2 Nov 2014

Sampai Bila Rakyat Malaysia Perlu Dibohongi Oleh Najib?


Memang sahlah terbukti Najib Razak seorang yang pembohong besar. Pada tahun ini dalam satu artikel berita harian dia pernah menyatakan tarif elektrik terpaksa dinaikkan bagi melindungi TNB dari kerugian tetapi artikel ini telah pun dipadamkan dari BH Online.

Hakikatnya TNB untung lagi malah meningkat pada tahun ini kerana kenaikan tarif elektrik yang terpaksa ditanggung oleh rakyat. Korang bacalah berita bawah ni ;

Keuntungan bersih Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2014, meningkat kepada RM6.4 bilion daripada RM5.4 bilion dalam tahun kewangan lepas.

Hasil meningkat kepada RM42.79 bilion daripada RM37.13 bilion sebelumnya, kata syarikat utiliti nasional itu kepada Bursa Malaysia hari ini.

TNB berkata kenaikan keuntungan bersih itu adalah hasil daripada pengurangan kadar cukai korporat dan peruntukan masuk kira semula bagi sebuah anak syarikat yang merupakan perkara tidak berulang, yang dimasuk kira ke dalam Tahun Kewangan 2014.

Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Ir Azman Mohd berkata TNB melabur perbelanjaan modal yang besar sebanyak RM10 bilion berbanding RM8.5 bilion tahun lepas.

"Daripada RM10 bilion perbelanjaan modal itu, RM4.9 bilion adalah bagi penyenggaraan dan penambahbaikan sistem bagi memastikan sistem yang cekap, selamat dan terjamin," katanya pada taklimat bagi mengumumkan keputusan kewangan syarikat itu di ibunegara semalam.

Pelaburan dalam penyenggaraan dan penambahbaikan sistem telah menunjukkan hasil seperti yang dibuktikan dalam Indeks Purata Pengagihan Gangguan Sistem (SAIDI) yang paling rendah dicatatkan tahun ini. Ia mengesan purata tempoh gangguan dalam minit yang dialami oleh pelanggan setahun.

Beliau berkata TNB juga melabur sebanyak RM4.4 bilion bagi pembinaan stesen jana kuasa baru dengan jumlah kapasiti 3,700 megawatt (MW) bagi menampung keperluan kapasiti masa depan.

Azman berkata bagi Tahun Kewangan 2014, kos penjanaan yang membentuk 64.8 peratus daripada jumlah kos operasi, meningkat sebanyak 17.6 peratus.

"Ini, bagaimanapun, diimbangi sebahagiannya oleh kenaikan 15.2 peratus dalam hasil kumpulan, terutamanya daripada pelarasan tarif yang berkuat kuasa Januari 2014," katanya.

Beliau berkata semasa tahun itu, kumpulan membuat penilaian nilai pelaburan dalam Liberty Power berdasarkan kepada keperluan standard perakaunan, dan membawa kepada peruntukan masuk kira semula kepada kira-kira RM0.3 bilion.

"Ini menyumbang sebahagiannya kepada peningkatan keuntungan operasi sebanyak 21.6 peratus kepada RM7.2 bilion berbanding RM5.9 bilion sebelumnya.

"Pengurangan kadar cukai korporat yang dicatatkan dalam Tahun Kewangan 2014 membantu menyumbang lagi kepada keuntungan bersih tinggi itu," katanya.

Sementara itu, Pengerusi TNB Tan Sri Leo Moggie berkata dalam tahun kewangan ini pertumbuhan permintaan di Semenanjung Malaysia rendah sedikit berbanding tahun lepas disebabkan terutamanya penggunaan rendah oleh sektor besi dan keluli.

Lembaga Pengarah menjangka prospek kumpulan bagi Tahun Kewangan 2015 kekal stabil. -wargamarhaen

ULASAN GB

GB tak tahu sampai bila rakyat Malaysia akan menjadi mangsa pembohongan Najib dan kerajaan UMNO BN. Dengan sikap hipokritnya, Najib pernah berkata kononnya kerajaan BN tak pandai menipu rakyat.


Sedangkan hakikat sebenar, Najib dan kerajaan UMNO BN adalah pendusta paling besar.

Keuntungan TNB mencecdah 6.4 bilion, menokok 1 bilion dari tahun sebelumnya, walaupun Najib berkata tarif eletrik perlu dinaikkan dari melindungi TNB dari kerugian.

Bukan itu saja. Sebelum ini harga petrol dinaikkan berkali-kali, walaupun harga minyak dunia sudah jatuh berkali-kali.

GST sedang menunggu di hadapan untuk rakyat menanggung segala keborosan; ketirisan dan pembohongan Najib, UMNO BN?

Sampai bila?







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





18 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lahanat tu munafik ; kalau lahanat tak menipu mana mungkin di panggil lahanat.

yang lucu nya , orang orang melayu suka lahanat lahanat ini jadi ketua nya.

orang orang melayu bukan bodh.

ha ha ha ha

Tanpa Nama berkata...

Masallah nya bila bgi brim.semua senyap.

Tanpa Nama berkata...

Akhir zaman la bro GB...kan Nabi dah bg tau salah satu tanda2 akhir zaman ialah org bodoh/penjenayah/penipu/perasuah diangkat menjadi pemimpin...so bg kita yg tak mahu terjebak sama2 la kita bersatu sekurang2nya dpt mengurangkan pemimpin mcm ni

Tanpa Nama berkata...

sebab bodoh la diorang terpaksa menipu utk hidup senang.. org yg pandai akan gunakan ilmu mereka utk hidup. umno parti bodoh...

Tanpa Nama berkata...

Aku kesian dgn umat melayu ni..seronok di tipu oleh org melayu sendiri..kalo dgn org asing lagi kena tipu..tambah mat salleh. Kita kena terima hakikat org melayu senang ditipu...dan terus ditipu..selamanya.. Ok bye!

bat8 berkata...

Tuan

Najib berbohong bukan pasal kenaikan tarif letrik sahaja. Pendedahan Rafizi di parlimen mengenai kenaikan harga Ron95/diesel sebanyak 20 sen dan subsidi yang digembar gembur oleh kerajaan. Antara perkara yg disebut oleh Rafizi yang saya ingat seperti dibawah:

1. Harga subsidi ron95/diesel yang ditunjukkan di pam-pam adalah ketika harga minyak mentah berharga USD 110 setong.

Dalam keadaan sekarang dimana harga berlegar sekitar USD 83 satu tong, SUBSIDI SEBENAR OLEH KERAJAAN IALAH 28 SEN SAHAJA BAGI RON95!

(KOMEN saya - setelah ron 95 dinaikkan 20sen, subsidi sebenar kerajaan ialah 8sen sahaja. Mengikut pandangan penganalisa, harga m8nyak mentah sekarang akan kekal buat seketika. TIDAKKAH NAJIB PATUT TURUNKAN HARGA MINYAK PADA HARGA YANG LEBIH RENDAH DENGAN MENGAMBIL KIRA PENGURANGAN 20 SEN DARI JUMLAH SUBSIDI SEBELUMNYA)

Fikir-fikir lah. Sesiapa nak tahu lebih lanjut carilah kat utube atau tengok hansard parlimen

tausuo berkata...

Sekiranya benar, sungguh AJAIB BIN PELIK, ORANG NI MASIH DISOKONG OLIH SEBAHAGIAN BESAR KETUA2 HAKIM, POLIS, TENTERA (SAPA BOLIH LUPA GEJALA UNDI POS), KETUA2 KEMENTERIAN, KORPORAT DLL YG RAMAI KONONNYA ISLAM. NA'UZUBILAH.

bat8 berkata...

Tuan

Ini satu lagi berita menarik pasal harga minyak yang dibuat oleh Ahmad Maslan untuk tindas kita termasuk cai-cai UMNO yang cerdik2 semuanya.

.....................

Government to discuss possibility of imposing fuel tax if crude oil price continues to fall – Ahmad Maslan


The government will discuss the possibility of introducing a sales tax for RON95 petrol if global crude oil prices continued on a downward trend at a Fiscal Policy Committee meeting next Wednesday, said Deputy Finance Minister Datuk Ahmad Maslan in a report by Bernama.

Utk bacaan lanjut baca kat link ini
http://paultan.org/2014/11/01/government-discuss-possibility-imposing-fuel-tax-crude-oil-continues-fall-wednesday/

tausuo berkata...

Kebanyakkan mereka,yagni ketua2 hakim, polis, tentera, kementerian, korporat dll, berpelajaran tinggi, namun maha Benarlah 'Allah menyesatkan sesiapa yg Dia kehendakki...'

Tanpa Nama berkata...

Cina dah lama tak percaya BARANG NAIK. Tapi Engkau orang nak juga salahkan cina bagi segala masalah.

Kerja keras bayar cukai tak sokong BARANG NAIK semua pula jadi dosa?!

Where are you green boc when ixia hellfire pengkasar buat jahat kepada Cina? Greenboc sama parti dendam hellfire, right?

Atau tuan greenboc eventually sama dengar mereka nak salahkan cina juga?

Tanpa Nama berkata...

Orang miskin dekat kg d sabah lagi teruk...semasa tengah pilihanraya mereka cakap besar sokong pembangkang tetapi d hujung pilihanraya mereka kata siap yang banyak bagi duit undi orang miskin ini pasti kesitu... bodoh sangatlah..

Tanpa Nama berkata...

Dol 11:24

Wat d hell r u talking cock abt? Khayal minum ayaq ketum ke?

U dont question others wben u urs3lf is a cowardice by hiding behind anonymous. U sure are high on something dude....

Tanpa Nama berkata...

Melayu mudah lupa !

Dah kena tipu berkali kali

Tak kisah anak pemimpin pakai kereta mewah majlis kawin hotel mewah artis dapat rumah berjuta di beli menteri NFC senyap duit berjuta hangus Gaji Elaun MP naik walaupun rakyat hidup sengsara kerana itu lah takdir orang melayu ditipu UMNO selama lama nya

Masa Najib menipu mereka tahu TNB untung tapi celaka punya UG membuat melayu melihat baik UMNO baik PAS sama saje Tu sebab pengundi Pengkalan Kubur gembira dapat microwave

Tanpa Nama berkata...

Emmm tlg salahkan krajaan jgn salahkan tnb.. Krajaan yg patut dpsalahkan sbb wujudkn ipp.. Ipp ni generate current lbh2 pas2 paksa tnb beli.. Dgn menamatkn lesen2 ipp nie takrif elektrk bleh dtrunkn.. Sbb kos pjanaan tnb lg murah dr ipp.. Kita tgok nti ipp untg brapa juta..? Untg tanpa buat phantaran & pmbhagian...

Tanpa Nama berkata...

Menipu menjadi satu bisnes di Malaysia. Maklumlah nak "hidup".

Tanpa Nama berkata...

Betullah apa yg dikatakan Najib iaitu "Kerajaan BN tak pandai nak tipu rakyat", sebab itulah kita tahu penipuan yg telah, sedang dan akan mereka buat. Cuba bayangkan jika mereka pandai menipu, kita tentu tidak akan tahu yg mereka itu penipu.

Tanpa Nama berkata...

Saya berdoa khadrat illahi disana nanti kekalkan munafik ni dalam neraka jahanam.....wallahualam

Tanpa Nama berkata...

Aku sedih tgk selepas lebih 50 thn merdeka orang melayu ramai yg masih miskin..jika ada yg kaya pun rata2 hasil putar alam U*N*..yg miskin duit BRIM atau wang dan barangan free masa PRU sungguh berharga bagi mereka...kerana 'gula-gula' inilah mereka masih sokong.U*N*..sbb itulah U*N* suka ramai orang melayu miskin agar mereka terus berkuasa...