15 Mei 2014

PAS Tak Pelahap Lamar ADUN Bebas


Ahmad Said mengaku dipujuk sertai PAS ketika jadi ADUN Bebas

KEMAMAN: Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengakui didatangi oleh beberapa ahli PAS memujuknya menyertai parti berkenaan dan ditolak dengan baik.

Menurutnya, beliau bersama Ghazali Taib dan Roslee Daud adalah ahli UMNO yang setia dengan parti dan tidak akan berpaling tadah walapun ada pihak menuduhnya sebagai pengkhianat.

“Soal pengkhianat tak timbul. Ini soal perjuangan. Kerana saya sayangkan UMNO, saya kembali semula,” ujarnya.

Sebelum ini tiga ADUN Barisan Nasional (BN) bertindak keluar daripada UMNO untuk menjadi wakil rakyat bebas sejurus selepas pelantikan Ahmad Razif sebagai menteri besar yang baharu.

Tiga ADUN berkenaan ialah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said (ADUN Kijal), Ghazali Taib (ADUN Ajil) dan Roslee Daud (ADUN Bukit Besi) sehingga berlaku pergolakan politik seketika di negeri itu.

Namun kekusutan akhirnya terlerai dengan kebijaksanaan presiden serta pemimpin UMNO apabila ketiga-tiga pemimpin berkenaan mengesahkan kembali kepada UMNO.

“Saya dah bercakap dengan PM (perdana menteri). Saya ucapkan terima kasih atas persefahaman kami berdua dan saya harap kita terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib. Kita akan terus berusaha mengekal Terengganu di bawah pemerintahan BN,” tambah beliau.

Menurutnya, perjuangan akan diteruskan untuk berbakti kepada UMNO yang disertainya secara aktif sejak berusia 19 tahun.

Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan memberi sokongan penuh kepada menteri besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertama selepas meletakkan jawatan sebagai menteri besar Terengganu di kediamannya di Kemaman. -astroawani

Tarik Adun Bebas Terengganu sertai PAS bukan keutamaan, kata Pesuruhjaya


PAS Terengganu merasakan belum ada keperluan untuk menarik tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas di negeri itu menyertai mereka, memandangkan keutamaan mereka adalah untuk mendesak pilihan raya negeri diadakan semula, kata Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahari Mamat.

Satiful ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, keadaan tetap tidak berubah meskipun ketiga-tiga Adun berkenaan tidak menyertai PAS ekoran majoriti kerusi yang diwakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) sudah berkurang.

"Buat masa sekarang itu (menarik mereka menyertai PAS) bukan keutamaan kita," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu lewat petang tadi.

"Kita tumpu untuk pilihan raya negeri diadakan," katanya yang juga Adun Paka.

Tiga Adun BN melepaskan jawatan dalam parti menjadi Adun Bebas menurut jejak langkah bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said sejurus beliau meletak jawatan sebagai menteri besar.

Selain Ahmad, yang juga merupakan Adun Kijal, menuruti langkah beliau adalah Adun Bukit Besi Roslee Daud dan Adun Ajil Ghazali Tain.

Tindakan berkenaan menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) kini menguasai majoriti kerusi DUN dengan sebanyak 15 kerusi berbanding BN yang kini hanya tinggal 14 kerusi.

DUN Terengganu mempunyai keseluruhan 32 jumlah kerusi.

Satiful berkata, PAS juga akan mengadakan mesyuarat dari masa ke semasa untuk menilai tindakan mereka dalam menangani kemelut yang melanda kepimpinan Umno di negeri itu.

"Kita akan mengadakan mesyuarat sekiranya perlu dan akan maklumkan hasil perbincangan kami termasuk perkara itu," katanya
-TMI


ULASAN GB

Dakwaan Ahmad Said menyatakan bahawa ada ahli PAS memujuknya menyertai PAS selepas menjilat semula ludahnya dengan kembali kepangkuan UMNO setelah mengisytiharkan jadi Ahli Bebas adalah sesuatu yang melucukan.

Ini kerana ianya telah terjawab sebelum Ahmad Said menyertai UMNO semula. Sila rujuk artikel di atas.

Bahawa PAS tidak pelahap untuk menerima bekas-bekas ahli UMNO ke dalam parti itu dan bukan menjadi keutamaan PAS untuk "memujuk" ADUN-ADUN Bebas untuk menyertai PAS.

Memang PAS menyertai pilihanraya untuk menang namun PAS bukan parti yang kemaruk kuasa, PAS ada prinsip dan lebih mengutamakan pemimpin yang melalui proses tarbiyah. Pengalaman mengajar PAS untuk lebih berhati-hati di dalam soal meimilih pemimpin.

Berikut ialah petikan dari tulisan Dr.Azman Ibrahim yang dipetik oleh harakahdaily:

Syabas atas kematangan berpolitik PAS Terengganu dengan pendirian tak berhasrat mengulangi kaedah jalan pintas sebagaimana yang dilakukan oleh Umno di Perak ketika menjatuhkan kerajaan PR dengan membeli Adun PR.

Dengan makna lain, bukanlah suatu langkah yang bijak untuk melamar mereka supaya menyokong kita. Apa jaminan kukuhnya kerajaan yang kita bina hanya bersandarkan sokongan 3 Adun bebas yang asalnya adalah pimpinan kanan Umno Terengganu? Hanya orang Terengganu yang kenal siapa pemimpin Umno Terengganu.

Punca mereka keluar Umno pula adalah kerana marah. Marah pula sampai masanya akan reda kembali. Apa yang akan berlaku apabila kemarahan ini telah sejuk kembali? Apakah mereka akan balik semula kepada Umno atau menjadi Adun bebas yang mesra Umno?

Siapa yang boleh beri jaminan mereka akan terus setia dengan prinsip keluar Umno terutamanya apabila poket semakin menipis nanti? Ujian yang paling perit untuk dilalui oleh seorang pemimpin Umno ialah apabila poket mula kosong!

Bahaya dan sangat berisiko membentuk kerajaan dalam suasana sebegini. Kita tak punya RM10 atau RM20 juta untuk memancing kesetian mereka. Tapi Umno memiliki semua ini.






IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


11 ulasan:

TokGuru berkata...

BADANG memakan Muntah JIN ada menafaat nya,, Badang menjadi lebih Gagah.. ABe MAD EiD,, menjilat LUDAH berkahak,, Natijahnya,, BAKAL Tidak terCALON pada pemilihan akan datang,, gunakan lah sisa-sisa tempoh menjadi YB ini untuk persiapan persaraan Tanpa Rela,,.

agak-agaknya pengurusi perhubungan negeri akan membenarkan kah abe Eid untuk guna tiket BN/Umno bagi pilihanraya akan datang??

Tanpa Nama berkata...

Sekiranya kita menerima berita dari golongan seperti ini...periksa dahulu..kerana ciri2 munafik itu ada pada mereka..

Tanpa Nama berkata...


Muntah berkahak dan bernanah. Hari ini, hari dia ugut UMNO. Apabila tiba masanya nanti, tahulah UMNO nak ajar dia nanti.Dia ingat dia terlalu bijak.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Syukurlah Pas tak sepantas umno d Perak..
Moga kematangan Pas dpt d fahami oleh rkyt dan moga rkyt mmberi sokongan tambahan pada PRU 14 nanti.

Tanpa Nama berkata...

Bila PAS tak teringin, dia mati kutu, bimbang PAS perintah bubar DUN serah pada rakyat, ini yang UMNO 1 Malaysia takut

Tanpa Nama berkata...

Nak ambil apa janda, yang memang jalang, UMNO pun tak percaya sebab tu di pecat

Tanpa Nama berkata...


Rakyat kebanyakan kena tahu cara membaca falsafah UMNO. Kalau UMNO cakap TIDAK, kita baca YA. Kalau UMNO kata YA, kita kena baca TIDAK.

Contoh :-
1. MHH370 berakhir dilautan Hindi.
Baca, TIDAK berkahir dilautan
Hindi. Dikalangan mereka
sendiri pun mengakui.
2. Tiada pertukaran MB.
Baca,ADA pertukaran MB
dan terbukti Mat Said
mangsanya.
3. Lepas PRU harga petrol tak
naik.
Baca, Harga petrol naik lepas
PRU dan terbukti.
4. Mat Said kata pemimpin PAS
jumpa dia masa status BEBAS.
Baca, Hj. Long wakil Mat Said jumpa pimpinan PAS dan terbukti. Tetapi malu punya pasal sebab plan tak menjadi kena kencing kawan sendiri, katalah pimpinan PAS jumpa dia. Mulut depa ini wiridnya cerita bohong selalu.


Tanpa Nama berkata...

Mat said bimbang kalau Pas jadi MB, banyak maklumat darul runtuh akan jadi darul bocor

Tanpa Nama berkata...

Pas bukan MACAM UMNO TAK KIRA BINI ORANG, ANAK ORANG SEMUA NAK DILARIKAN MACAM DIPERAK

Tanpa Nama berkata...

Akhlak UMNO altantuya dengan akhlak pas TGNA, jauh langit dengan bumi

Tanpa Nama berkata...

Jangan biarkan hanya setitik air kencing, rosak terus nama parti. Sebab itu i faham kenapa orang kanan pesuruhjaya PAS tidak bersetuju dengan cadangan mr. Ahmad join PAS dan jangkaan beliau sangat tepat.