9 Ogo 2014

Apa Sudah Jadi? Pengedar YSLM Terima Gelaran Datuk Seri!

Gambar-gambar Jessy Lai menerima darjah kebesaran daripada Sultan Pahang yang dimuat naik di laman Facebook YSLM CDTUP.

Seorang pengedar perniagaan pemasaran pelbagai peringkat YSLM CDTUP, Jessy Lai mendapat penganugerahan darjah kebesaran daripada Pahang yang membawa gelaran Datuk Seri, ketika pihak berkuasa sedang mengesan pemilik syarikat itu yang mendakwa dirinya sebagai jutawan, Zhang Jian.

Pengumuman itu dibuat di laman rasmi YSLM CDTUP di Facebook dengan gambar-gambar beliau menerima gelaran itu dari Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan gambar beliau bersama pingat darjah kebesaran itu.

"Jessy dah dapat pingat yang membawa gelaran Datuk Seri daripada Sultan Pajang... kenapa tak percaya???" kata moderator di halaman Facebook itu.

Beberapa gambar yang hampir sama dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran turut dikongsikan menerusi akaun Facebook di laman web Malaysia Youth Team.

Dalam satu kenyataan ringkas, Jessy menulis mengenai beliau rasa bersyukur apabila YSLM telah membawa perubahan besar dalam kehidupannya.

"Ia bermula dari satu perasaan yang tidak selesa, kemudiannya dengan bantuan "lao da" (Zhang Jian), beliau membantu untuk memperkayakan dan wang mula masuk... sekali gus mengubah hidup saya dengan ketara," katanya.

Beliau turut menyatakan bahawa beliau terharu apabila Zhang Jian memperkenalkannya dengan "banyak nilai kehidupan" bahkan turut mendapatkan pengiktirafan daripada negara dan masyarakat menerusi gelaran baharunya.

Di mana Zhan Jian berada ketika ini masih tidak jelas walaupun beberapa serbuan dilakukan di beberapa pejabat syarikat itu di seluruh negara.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengisytiharkan bahawa syarikat-syarikat di bawah Zhang Jian tidak didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan siasatan menunjukkan Zhang datang ke Malaysia untuk menubuhkan satu skim piramid cepat kaya yang diumumkan haram, melalui YSLM.

Sehingga berita ini ditulis, pegawai istana Pahang tidak dapat dihubungi bagi mendapatkan pengesahan berhubung penganugerahan gelaran Datuk Seri kepada Jessy. -mstar









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

biasa la..sultan sorg ni mmg sgt 'murah hati' tabur pgkat kt mana2..budak dadah pun dia bg pangkt datuk

Tanpa Nama berkata...

Kuasa duit,! Moral tidak penting lagi. Orang hina jadi mulia. Sedih nasib rakyat malaysia

Tanpa Nama berkata...

Biasa le YOU PAY ME I HELP U hehehe

Tanpa Nama berkata...

Hehehe biasa la tu, bagi sesetengah negeri, pingat jadi perniagaan yg untung.

Tanpa Nama berkata...

Semua orang nak Datok ; tak guna dapat Datok bawa teksi....

Datok atau Latok kah , kalau ada duit apa susah ; sedih lah maruah bangsa sudah dapat Sale!

Tanpa Nama berkata...

Datuk kategori apa tu ?
Datok A ? B? C?
Datok A = Anugerah
B = Bayar
C = Cucu ?

Tanpa Nama berkata...

Kebanyakkan sultan pun i boleh katakan katak di bawah istana sebab itu apa - apa hal diaorang buat diaorang tidak check apa keadaan semasa masyarakat. I guarantee diaorang tak akan faham masalah rakyat sebab diaorang terlampau lama memerap dalam istana mengalahkan katak beb.

Tanpa Nama berkata...

D = datok dejey...

Tanpa Nama berkata...

DiPahang ini perkara biasa ........Bottoms-Up!!"