23 Dis 2014

[VIDEO] PAS Selangor Buat U-Turn, Kata "Pemimpin Islam Wajib Sokong Hudud"


Pemimpin Islam wajib sokong hudud, kata PAS Selangor

Ketua Penerangan PAS Selangor, Zaidy Talib menafikan beliau berkata PKR wajib menyokong hukum hudud, tetapi menyatakan semua umat Islam termasuk ahli parlimen PKR yang beragama Islam wajib menyokong hudud.

"Saya tidak pernah kata PKR wajib menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan hukum hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam.

"Apa yang saya kata, semua yang beragama Islam termasuk ahli parlimen PKR wajib sokong," kata Zaidi dalam satu kenyataannya kepada The Malaysian Insider.

Semalam, The Malaysian Insider menyiarkan berita PKR wajib menyokong hasrat kerajaan PAS Kelantan melaksanakan undang-undang hudud, memandangkan pemimpin tertingginya beragama Islam, kata PAS Selangor.

"Apa yang saya maksudkan ialah pemimpin yang beragama Islam dari PKR bukan parti itu sendiri," kata Zaidy.

ULASAN GB

Dah pun pusing..... semalam kata lain...

Umat Islam memang wajib menyokong hudud, tetapi dalam keadaan sekarang ini bijaksanakah kita mengusulkannya?

Ada banyak perkara lain yang sepatutnya menjadi agenda utama PAS, bukan hudud. Tindakan PAS Kelantan adalah terburu-buru hanya kerana "kononnya" telah mendapat sokongan pemimpin UMNO. Sedang semua sedia maklum tindakan UMNO itu hanyalah sandiwara untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

GB tertarik dengan komen berikut oleh pengkomen di blog ini:

Anonymous said...
UG ni memang bangangah beb... entah berapa kali nk kena tipu dgn UMNO... sampai ke kiamat bangangnya.... pergi settlekan masalah banjir tu dulu .... rakyat menderita skrg ni... itu hikmah Allah turunkan ujian banjir... tahu apa yang patut di prioritaskan untuk rakyat... bukan hudud...

4G said...
Stuju dgn anta sheh...ana tgok pas dn umno ni snasib dpt presiden...alahai...sesuai dgn lgu antik mlyu tudung periok....adakah tudung priok prioriti orng mlyu...ha..ha

Kedua, jangan lupa Sheikh Yusuf Qardhawi, Presiden Kesatuan Ulamak Sedunia sendiri melalui satu wawancara dengan Al-Jazeera pernah menyatakan "nak hudud perlu bangunkan umat dan diri sendiri dulu"!


Kamu Zaidy, dan sekalian pemimpin UG termasuk Nik Amar, ilmu kamu tinggi mana nak lawan Sheikh Yusof Qardhawi? Kalau tak reti pergilah bertemu dengan Naib Ketua Kesatuan Ulamak Sedunia iaitu Haji Abd Hadi supaya beliau bertanya sendiri kepada Syeikh Yusof Qardhawi.

Jadi jika mengikut kenyataan dari Sheikh Yusuf Qardhawi di atas, pemimpin dan umat Islam "tidak wajib" menyokong hudud yang hendak diusulkan oleh PAS Kelantan tersebut kerana ada perkara yang menyentuh umat yang belum beres di Kelantan yang lebih utama yang perlu dilakukan oleh PAS Kelantan, bukan hudud. Jangan jadikan isu hudud sebagai escapisme untuk menutup kelemahan pentadbiran kerajaan negeri terutama meningkatkan iktisad dan sosio-ekonomi rakyat Kelantan. Dan di dalam keadaan sekarang, hentikan isu hudud, sama-sama selamatkan rakyat dari yang terkena musibah banjir.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Why aren't we surprise? Oh yah dalam masa terdekat parti pas ini dah terbukti putar balik, Tikam rakan dan tipu pengund.

Amuraria berkata...

banyak mangkuk-mangkuk dalam parti islam kena main dengan gerombolan karat biru sekutu apco dalam kes hudud & mereka tak sedar isu hudud akan meranapkan parti islam secara halus, macam jarum zionis menghasut amerika juga sekutu-sekutunya , ABU & lawan geng pro 'ug' sampai mati !

Tanpa Nama berkata...

Untuk kebaikan semua pihak, Parti pas, sila guna kekuatan kecekapan sifat putar balik parti tuan untuk membuat keputusan bahawa "tidak pernah masuk PAkatan "

Anti Fitnah berkata...

Niat untuk menegakkan hukum Allah swt amat dihargai dan dikagumi. Bagi orang Islam, ini adalah agenda wajib. Bagi yang berkemampuan melakukannya dengan tangan (kuasa), maka wajib dilaksanakan manakala yang tak mampu, wajib mengiyakannya walaupun dengan hati.
Yang kita khuatiri sekarang soalnya bukannya perlaksanaan hukum Allah swt, yang dikhuatiri ialah orang yang melaksanakan hukum Allah ini. Pemimpin yang sediakan ada memiliki kemampuan atau tidak dalam hal ini. Undang-undang buatan manusia pun tak dapat dilaksanakan dengan telus, amanah, integriti, ... ini pulak undang-undang Allah.
Pemimpin Islam yang sedia ada la ni dipandang hina kerana rasuah, suka menfitnah, bersekongkol dengan perbuatan maksiat, ... tak kira pemimpin politik maupun agama termasuk mufti, .... sampai ke kaki tangan bawahan. Semuanya akan terlibat dengan rasuah kalau diberi peluang. Rasuah bukan saja pada kebendaan malahan ....
Kekuatan pemimpin Islam yang dok ada hanya membuat fitnah, memaki hamun, ... Fikir2 dengan jelas.

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pas yg duk heboh pasal hudud ni barua umno sebenarnya. Umno relax je tak payah susah2. Pemimpin pas bangang je yg wat keje bodo umno skang ni

fread

bat8 berkata...

GB

Kali ni gua xmo ulas panjang gua setuju dengan pandangan lu. Tang Nik Amar nak tutup kelemahan dan ketidaberdayaan memimpin negeri itu benar. Mengambil jalan mudah adalah trademark Nik Amar. Janji boleh lepas tangan secepat mungkin. Kalau tidak tidak la YIK Kelantan kena tipu hidup2 dalam usahasama bukak ladang di Gua Musang. Taklah terjadi satu usahasama xde perjanjian langsung dengan pihak pelabur. Bayangkan xde perjanjian - ini ketua audit negara ada tegur 2/3tahun lepas. Siapa YIK? NIK AMAR........

Tanpa Nama berkata...

LAst2 jadi lebai malang..hudud x boleh buat mengundi pun kalah..yg tepuk tangan umno..bijaknya pemimpin kita berpolitik..jadilah kita pas di era 80 an dulu..

Tanpa Nama berkata...

PAS tak perlu laksanakan hudud dulu. Tunggu apabila PR perintah negara, ekonomi, jenayah,rasuah semua jadi bagus dan masa tu confirm DAP akan setuju dengan hudud di laksanakan. Mungkin juga orang kafir pun mahu hudud dilaksana terhadap mereka.

Tanpa Nama berkata...

ada kwsn di kuala krai dh 3-4 hari air pili tarak. katanya paip pecah akibat banjir...

Tanpa Nama berkata...

Tengok perangai mereka yang suci mulia, boleh ker mereka uruskan isu besar negara???

Tanpa Nama berkata...

Berani Engkau guna perkataan "barua" Tanpa bukit.

Itu Hak tuan president boleh marah, orang lain tidak dibenarkan

Tanpa Nama berkata...

Perjuangkan dulu kebajikan rakyat sebelum nk laksanakan hudud sedar tak wahai parti pas..undi di kelantan dah merosot dan jumlah pngundi bkn bumiputera smakin mnyusut

Tanpa Nama berkata...

Cakap macam ni pun tak tepat

"Apa yang saya maksudkan ialah pemimpin yang beragama Islam dari PKR bukan parti itu sendiri," kata Zaidy.

Mengapa cuma pemimpin Islam dalam PKR saje Bagaimana dengan ADUN dan pemimpin UMNO ?

Ni lah masalah nya bila hudud di buat untuk kelompok kelompok tertentu Yang satu wajib Yang satu tak wajib Alasan Kalau semua dalam PKR dan PAS setuju maka kenalah yang UMNO pun setuju Macam tu ke? Maka tak salah lah jika pemimpin PKR tak setuju dengan alasan yang sama UMNO tak setuju

Wajib pada PKR bukan sebab sebagai Islam wajib nya tapi kerana Wajib sebab PKR dalam PR

bat8 berkata...

GB

Mamat ni pun sengal juga. Dok ugut semua orang sokong hudud Nik Amar yang dibuat secara unilateral oleh Nik Amar dengan membelakangkan PAS Pusat.

Mamat ni dah isytihar kekalahan PAS di Selangor termasuk diri dia. Sekarang apa cerita dengan perkembangan terbaru ini...... tetapi yang lebih mengherankan, PAS ada ke PRESIDENG PARTI????? Dalam isu ini dan dengan perkembangan terbaru mengenai status hudud Kelantan, Tuang Presiden PAS macam sudah menghilang diri je....

Tuang Presideng paham ke tak paham apa yang sedang melanda PAS sejarang? Tuang ptesideng pahang ke tak pahang keroasakan kepada Islang dan PAS akibat pendedahan terbaru ni? Tuang Presideng pahang ke dok pahang bahawa tanggungjawab dialah untuk muncul didepang menangangni masaalah hudud kelantang yang dibuat oleh Nik Amar dalam isu hudud kelatang nih?

Dimana tuang presidenggggggggggggggg?.......... Ader dok dalang negera? Ke dah gi makang anging ke luo negeri lagi?........Dok rok cetong kalu jawatang nok, keistimewaang jawatang nok tapi tugas dan tanggongjawab jawatang takboh!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Astaghfirullah al-adzim. Apa dah jadi dengan melayu yg mengaku Islam. Rasulullah SAW menganjurkan muzakarah bukan memfitnah lebih-lebih lagi fitnah dan mencaci ulama'. Tidakkah kita tahu barangsiapa yang menyakiti ulama' (yg mursyid) sama juga dia menyakiti Rasulullah SAW, dan siapa yg menyakiti Rasulullah SAW maka dia menyakiti (mendatangkan murka) Allah SWT. Sudah terbukti undang2 ciptaan manusia gagal, hanya undang2 Allah (Hudud) yg diyakini dapat menyelesaikan segala jenayah. Kecualu bagi mereka yg tidak yakin. Melayu oh melayu marilah kita kembali kpd ISLAM. Tiada pecah belah dalam Islam, Rasulullah SAW anjurkan kasih sayang. Wallahua'lam.