19 Jun 2014

[TERKINI] "Cina Penceroboh": Presiden ISMA Mengaku Tak Bersalah


Presiden Isma didakwa, kes Rayer ditangguh atas arahan peguam negara

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Abdullah Zaik Abdul Rahman didakwa mengikut Akta Hasutan hari ini kerana kenyataan kontroversinya terhadap orang Cina manakala Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Pinang RSN Rayer tidak didakwa atas arahan saat akhir peguam negara.

Abdullah Zaik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kajang terhadap dakwaan itu berhubung kenyataannya yang mengatakan "Cina penceroboh".

Abdullah Zaik menimbulkan kontroversi apabila pada 6 Mei lalu, beliau mengeluarkan kenyataan pendatang Cina dibawa ke Tanah Melayu oleh penjajah British merupakan "penceroboh" serta mempersoalkan taraf kewarganegaraan yang diberikan kepada mereka.


Abdullah Zaik dituduh mengikut Seksyen 4 (1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh didenda RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun, jika sabit kesalahan.

Beliau minta dibicarakan terhadap tuduhan kedua kerana mengeluarkan kenyataan itu di laman sesawang Isma pada hari sama mengikut Seksyen 4 (1)(C), akta sama.

Timbalan Pendakwa Raya Manoj Kurup mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000, tetapi peguam Haezreena Begum Abdul Hamid yang mewakili Abdullah Zaik mohon jumlah itu dikurangkan.

Haezreena berkata, tertuduh perlu menanggung 9 anak berumur antara sembilan dan 24 tahun.

“Peranannya hanya sebagai presiden Isma, sebuah NGO. Beliau juga terbabit dengan kerja amal dalam komuniti Islam,” katanya.

Peguam itu berkata, Abdullah Zaik adalah graduan undang-undang syariah lepasan Universiti Al-Azhar dan isterinya pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor.

Beliau juga memohon mahkamah mempertimbangkan perdana menteri pada dua tahun lalu ada mengumumkan Akta Hasutan akan digantikan dengan Akta Harmoni.

Haezreena berkata, jaminan ditetapkan RM4,000 dalam kes hasutan membabitkan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Hakim Nor Hazani Hamzah menetapkan jaminan RM5,000 dan tarikh sebutan pada 18 Julai.

Hakim juga memerintahkan tertuduh menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Dalam kertas pertuduhan menyatakan kenyataan Abdullah Zaik mempersoalkan kewarganegaraan yang diberi kepada orang Cina disenaraikan sebagai berunsur hasutan.

Ketika hadir di mahkamah pagi ini, Abdullah Zaik diiringi kira-kira 30 penyokongnya.

Sementara itu, pertuduhan kesalahan menghasut membabitkan Adun Seri Delima, RSN Rayer di Mahkamah Sesyen George Town, Pulau Pinang pagi ini ditangguhkan.


Peguamnya, Gobind Singh Deo, berkata Ketua Pendakwa Datuk Razali Che Ani memaklumkan kepadanya Pejabat Peguam Negara mengarahkan pendakwaan untuk tidak mendakwa Rayer hari ini hingga diberitahu kelak.

Gobind berkata, tiada alasan diberikan untuk penangguhan itu ketika beliau bertemu Razali di kompleks Mahkamah Pulau Pinang, pagi ini.

Beliau berkata pasukan pembela termasuk peguam Ramkarpal Singh Deo dan S Raveentharan, akan menulis surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan penjelasan mengenai penangguhan itu.

“Keadaan ini jarang berlaku, tetapi ini bukan pertama kali berlaku.

“Kita juga akan memohon supaya Rayer tidak didakwa. Ia adalah kedudukan kami beliau tidak sepatutnya didakwa langsung,” kata Gobind kepada media, hari ini.

Rayer ditahan polis semalam dan dijangka didakwa pagi ini.

Wakil rakyat DAP dua penggal itu dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan "celaka celaka Umno" pada 20 Mei ketika persidangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Rayer, 37, mengeluarkan kenyataan ‘Umno celaka’ ketika membahaskan usul terima kasih terhadap ucapan pembukaan Yang Dipertua Negeri Tun Dr Abdul Rahman Abbas pada persidangan itu. – TMI









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI




3 ulasan:

obat pelangsing cepat aman ampuh berkata...

betul setuju tuh,.

Anti Fitnah berkata...

Memalukan Islam sahaja. NGO menggunakan plat Islam untuk bertindak sebagai juara perkauman. Bukankah kita semua adalah pendatang di dunia ini? Tiada siapa yang kekal kecuali Allah swt. Berucap macam orang tak perpelajaran walaupun keluaran Al-Azhar. Nanti bila orang bukan Islam mencaci kita, kita pun mengamuk macam "BABI GILA".
Cuba lihat pada orang Cina. Orang Cina tak mengamuk macam "Melayu" pun walaupun dilabel sedemikian. Di sini kita dapat melihat perbezaan antara mentaliti "Melayu" dan Cina. APa yang "Melayu" pandai kalau bukan rasuah, seks, liwat, ....

Tanpa Nama berkata...

Mazidul botak tolongla kawan kau ni