17 Dis 2014

Rafizi Cabar Najib & Rosmah: Jumpa Di Mahkamah

Tak mohon maaf, Rafizi masih tunggu saman Najib

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli masih belum mendengar apa-apa daripada peguam yang mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketika dihubungi hari ini, beliau berkata, memandangkan sekarang adalah akhir tahun, mungkin semua orang bercuti.

Bagaimanapun, ahli parlimen Pandan berpandangan bahawa tiada alternatif untuk Najib dan Rosmah selain menyamannya.

Menurut Rafizi, surat tuntutan guaman dari Najib dan Rosmah menyatakan beliau perlu meminta maaf dalam tempoh 14 hari dan tempoh itu akan tamat pada 28 Disember.

"Mungkin mereka sedang menunggu sama ada saya akan ubah fikiran," katanya sambil ketawa.

Sementara itu, Rafizi berkata beliau bersedia untuk berdepan dengan perdana menteri dan isteri di mahkamah.

Minggu lalu, Rafizi melalui peguamnya menjawab bahawa beliau akan mempertahankan kenyataannya di mahkamah, dengan berhujah bahawa kenyataannya adalah berasas dan adil.

Pada 4 Disember, Najib dan Rosmah menghantar surat tuntutan guaman kepada pemimpin PKR itu berhubung ucapannya pada 23 November di mana beliau bercakap tentang subsidi bahan api dan cincin berlian yang didakwa dibeli untuk Rosmah.


Rafizi jawab saman Najib: Jumpa di mahkamah

Saya telah menjawab surat tuntutan (demand letter) yang dihantar oleh Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor pada hari ini melalui peguam saya, YB N Surendran dan Tetuan Daim Gamany.

Saya tegas bahawa ucapan yang saya buat itu berkepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara.

Saya yakin kritikan saya di atas tindakan Datuk Seri Najib Razak menghapuskan subsidi pada ketika pembaziran terus berlaku adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak.

Saya kini menunggu writ saman Dato’ Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansur untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Rafizi Ramli
Naib Presiden/Setiausaha Agung KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
-FMT




2 ulasan:

C4 berkata...

HELO ... MACAI MACAI UMNO... NAK TANYA AGAK2 BERANI TAK NAJIB TERIMA CABARAN RAFIZI????? TOLONG JAWAB YA!!!!!!.AKU PUN NAK TENGOK SEJAUH MANA KEBERANIAN NAJIB DAN KAK MAH... TERUSKAN YA NAJIB.. JGN BUAT PUSINGAN U... NANTI MEMALUKAN PENYOKONG2 YG MEMUJA AKAN KEHEBATAN PM MALAYSIA..

Tanpa Nama berkata...

Salam tuan. Kami harap tuan sudi datang dan menyampaikan ceramah di MUAR,JOHOR.

Jangan hampakan kami. Take care.