22 Apr 2014

Kes Khir Toyo Ditangguh, Sedangkan Kes Anwar Dipercepatkan...


Mahkamah pilih kasih, kes Khir Toyo ditangguh, Fitnah II dicepatkan

Mahkamah tiada pendirian kerana menerima rayuan penangguhan peguam Muhammad Shafee Abdullah membabitkan kes bekas Menteri Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo sejak 2009, namun menolak rayuan Karpal Singh berhubung kes Fitnah II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penangguhan itu berlaku hanya kerana Shafee dikatakan menghadiri seminar di Jepun, sekaligus memperlihat sikap mahkamah yang ‘double standard’.

“Kes Anwar tidak boleh ditangguhkan langsung walaupun mendiang Karpal ada urusan lain.

“Tapi kes Khir Toyo sejak 2009 mahkamah boleh menangguhkan dengan mudah atas alasan Shafie mempunyai urusan kepentingan negara.

“Keadaan ini menunjukkan mereka bukan badan yang bebas dan masih lagi dicengkam oleh pihak kerajaan.


“Jadi dimana keadilan untuk kita, dimana keadilan untuk kes Datuk Seri Anwar? katanya ketika dihubungi Keadilandaily.

Terdahulu, rayuan terakhir Mohamad Khir terhadap hukuman penjara 12 bulan yang sepatutnya didengar 15 April ini oleh Mahkamah Persekutuan ditangguhkan ke tarikh lain.

Mohamad Khir merayu terhadap hukuman itu atas kesalahan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7, Shah Alam.

Sebelum ini, mendiang Karpal mengemukakan rayuan penangguhan kes Fitnah II berikutan terdapat kes lain yang perlu diselesaikan pada 6 dan 7 Mac lalu.

Namun rayuan tersebut ditolak pihak mahkamah dan berkeras menetapkan pendengaran kes pada tarikh tersebut. -KD



IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI


12 ulasan:

Haji Jamaludin Haji Ariffin berkata...

Dengan Nama Allah SWT
Mungkin sebab beliau tidak gugat perlaksaan GST kot ????

Taosuotaosuo suo berkata...

Kalu olang kampong kulang ilmu, sekolah talak baca sokong INI go men, gue talak helann, INI olang baca tinggi munya wo,halta Sudah manyak pon, umur sudah tue, sakit mali, kubur mangge, pon INI macam bikin...

Tanpa Nama berkata...

Hukum didunia khir mungkin terlepas, lambat laun maut akan menjemput dia juga dan tak sempat ke mahkamah Allah, dia pasti akan menerima musibah di barzakh. Itu pun rasanya dia dah tak tertanggung azab hebat yg tiada tolok banding dgn dunia. Buatlah tipu muslihat semampunya selagi nyawa dikandung badan. Allah tetap dgn janjiNya.

Buatlah sesuka hati terhadap DSAI, dia pun tak hidup lama dan pasti kemenangan hakiki akan menyambut beliau seawal di barzakh lagi. Allah tetap dgn janjiNya.

Wallahua'lam

Amuraria berkata...

sure anak toyol penyangak ni mesti terlepas ! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Btl ke kes anwar dh 62 kali tangguh..???

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah turunkanlah balasan kepada mereka yang menzalimi. Kabulkanlah doa orang yang dizalimi. Amiiin.

Tanpa Nama berkata...

Jgn gundah gelana Allah uji umatnya yg syg pads Nya. Diakhirat pejuang2 akan senyum selalu skg sedeh dgn ujian Hassan Al Bana Dan lain2 sedang bahagia disisi Allah. Allah day pilih Tu untungnya wahai pejuang2 rakyat

Tanpa Nama berkata...

Kemana menghilang wang BR1M, 7 JUTA penerima×RM650=RM4.5BIL, TAPI RAMAI YANG DAPAT RM350 SAHAJA, LIHAT IKLAN BR1M DALAM TV

Tanpa Nama berkata...

Penukul dan pahat kan saling seiring...bunuh letupkan org pun boleh lepas, kambing hitam 3 org pun masih selamat, paedophile tambi chik rogol budak smpai beranak pun masih tegak berdiri lg smpai la ni... Nti si toyo ni pun selamat, takyah tdor penjara, selagi ada payung biru dan tudung merah... Sebab tu 2018 dgn izin Allah mudah2an segalanya mesti berubah. Insya Allah.

Tanpa Nama berkata...

jika anwar sabar, darjatnya akan diangkat Allah, balasan rahmat diakhirat insha Allah berpihak kepadanya.

tapi jangan lupa balasan untuk penguasa zalim tetap ada, panel hakim yang terlibat bertaubat nasuha dengan segera, kamatian kamu semua terlalu hampir.

maksud sabda Nabi " biar tidak menghukum orang yang bersalah (tak cukup bukti), dari menghukum orang yang tidak bersalah ( khadi atau hakim yang zalim ni dijanji jadi ahli neraka) panel hakim tidak akan terlepas dengan tanggung jawab hingga ke akhirat nanti.

Tanpa Nama berkata...

Untuk para hakim " sesungguhnya mati itu benar , soal munkar nakir itu juga benar , titian sirat juga benar , padang mahsyar juga benar ...... dan bagi para penjawat awam "pula pencen juga benar" oleh itu sama-samalah kita ingat mengingati sebelum mati menjemput kita.

Tanpa Nama berkata...

Hakim yang belajar undang undang ciptaan manusia senang spin cerita tapi kalau undang Allah no way.Itu pasal depa takut hudud.Jangan banyak cerita,dah lah banyak komen bila nak pakai undang undang Allah.Undang undang manusia membuat manusia lebih sombong kerana hakim boleh di rasuahkan dan yang memberi rasuah pun penyamun rasuah.