13 Mac 2014

[TERKINI] Kawasan Disyaki Bangkai Pesawat MH370 Ditemui


Sebuah satelit negara China yang mengkaji kehilangan pesawat MH370 telah menemui satu kawasan yang disyaki berlaku kemalangan di laut", yang menurut pakar merupakan satu petunjuk kukuh di dalam usaha mencari pesawat yang hilang tersebut.

Tiga imej satelit, yang dikeluarkan oleh pihak Pentadbiran Sains, Teknologi dan Industri negara China, telah muncul bagi menunjukkan serpihan bangkai yang berada di laut pada hari Ahad - sehari selepas pesawat yang membawa 239 orang hilang.

Imej ini, pertama kali dikeluarkan oleh CCTV Amerika, menunjukkan satu objek di lautan dikesan oleh satelit China pada hari Ahad.

Satelit itu menemukan tiga tompok yang berlainan saiz, yang terbesar bersaiz 24m kali 22m.

Menurut CNN, agensi Cina itu juga telah memberikan koordinat 105.63 longitud timur dan 6.7 latitud utara, yang menunjukkan ia berada di perairan timur laut dari tempat ia berlepas di Kuala Lumpur, Malaysia dan sebelah selatan Vietnam serta berhampiran dengan kawasan di mana pesawat itu dikesani terputus hubungan.

Tapak carian baru adalah lebih kurang 225km ( 140k batu) dari kedudukan MH370 itu hilang.

Seorang bekas pegawai keselamatan Penerbangan Amerika berkata imej-imej berkenaan merupakan satu petunjuk kuat yang pertama yang ditemui selaras dengan laluan penerbangan pesawat Malaysia Airlines itu.

Peter Goelz , bekas pengarah urusan Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat, memberitahu CNN: "Ini (imej) adalah satu bukti kukuh yang kita ada setakat ini di mana ia beada di laluan penerbangan yang betul." -news.com.au/terjemahan bebas oleh GB



)

14 ulasan:

Awanama berkata...

Kalau betul itu adalah serpihan bangkai pesawat MH370 Alhamdulillah.

Awanama berkata...

apa tunggu la .. pegi tgk cepat la

Awanama berkata...

Jika bnar2 ISLAM @ bnar2 PASRAH @ bnar2 SURENDER kpd ALLAH...kita mnjd sgt2 dekat ERAT kpd NYA..dan cahaya NYA akan menyuloh TERANG sehingga ke sgl2 titik 'rahsia' diatas dunia, hatta 'rahsia' HALUS fitnah-KHIANAT yg brsembunyi ddlm dada..

Ttpi..
Apb puak2 songkok tinggi trmasuk puak2 lebai kopiah jubah sarban hanya semata2 'gah' menyebut ISLAM dan menyebut ALLAH shj..sedangkan 'DIA' melihat ddlm HATI2 mrk itu mengidam PASRAH-SURENDER-mNYELAM kelubok bangkai-FITNAH, iaitu lubuk "harta-&-KUASA"..semua nya PASTI mnjd gelap PEKAT legam samar KELIRU libang libu yg teramat2 BUNTU!

Apb sbnr2 amanah-INTEGRITY nilai2 miracle-azali-SUCI dr ALLAH telah dipersenda, dipermain2 dihina & diperOLOK2kan dgn AUTAsandiwara FITNAH khianat lucah dan tergamak bermain2 dgn SUMPAH2..inilah yg trjd,..

.."summum bukmum UMYUN fa hum laa yarjiun.."

Awanama berkata...

Kerajaan pimpinan UMNO menipu dan menyembunyikan maklumat?

Awanama berkata...

insyaallah jumpa tak lama lg.

Unknown berkata...

pemimoin 1malaysia tak percaya pada gambar-gambar stelit nih ... depa lebih percaya pada teropong BOMOH DIRAJA 1MALAYSIA Mat Zin Ibrahim ..... !!!!!!!!!!!!!!

Awanama berkata...

Kmjuan tknologi msih tdk mmpu mnndingi kkuasaan Allah swt.hanya dengan izinNya shja kta mampu mnmui kapal tersbut.Allah msi mhu mlhat sejauh mna kta mmhon kpdNya.

Awanama berkata...

betul tu.... biar 12 Negara yang membantu,, namun masih belum juga pesawat MH370 di temui....

Unknown berkata...

Betul tuu

Awanama berkata...

Moga moga pesawat mh370 ditemui,amin

Awanama berkata...

Jumpa hari ahad... tapi kenapa sampai sekarang tiada jawapan apa benda tu...

Rahmat berkata...

kabarnya masih misterius Bro,
belum ada yang bisa membuktikan kebenarannya

Awanama berkata...

As salam...adakah secara kebetulan ?
Lokasi yang diberitahu oleh pasangan dari Bogor lebih kurang sama dengan lokasi yang diberikan oleh satelit negara China

Pasangan Bogor : 105 Longitud Timur, 7 Latitud Utara

Objek yang dirakam oleh satelit China : 105.63 Longitud Timur, 6.7 Latitud Utara

Awanama berkata...

Klu jmpa alhamdullilah dpt jwpn yg di cari