9 Jul 2014

Si "Panas Baran" Itu Wajar Terima Hukuman Yang Berat

Jenazah Muhamad Hafis dibawa masuk ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang, semalam. Gambar kecil: Ibu mangsa Siti Habibah Ismail. Jenazah Muhamad Hafis dibawa masuk ke dalam van jenazah untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rantau Panjang, Klang, semalam. Gambar kecil: Ibu mangsa Siti Habibah Ismail.

Melaka - "Saya reda jika dia ditahan," kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafis, 17, remaja yang meninggal dunia akibat dipukul bapanya sendiri dengan kayu, kelmarin.

Menurut Siti Habibah, dia mahu suaminya itu bertanggungjawab terhadap perbuatannya memperlakukan anak sulung mereka sebegitu.

"Cuma saya terkilan kerana rasa pengorbanan saya selama ini tak berbaloi. Saya tinggalkan keluarga, sanggup dibenci keluarga dan sudah empat tahun tak balik kampung di Kelantan. Saya ada hubungi keluarga di kampung tapi mereka macam tak boleh terima saya lagi," katanya.

Menurutnya, suaminya yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu memang panas baran, namun sebelum ini sekadar meninggi suara dan memukul dengan tangan, tetapi tidak pernah menggunakan senjata termasuk kayu.

Selain itu, dia turut kecewa dengan sikap lepas tangan suaminya yang tidak mahu mendaftarkan kelahiran sembilan anak mereka berusia 4 hingga 16 tahun, termasuk seorang OKU, menyebabkan kesemuanya tidak mempunyai sijil lahir dan tidak bersekolah.

“Selepas kejadian ini, saya tekad cari kerja dan bina kehidupan baru bersama anak- anak. Cukuplah selama ini hidup berpindah-randah disebabkan sikap suami.

"Saya ingin melupakan apa yang berlaku dan memulakan kehidupan baru bersama anak-anak,” katanya yang ditemui di pekarangan bilik mayat Hospital Melaka di sini, semalam ketika urusan tuntutan jenazah.

Siti Habibah berkata, Allahyarham Muhamad Hafis yang mesra dipanggil Abang itu dikebumikan di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor. -SH


‘Biar dia dihukum’


Melaka: “Biarlah dia menerima hukuman berat sebagai pengajaran kepadanya. Oleh itu, saya bersyukur dia ditahan dan mahu dia memikul tanggungjawab atas apa yang dilakukan terhadap anak kami,”

Begitu kata Siti Habibah Ismail, 38, ibu kepada Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, selepas mengetahui suaminya berusia 52 tahun itu ditahan polis di Kampung Padang, jam 2.30 pagi semalam.

Dalam kejadian di Kampung Jawa, Alor Gajah, Sabtu lalu, Hafiz mati dibelasah bapanya dengan kayu kerana menyuara hasrat mahu bekerja bagi membantu keluarga selepas melihat sembilan adik-beradiknya berbuka puasa hanya dengan semangkuk bubur, pisang goreng dan air kosong.

Ibu kepada 10 cahaya mata itu berkata, dia tidak menyangka Hafiz yang baru tinggal bersama mereka tahun lalu meninggal dunia akibat perbuatan suaminya sendiri.

“Saya cuba membantu dia, tetapi tidak berdaya kerana suami memberi amaran supaya tidak menyentuh Hafiz. Saya tidak sampai hati melihatnya dipukul lalu saya masuk ke dapur dan hanya mampu menangis.
~HM



ULASAN GB

"Panas Baran" adalah satu jenis penyakit hati - ia bersarnag di hati yang zulmat, yang hitam, yang kotor dan yang jauh dari petunjuk Ilahi.

"Panas baran" juga adalah api yang membara - yang menjadi teman rapat sang iblis untuk melakukan kerja-kerja jahatnya menghasut anak Adam sehingga sanggup melakukan perkara-perkara yang tidak berperi-kemanusian dan di luar batasan agama.

Seperti kes di atas, pelakunya sanggup membunuh - hatta anak kandung sendiri. Sama juga seperti seorang penyanyi rock yang terkenal panas barannya, sanggup membelasah isteri sendiri tanpa mengenal perikemanusiaan dan lupa tentang dosa terhadap perlakuannya itu.

Memang wajar saangat nanti mahkamah menjatuhkan hukuman seberat-beratnya apa bila telah terbukti kesalahannya kerana dengan cara itu si panas baran itu tahu betapa selama ini mereka telah menjadikan hawa nafsu dan iblis sebagai rakan akrab mereka.







IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




6 ulasan:

BaDiN berkata...

Hukuman HUDUD sewajibnya dikenakan kpd Penjenayah ini.HUDUD membenarkan penjenayah ini menerima hukuman seperti yg dilakukan kpd simangsa.Balas balik apa yg dilakukannya.Jika dilihat kpd air muka Isteri beliau sangat terseksa atas perlakuan suaminya kpd ahli keluarga sendiri.SiIsteri langsung tidak menunjukkan rasa simpati kpd suaminya.Mungkin sudah berbelas tahun Siibu inimenanggung sengsara bila bersuamikan Syaitan berwajah manusia.Adakah perkahwinannya tidak direstui oleh Ibu Bapa Isterinya dan kahwin lari sebagai jalan pintas utk memenuhi hasratnya mengahwini wanita ini utk dijadikan Isterinya.lelaki ini lebih teruk dari haiwan.Kenapakah Engkau Dijadikan Allah Sebagai Manusia,Kan Lebih Baik Engkau Dijadikan Sebagai Iblis.

Romantik berkata...

org paling buruk ialah org yg buruk layanan terhadap keluarga sendiri.

sewajarnya org jenis panas baran melampau diletak bersama keluarga angkat singa atau harimau di zoo negara. nak tgk sapa lagi panas baran.

Tanpa Nama berkata...

Rocky de Langat says: cerita ni satu pengajaran bagi sume pempuan supaya jangan fikir panjang kalo keluarga tak restu perkahwinan kita (carik jantan laen). Nampak sangat Siti Habibah derita hamper 20 tahon. Jadik, kaum Hawa sume, jadikan cerita ni satu mata pelajaran wajib dalam hidop!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sifat ahli Neraka itu; 'utul, buruk bahasanya, kasar tingkahnya, pantang terusik; jawwaz, degil, nak menang sendiri, pantang mengalah; mustakbir, ego, angkuh, sombong.
Jauhilah sifat sifat ini.
Menahan marah, memaafkan dan berlapang dada, berbuat baik kpd semua, adalah sifat terpuji, sifat org bertaqwa yg dijanjikan Syurga.

Tanpa Nama berkata...

Tuan BaDiN, bolehkah hukuman hudud dijalankan ke atas kes bunuh? dan anak sendiri pula? Bolehkah dikenakan hudud ke atas bapa yang mencuri harta anak sendiri?

Tanpa Nama berkata...

Ambil pengajaran kpd bapa yg mals kerja dan panas baranm ubahlah.