12 Mac 2014

[TERKINI] Jika Benar Ia Milik MH370, Memang Sesuatu Yang "Ajaib"!


Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawat

Sekumpulan nelayan mendakwa menemui satu objek menyerupai rakit penyelamat kapal terbang ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengah hari semalam, lapor Sinar Harian.

Seorang daripada mereka, Azman berkata ia ditemui tenggelam timbul kira-kira jam 12 tengah hari dan menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkannya ke dalam bot kerana terlalu berat.

Menurut akhbar harian itu, Azman yang mengikuti perkembangan kehilangan pesawat MH370 bersama tiga rakan lain, tertarik untuk mendapatkan objek berkenaan.

"Kami berjaya mendapatkannya dan diikat pada bot kerana takut ia tenggelam. Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya.

Dia yang keluar menangkap ikan jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam tadi memaklumkan penemuan itu kepada Berita Harian.

Katanya, penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370.

"Apa yang lebih meyakinkan kami ialah ada tulisan ‘boarding’ pada objek itu,” katanya.

Beliau berkata, sejurus bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka menyambung kerja menangkap ikan.

Jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan APMM dihantar ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, katanya, objek itu terus tenggelam dan dipercayai tidak sempat dinaikkan ke dalam bot APMM, lapor akhbar itu lagi.

Hari ini masuk hari ke lima pesawat MH370 selepas hilang Sabtu lepas dan sehingga kini, sudah empat laporan saksi berkaitan kapal terbang ini.

Penduduk Pengkalan Chepa, Kelantan, melihat kapal terbang rendah, penduduk Tumpat melihat pesawat dengan ekor terbakar, nelayan di Marang mendengar bunyi yang kuat dan kini nelayan Port Dickson menemui objek umpama rakit keselamatan pesawat itu.

Kesemua maklumat ini selaras dengan kenyataan TUDM bahawa radar mereka mengesan pesawat ini berpatah balik selepas satu jam terbang dan hilang di perairan Vietnam. – TMI.


Jumpa rakit getah di Selat Melaka

Port Dickson: Satu objek dipercayai rakit getah keselamatan kapal terbang dengan tulisan 'boarding' ditemui sekumpulan empat nelayan kira-kira 10 batu nautika dari pantai di sini, semalam.

Penemuan kira-kira jam 12 tengah hari itu dipercayai dapat memberi petunjuk dalam usaha pihak berkuasa mengesan pesawat MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) yang dilaporkan hilang dan terputus hubungan dengan menara kawalan sejak awal Sabtu lalu.

Nelayan Azman Mohamad, 40 berkata, mereka sedang menangkap ikan di perairan terbabit sebelum sebelum terpandang objek berkenaan tenggelam timbul dipukul ombak.

Katanya, dia bersama tiga rakan yang mengikuti perkembangan kes kehilangan pesawat MH370 melalui media, tertarik untuk melihat objek itu dengan lebih dekat.

"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut.

"Objek itu mungkin tidak mampu terapung lama kerana koyak atau bocor," katanya, ketika dihubungi semalam.

Azman yang sudah 20 tahun menjadi nelayan berkata, mereka keluar menangkap ikan pada jam 8 pagi dan pulang kira-kira jam 8 malam.

"Sebaik menemui objek itu, saya terus menghubungi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Kuala Linggi, Melaka, untuk mendapatkan bantuan selepas gagal menaikkan objek itu yang terlalu berat.

"Saya yakin penemuan objek itu penting kerana mungkin boleh menjadi petunjuk kepada usaha mencari pesawat MH370 kerana terdapat tulisan ‘boarding’ pada permukaan objek itu.

"Ia mungkin adalah rakit getah penyelamat yang dibekalkan kepada penumpang pesawat untuk menyelamatkan diri di laut," katanya.

Katanya, sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan, manakala mereka kemudian menyambung kerja menangkap ikan.

Sementara itu, jurucakap APMM Kuala Linggi ketika dihubungi mengesahkan sepasukan anggotanya dihantar ke tempat kejadian untuk menyiasat penemuan itu.

Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan.
–HM




ULASAN GB

Terbang ke China, tapi temui rakit penyelamat di Selat Melaka. Bukankah itu satu yang "ajaib"? Mungkin benar pesawat itu berpatah balik... dan mungkin sebab itu tiada ditemui di Laut Cina Selatan... wallahu 'alam.

25 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Selat Melaka adalah laluan kapal yg sibuk. Takkan tak ada satu kapal pun yg nampak?

Tanpa Nama berkata...

"Saya dan rakan sedaya upaya cuba mengambil objek itu dan berjaya sebelum menambatnya pada bot kerana bimbang ia tenggelam dalam laut"

"sebaik bot APMM tiba di lokasi, tugas mengangkat objek itu diserahkan kepada pasukan berkenaan"

"Bagaimanapun, katanya objek itu terus tenggelam dalam laut dan tidak sempat diselamatkan"

APA SEMUA NI...?????????????????????????????

Tanpa Nama berkata...

Harap xde lg pegawai 'bangang' mcam pegawai APMM ni, gerammmmm.....

Allah permudahkan urusan kami!

Tanpa Nama berkata...

NELAYAN brusaha & brjaya menggelakkan rakit trsebut drpd tnggelam...ttpi mcm mana APMM tidak dpt menaikkan malah rakit trsbt tgglm tanpa dpt di selamatkn. Apakah yg ingin di tnjukkan di sebalik kejadian ini.? Adakah peralatan NELAYAN lbih canggih drpda APMM.?

S&R berkata...

APMM agensi apa nii.... kalau betul bagai dikata..... lebih baik bg nelayan yg jadi search and rescue... dlm negara dok sibuk cari petunjuk dan bukti.... bukti depan mata pun boleh hilang.. adesssss penguatkuasa apa mcm nii

Tanpa Nama berkata...

tak logik lansung tenggelam sbb ikut law of physics, gravity in the water are less than on surface. tak mungkin benda itu menarik kebawah dgn kuat. mana mungkin nelayan jumpa terapung then tiba2 bila sampai kat tgn Apmm terus nak tenggelam. haha.. dasar kelentong...

Tanpa Nama berkata...

Umno bn memang kaki putar belit dan putar alam jangan sesekali percaya kah kah kah dunia ketawakan negara malaysia ......pening mabuk satu dunia.

Tanpa Nama berkata...

Ramai yg dgr nmpak mcm MImPi. Yg herannya hari2 ade pelakun nnti sanak saudara jdi senak mana satu

Tanpa Nama berkata...

Buat masa sekarang Nelayan 2, Pasukan Penyelamat 0.

Tanpa Nama berkata...

APMM pakai sampan dgn kekuatan 2 org je, nelayan pakai bot dgn kekuatan 8 org sbb tu boleh angkat raft tu...kalau salah betulkan sy..tp rasa betul kot hehe

Tanpa Nama berkata...

kenapa x kerahkan SAR dlm hutan banat?

Tanpa Nama berkata...

Nampaknya sudah menjadi pelik.menimbulkan keraguan

Unknown berkata...

malaysia bangang

Tanpa Nama berkata...

Klu pemimpin bagang pegawai2 pun ikut bagang bro. Klu pemimpin penjenayah tegar rakyat jadi penyamun tegar. Klu pemimpin kaki rogol rakyat lebih drp itu. Nasihat aku jangan naik kapal terbang MAS lagi sebab nanti akan terhempas.

Tanpa Nama berkata...

tenggelam atau disorok???

Tanpa Nama berkata...

APA NI APMM MACAMANA BOLEH TENGGELAM DAH DAPAT BUKTI PEGANGLAH KUAT-KUAT BAHAN BUKTI SUSAH LAGI NAK DAPAT BAHAN BUKTI NI.INI LAH DI KATAKAN CUAI.PATUTLAH PENYELUDUP BEBAS KELUAR MASUK KERJA CUAI.HAI KESAL BETUL

Tanpa Nama berkata...

Agensi kselatan mlysia mmg pelik2..Bila org ckp ban gang depa mrah..

Unknown berkata...

Mcm tipu...jee apala

Tanpa Nama berkata...

Korang ni jgn mudah nk mmbangangkn org lain. Bkn korang ada kat situ nmpk ngn mata kepala sndiri apa yg blaku. Klu belum bantu buat sembhyang hajat, doa lbih baik korang buat dulu.

Tanpa Nama berkata...

nampak sangat menipu... wahai insan-insan yang dianugerahkan lidah untuk menipu silalah potong lidah anda dan buang ke neraka.. menyampah buat publisiti murahan pun x reti..

Tanpa Nama berkata...

Negara kita makin dipandang bodoh.....
Bertambah bodoh dengan menyiarkan keseluruh 'alam bomoh bangang bin malaun laqnatulAllah, penghina Islam dan negara.
Kini APMM MENYERLAHKAN LAGI KOBODOHAN PENTADBIRAN NEGARA...
Nelayan boleh ikat, APMM terlepas.... Ini bukan karung bawang beb, ini mungkin bukti nayata...... Takkan guna tali rafia kot.
Sepatutnya PROFESSIONAL SIKIT, GUNA SCUBA DIVER, TALI TERBAIK SECURE THE EVIDENT IKAT BAIK-BAIK bodoh.... Mana S O P KAU ORANG

Tanpa Nama berkata...

pada yang percaya info nelayan ni korang semua pun bodoh. mana mungkin apmm can let go bukti besar camtu sewenangnya. klu btol dia tenggelam pasti la ada pasukan penyiasat akan dihantar ke selat melaka utk cari mh370 kat situ.ape ke bodoh korang cayer benda ni.adoiii

Tanpa Nama berkata...

mcm xnk bg jumpa je.cari tp jgn bg jumpa..

Tanpa Nama berkata...

Semua staff APMM memang bodoh tolol

Tanpa Nama berkata...

Siasat pej apmm yg terlibat.. Jgn kita tuduh sebarangan takut ada yg teraniya.

Buat grp dgn jurugambar siasat, lps tu lapor kpd polis..