24 Sep 2012

[Jenayah Menurun] Ketua Pemuda UMNO Kepong Parah Ditikam Dua Penyamun

ISTERI kepada Datuk Norizan Ali (gambar kecil), Datin Roslinda Kamaruddin hadir bersama anak perempuannya untuk melihat keadaan suaminya di Hospital Ampang. - Foto NSTP/Aizuddin Saad
Ampang- Ketua Pemuda Umno Kepong, Datuk Norizan Ali terpaksa lari sejauh 20 meter menyelamatkan diri ke rumahnya selepas diserang oleh dua penjenayah di depan rumahnya di Ampang, awal pagi tadi.

Kejadian pada jam 3.30 pagi itu, mangsa berusia 41 tahun itu melarikan diri dalam keadaan cedera parah di bahagian perut, tangan dan jari tangan hampir terputus akibat ditikam dengan senjata tajam oleh dua penjenayah yang dipercayai warga Indonesia.

Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, siasatan awal mendapati berlaku pergelutan diantara mangsa dan dua penjenayah terbabit.

"Motif kejadian masih dalam siasatan, kami dapati barangan berharga mangsa tidak hilang, telefon bimbit dan cincin milik mangsa berada di lokasi kejadian. Senjata penjenayah pula tidak ditemui," katanya.

Menurutnya, polis akan mengambil keterangan daripada mangsa selepas keadaannya sembuh.

"Kami juga masih menunggu laporan perubatan. Keadaan mangsa stabil, doktor menasihatkannya berehat," katanya.

Tun Hisan berkata, difahamkan jiran memberitahu terdapat kenderaan yang mencurigakan berkeliaran di kawasan perumahan berkenaan sebelum ini.

"Dua kenderaan milik mangsa pernah dipecahkan sebelum ini, difahamkan kes kejadian pertama tidak dilaporkan," katanya.

Siasatan awal kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan mendatangkan cedera ketika samun. -SH

Ketua Pemuda UMNO Kepong parah ditikam

AMPANG: Ketua Pemuda UMNO Kepong, Datuk Norizan Ali, 41, kini dilaporkan kritikal akibat ditikam di perutnya di luar rumahnya di Taman Dagang, di sini, kira-kira 4 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin, berkata kejadian berlaku ketika mangsa baru balik daripada menonton perlawanan bola sepak bersama rakan di gerai mamak.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika mangsa meletakkan keretanya kira-kira 20 meter dari rumah dua tingkat di Jalan Dagang 2/4, Taman Dagang apabila dua lelaki dipercayai warga asing mendekatinya.

"Kami tidak pasti masa ada pergelutan berlaku ketika itu tapi suspek kemudian lari meinggalkan mangsa yang cedera," katanya.

Barangan milik Norizan juga tidak dilaporkan hilang.
-BH
Ulasan GB

Namanya macam pernah didengari, tapi siapakah Datuk Norizan Ali, Ketua Pemuda UMNO Kepong itu?

Beliau pernah mempertikaikan pemberian jawatan Senator kepada Ezam dilihat sebagai tidak adil dan dan seolah-olah memperkecilkan kebolehan pemimpin yang sejak sekian lama berjuang untuk UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menurut beliau, pelantikan Ezam itu juga dilihat tidak wajar sama sekali kerana individu itu pernah berpaling tadah terhadap kerajaan sebelum ini.

Tiada kaitan diantara kisah itu dengan hal tikaman yang terkena kepada Datuk Norizan, sekadar untuk mengingati dan mengenali siapa beliau.

Kedua, yang terlebih penting sekarang ialah polis perlu buka mata seluas-luasnya. PDRM mendakwa indeks jenayah menurun, sedangkan jenayah terus-terusan berlaku.

Kali ini jenayah berlaku lagi dan terkena kepada seorang Ketua Pemuda UMNO sendiri, masih mahukah mengaburi mata rakyat kononnya kadar jenayah telah menurun? Pun masih nak putarbelitkan angka jenayah untuk menunjukkan kononnya Malaysia paling selamat?



Laporan sebelum ini
klik untuk baca



11 ulasan:

Hj Din berkata...

Moga isteri, anak dan keluarga mangsa bersabar seiring dengan berdoa kepada Allah. Kalau Polis dapat buktikan nanti mengatakan bahawa ini angkara Indon maka tolong beritahu kepada geng yang teringin sangat nak ganyang Malaysia, ini angkara orang mereka !

Tanpa Nama berkata...

Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman, Malaysia aman,

Hari-hari ada jenayah sadis... Malaysia aman,

Tanpa Nama berkata...

Semoga beliau cepat sembuh dan pulih dr kecederaan itu.INSYA ALLAH. Apa2pun iktibar itulah keadaan di Malaysia, tidak selamat mana, jenayah bunuh membunuh, senjata api sudah jadia biasa. Bila kena pd org berjawatan harap2nya kerajaan baru sedar.

Kasihanilah rakyat dan bntuk lah sistem keselamatan yg effective. Pendatang asing wajar diminumkan.

Tanpa Nama berkata...

kalu warga indon yang buat,siapa dalang yang bawa masuk pendatang asing, yang bermaharajalela dimalaysia sekarang,janji masuk poket...kadar jenayah turun konon,bleh blah laa...skrg d malaysia pun dah tak selamat.dato pun kena tikam,apalah kami yang kerdil ini.

Tanpa Nama berkata...

Akibat dari limpahan pendatang wujud berbagai gejala jenayah samada kecil atau besar. Memang bukan semua pendatang bercirikan jenayah, tapi siapa tahu kesilapan rahsuah dalam urus tadbir mempermudahkan urusan pendatang adalah satu kesilapan yang tidak boleh dimaafkan!

Tanpa Nama berkata...

Kalau betul la ianya dilakukan oleh indon, adakah mereka ini termasuk di dalam golongan yang diberikan kerakyatan palsu seperti yang dikhabarkan dulu? Jika ya, padan muka la ko ameno.
Ada juga laporan mengatakan bukan motif menyamun sebab tiada yang hilang? 'Mungkin' pernah melakukan penipuan terhadap mereka. X de pasal la kalau nak tiba2 je tikam orang dan putuskan jari kalau tanpa apa2 puncanya. Atau jgk ianya dilakukan oleh 'polis' yang membunuh Altantuya dulu sb mereka bunuh Altantuya dulu pun bukan ada motif apa2 pun. Kenal pun tidak

Tanpa Nama berkata...

semuga beliau sembuh & sedar lepas ni bahwa UMNO yg disertai tak bole buat hati tenang & tenteram.

Tanpa Nama berkata...

nasib engkau sebagai ketua pemuda UMNO, cepat-cepat jadi menteri UMNO baru hidup aman, rakyat lain dah lama hidup dalam ketakutan

Tanpa Nama berkata...

yang selamat dan aman hanya menteri UMNO, bukan kuli UMNO bodoh

Tanpa Nama berkata...

jadi pencacai atau kuli umno tu la balasannya...tanggung la sendiri.

Tanpa Nama berkata...

AL-FATIHAH BUAT TIMBALAN KETUA UMNO BAHAGIAN KEPONG