4 Apr 2014

Mahathir Sanggup Lakukan Apa Saja Untuk Pastikan Matlamatnya Tercapai - Sarjana


Dr Mahathir sanggup bunuh hayat Umno - sarjana

KOTA BHARU: Seorang sarjana Sains Politik menyifatkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai contoh "political animal" yang menepati banyak ciri pemerintah seperti disarankan Machiavelli.

Dr Kamarul Zaman Yusof berkata, berdasar penelitian kerjaya bekas Perdana Menteri itu, ternyata beliau mampu dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan segala matlamatnya tercapai.

Katanya, sebagai pengamal prinsip "matlamat menghalalkan cara", tiada perkara yang mustahil dalam kamus politik beliau.

“Contoh paling klasik kesanggupannya membunuh hayat Umno sebagai parti politik di mahkamah serta kesanggupannya mencipta pelbagai alasan untuk menamatkan kerjaya bekas Ketua Hakim Negara, Tun Saleh Abas.

“Beliau mungkin merasakan matlamat untuk mengharamkan Umno boleh tergugat sekiranya Saleh Abas masih kekal sebagai Ketua Hakim Negara,
” katanya di sini.

Baru-baru ini pada program Diskusi anjuran kerajaan negeri di sebuah hotel di sini, bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam mendakwa beliau juga pernah cuba dipalitkan isu seks.

Menurutnya pihak yang lantang mengkritiknya ketika itu menuduh beliau melakukan seks dengan budak.

“Dakwaan Musa terlibat seks dengan budak. Itu gila... tidak betul. Kalau engkau tidak berhenti dikatakan ada orang mahu mengancam.

“Kalau saya lawan, maka saya akan dituduh seorang homoseksual malahan mengadakan hubungan jenis dengan binatang. Orang lain yang kata itu, bukan Dr Mahathir,” kata Musa.


Dr Kamarul Zaman berkata, dakwaan sebagaimana disebut Musa tiada yang pelik kerana tragedy itu benar-benar berlaku ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Jadi dalam kes ugutan menuduh rakan politik dengan tuduhan salah laku seks pada saya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

“Malah ia sesuatu yang normal untuk dilakukan seorang ahli politik yang tidak mempedulikan aspek moraliti dalam perjuangan,” ujarnya.

Menurutnya juga Dr Mahathir diketahui umum menyimpan banyak rahsia musuh-musuh politiknya untuk digunakan sebagai senjata bagi memastikan mereka tidak menentangnya. -HD



9 ulasan:

Awanama berkata...

wah dah dapat gelaran baru utk TUN....

bukan lagi Bapa Pemodenan....

BAPA "KEBIANTANGAN"....


mr.2020 @apco

Awanama berkata...

Syaitan pun pening ade manusia sama perangai mcm aku golongan api neraka. Ade geng kata syaitan laknatullah

Amuraria berkata...

mangkuk malaon satu spesis denagn gomo sialan tu ! gomo & mamak barua hati 'kaudu' atau pekung sejenis kaum zionis kalah telor tembelang ! ABU !

Awanama berkata...

Wajar lebih banyak lagi pendedahan tentang manusia terkutuk ni @ Mahathir Kutty.Dia fikir dia benar-benar mahafiraun dan masih punya ramai pengikut,peminat dan penyokong.Pejabat dia diPutrajaya pun hebat macam masih jadi PM lagi.Otak dan mindanya yg gunakan falsafah "menghalalkan cara" digunakan semasa 22 tahun jadi PM dan terus digunakan hingga sekarang.Lihat bagaimana syarikat minyak Petron ambil alih membekal minyak kpd MAS dari Petronas - walhal dia penasihat Petronas.Matlamat hidupnya memperkayakan anak-anaknya berjalan terus walau pun tak lagi jadi PM.

Awanama berkata...

Bukan salah dia, siapa suruh kamu jadi bodoh. Poket kosong tetap sokong pergi masuk neraka sendiri cari. ALLAH jadikan kita dengan otak untuk berfikir bukan macam haiwan tiada akal. Kita yang tentukan kehidupan kita bukan datangnya dari orang yang suka ambil kesempatan. Kita digalakkan mencari ilmu untuk mempertajamkan minda agar dapat menilai yang baik dan buruk. Cuba tenung sejenak akan kehidupan kita dan bandingkan dengan orang yang kita sokong itu. Mereka dan anak anak kaya raya kita macam kutu cari makan, susah nak kata. Wahai manusia ubah lah diri untuk merobah kehidupan kamu.

Awanama berkata...

Saham dunia memang dia menang, tapi saham akhirat? Belum tentu lagi. Di dunia ni pun Allah dah tunjuk saham akhirat dia - isteri yg dah mencecah 90an tak tutup aurat rambut, anak perempuan takda satu pun yg tutup rambut, anak lelaki jadi ceo syarikat arak terbesar di Filipina, anak bongsu tak diketahui jantan betinanya...Allah maha besar klu Dia nak tunjuk.

Awanama berkata...

Minta biar umurnya panjang macam syeron..
tidor atas katil 15 tahun baru kojol.
Pastu kuburnya berhantu. Semua org takut nak pergi ziarah...

Awanama berkata...

Sehingga sangguh membunuh, ,,,,,,
Kisah sedih memali.....
pembunuhan beramai2 org yg tidak berdosa...
Berani ker tu ni melawat kg memali,,,,

No Liar berkata...

mahdey kata pegi china, musa kena kes memali.

mahdey kata pergi US, anwar dibenci pemimpin umno kerana bongkar rasuah.

betul ke mahdey pi US masa tu? entah2 kat haadyai.

mahdey juga kata pernah pegi mekah. betul ke.

sekali pembohong selama2 nya jgn percaya.

tidak mungkin ada rakyat malaysia sanggup sekongkol dgn mana2 pihak dlm kes MH370. kalau ada yg sanggup pun buat, hanya seorg tu saja lah yg potensi.

satu batu dua burung, ajib n anwar. sekali gus memberi ruang musuh dunia utk campr tgn.

semuga kita dipelihara dpd musuh dlm dan luar.