8 Apr 2014

[HOT] Bekas Perempuan Simpanan MB Tuntut RM3 Juta


Bekas perempuan simpanan seorang Menteri Besar (MB) dikatakan menuntut RM3 juta kerana MB mungkir janji memberi satu projek kepadanya.

Menurut sumber, bekas perempuan simpanan itu yang merupakan seorang ahli perniagaan telah memohon satu projek dengan MB pada tahun lepas.

Tetapi, sumber itu menambah, MB kata tunggu selepas pilihanraya umum 5 Mei 2013.

Setelah pilihanraya umum berlalu, MB dikatakan mungkir janji dan enggan meluluskan projek tersebut kepada janda yang berusia 30an itu.

Bagaimanapun, perempuan simpanan MB berkata jika MB tidak mahu meluluskan projek, MB hendaklah memberinya sebanyak RM3 juta.

Pada tahun lepas MB telah memberi RM800,000 kepada ahli perniagaan tersebut dan bakinya sebanyak RM2.2 juta akan dibayar kemudian.

Setelah setahun berlalu, bekas perempuan simpanan MB itu tidak puas hati kerana MB belum menunaikan janjinya untuk membayar baki sebanyak RM2.2 juta.

Bekas perempuan simpanan MB itu dikatakan telah berkahwin dengan lelaki lain apabila hubungan mereka telah diketahui oleh isteri MB.

FMT difahamkan ahli perniagaan itu cuba menghubungi MB untuk mendapatkan baki RM2.2 juta seperti yang dijanjikan oleh MB tetapi tidak dapat menghubungi beliau. -FMT



9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Banyak duit bagi kat janda simpanan mana dapat sebanyak tu ye ini tentu dari derma ahli umno bn haram jadab

Tanpa Nama berkata...

Ada bukti hitam putih ke dgn MB pasal duit rm3mil tuh... Kang kena C4 dgn puak2 tu baru padan muka hang...

Tanpa Nama berkata...

MB dari negeri tu agaknya ya?

Tanpa Nama berkata...

Anon 2:27PM
Kalo guna C4 nanti bising, senang pecah rahsia. Bagi naga di Tasik Chini makan, apa jejak pun tak tinggal.

Tanpa Nama berkata...

MB di negeri mana tu.... dok simpan buat apa.. kawin saja la.. bukan takdak duit.. sampai juta2 kan tak boleh bawa belanja kot..
mcam macai2 jalanan tak hairan la tak kahwin..kerna tak ada wang.. sampai 2juta..

Tanpa Nama berkata...

Kena tgk pakai teropong bau tau kat Pasir Berdengung ke atau negeri dalam laut

Tanpa Nama berkata...

Satu pompuan nak bayar 3juta.. Eeeeee... bnyak tu.. klau kau bagi kat anak yatim berapa bnyak boleh makan ha.... buat masjid pun bagus juga...
Tapi klau duit tak elok tak boleh la nak bagi mkan kpd org atau tak boleh la nak buat msjid... hem.....
Duit tak elok senang dapat senang habis...

Tanpa Nama berkata...

Macai dapat BR1M RM650 setahun sekali bukan main seronok puji kerajaan BN. Depa tu labur juta2 kat betina, apa ada dgn RM650 tu. Macai kena sedar dirilah.

Tanpa Nama berkata...

MB negeri mana ni..dedahkan..senangnya puak2 elit sombong bodoh ni, duit sapa yg MB tu bagi kat pompuan simpanan dia tu..duit pembayar cukai atau duit rasuah dia?