4 Mac 2014

Bersih 2.0 Lancar Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) hari ini melancarkan ‘Kempen Rakyat Sokong Mejar Zaidi’ untuk menggesa Majlis Angkatan Tentera Malaysia menggugurkan kesemua tujuh tuduhan terhadap Mejar Zaidi Ahmad yang membuat laporan polis mengenai dakwat kekal.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sendiri telah mengaku dalam laporan media mengenai kegagalan dakwat kekal, yang turut dilaporkan oleh ratusan pengundi.

“Jadi kenapa pula tindakan ini diambil terhadap Mejar Zaidi yang berkata apa yang benar demi kepentingan awam?” kata Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah.

Maria memberitahu bahawa Bersih 2.0 akan menghantar surat rasmi kepada Majlis Angkatan Tentera hari ini untuk menyeru supaya pertuduhan Zaidi digugurkan.

Katanya, Bersih 2.0 menganjurkan kempen itu melalui media sosial supaya ribuan rakyat bersatu menyuarakan ketidakpuasan mengenai tindakan mahkamah terhadap Mejar Zaid.

"Bersih 2.0 percaya bahawa ramai rakyat Malaysia merasakan Mejar Zaidi tidak seharusnya dihukum tetapi disanjungi kerana kejujuran dan keberaniannya untuk menegakkan kebenaran," kata Maria.

Jelasnya, semua penyokong diminta mengambil gambar mereka bersama kad yang menyatakan “Gugur pertuduhan Mejar Zaidi” atau “Hukum SPR, bukan Mejar Zaidi” dan menerbitkan gambar tersebut dalam Facebook dan Twitter masing-masing dengan hashtag #sokongzaidi sebelum perbicaraan Mejar Zaidi bermula April nanti.

Satu rombongan Bersih 2.0 yang terdiri daripada Maria, Naib Pengerusi Semenanjung Utara Datuk Dr Toh Kin Woon, ahli Sekretariat Mandeep Singh dan Adam Adli, serta bendahari Ikram Mustafa Basri telah melawat Mejar Zaidi di rumahnya di Bertam, Kepala Batas pada 24 Februari lalu.

Mejar Zaidi dituduh melanggari arahan Majlis Angkatan Tentera Malaysia dengan membuat laporan polis mengenai dakwat kekal yang digunakan dalam pengundian awal pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.

Beliau dikenakan tiga lagi tuduhan membuat kenyataan media tanpa kebenaran dan menghantar dua SMS yang berbau politik.

Jika Mejar Zaidi didapati bersalah, beliau mungkin kehilangan pencen dan faedah lain.

Ini merupakan ketidakadilan yang tidak boleh diterima oleh rakyat, kata Maria.

“Mejar Zaidi ialah wira negara yang sebenarnya. Jika kesemua rakyat seperti Mejar Zaidi berani bersuara mengenai yang benar dan adil, pastinya kurang kepincangan dalam sistem pentadbiran negara,” katanya.

Maria juga mengingatkan bahawa Perkara 114 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa SPR harus mendapat keyakinan dan kepercayaan umum.

Namun belum ada sebarang tindakan dikenakan terhadap SPR terhadap kegagalan mereka yang nyata sekali dalam pengendalian dakwat kekal.

“Sebaliknya, seorang rakyat Malaysia yang berprinsip dan berani pula yang dihadapkan ke mahkamah,” kata Maria.

Justeru, Maria menggesa orang awam yang prihatin mengenai isu pilihan raya yang bebas dan adil menunjukkan sokongan kepada Mejar Zaidi dengan menghadiri perbicaraan pada 8 April hingga 10 April 2014 di Mahkamah Tentera TUDM Sg Besi, Kuala Lumpur.

“Tunjukkan kepada Mejar bahawa beliau bukan keseorangan. Sampaikan pesanan kepada semua bahawa tindakan yang patut dibanggakan dan dipuji ini tidak patut dihukum,” kata Maria.

Panel Mahkamah Tentera diketuai Kol Saadon Hasnan yang terdiri daripada Lt Kol Zainurin Mohd Dom, Mej Khuzairi Mohd Arshad, Mej Khairul Nizam Taib, Mej S. Nadzeer Salehuddin dan Mej Noor Azman Ahmad. -HD

9 ulasan:

Asrul Sani berkata...

Bila kerajaan ala fascist nazi ni terguling, kita buka semula kes ini dan penjarakan siapa saja yang menyalahgunakan kuasa tak kira la general cap ayam ka menteri cap hasan malik ka...

Awanama berkata...

umngok parti komunis bertopengkan demokrasi...

Anti Fitnah berkata...

Di Malaysia, kalau tak bohong, tak tipu, tak bodek, tak rasuah, ... tak akan dapat naik pangkat. Orang yang lurus, telus, integriti, jujur, bercakap benar, ... susah dikawal oleh kerajaan yang penuh dengan rasuah ni. Ibarat tahi dengan tahi, bunga dengan bunga, ... jangan sampai bunga dipacak di atas tahi lembu kot.

Awanama berkata...

Kerajaan UMNO/BN adalah Kerajaan Bully.Menegakkan kelemahan dan kekurangan cara membully rakyat dan kaki tangan awam.Ia juga menggunakan tektik ancaman dan kezaliman terhadap mana-mana pihak dan individu yg membongkar dan mendedahkan kelemahan, kekurangan dan penyelewengannya.Kaedah dan cara ini tak boleh bertahan lama, lama-kelamaan ia akan roboh dan runtuh jua InsyaAllah.

Awanama berkata...

Mohon Yang Di Pertuan Agong campur tangan untuk menegakkan keadilan...Allahuakhbar

Awanama berkata...

Kpd kaki penipu,rasuah, bodek dan ampu ambil lah syurga dunia yg kamu perolehi dgn cara yg salah semoga Neraka di akhirat menjadi balasan kpdmu nanti....kpd yg jujur,benar,adil dan ikhlas bersabarlah kerana neraka dunia yg kamu terima hari ini InsyaAllah akan dibalas dgn Syurga Akhirat nanti...

Awanama berkata...

Kalau sultan Kelantan atau Sultan Johor yg jadi Agong aku ada berkeyakinan mereka akan bersuara memberi pendapat dan pandangan tapi kalau Agong yg ada skrg berat lah sikit kot. Suara rakyat tak sampai kemana tambah pula yg membicarakan Mejer Zaidi adalah Mahkamah Tentera dari Hakim juri dan pendakwa tentera mana ada keadilan 100%. Pertuduhan pula dibawah akta tentera bersangkut paut dgn tatatertib anggota tentera. Aku dah baca Mejer akan turun pangkat keptan,gaji turun,di tamatkan sebagai juruterbang dan tahan seumur hidup lesen penerbangannya. Ini semua kerja buat depa nak bagi rakyatnya,bangsanya dan agamanya hidup dalam kesusahan. Jgn susah hati Mejer susah didunia tapi akhirat mudah perjalanannya. Hukuman dah ada cuma nak buat wayang shj nak kaburkan mata rakyat 47% yg buta. Rakyat 53% dah celik lama.

Awanama berkata...

slpas +_ seminggu dihalang bawa masuk abu mayat chin peng kononnya nak jaga prasaan rakyat yg prtahankan negara, tentera Malaysia ada perbarisan trhormat untk sambut kpala komunis China, xi ping. cerdik dak !??

Awanama berkata...

Bukan UMNO pemberi rezeki, hanya allah semata-mata, semoga allah menimpakan bala kepada penzalim mejar zaidi