4 Apr 2014

Papagomo Bakal Disaman Lagi Kerana Berbohong Di Mahkamah -updated with video


Palsu keterangan: Lagi saman untuk Papagomo

KUALA LUMPUR - Blogger kontroversi, Papagomo bakal berdepan dengan tindakan mahkamah atas penafian bahawa dirinya sebelum ini pernah menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini menafikan bahawa beliau telah menaiki kapal selam Scorpene tersebut dan dia boleh disaman kerana memberi keterangan palsu.

"Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam jawapan bertulisnya di Parlimen semalam telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Wan Deris berada di atas kapal selam Scorpone pada 9 Disember lalu.

"Pengesahan ini mempunyai beberapa implikasi undang-undang terhadap Wan Muhammad Wan Deris.


"Semasa memberi keterangan di dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya, Wan Muhammad Azri Wan Deris telah menyatakan bahawa dia tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.

"Namun jawapan Menteri Pertahanan telah mengesahkan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris telah berbohong kepada mahkamah.


"Ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

"Oleh itu, saya dan Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad Azri Wan pada hari Selasa 8 April ini.

"Saya juga akan menfailkan saman terhadapnya atas fitnah di blognya yang mendakwa saya dipecat daripada Petronas kerana pecah amanah," katanya di Lobi Parlimen hari ini.

Terdahulu, Wan Muhammad Azri Wan Deris sebelum ini berkali-kali telah menafikan bahawa dirinya adalah Papagomo. -SH


Menteri pertahanan sahkan Papa Gomo naik kapal selam Scorpene

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan identiti blogger Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris yang dilaporkan menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi (Lima) 2011.

Pengesahan itu dibuat melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan lisan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli yang meminta menteri pertahanan menyatakan tarikh dan tahun bila seseorang bernama Wan Muhammad dibenarkan menaiki kapal selam Scorpene.

Dalam jawapan bertulis tersebut, Hishamuddin memaklumkan Papa Gomo atau Wan Muhammad bersama wakil media lain menaiki kapal selam Scorpene bagi tujuan perkongsian maklumat.

"Wan Muhammad Azri Wan Deris (No KP:830121-03-5019) menaiki kapal selam Scorpene pada 9 Disember 2011 sempena Lima 2011," kata Rafizi dalam kenyataannnya yang memetik jawapan bertulis tersebut semalam.

Susulan daripada jawapan itu, Rafizi menyelar blogger tersebut kerana menafikan indentitinya sebagai Papa Gomo dan tidak pernah berada di dalam kapal selam Scorpene.

Rafizi berkata, jawapan menteri pertahanan itu mengesahkan Wan Muhammad berbohong kepada mahkamah.

"Ini merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memberi keterangan palsu kepada mahkamah.

"Kesalahan ini boleh dijatuhkan hukuman penjara 7 tahun dan boleh ditahan," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.

Rafizi berkata, semasa memberi keterangan dalam kes saman Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya Wan Muhammad menyatakan dirinya tidak pernah berada dalam kapal selam tersebut.

Sehubungan itu, katanya, beliau bersama Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran akan membuat laporan polis terhadap Wan Muhammad atas kesalahan di bawah Seksyen 193 Kanun Keseksaan pada Selasa minggu depan (8 April, 2014) supaya tindakan segera dapat diambil terhadap Papa Gomo.

“Saya ingin melihat sama ada pihak polis akan mengambil tindakan menahan Papa Gomo serta merta di bawah Seksyen 193 dan mahkamah mengenakan hukuman penjara yang sewajarnya terhadap Papa Gomo,” katanya

Selain itu, katanya, beliau akan memfailkan saman terhadap Wan Muhammad atas fitnah terhadap dirinya di blog Papa Gomo yang mendakwa punca beliau dipecat daripada Petronas adalah kerana pecah amanah.
-TMI



ULASAN GB

GB sudah tulis berulangkali sebelum ini bahawa: "papagomo pasti binasa". Hukum Kebenaran dan Keadilan sendiri akan menghukum orang yang memfitnah.

Sekarang beliau tidak boleh lari lagi. Fakta sudah jelas. Dulu, mahkamah sudah putuskan papagomo itu ialah Wan Muhammad Azri, sekarang menteri sendiri sudah mengesahkannya.

Jadi usah nak berbeiit menyatakan "Muka macam saya. Tapi bukan saya" seperti yang tersiar di Utusan.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ONE DOWN, MANY MORE TO GO.....

INSYAALLAH......

Tanpa Nama berkata...

saman jangan x saman

Amuraria berkata...

alhamdulillah dajjal malaun ni akan rasa atas segala kerja fitnah dajjal yang dia buat demi setia pada parti karat biru ,biar lahanat ni rasa segala fitnah akan diri sendiri ins sa Allah !ABU !

mamposkogomolahnat berkata...

tahniah rafizi............biar sikeparat tu tahu langit tinggi rendah.

jit_tontoya berkata...

Haluuuuuuu. .......

Sman si malaun tu biaq trberak dn prjlanan trakhir adlh di tg rambutan....

Khak tuih

Tanpa Nama berkata...

"muka mcm sy, tp bkn sy" kah, kah,kah who is the unlucky guy yg ada sama muka mcm beruk nih..

Tanpa Nama berkata...

Allah dah kata sesiapa mengaibkan orang lain Allah akan terbalikan aib itu kepada yg mencipta aib. Doa orang yg dianayai Allah makbulkan doa mereka. Siap lah kau wahai PAPAGOMO kat dlm penjara itu ramai yg pro PR lunyai lah kamu dikrojekan kalau kamu masuk penjara. Elok elok muka bulat keluar penjara nanti jadi lonjong

zena arab berkata...

Pengajaran tuu, anggap lah Allah masih bagi peluang kpd papagomo supaya insaf. Sekiranya Allah ambil nyawanya dlm keadaan aktif berfitnah, kan haru jadinya.

Tanpa Nama berkata...

Diharap akan berkurangan(seorang) spisis manusia yg menyara hidup dengan memfitnah orang.Satu iktibar kpd manusia lain yg betugas diBernama,Utusan,BH,TV3 dan cyber troopers UMNO.