12 Mac 2014

[BONGKAR] Warga Siber Persoal Adakah Foto Ini Tulen?


Semalam pihak polis telah mendedahkan foto dua individu yang menaiki pesawat MH370 pada dengan pasport curi. Namun, dua foto berkenaan diragui dan telah mendapat pelbagai ulasan dan kritikan di laman sosial.

Gambar tersebut adalah "screencapture" dari video yang disebarkan.

Begitu aneh, bagaimana dua individu yang berlainan, yang kelihatan badannya dan kepalanya berbeza, tapi kedudukan kaki dan latar lantainya sama.

Tidak mungkin samasekali kedudukan kaki kedua-dua pemuda itu benar-benar kelihatan sama sedangkan muka masing-masing sedang menghadap arah berlainan. Bahagian kaki itu serupa sangat dan seperti di"photoshop"kan.

Semalam polis mendedahkan identiti pemuda berkenaan, dikenalpasti sebagai Pouria Nour Mohmammad Mahrdad, 19, pemegang pasport dikeluarkan negara Austria yang dilaporkan hilang oleh pemiliknya dan yang kedua juga warga Iran bernama Delajar Syed Mohamad Reza, 30.

Selain dari foto yang mencerigakan itu, pemuda itu nampaknya tidak menepati dengan ciri-ciri yang didedahkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman yang menyatakan "kedua-dua individu itu tidak kelihatan seperti orang Asia.".

Malah mengikut Azharuddin, pemuda itu "berkulit hitam" dan tanyanya: "Kamu tahu pemain bola (bernama) Balotelli?"

Pihak polis perlu tampil menjelaskannya sebelum lebih ramai membuat tanggapan bahawa ia adalah sekeping gambar palsu.

Ini mengingatkan kita tentang Ahmad Zahid Hamidi (ketika itu Menteri Pertahanan) yang menunjukkan gambar mayat penceroboh Sulu yang dipertikaikan.


Apa hal sebenar di belakang semua ini?

VIDEO@PDRMsia DEDAHKAN WAJAH PEMEGANG PASPORT PALSU #MH370 #PrayForMH370



Teka-teki siapa dua suspek yang guna passport curi menaiki pesawat MH370 yang hilang Sabtu lalu terjawab petang Isnin selepas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mendedahkan kepada media.

Polis mengesahkan seorang daripada penumpang yang menaiki pesawat MH370 dengan menggunakan pasport yang dilaporkan hilang dan milik orang lain itu adalah warga Iran yang bercadang untuk berhijrah ke Jerman, kata Khalid.

Beliau mendedahkan identiti lelaki itu sebagai Pouria Nour Mohammad Mehrdad, 19 tahun.

"Kita telah semak latar belakangnya. Kita juga telah semak profailnya dengan pihak polis di negara lain dan kita percaya dia tidak mungkin anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid.

Pouria Nour menggunakan pasport Austria milik Christian Kozel yang disahkan dicuri di Phuket, Thailand.

Khalid turut mengesahkan semua yang membeli tiket menaiki pesawat MH370 yang hilang ketika penerbangan ke Beijing, awal pagi Sabtu.

Dipos oleh APT.
Beliau berkata, siasatan dijalankan terhadap semua rakaman video, termasuk dengan jabatan lain dan latar belakang semua penumpang MH370.

Menurutnya lagi, polis kaji empat aspek dalam penyiasatan terhadap kehilangan pesawat MH370 iaitu rampasan, sabotaj, masalah psikologi penumpang dan kru dan masalah peribadi.

Pengumuman Khalid mengenai warga Iran itu selari dengan hasil siasatan polis di Thailand yang mendapati dua penumpang MH370 dengan pasport curi itu mungkin pelarian yang mencari suaka.

Ia berdasarkan kepada tempahan tiket harga paling murah serta laluan transit Kuala Lumpur-Beijing-Amsterdam sebelum menuju ke destinasi akhir masing-masing ke Copenhagen, Denmark dan Frankfurt, Jerman.

"Berdasarkan kepada tempahan tiket saja, sekiranya keganasan, mereka tentunya mengkhususkan laluan dan pesawat yang hendak dinaiki," kata Ketua Polis Pattaya, Supachai Puikaewcome seperti dipetik oleh Reuters pada Selasa.

Penumpang pasport curi itu dibantu oleh dua warga Iran yang menguruskan tempahan tiket daripada sebuah agensi pelancongan yang sudah dilanggani oleh orang tengah itu sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, Ketua Pengarah Imigresen Aloyah Mamat berkata dua penumpang pasport curi itu menggunakan pasport yang sama untuk masuk dan keluar dari Malaysia.

"Kita tidak dapat kesan. Sistem (pasport) kita biometrik. Saya tidak pasti pasport mereka ada biometrik atau tidak," katanya, sambil menegaskan semua protokol keselamatan sudah dipatuhi.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam, Datuk Azharuddin Abdul Rahman pada Isnin memaklumkan siasatan berhubung isu pasport curi itu kini bertumpu kepada aspek penglibatan sindiket pasport.
-AD


Pembawa pasport curi bukan seperti orang Asia


Kewarganegaraan sebenar dua pembawa pasport curi dalam pesawat MH370 kini menjadi persoalan ekoran dakwaan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi bahawa mereka “berciri Asia”.

Ini ekoran kenyataan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman sebentar tadi bahawa kedua-dua individu itu tidak kelihatan seperti orang Asia.

“Kamu tahu pemain bola (bernama) Balotelli?"

“Dia orang Itali, tapi kamu tahu wajahnya macam mana,” katanya ketika diasak menggambarkan rupanya dalam sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang hari ini.

Mario Balotelli seorang pemain bola sepak profesional Itali untuk pasukan popular AC Milan.

Diasak lagi sama ada kedua-dua mereka berkulit hitam, Azharuddin menjawab: “Ya”.
-mk


17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

sgt jelas foto tipu

berguru kan apco

dewi_sue berkata...

tak perlulah buat analisa macam2 masa ini
fokus dulu pada pencarian yang hilang
cukup2lah segala teori konspirasi pelbagai
dahulukan yg penting, bro
hormati perasaan keluarga mangsa
jgn menyimbah minyak di api yg marak....

BaDiN berkata...

Masalah malaysia amat berat semakin hari ke sehari.MOLEK juga lantik PM 1 Malaysia jadi Ketua SAR manalah tahu akan terangkat jadi PM 1 Dunia pulak.Sepatutnya dalam trajedi begini buang jauh jauh sentimen politik panggil semua samada dari pihak kerajaan dan pihak pembangkang duduk semeja berbincang untuk mencari kata sepakat siapa yg boleh jadi Pengarah Operasi SAR.Nampaknya semua saranan dari pihak Pembangkang langsung tidak dipedulikan.Semoleknya sidang Parlimen sekarang yg sdg berlangsung ditangguhkan dulu dan diadakan Sidang Parlimen KHAS ATAS TRAJEDI INI seberapa segera.Dgn tersebarnya gambar yg serupa tapi tak sama ini akan menambah hodoh lagi nama Pihak Berkuasa Malaysia di mata dunia.Kecurigaan sebegini berat akan mengakibatkan nama baik Malaysia akan musnah sama sekali.Nampak jelas kerajaan BN tidak mampu mengepalai Operasi Ini.Baik serah saja operasi ini kepada pihak yg berpengalaman dan memiliki banyak kelengkapan yg canggih2.Tak perlu malu untuk mengaku tak pandai sebab ini bukannya trajedi dalam negeri ianya adalah Trajedi Global yg semua mata dunia sdg melihat kita menguruskan trajedi ini.

Tanpa Nama berkata...

eh naper b*doh sgt komen dewi_sue tuh...

kalau betul nak jaga hati keluarga mangsa suhlah polis tuh duduk diam-diam, jgn buat kenyataan yang bercanggah dgn DCA....

macai betol dewi_sue nih...

BaDiN berkata...

Tidak mustahil Malaysia akan disaman oleh media2 antarabangsa terutama sekali oleh keluarga2 mangsa trajedi MH370 ini jika beginilah cara pemberitaan yg dihidangkan.
Yg paling sakit untuk menjawab permasalahan ini adalah Ketua Polis Malaysia bersama sama Menterinya dan Kerajaan malaysia.

Tanpa Nama berkata...

Masuk malaysia terus scan jari dan dokumen, tag. Keluar malaysia mestilah sama. Bukan masuk muka lain keluar rupa lain. Negara lain boleh buat?, Kalau orang tempatan bukan main periksa. Adakah semua penjenayah, pengganas, perisik ada rekod ada wajah ?

Tanpa Nama berkata...

Sebelum ni warga cina kat cina pun kata kita penipu. Sapa nk jwb kita olang baik takdak tipu lo

Tanpa Nama berkata...

Bukan saman tapi tak makan saman

Tanpa Nama berkata...

Nampak macam gambar tak real aje.

Malu dapat gomen tak tanggungjawab.

Ada general kara. Masok cnn news pulak , kapalterbang purar balik hari ahad lalu.

Kali ini tukar cakap pulak.

Macam "sekejap ada , sekejap tak ada".

Makan kangkung sampai boleh jadi "suara macam saya , muka macam saya , tapi saya tak cakap"

Otak pund*k aje ler...

Tanpa Nama berkata...

Dh la ni xpyh nk ckp bnyk. Yg aku taw tempelang bn ni dh nk pch. Slap2 kpal tu dlm hangar klia. Didpti skrin rdar bpth blik mlalui subang. Bteptan dgn kes DSAI djtuhkn hkumn. Ini smua pkra biasa untuk mnglihkn pndgn mta ngra. Siapa tahu? Klu lahad datu bn bole goreng jln crita ckp DSAI bt pjmpaan sulit dgn sultn sulu shinggakn sultan slu mngtkan tdk pernh sma skli apkah ini smua? Mngorbnkn nyawa org bg bn bnd biasa je nie. Lu pkir la sndri

Tanpa Nama berkata...

Biasanya mereka ada masa untuk merancang satu penipuan, jadi nampak spt logik. La ni dlm keadaan buntu masih nak menipu dgn masa terbatas, maka jelas nampak penipuan itu.

Tanpa Nama berkata...

Kalau kes macam nie pun kerajaan be end boleh tipu dan diedit...agak-agaknye kes Video DSAI tu mcm mane plak ek....

kuan tong berkata...

Berasa malu di Malaysia ini banyak penipuan dah menjadi asam garam , ala bisi tegal biasa. sebab dah biasa buat semuanya terlepas diketahui umum. apa nak kesah undang2 ditangan masing. Sedarlah hendaknya wahai umat malayu.

Tanpa Nama berkata...

Nak menipu pun tak tau.Ini akibat selalu sangat menipu.Depa ini ingat semua orang bodoh macam depa - Hari-hari buat sidang akhbar, cakap dan kenyataan yg sama, kadang-kala bercangah antara satu dengan lain - no hal one - pokoknya muka selalu keluar TV.

Tanpa Nama berkata...

Macam kes altantuya dan kes saiful anwar, nampak kerja penipu

Tanpa Nama berkata...

UMNO PUN PARTI TAK TULEN SELEPAS DIHARAMKAN

Tanpa Nama berkata...

Jangan sampai orang tahu yg lu sengaja membesarkan isu kapal terbang utk divert kes anwar kena penjara dan korupsi dalam bahagian penghakiman. Sebab what i see media umno sengaja nak alihkan perhatian isu tersebut. We all memang simpati, tapi perlukah diperbesarkan isu ini? Fikirkanlah.