14 Sep 2014

UPSR Bocor: Bila Terkena Batang Hidung, Baru Terhegeh-hegeh Tindakan Gantung


Muhyiddin kata cucu sedih kertas UPSR bocor

Kementerian Pendidikan sudah mengambil tindakan sewajarnya dalam menangani isu soalan kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bocor, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan berkata kementerian sama sekali tidak memandang ringan perkara itu dan akan mengambil tindakan sekeras-kerasnya terhadap pihak yang telah membocorkan soalan peperiksaan mata pelajaran Sains dan Bahasa Inggeris itu.

"Kita (Kementerian Pendidikan) sudah mengambil tindakan sewajarnya dengan cepat dan segera. Saya sememangnya rasa dukacita dan kini kita serahkan kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan.

"Biar pihak berkuasa ambil tindakan dan pada masa yang sama jawatankuasa bebas yang kita tubuhkan akan membuat beberapa cadangan bagi penambahbaikan UPSR," katanya kepada pemberita selepas selesai proses penamaan calon pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor di Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat, hari ini.

Muhyiddin berkata beliau telah meminta Lembaga Peperiksaan mengadakan semula peperiksaan bagi kedua-dua kertas pada 30 Sept dan menurutnya beliau berharap tidak ada lagi berlaku kebocoran soalan.

Beliau berkata siasatan awal pihak kementerian telah mengenal pasti individu yang terbabit dalam membocorkan soalan-soalan kertas berkenaan.

"Saya nasihatkan anak-anak jangan bimbang dan kita memahami apa yang mereka rasa dan saya sendiri pun merasa kecewa apatah lagi cucu sulung saya yang bernama Suraya turut mengambil UPSR," kata Muhyiddin.

Menurutnya cucunya itu juga menangis dan sebagai datuk, beliau turut menasihatkan cucunya itu agar bersabar dan bertenang.

Katanya kerajaan akan melihat daripada semua sudut untuk mengelak berulang kejadian seumpama itu dan akan mengambil contoh aspek keselamatan yang diambil pada soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dicetak di United Kingdom.

Muhyiddin juga berkata kerajaan mempunyai pengalaman yang lama dalam menguruskan UPSR namun tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab itu telah mencemarkan segala-galanya.

"Kita sudah ikut SOP (Prosedur Operasi Standard) tetapi ada juga yang tidak amanah. Ini semua kita akan teliti semula," katanya. - Bernama


Sedia beberapa set soalan elak bocor

BANDARAYA MELAKA - Kementerian Pendidikan perlu merangka pelan kontingensi termasuk menyediakan beberapa set soalan sebagai langkah mengelak kebocoran soalan peperiksaan.

Pengerusi Kumpulan Bertindak Ibu Bapa Dalam Pendidikan Melaka (Magpie), Mak Chee Kin berkata, selain mengelak kebocoran, tindakan menyediakan beberapa set soalan akan membolehkan murid menduduki semula ujian tanpa perlu menunggu masa lama.

Menurutnya, di bawah perancangan itu, kertas soalan akan disediakan oleh beberapa panel guru selain dicetak oleh pencetak yang berlainan.

Menurutnya, hanya Pengarah Pendidikan yang akan membuat keputusan pada saat akhir set soalan yang akan digunakan untuk ujian sebenarnya dan sekiranya berlaku kebocoran, hanya beliau yang perlu dipertanggungjawabkan.

“Saya terkejut kerana pihak kementerian tidak pernah ada sebarang pelan kontingensi untuk menghadapi kebocoran soalan seperti ini walaupun ini bukan pertama kali berlaku.

“Ini tidak adil untuk ibu bapa dan murid. Bayangkanlah nasib murid yang baru berusia 12 tahun terpaksa berhadapan dengan situasi yang tidak pasti seperti ini,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan menggantung Pengarah dan Timbalan Pengarah Operasi Lembaga Peperiksaan, Chee Kin berkata, tindakan itu adalah tidak adil memandangkan isu ini masih dalam siasatan.

Menurutnya, menyalahkan satu pihak adalah tidak adil kerana keseluruhan proses penyediaan soalan melibatkan banyak pihak.
-SH


ULASAN GB

Demikianlah keadaannya. Apabila terkena batang hidung - apabila anggota keluarga sendiri terlibat - baru-baru terhegeh-hegeh mahu ambil tindakan tegas.

Kertas soalan bocor berlaku saban tahun, tindakan semacam melepaskan batuk di tangga sebelum ini.

Sekarang bila cucu sendiri terlibat, barulah kecoh kesemuanya, baru ambil tindakan menggantung mereka yang bertanggungjawab.

Samalah macam kes peristiwa pesawat MH17... bila nenek tiri Najib dan Hishamuddin terlibat iaitu Puan Sri Siti Amirah Prawira Kusuma juga diantara mangsa, barulah ada tindakan segera, sampai semua-semua pergi ke Ukraine.

Sebelum di dalam kes MH370.... seperti semacam dilepaskan tangungjawab itu kepada pihak luar, pun sampai kini tiada hasilnya.

GB juga tertanya-tanya sebelum ini mengapa tiada pelan kontigensi oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia jika berlaku kebocoron? Sepatutnya sudah wujud beberapa set soalan sebagai langkah mengelak kebocoran soalan peperiksaan. Tetapi tidak ada. Pelik!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perkara soalan bocor ni tiap-tiap tahun berlaku dr upsr, pmr dan spm. kata tindakan akan diambil tapi saban tahun berlaku jugak

Tanpa Nama berkata...

Tidak perlu khuatir, tempat untuk cucunya di MRSM atau mana2 sekolah berprestij telah terjamin.

Tanpa Nama berkata...

Kedua-dua Pengarah dan Timbalan Pengarah boleh disiasat di bawah Peraturan 3(2(d)(e)(g) dan (j) Peraturan-peraturan Tatatertib Badan-badan Berkanun, Akta Badan-badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000. Sekiranya Lembaga Peperiksaan melaksanakan Buku Arahan Keselamatan, mereka berdua boleh juga disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972.

Unsur-unsur jenayah boleh disiasat di bawah Kanun Keseksaan

Tanpa Nama berkata...

Dah bertahun-tahun soalan ini bocor tapi KPM masih tak pecaya , lalu tiada tindakan serius diambil. Silapnya ialah bila KPM mentafsir soalan bocor bila dapati kertas peperiksaan bocor bercetak KPM. Kalau tak ada tidak dikira bocor.Walaupun soalan itu 100% menepati soalan asal. Kelemahn ini yang telah diambil kesempatan dengan menulis semula,,memfotostat dan lain-lain lagi tanpa mendedahkan logo peperiksaan . Lalu kegiatan ini telah meleluasa sehingga sekarang. Salah siapa ?Memang patutpun Pengarah peperiksaan dan Pengarah Operasi Lembaga diambl tindakan.

Tanpa Nama berkata...

tahun 2015 bocor le adek2 kena bersedia dari sekarang,macam pakcik dulu ambil LCE 1969, pastu MCE 1972,kata orang paper cambridge tak ada bocor sebab orang dulu tak pandai nak bocor

Tanpa Nama berkata...

KPM yang telah membiarkan perbuatan ini berlaku berleluasa kerana tidak megambil tindakan serius bertahun-tahun sebelum ini. Bocor tetap bocor walaupun difotokopi , disalin semula, diceramahkan, ditunjukan pada skrin dan macam-macam cara lain lagi. Kalau soalan sama dengan pusat tuisyen atau buku ramalan, mesti disiasat macamana jadi sedemikian. Sepatutnya tindakan tegas diambil kepada sesiapa membocor, memiliki,mengedar dan menyimpan soalan bocor, samada pegawai pendidikan, guru dan bukan guru, ibubapa dan juga murid. Barulah integiri terpelihara.

Tanpa Nama berkata...

setuju dgn anon 5.02 dan 5.37

kemudian ditambah dengan agen pengedar...siapa tu agen pengedar???

Tanpa Nama berkata...

Stadium bocor, Hospital bocor, Periksa bocor, Apa lagi yang tak bocor?

Tanpa Nama berkata...

Poket juga bocor kerana harga barangan dan perkhidmatan naik sentiasa.

Tanpa Nama berkata...

yang terang2 RTM siarkan org MELAYU terkinja kat tv siaran lansung, (terutama malam semalam, penari2 pakai skirt pendek , aku tertengok), tu bila nak tegur?

Agaknya kalau Lim Kit Siang tegur baru terbeliak mata kot.

Mana Agung & Sultan2 , tok2 mufti, kenapa tak tegur? Buat garis panduan.

Tanpa Nama berkata...

Adakah perlu diketuk baru mahu bekerja wahai menteri UMNO? Kalau begitu beb cara kerja lu, tak hairan malaysia akn ketinggalan ke belakang bahkan lebih teruk lagi akn dijajah sekali oleh negara luar dalam bentuk ekonomi yg sekarang ini hangat dilakukan oleh USA.

Tanpa Nama berkata...

PM kena ingat...musibah yg dtg bertalu2 thn ini adalah peringatan dan amaran drpd Allah SWT. Ingat tak dulu PM kata tak nak laksanakan hudud. Ramai org beranggapan tahun ni negara Msia mengalami nasib tak baik tp tak pernah mahu bersandarkan kepada agama ..amaran dan kemurkaan Allah. Ke nak tenguk Allah turun musibah mcm kaum Nabi Lut br nak percaya!

Tanpa Nama berkata...

Atuk keje main2 la...