9 Jul 2014

[INFO BERGUNA] Berhati-hati Semasa Menginap Di Hotel


Polis: Waspada bila menginap di hotel

SIAPA sangka kegembiraan bercuti di hotel boleh bertukar musibah apabila anda mungkin kehilangan wang hanya dengan menerima satu panggilan telefon yang didalangi oleh sindiket penipuan.

Kebelakangan ini, terdapat satu sindiket penipuan licik yang memperdaya penginap hotel dengan membuat panggilan ke bilik hotel secara rambang bagi mendapatkan maklumat kad kredit mereka.

Modus operandi yang digunakan:

1. Mangsa menginap di sebuah hotel dan telah membuat pembayaran menggunakan kad kredit.

2. Ahli sindiket akan membuat panggilan ke hotel tersebut sebelum meminta disambungkan ke mana-mana bilik secara rambang.

3. Semasa berada dalam bilik, mangsa menerima panggilan telefon yang kononnya daripada “front desk” hotel, berkenaan masalah pengesahan kad kredit.

4. Ahli sindiket akan memperdaya memastikan mangsa untuk percaya panggilan tersebut adalah daripada “front desk” hotel dengan gaya percakapan yang profesional.

5. Mangsa diminta membacakan semula nombor kad kredit dan membuat pengesahan tiga digit nombor di belakang kad kredit yang telah digunakan.

6. Mangsa yang percaya akan memberikan semua maklumat kewangan yang diminta oleh ahli sindiket.

Nasihat polis:

1. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada sekiranya menerima apa-apa panggilan yang meminta maklumat kewangan terutamanya maklumat kad kredit.

2. Ambil sedikit masa untuk bertanyakan beberapa soalan kepada pemanggil dan rujuk kepada orang ketiga (ahli keluarga/rakan) sebelum memberikan sebarang maklumat atau respon.

3. Dinasihatkan urusan pengesahan kad kredit hanya dibuat secara bersemuka di kaunter.









IKLAN BERBAYAR






Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kesian sampaikan perkara mcm ni pun berlaku. Common senselah kalau dah sampai tahap minta nombor pengesahan tiga digit automatic kita patut rasa curiga dah. Melainkanlah umat melayu mr. Bean yang selalu kata ok sahaja. Maklumlah masyarakat 3rd class dan lebih rendah lagi katakan.

Tanpa Nama berkata...

Rasanya tindakan yang paling wajar adalah telefon operator itu sendiri tidak menyambungkan talian telefon daripada luar ke mana-mana bilik guest....itu secara tidak langsung boleh mengelakkan kejadian ini daripada berulang....

Rangga berkata...

Tak payah layan sbrng pangilan jka brtnya hl2 kad kredit yg berbagai tuh!!