9 Sep 2014

Hari Ini Kita Aibkan Orang Esok Giliran Kita Diaibkan Pula...

Surat Kak Wan Kepada Tok Guru Hj Hadi

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam reformasi.

Saya mendoakan kesejahteraan dan keselamatan seluruh rakyat Malaysia. Sebuah masyarakat yang melalui kemajuan dan kematangan akan terus berhadapan pelbagai ujian dan beberapa perkembangan politik yang berlaku akhir-akhir ini adalah sebahagian dari proses itu.

Saya sedikit terguris dengan serangan peribadi yang dibuat terhadap saya walaupun saya menghormati pendapat Dato’ Seri Abdul Hadi Awang mengenai kebolehan dan kemampuan saya.

Walau bagaimana pun, tidak timbul kemarahan dan saya menerimanya sebagai teguran agar boleh memperbaiki diri InsyaAllah.

Oleh itu, saya menasihati semua supaya tiada lagi sebarang kenyataan balas dibuat berhubung kenyataan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang itu. Fokus kita sewajarnya bersatu membela rakyat dari pelbagai tindakan Umno/Barisan Nasional yang menekan rakyat.

Saya mengucapkan terima kasih kepada Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan keluarga atas jasa beliau dan bantuan kepada saya sejak tahun 1999 lagi. Saya juga tidak akan lupa budi baik pimpinan dan anggota PAS yang lain yang banyak membantu saya dan keluarga.

Saya mendoakan Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dipanjangkan umur dan seluruh perjuangan kita dibantu Allah SWT dan diberikan kemenangan.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden KEADILAN

ULASAN GB

Hukum kebenaran dan keadilan itu tetap berjalan walaupun ada yang sering mengejek hukum yang GB selalu perkatakan...

Hari ini jika kita aib dan guriskan hati orang, satu hari bersedia untuk diaibkan dan hati kita diiguriskan pula.

Di dalam Al-Quran, Rasulullah sendiri pernah ditegur oleh Allah kerana mengabaikan dan mengguriskan hati Ummi Maktum sehingga turun satu surah yang indah iaitu Surah 'Abasa. "Abasa Watawalla - "Dia (Muhamad) bermuka masam dan berpaling". Masa itu Rasulullah bermuka masam dan mengecewakan Ummi Maktum yang lemah, dan dengan segera Allah turunkan ayat berkenaan sebagai satu peringatan dan teguran buat Rasulullah saw. Dan sejak itu di mana saja Rasulullah bertemu dengan Ummi Maktum baginda menunjukkan muka yang jernih berseri kepadanya dan kadang-kadang baginda berkata : "Hai orang yang telah aku guriskan hatinya menyebabkan turun ayat peringatan dari langit kepadaku."

Tidak cukupkah keaiban bab saman RM2 juta dalam isu fitnah pil kuda dan komunis yang tidak ada bukti sehingga seluruh jemaah terpalit dengan fitnah berkenaan sehingga perlu mengaibkan dan mengguriskan hati seorang yang juga seorang Presiden dari parti rakan? Sekadar teguran ikhlas buat seorang Presiden Parti Islam SeMalaysia.


Laporan sebelum ini
klik untuk baca









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





35 ulasan:

air gunung berkata...

Errrrr errr.ini sudah taqdir....dulu yg dok main mende neh gwng ILMU.skrg saper la pulok yerr???dah taqdir kak wan kena plekeh.dah taqdir tganu tergolek lps sepenggal.gitu jgak kedah.taqdir pil kuda plus komeneh.

Tanpa Nama berkata...

Orang mulia tu fitnah dap komunis, dia sendiri mengaku dictator orang lain do parti kena ikut dia seorang, macam president komunis negara Cina. Mulia tinggi sehingga sama Tahap dengan president komunis negara cina.

Tanpa Nama berkata...

Semoga ALLAH beri kita hidayah

Tanpa Nama berkata...

Senarai terkini ahli parlimen Melayu Singapura

1. Abdullah bin Tarmugi (Sarjana Muda sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Lepas Ijazah Universiti London)

2. Halimah bt Yaacob (LLB, Universiti Kebangsaan Singapura; LLM, Universiti Kebangsaan Singapura)

3. Hawazi bin Daipi (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Diploma Pendidikan, Institut Pendidikan)

4. Dr Mohamad Maliki bin Osman (Sarjana Muda Sastera, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Muda Sains Sosial dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains Sosial, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Illinois at Urbana Champaign)

5. Muhammad Faishal Ibrahim (Sarjana Muda Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; Sarjana Sains, Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, University of Manchester Institute of Science and Technology)

6. Dr Yaacob Ibrahim (Sarjana Muda Kejuruteraan Awam Universiti Kebangsaan Singapura; PhD, Stanford University; Post Doc, Cornell University)

7. Zainuddin bin Nordin (Diploma Kejuruteraan Elektronik, French-Singapore Institute; Sarjana Sains, ESIEE)

8. Zainul Abidin M Rasheed (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian, Universiti Kebangsaan Singapura)

9. Zaqy Mohamad (Sarjana Muda Kejuruteraan(Elektrik dan Elektronik), Universiti Teknologi Nanyang/ESIEE; Sarjana Sains, Universiti Teknologi Nanyang/Carneggie Mellon University)

Ritchie Blackmore berkata...

Taubatlah hj hadi dgn sebenar benar taubat.Kes fitnah pil kuda pun belum selesai lg ditambah pula mengaibkan orang dikhalayak ramai dgn wajah yg bengis dan penuh dendam kesumat..malu org pas ada presideng yg akhlak buruk mcm ni.

Tanpa Nama berkata...

Email| Print |
Kebanyakan maklumat laman media sosial tidak benar
HARAKAHDAILY | 08 September 2014.


Kenyataan president mulia di tv Kira benar tidak?

BaDiN berkata...

PR.Bukan lagi Pakatan Rakyat tapi Pemusnah harapan Rakyat.PR Retak Menunggu Belah.Apa nasib mu PR.Harapan utk menumbang BN dlm Pru14 tak kesampaian seandainya Ku sangka Hujan Sampai Kepetang Rupanya Hujan Panas Ditegahari.Aku Kecewakah...Ohh tidak sekali kali selagi Umno memerintah.ABCD.Asal Bukan Cap Dacing aku undi.

Tanpa Nama berkata...

Kak Wan jgn komplen, Hadi tu maksum, dia boleh buat apa saja. Lagipun dia salah sorang Ulama Dunia. Kan?

Dia saja jer lepaskan T'ganu selepas 1 penggal dan jugak Kedah supaya rakyat T'ganu dan Kedah boleh buat perbandingan antara pentadbiran kerajaan negeri dibawah PAS dan BN. Hasil dari kebijaksaan beliau tersebut, rakyat dah boleh buat perbandingan. Bukankah itu namanya bijak dan berhikmah dalam pentadbiran? Dia sanggup korbankan 2 negeri sebagai bukti kehebatan pentadbiran beliau. Apa lagi Kak Wan mau?

Lagipun Kak Wan, Hadi ni hormat istana, maklum laa orang istana kan 'bayangan Allah dimuka bumi', takkan laa org yg maksum mcm Hadi nak lawan istana. Kan?

Banyakkan beristigfar Kak Wan, kalau luka dihati tak sembuh jugak dgn istigfar, sila minum air jampi Harun Din, InsyaAllah mujarab.

Tanpa Nama berkata...

Ciri-ciri pemimpin yg berjiwa besar itu tidak angkuh/riak, boleh mengawal kemarahannya dan mudah memaafkan musuhnya.

Serikandi bernama Azizah ini sgt pintar orgnya, begitu tabah bila keluarganya dihina dan suaminya tak henti2 diaibkan.

Pernah dianugerah pelajar terbaik, memegang jawatan Ketua Pembangkang di Parlimen, Presiden PKR dan Adun Kajang. Kekuatannya telah teruji dan beliau masih terus teguh berdiri. Ada ketegasan di sebalik kelembutan.

Hanya insan yg istimewa di mata Allah akan diberi dugaan yg tidak semua org akan mampu memikulnya.Itulah dia Datin Seri Wan Azizah.

Faris Abdat berkata...

Salam kepada Anonymous 8 September 10:55 pm -

Saya adalah Melayu Singapura dan saya tidak sedikit pun berasa kagum dengan latar belakang pendidikan para ahli parliamen Melayu Singapura.

Bila Lee Kuan Yew menghina masyarakat Islam Singapura dan menyemburkan fitnah keatas Islam di dalam bukunya "The Hard Truths ", tiada seorang pun dari mereka yang berani bersuara membela Islam dan masyarakat Islam Singapura.

Malahan, mereka tidak pernah membela Islam apabila Islam dihina oleh pemerintah PAP. Malahan mereka tidak pernah membela masyarakat Islam Singapura apabila hak-hak kami dirampas.

Ahli parliamen Melayu Singapura adalah ibarat mayat hidup - nak dikatakan mati, ternyata masih hidup ; nak dikatakan hidup tetapi sebenarnya sudah lama mati. Itulah dia ironis ahli parliamen Melayu Singapura.

sb dehlawi berkata...

nah amik kau hadi. kau kutuk wan azizah, azizah balas dengan mendoakan kesejahteraan kau. skrang siapa yg lebih berkeperibadian mulia? sendiri mau ingat la presideng!!!!!

dazten20 berkata...

AsSalam...

Kasihan dn saya berasa sgt simpati dgn YB Datin Seri Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail...

Tahniah saya ucapkn krn YB DSWA msh sudi mengucapkn TERIMA KASIH kpd Haji Hadi brkaitn ada prkr yg brbangkit yg tdk perlu lgi utk sy nyatakn disini...

Cukup2lah wahai bgsaku MELAYU... Bersatulah kita sblum KIAMAT MENJELMA... Jgnlh terllu mengikut Rentak DUNIA DAN KEMAHUAN BGSA ASING YG CB MEMPERLEKEHKN BGSA KITA DGN PLBGAI CARA!

Sbgai MUSLIM dari Azali Lgi kita tlh membuat PERJANJIAN DENGAN ALLAH SWT...iaitu, kita akn HANYA MENYEMBAH ALLAH SWT dn akn lakukn prkr yg baik2 sptmn PerintahNya... Jgnlah kamu membuka AIB seseorg DI DUNIA INI, jika KEAIBAN KAMU TIDK MAHU DI PERTONTONKAN DI AKHIRAT NANTI.....

Marilah kita mnjga hti sesama manusia dn SIAPAKAH KITA UTK MEMALUKAN INSAN ISLAM / MUSLIM YG SEBANGSA DENGAN KITA....? Sbg Hamba Allah Swt, sy merayu / menyeru diri saya dn kita semua agar cukup2 mendedahkan KELEMAHAN / KEAIBAN INSAN LAIN SESAMA Islam / Muslim.. Jgnlah pura2 tak nampak akn KELEMAHAN DIRI KITA SENDIRI... Malulh sikit kpd bgsa lain.. Sepatutnya, sbg Muslim, kita harus tunjukkn contoh Akhlak yg Terpuji sptmn Perintah Allah Swt dn Saranan KekasihNya juga, SuruhanNya iaitu, Nabi Muhammad Swt NABI YANG SANGAT KITA CINTAI....

Buktiknlh bahawasanya, sbg Islam dn Muslim, kita Wajib Saling HORMAT MENGHORMATI krn Allah Swt dan dengan hal yg sedemikian akn mnjd contoh teladan kpd kaum non Muslim yg melihat KEINDAHAN AKHLAK2 YG TERPUJI YG DITONJOLKN OLEH KITA SBG MUSLIM.... dgn ini scra tdk lgsg, KITA MENJADI DA'e dn akn dpt menarik minat mrk utk mndalami Islam dn Mengenal ALLAH SWT JUGA NABI MUHAMMAD SWT - seterusnya...? Kita dpt mmbntu mrk yg non muslim mnjd MUSLIM dan BERIMAN DGN ALLAH SWT.... Ini krn, KASIHANILAH MRK KRN, ADA ANTR SAHABAT2 kita yg belum lgi MUSLIM MEMILIKI HATI YG SGT MURNI... MARILAH SAMA2 kita berdoa agar mrk tdk mnjdi BARA KITA DI AKHIRAT SANA.... Aameen...

PengAkhirnya ingin saya merayu...
KASIHANILAH AKN YB DATIN SERI WAN AZIZAH WAN ISMAIL....JANGANLAH KITA MMPERKATAKN APA2 lagi ttg dirinya... Cukup2 lah! DSWA dn klrganya tentu berasa terhina dgn KEMELUT YG BERLAKU DLM NEGARA KITA DARI DAHULU HGGA KINI, YG MELIBATKN MRK.... KASIHANILAH JUGA AKN ANAK CUCU MRK.... BESAN2 MEREKA....Dlm usia beliau yg bgini dan sebelum beliau DIAMBIL SEMULA OLH ALLAH SWT DARI DUNIA INI .. marilah kita sama2 berdoa agar, dirinya / seluruh ahli klrganya mengecapi KEBAHAGIAN DUNIA AKHIRAT... Sptmn yg kita lakukn dn doakn utk diri kita juga klrga kita....

Kpd YB Datin Seri Dr. Wan Azizah.. Sbg Insan Muslim, saya snts mndoakn kesejhtrn Datin Seri sklrg.. Apa yg berlaku dlm khdpn Datin Seri dn klrga, amat Memilukan dan SANGAT Menginsafkn saya .. Betapa kita seharusnya MELIHAT / MENILAI KEBURUKAN DIRI SENDIRI dan HARUS MELIHAT KELEBIHAN INSAN LAIN.... BILA INI BERLAKU, KITA SEBAGAI INSAN MUSLIM ( KERANA, DARI AZALI LAGI KITA SEMUA ADALAH BERSAUDARA ) SEKALI KALI.... KITA, TIDAK AKAN SAMPAI HATI UTK MELUKAKN HATI / PERASAN INSAN LAIN DENGAN APA CARA SEKALIPUN .....

Marilah kita semua sbg Muslim, bertekad utk bersatu Hanya SEMATA MATA KERANA ALLAH SWT....

Ampun Maaf, Sekian TERIMA KASIH dan WasSalam....

Tanpa Nama berkata...

Sama-samalah kita berfikir siapa yang lebih arif dalam isu ini. Dan nampaknya Sultan Selangor sudah murka kepada PKR dan DAP kerana tidak ikut perintah baginda.

Tanpa Nama berkata...

Kalau saya Hadi Awang, letak jawatan President PAS,balik Rusila,duduk diam-diam kad situ,ada masa pi tangkap ikan - sebab amat malu cara DSWA memohon maaf dan mendoakan pula kesejahteraan ulamak yg menghina beliau dikhalayak ramai.Amat besar bezanya orang yg berilmu dengan yg dimakan ilmu.

Tanpa Nama berkata...

anon 6:26

sejak bila PAS begitu akur dengan sultan? bukankah sudah diketahui pihak istana itu didalangi oleh UMNO? Belum lg jika kita tinjau siapa yg teah merasmikan disko dsbnya... pilihannyakah yg ditunggu oleh PAS?

Tanpa Nama berkata...

anon 7.03 - pas skrg sokong org yg suka tinggal solat hingga sanggup buat solat hajat supaya Allah swt kekalkan pemimpin yg suka sengaja tinggal solat.

HARU WEII - org yg tak tinggal solat sokong org yg suka sengaja tinggal solat...

air gunung berkata...

Nak tgok geng mana plak yg tergolek guling2 dpn kereta sultan s'gor lps neh.kalo itu jd problemnyer dikatakan derhaka.bg aku biasala rakyat klas bawahan yg nak cari RM 5 pon mcm tercirit berguling2.saper la nak dgr ckp kita neh.kita tak mkn ada pepuak yg duduk dlm 7 8 bijik istana tu amik peduli.buat la apa pon asal x derhaka kpd pencipta sekelian alam.lawak la plak org2 yg tak wat kerja n hidup ditanggung hasil cukai dr rakyat boleh suka2 pilih saper yg dia berkenan.buang masa jer pangkah2 berator cat jari sumbat dlm peti kalo senang2 jer soltan lantik. on


in response to anon 6:26 sejak bila PAS begitu akur dengan sultan? bukankah sudah diketahui pihak istana itu didalangi oleh UMNO? Belum lg jika kita tinjau siapa yg teah merasmikan disko dsbnya... pilihannyakah yg ditunggu oleh PAS? , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

bile kene kat batang hidung DSWA, baru semua bising.. sebelum ni dok cari kelemahan TSKI, sebarkan kelemahan TSKI, sengaja sebarkan xde pulak yang bising nak bela.. akhirnya berbalik kepada DSWA. mgkin itu juga hukum kebenaran.

sebelum ni juga TGHH tak bagitau kenapa PAS menolak DSWA, macam2 spekulasi yang dimainkan media, tp bile dah didedahkan ketika dialog tempoh hari, mnyatakan sebab kenapa menolak DSWA, macam ni pula jadinya..
hanya orang yg mendalami secara natural saje yg akan faham keadaan sebenar, tidak bayes pd mana2 pihak.

Tanpa Nama berkata...

salam anon 8.34

TSKI tu memang telah memalukan dirinya sendir. Dah parti suruh undur kenapa x undur? dia yg degil mahu pertahankan jawatannya tanpa memperdulikan arahan parti.

Haji Hadi sebagai ulamak pula apasal mahu serang dan dedahkan keaiban orang? Kalau keaibannya sendiri terdedah bukankah lagi malu nanti? Mujur kematangan DSWA terserlah, siap doakan lagi kesejahteraan Haji Hadi. Ada DSWA serang peribadi Hadi Awang atau mana2 pemimpin PAS? Jelas kemuliaan DSWA mengatasi Hadi Awang,



Tanpa Nama berkata...

Surah Humazah menceritakan azab yang menanti kita akibat mencela sehinggakan ada ulama mengatakan tiada surah lain yang menggambarkan neraka sedahsyat surah ini. Gambaran neraka yang perit dan dahsyat banyak dalam surah ini, terutama apabila Allah menyebut berkenaan neraka apa yang tidak disebutNya dalam surah lain: “Naarullah” (api dari Allah sendiri).

Dalam surah-surah lain, Allah menyebut “Naaru Jahannam” yakni api neraka jahanam. Dalam surah ini, apabila dinyatakan api neraka dari Allah sendiri, maka ia lebih dahsyat kerana Allah sendiri yang menyalakannya untuk mereka2 yang mencela.

Untuk gambaran neraka yang lebih dahsyat dalam surah ini, kita perlu maklum bahawa inilah surah terakhir yang membicarakan tentang hari akhirat, kerana surah-surah selepas ini tidak lagi menyebut hari akhirat (yakni sebagai penutup cerita (ultimate ending) hari akhirat di dalam sebuah al-Quran).

Al-Humazah, ayat 1: wailunlikulli humazatillumazah.
Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencela dan pengkeji!

WAIL disebut 27 kali dalam al-Quran, termasuk 10 kali disebut berulang-ulang dalam surah 77 al-Mursalat (WAILUN yaumaizil mukazzibin).

WAIL ertinya kecelakaan atau kemusnahan. Apabila seseorang sangat kecewa dengan seorang yang lain, maka kata WAIL diucapkan. Dalam ayat ini, Allah sendiri yang melaknat (mengWAILkan) para humazah dan lumazah.

Al-Aloosi berkata: WAIL melibatkan emosi – cercaan ke atas seseorang sehingga menyebabkan gangguan emosi yang teruk. Apabila seseorang dihina di belakangnya atau dicerca di depannya, ia berasa gundah gulana. Akibatnya boleh memusnahan (WAIL) diri kerana penghinaan yang dilaluinya.

Tetapi dalam ayat ini, Allah sendiri membela orang yang dicela dengan mengatakan WAIL (kemusnahan) kepada para pencela. Allah immediately come to the rescue. Allah sendiri mempertahankan golongan yang dihina di saat mereka dihina. Saat mereka dihina, saat itu juga Allah mengWAIL para pencela, bukan diWAILkan oleh orang kena cela. Oleh itu, orang kena cela tidak perlu mencela balik (It has been taken care). Allah melaknat para pencela kerana sifat mereka ini yang menghina makhluk ciptaanNya yang lain.

Dengan ini, apabila Allah sendiri mencelakakan mereka dengan janji kemusnahan, ia amat menggerunkan. Maka kita yang mengaku beriman, wajib mengelak dari terjerumus menjadi sebahagian pelaku humazah atau lumazah (yang mencela dan mengkeji orang).

WAIL juga diguna dalam konteks perkara-perkara yang dikategorikan sebagai huduh atau jelek. Allah menegaskan siapa-siapa yang membuat benda-benda huduh ini akan dilaknat, maka bersedialah ditimpa azab. Ahli komedi dan Arab Badwi di zaman nabi SAW melakukan humazah dan lumazah hampir sepanjang masa dan hari ini sikap buruk ini bertambah-tambah lagi dengan adanya media seperti facebook, watsap dan sebagainya.

Wallauhu’aqlam

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang perlu amik cermin besar2 dan tgk diri sendiri sblm menilai org lain. Sepanjang dia memegang Presiden, negeri2 melayu yg ditadbir Pas jatuh di bawah dia. Keupayaan dia mentadbir Trengganu cuma sepenggal berbanding TGNA. Dah lah cakap besar, menyombong pulak tu.

Tanpa Nama berkata...

Geng UG dengan UMNO sedikit marah berpisah tiada

wsc biolo berkata...

serahkan pada tuhan apa yang terbaik

Tanpa Nama berkata...

Kalau peminpin Pas dan Majlis syurah Ulamak serta lebai2 berserban tebal melebelkan 2 adun yang menyokong PR itu pengkhianat .Bagaimana pulak Peminpin Pas dan Majlis Syura Pas menyokong orang yang menjadi PENGJkHIANAT pada Parti PKR iaitu kHALID iBRAHIM?Memang perminpin dan Majlis Stura dan biul otaknya.

Tanpa Nama berkata...

semoga allah jatuhkan Hadi....

Tanpa Nama berkata...

bila TGHA tegur Dr wan azizah ko marah...

lepas tu tuduh TGHA maksum.... sapa yg maksun ni... TGHA ke Dr wan azizah..

dia tak kutuk... dia kata Dr Wan tak berkemampuan... kalau dia berkemampuan... DS Anwar keluar penjara hari tu... patutnya tak payah lah ambil permatang pauh balik... tak payah lah ambil jawatn preseden PKR... biarlah Dr Wan teruskan...dia kan hebat...

aparaaa... tegur sikit... bebakul korang kutuk TG... hadapi jelah kenyataan... DR Wan tu hanya akan ikut kata2 DS anwar bila jadi MB nanti.... bukan dia akan buat keputusan bila jadi MB nanti...

Tanpa Nama berkata...

Anon 12:05..
bro kalau ko tak setuju dgn ustaz atau ulama... jangan dikutuk pemakain mereka... kerana itu pemakain sunah... kutuk sikap atau cara keputusan mereka sudah... jangan sedap nak taip je...

nampak sangat kejahilan dan kesetanan ko ... puihh...

Tanpa Nama berkata...

anon 3:16

Ko ingat TGHA tu macam DS Anwar ke.... dia tak gila pangkat & kuasa ler...
Pasal isu MB sampai kajang kena Undi balik... itu dah melacurkan undi rakyat... yg best tu siap ada kenyataan pilihanraya kajang tidak kena mengena dgn penukaran MB... puihhh..

kencing kuat ler....

Tanpa Nama berkata...

Anon 8:20 kata..
non 7.03 - pas skrg sokong org yg suka tinggal solat hingga sanggup buat solat hajat supaya Allah swt kekalkan pemimpin yg suka sengaja tinggal solat.

HARU WEII - org yg tak tinggal solat sokong org yg suka sengaja tinggal solat...

bro sejak bila ko jadi malaikat... ko catit ke bila dia sembayg atau ko baca kat BLOG je.... tah2 ko yg jenis tinggal sembahyang...poraaaa... politik sebiji UMNO....

masa masa penggal pertama TSKI lah yg ko puja... masa ni dialah yg ko hina sehinanya... sama macam DS Anwar kena... masa dlm UMNO dipuja luar UMNO dihina..... sebiji bro...

Tanpa Nama berkata...

Banyak berpolitik banyak Hadis2 rekaan hina Sesama Islam. Bawa la cara Nabi Muhammad SAW berpolitik. Aku pun no pangkah Umno dh kalau nada Tu lebeh terok dari Umno

Holiaw berkata...

Hadi Awang dah tak boleh pakai... baik aku sokong Hadi Ho.

Tanpa Nama berkata...

Anuar brahim ajar isteri n anak2 tak,baik didunia ni. Cuma ni balasan dunia dan yg pasti anuar akan dijatuhkan hukuman penjara. Semoga bykkan beramal ibadah mengingat kematian.. Kuasai akan luntur tidak akan dikenang.. blog greenboc yg kuminati tidak mencerminkan cerita sebenar. Byk fitnah dan propaganda serta kalian akan tahu pilihanraya akan dtg kehancuran kepada parti PKR. Salam

Tanpa Nama berkata...

Hebat 8.20pm ini ambil alih kuasa dan tugas tuhan.

Tanpa Nama berkata...

Banyak telan fitnah UMNO

in response to Anuar brahim ajar isteri n anak2 tak,baik didunia ni. Cuma ni balasan dunia dan yg pasti anuar akan dijatuhkan hukuman penjara. Semoga bykkan beramal ibadah mengingat kematian.. Kuasai akan luntur tidak akan dikenang.. blog greenboc yg kuminati tidak mencerminkan cerita sebenar. Byk fitnah dan propaganda serta kalian akan tahu pilihanraya akan dtg kehancuran kepada parti PKR. Salam , by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Masuk penjara kerana takut rakyat memberontak dengan tidak memberi kuasa kerana perbuatan zalim UMNO ada mulia untuk dia. Tiada seseorang yang lebih menderita seperti anuar yang tidak pentingkan diri dia sanggup menerima ujian demi memperjuangkan masalah rakyat. Perbandingan TGHA dengan TGFN adalah berbeza, TGFN tidak gopoh dan tidak kejar glamour. Ilmu saja dikata tinggi tetapi kelakuan menceritakan segala-galanya. Tidak berkhimah dan ego, ingat diri saja betul. Pergi berambus, tak sedar diri sentiasa buat kenyatanan untuk senjata musuh walaupun perkara yang dicakapkan kurang tepat. Dah lama berjuang, apa yang TGHA buat untuk rakyat. Balik rumah buka alquran dan hayati surah surah didalamnya. Orang berilmu akan sentiasa tenang dan tidak riak dalam menegur orang lain serta beradab. Pemimpin islam apa TGHA ni. Lain dicakap lain dibuat, ajar ahli PAS jangan lawan pemimpin tetapi dalam perkara sama ajar TSKI lawan pempin dan ingkar arahan parti. Apa kah ini dikata ular lidah bercabang, kami ingin minta bimbingan yang baik dari TGHA bukan bersikap biadab dengan pemimpin parti. Jangan lah pula cakap berbelit belit. Mungkin SUA PAS lebih arif kerana dia main peranan penting dalam krisis ini.