4 Mac 2014

Polis Akui Himpunan Black 505 Aman

Juruvideo polis akui perhimpunan Black 505 berlangsung aman

Perhimpunan Black 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur pada Jun tahun lalu merupakan satu perhimpunan aman dan tidak melibatkan sebarang keganasan kata saksi keenam perbicaraan kes tersebut semalam.

Juruvideo polis, Koperal Kahar Sharif yang kini berkhidmat di Cawangan Siasatan Jenayah di Jasin, Melaka mengakui perkara itu ketika disoal peguam bela Ahli Jawatankuasa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi iaitu Azizul Shariman Mat Yusoff.

Azizul: Setuju saya katakan jalan raya tidak sesak di Padang Merbok pada peringkat awal?

Kahar: Setuju.

Azizul: Setuju saya katakan sepanjang dua jam rakaman tidak hadapi kesukaran?

Kahar: Setuju.

Azizul: Setuju saya katakan tiada arahan bersurai daripada pihak polis?

Kahar: Setuju.

Azizul: Ada yang ditangkap sepanjang membuat rakaman?

Kahar: Dalam rakaman tidak ada dan begitu juga di tempat kejadian.

Azizul: Ada mereka yang cedera atau polis menggunakan gas pemedih mata?

Kahar: Tidak ada.

Kahar, 47, kelihatan kurang senang apabila terus diasak soalan daripada peguam bela Ahli Parlimen Seremban, Anthony Loke iaitu Gobind Singh Deo yang bertanyakan tentang kesahihan video berkenaan.

Gobind berkata, sebagai anggota polis tidak wajar bahan bukti dihapuskan dan menyerahkan salinan video dalam bentuk DVD ke mahkamah.

Katanya, Kahar seharusnya membuat laporan polis jika memadamkan video asal yang dirakam semasa hari perhimpunan.

Gobind: Apa tugas polis jika barang kes hilang?

Kahar: Buat laporan polis.

Gobind: Ada buat laporan polis?

Kahar: Tidak.

Gobind: Setuju rakaman ini tidak dapat disahkan dengan kejadian asal?

Kahar: Setuju.

Dalam keterangannya, Kahar mengakui merakam perhimpunan Black 505 dari jam 11 pagi sehingga jam 4.30 petang menggunakan kamera video Canon SF105 dan kad memori.

Video yang disiarkan mahkamah semalam menyaksikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad; Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan beberapa pemimpin pembangkang lain berucap di perhimpunan itu.

Perbicaraan semalam turut dihadiri defendan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dan sekretariat Pakatan Rakyat (PR), Muhammad Adib Ishar selain Loke dan Syed Azman. -TMI

Himpunan Black 505 aman, akui polis

Seorang anggota polis hari ini memberi keterangan bahawa perhimpunan ‘Black 505' anjuran Pakatan Rakyat pada 22 Jun tahun lepas sebuah perhimpunan aman.

Kahar Shariff, daripada balai polis Jasin, Melaka, menyerahkan rakaman video dua jam perhimpunan itu kepada Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi Ramli daripada PKR dan Anthony Loke (DAP) dituduh bawah Akta Perhimpunan Aman dengan menganjurkan perhimpunan di Padang Merbok, Kuala Lumpur tanpa kebenaran polis.

Turut berdepan pertuduhan sama petugas PKR Muhammad Adib Ishar dan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Syed Azman Syed Ahmad Nawawi.

Kahar menjawab “tidak” apabila ditanya peguam Rafizi, Eric Paulsen, sama ada beliau melihat keadaan huru hara dalam perhimpunan itu.

Kahar juga menjawab “ya” apabila ditanya sama ada beliau setuju perhimpunan itu berlangsung “aman”
.
-mk


2 ulasan:

sabun penghilang bau badan berkata...

kalau aman enak utk semua

Awanama berkata...

Apabila Kpl Kahar bercakap benar,janganlah hendaknya dia menerima nasib mcm Majar Zaidi yg bercakap benar pasal dakwat kekal.