedah tolak PAS adakah bererti Kedah tolak hudud



Tanpa Nama berkata...

hhahaha..lawak kencing..nak kencing biar tgk dulu org sekeliling u.jgn bedal ja.hadi oh hadi...

Tanpa Nama berkata...

Nik Abduh kata hudud di teruskan dan tak semestinya kerana banjir hudud yang telah diperjuangkan bertahun tahun di tangguh sedangkan banjir hanya isu semasa berikutan kenyataan Anwar menempelak PAS Kelantan yang sibuk dengan hudud tapi tidak mengambil berat soal bantuan banjir Abduh mengambil contoh GST yang tidak di tangguh semata mata di sebabkan banjir

Yang nak buat GST ialah UMNO bukan Anwar Lain lah kalau GST tu Anwar yang yang punya kerja Dari pandangan Abduh buat hudud tu sama dengan GST?

Dalam pada itu Abduh kata walaupun banjir GST/Hudud di teruskan dan ini menampakkan sangat yang PAS ikut cara UMNO dan untuk pengetahuan Abduh banjir atau tidak kita bukan nak tangguh GST tapi kita tolak GST !

Satu Angkuh !
Satu Bonggok !

Tanpa Nama berkata...

Hj.Hadi nak duduk tempat Anwar jadi ketua,ketua pembangkang.. alasan nya kerana Parti Islam..tapi ketokohan tak ada..macam perangai budak2 ego, bodoh sombong pun ada...jgn guna nama parti Islam, malu kami umat muhammad yg beragama islam.

Tanpa Nama berkata...

hadi.... hadi.... disebabkan kesombongan, PAS hilang sokongan.

Tanpa Nama berkata...

AMBOI, SOMBONGNYA BUNYI