8 Okt 2014

[VIDEO] Menarik: Sembelih Lembu Korban Stail Dulu vs Sekarang

AJK Masjid Ar-Raudhah memasukkan lembu ke dalam sangkar sembelihan yang boleh dibaringkan dengan bantuan alat hidraulik, semalam.

Korban 10 minit

Kangar: Buat julung kali, empat ekor lembu dikorbankan menggunakan peralatan sangkar sembelihan hidraulik hasil cetusan idea anak tempatan yang disifatkan lebih mudah sempena program ibadah korban di Masjid Ar-Raudhah, Sungai Batu Pahat, di sini, semalam.

Sangkar berkenaan yang melalui proses inovasi disumbangkan oleh Taman Teknologi Malaysia (TPM) dengan kerjasama Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) pada Mei lalu sebelum digunakan penduduk untuk aktiviti korban yang hanya mengambil masa 10 minit bagi menumbang dan menyembelih setiap ekor lembu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Sungai Batu Pahat Hamzan Hashim, 45, yang juga pencipta sangkar berkenaan berkata sebelum ini pihaknya menggunakan sangkar mudah alih untuk membaringkan lembu dan memerlukan tenaga manusia yang ramai sebelum disembelih.

Menurutnya, apabila menggunakan sangkar sembelihan hidraulik bernilai RM20,000 berkenaan, proses sembelihan menjadi lebih mudah dan cepat sekali gus mengurangkan risiko kecederaan sama ada kepada manusia atau ternakan selain dapat mengurangkan tekanan pada haiwan terbabit.

AJK Masjid Ar-Raudhah memasukkan lembu ke dalam sangkar sembelihan yang boleh dibaringkan dengan bantuan alat hidraulik, semalam.

“Sebelum ini, kami mengalami masalah untuk menguruskan program ibadah korban kerana memerlukan masa antara 30 minit hingga satu jam selain memerlukan ramai tenaga kerja hanya untuk membaringkan seekor lembu sebelum disembelih tambahan pula jika lembu itu sukar dikawal. -HM




ULASAN GB

Demikianlah apabila zaman beredar... kemajuan teknologi membantu kehidupan kita untuk menyelesaikan masalah. Tiada lagi kes-kes lembu lari, lembu menanduk, soal kebersihan dan seumpamanya... namun ia tetap menjadi nostalgia indah buat sesetengah orang. Saksikan:












IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bukan kah di antara syarat penyembelihan ialah jgn di siksa binatang tersbt spt ikatan kaki nya hendaklah di longgarkan mata pisau mesti lah tajam

hrp pihak berwajib memberi pandangan krn sangkar tersbt terlalu sempit utk lembu tersbt menghabiskan nyawanya

ada juga sbb lembu cabut lari apabila menjadi cemas krn melihat org ramai dan krn bunyi bising serta di ikat di tempat lapang yg tak berpagar

Tanpa Nama berkata...

Klu kebaikannya lebih banyak eloklah diteruskan penggunaan sangkar itu. Soal ikatan, setelah lembu baring di sangkar, ikatan boleh saja dilonggarkan. Soal sangkar sempit, boleh saja dibesarkan saiznya atau boleh buka sangkar sebaik saja proses sembelihan selesai.

No problem rasanya.

Tanpa Nama berkata...

rocky the unused dick says: kahkahkahkahkah nostalgia wooo tiap2 taon nak tumbang lembu; lepas tu nostalgia nak jaga ekor lembu lak dari kene rembat kahkahkahkahkah memang klaka wooo kejor lembu terlepas, jadi aktiviti masyarakat lak

Tanpa Nama berkata...

Salam-kongsi ilmu.Tengok YouTube:
1-cara tuk tumbang lembu,sbnursali-kaedah mudah dgn hanya ikat 1 kaki.
2-Malaysia halal slaughter.
Shukran-Sablee.