13 Mac 2014

Polis Kata Gambar Bertindih Semasa Fotokopi... Dimana Profesyenalismenya?

PDRM Nafi Ubahsuai Gambar Dua Individu Misteri

Bukit Aman menafikan Polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri yang menaiki pesawat MAS MH370.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN) (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman, ACP Datin Asmawati Ahmad berkata gambar-gambar itu diambil menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Kami tidak mengubahsuai gambar tersebut. Apa yang berlaku adalah dua gambar itu dikepilkan bersama tetapi bahagian bawah gambar suspek kedua tercabut.

"Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Asmawati mengulas mengenai dakwaan di media sosial bahawa polis telah mengubahsuai gambar dua individu misteri itu kerana kedua-dua suspek muncul dengan seluar dan kaki yang sama.

"Kedua-dua foto sah. Pertindihan tidak mengubah hakikat bahawa muka kedua-dua lelaki itu jelas kelihatan," katanya.

Pada Selasa, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan bahawa polis telah mengenal pasti salah seorang individu misteri sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19.

Beliau percaya lelaki tersebut menuju ke Frankfurt, Jerman dan tiada kaitan dengan pengganas.

Setiausaha Agung Interpol, Ronald K.Noble berkata Interpol mengenalpasti individu kedua sebagai warga Iran, Delavar Seyed Mohammad Erza, 29. -mstar

ULASAN GB

"Apabila kami membuat fotokopi gambar kedua suspek, ia bertindih dengan gambar suspek pertama,"


Di dalam hal sebegini penting, bolehkan hendak fotokopi pun tak faham-faham?

Bukankah itu menunjukkan tidak profesyenalnya anggota polis di dalam melakukan kerja yang begitu kecil? Jika kerja sebegitu kecil seperti fotokopi pun melakukan kesilapan apatah lagi di dalam hal-hal yang lebih besar?

Satu-satu maklumat penting yang diedarkan kepada umum tidak sepatutnya mempunyai kesilapan apatah lagi kesilapan yang bersifat kecuaian.

Ini mengingatkan kita tentang kisah pegawai penyiasat polis bernama Jude Blacious Pereira yang didakwa telah mengusik sample bahan bukti dengan memotong plastik yang sepatutnya sampel itu TIDAK sepatutnya diusik lansung bagi mempastikan TIADA KERAGUAN terhadap bahan bukti berkenaan.

Kita bukan nak merendah-rendahkan kewibawaan pihak polis tetapi ruang masih banyak untuk PDRM menngkatkan professionalismenya dan mutu kerjanya supaya ia tidak menjadi isu seperti kes gambar photofit warga Iran berkenaan.

14 ulasan:

Awanama berkata...

Lemahnya pemerintahan BN, kapal yang besar tak boleh kesan, bagaimana nak kesan jet pejuang musuh yang lebih kecil?

Awanama berkata...

Siasan begini nak harap siasat kes anwar dengan adil?

Awanama berkata...

BN sudah jadi Dajjal yang nyata , kapalterbang besar terus buta mata tapi sperma di jubor sayfool nampak pulak. Tanda tanda ketua BN anak Dajjal moden.

Melayu pulak tu !

Awanama berkata...

Inilah caranya Allah mengaibkan orang yang dipilihNya...
Semoga ada kesedaran.....
Menteri agama menghallakan kurafat,
Mufti bisu bila kemunfikan berlaku,
PM menafikan hukum Allah dan memilah hukum manusia...
Air diniaga untuk keuntungan......
Api (cahaya) dikena bayaran tinggi.....
Semua yang bercanggah ok saja.....
Terimalah padahnya

Awanama berkata...

Itulah tahap kualitinya..

Kalaulah ianya betul tertindih..itulah sikap sambil lewa termasuk yg mengumumkannya...

Tapi..,

Kalaulah ia sengaja dicipta, sesunggunhya tahap kecerdikannya dah tak boleh lagi dipertingkatkan..

Awanama berkata...

Bangang sangat ke nak guna photocopy,
Dah tau salah buat juga siaran awam?
BODOH BERTEMBAH BODOH.....
BANGANG BERTAMBAH BANGANG...
SEMUA YANGMELAKUKAN KESILAPAN INI BOLEH DISEMATAKAN PENGAT " traitor of the year"
Pengkhianat maruah negara dan agama

Awanama berkata...

Agenda siapa ni......?

Awanama berkata...

Itu tahap standard(PDRM) taraf ACP, kalau kontable biasa, fikir2lah, nampak dlm gambar tu mcm bangga je.
Dlm akbar antarabangsa ada mengatakan pemimpin2 krjn hanya bertindak ikut arahan, tanpa berfikir lagi. Terutama PDRM.

Awanama berkata...

dia mulanya nak kelentong, tapi org dah perasan, dia pun putar le.,mcm mana kertas size A4 bolih bertindih masa buat fotokopi, cuba tunjukkan caranya.

Awanama berkata...

Kelentong yh x menjadi. Takat pakai fotokopi pun x pandai x payahlah jadi ACP. Buat malu je. Kalu tahu kertas terjatuh bertindih dan ia utk guna tunjuk kat dunia buatlah baru punya jagalah standard makcik ooi... aduiih.... macm mana punye gagal lah. Dpd atas sampai bawah sampai ke bomoh....haaahaaa...mampus mcm nih....

Awanama berkata...

Kononnya ramai dari kaki tangan PDRM dihantar keluar negeri untuk belajar.Ada yg belajar dengan FBI dan CIA diAmerika Syarikat dan ada yg belajar dengan Scotland Yard dan MI5 diEngland.Buang duit rakyat aje sebab tahap profesionalima tak berubah dan tak bertambah.Pangkat dibahu bersinar-sinar tapi otak berkarat.

Awanama berkata...

ada kalangan mengaitkan sebagai KONSPIRASI PERINGKAT TERTINGGI, saya tidak menolak kemungkinan itu 100%, kerana kalau 911 (world trade centre)boleh berlaku kenapa disini tak boleh? bukan kah penasihatnya kaum yang sama?

Awanama berkata...

harap-harap mufti yang keluarkan fatwa bughah berilah fatwa keatas perbuatan raja bomoh dunia ni.

Awanama berkata...

Anonymous said...

Bangang sangat ke nak guna photocopy,
Dah tau salah buat juga siaran awam?
BODOH BERTEMBAH BODOH.....
BANGANG BERTAMBAH BANGANG...
SEMUA YANGMELAKUKAN KESILAPAN INI BOLEH DISEMATAKAN PENGAT " traitor of the year"
Pengkhianat maruah negara dan agama
March 13, 2014 at 6:39 PM


meh sini aku komen sikit kebodohan kau mengeja.

BERTEMBAH = bertambah
PENGAT = pingat

kau tu bodoh abadi tak sedar. puih.