14 Mac 2014

[ISU BOMOH] UMNO BN Sudah Malu Satu Dunia, Shahidan Dah Tak Mengaku BN Upah!


Shahidan: BN takkan upah bomoh 'Do Re Mi'

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan kerajaan mengupah 'Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP' yang muncul di KLIA untuk 'membantu' mencari pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing.

"Tentang bomoh tadi, saya percaya tidak dibuat oleh Umno, oleh BN dan tidak dibuat oleh mana-mana agensi kerajaan kerana cara perlakuan bomoh itu.

"Pertama, dibuat di tempat orang ramai. Dia pakai pakaian macam cerita (P Ramlee, Laksamana) Do Re Mi.

"Jadi bayangkan, takkan kita nak buat macam itu," katanya sewaktu menjawab soalan wartawan.

Beliau diminta mengulas gesaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar siasatan dilakukan untuk mengetahui siapa yang menjemput bomoh tersebut.

Menurut Shahidan lagi, kerajaan sememangnya tiada kaitan dengan bomoh itu walaupun beliau dikaitkan dengan slogan '1Malaysia'.

"Jadi oleh kerana ada 1Malaysia di belakang, orang tuduh kerajaan yang buat.

"Kerja kita yang utama sekarang adalah mencari pesawat yang hilang," kata Shahidan lagi.

Curi perhatian

Bomoh yang dimaksudkan, Ibrahim Mat Zain bukan nama asing di kalangan sesetengah orang kerana iklan tentang khidmatnya kerap terbit dalam akhbar tabloid berbahasa Melayu.

Beliau juga sering kelihatan memakai sut lengkap bertali leher dan bersongkok serta pin baju berlogo 1Malaysia apabila melakukan upacara perbomohan.

Pada 10 Mac lalu, beliau mencuri perhatian ramai apabila muncul di KLIA menggunakan bubu mata pancing dan teropong yang diperbuat daripada buluh untuk meminta dan berdoa supaya melepaskan penumpang MH370 agar dapat dijumpai secepat mungkin.

Beliau sebelum ini dilaporkan mendakwa kehadirannya di KLIA adalah atas jemputan seorang VVIP.

Semalam, beliau sekali lagi muncul di KLIA bersama pembantunya dan tiga orang daripada mereka duduk di atas sehelai tikar.

Seorang daripadanya memegang tongkat, sementara dua orang lagi memegang dua biji kelapa di atas kepala dan memegang bakul dalam upacara mereka.


Media Arab kata Malaysia guna sihir sebagai jalan terakhir cari MH370


Berita bertajuk "Sihir adalah jalan terakhir Malaysia mencari kapal terbang MH370" itu disiarkan oleh laman Alarabiya ekoran tindakan Putrajaya membenarkan bomoh mengadakan upacara untuk mencari kapal terbang yang hilang itu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Laman itu menyiarkan video upacara yang dibuat oleh seorang yang menamakan dirinya sebagai Raja Bomoh, Ibrahim Mat Zin. Beliau mengadakan upacara itu untuk mencari di mana pesawat MH370 itu.

Alarabiya.net berkata, bomoh itu datang bersama pembantunya ke KLIA dan menjalankan upacara itu dengan menggunakan dua biji kelapa sambil memekik “Allahu Akbar” (Allah yang maha besar) beberapa kali.

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan tikar.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan mendapat kecaman pelbagai pihak.


Bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyifatkannya sebagai "satu kerja gila" dan manakala ramai ulama mengatakan tindakan tersebut sebagai khurafat.

Pengguna media sosial juga mempermainkan tindakan bomoh itu dengan menyamakannya dengan "tikar terbang" seperti yang dilakonkan oleh Tan Sri P Ramlee dalam filem Laksamana Do Re Mi. –
-TMI



Anwar selar kerajaan guna khidmat bomoh 1Malaysia cari MH370

Sidang Dewan Rakyat hari ini gempar apabila Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membahaskan isu kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 termasuk memberi kebenaran “bomoh 1Malaysia” melakukan upacara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Anwar berkata imej negara tercemar ekoran daripada kegagalan kerajaan menangani krisis negara sehingga dikritik hebat oleh media antarabangsa.

Katanya situasi memalukan itu ditambah dengan insiden semalam di KLIA apabila kerajaan membenarkan seorang bomoh yang dibayar melakukan upacara bagi mengesan lokasi pesawat MH370.

"Ini amat memalukan. Siapa yang membenarkan, siapa yang membayar bomoh itu, ini jelas perbuatan khurafat dan kemudian media antarabangsa pula dipanggil buat liputan.

"Insiden ini perlu disiasat, ia merupakan satu perbuatan bodoh dan memalukan Malaysia sebagai negara Islam," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau juga memetik satu laporan akhbar media antarabangsa yang menyelar kerajaan berhubung insiden MH370.


Bagaimanapun belum habis Anwar membaca petikan laporan akhbar tersebut Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dilihat mencelah ketua pembangkang itu.

Ia menimbulkan kekecohan apabila ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengkritik tindakan tersebut apabila menteri tersebut tidak sepatutnya mencelah jika tidak dibenarkan Anwar.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad juga turut serta apabila mendakwa menteri yang juga ahli Parlimen Kota Belut tidak tahu apa yang ingin disampaikan oleh Anwar.

"Beliau ini Yang di Pertua, bukan tahu apa yang disampaikan langsung tak faham tentang bagaimana berlakunya banyak percanggahan kenyataan," kata Khalid.

Ahlid Parlimen Pandan Rafizi Ramli juga dilihat turut bangun untuk memohon pandangan Anwar mengenai kenyataan akhbar Utusan apabila menteri sendiri mengakui tidak salah menggunakan perkhidmatan bomoh.

"Apakah pandangan ahli Parlimen Permatang Pauh mengenai laporan berita akhbar Utusan yang miliknya Umno kerajaan apabila membenarkan penggunaan bomoh ini.


"Laporan itu menyatakan tidak salah menggunakan perkhidmatan bomoh ia kemudian disaksikan oleh dunia antarabangsa dan Presiden Obama sendiri kagum dengan kebodohan itu," katanya hingga menyebabkan suasana Dewan Rakyat gamat seketika.

Sementara pada sidang media selepas itu Anwar menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk bangun dari tidurnya dan menjadi pemimpin yang cekap menangani krisis negara.

Mengambil insiden pesawat MH370, kerajaan sepatutnya melantik hanya seorang jurucakap.

"Saya ambil contoh mengenai pencerobohan Japanese Red Army sekitar 1975 ketika krisis berjaya ditandatangani bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Osman S Cassim.

"Ketika itu hanya satu sahaja arahan dan ia amat konsisten tidak seperti sekarang apabila menteri pengangkutan cakap lain, tentera cakap lain" katanya.

Tambahnya, Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membuktikan bahawa beliau gagal dan tidak cekap menangani krisis negara.

Dalam sidang media itu beliau juga mengulas mengenai kehadiran bomoh, Ibrahim Mat Zain semalam.

Beliau berkata sebelum ini Najib membayar berjuta-juta ringgit kepada kepada Apco untuk bayar konsultasi imej perdana menteri itu.

"Dengan apa yang bomoh itu sudah lakukan wang berjuta-juta ringgit pun tidak mampu untuk menebus semula maruah negara," katanya.
-TMI




RUPA-RUPANYA RAJA BOMOH SEDUNIA YANG DIKATAKAN BUAT KERJA BODOH, MENIPU, KHURAFAT, TAHYUL DAN SYIRIK ITU ADALAH PENYOKONG UMNO TEGAR!!!!


Seorang individu yang menggelarkan dirinya Raja Bomoh Sedunia yang kini jadi bahan kutukan dan lawak gila kerana gelagat dan telatahnya yang cuba berlagak bijak dan hebat dengan adegan teropong bubu guna buluh dan terbaru guna karpet terbang di KLIA semata-mata mau tunjuk dia tahu dimana perginya pesawat MH370 menghilang diri.

Setelah diselongkar,  mamat yang bernama Ibrahim Mat Zin ini adalah penyokong UMNO cukup totok sampai tolong kempen untuk calon UMNO/BN Rashidi Ibrahim di DUN Pasir Panjang, Perak pada PRU 13 lalu.

Jadi tidaklah menghairankan apabila dia mendabik dada memberitahu satu dunia yang beliau adalah Raja Bomoh VVIP Negara.

Kalau tidak percaya sila tatap baik-baik gambar-gambar diatas .. dibajunya pun ada pin lambang 1Malaysia.

Patutlah dia buat kerja khurafat, tahyul dan menipu. JAKIM pun pernah keluarkan kenyataan yang kegiatan mamat ini haram, salah, syirik, khurafat dan tahyul.
-omakkau

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau buat upacara di klia tanpa jemputan VIP BN, mmg dh kena penendang doremi ni dgn pihak berkuasa. pdq org umno yg bodoh boleyla ngkau menipu, mengaku sajalah shahidan kassim selamat woiii..

Tanpa Nama berkata...

Raja2 kita tak terasa nak tegur ke? kot2 mereka respect sikit. raja katakan.

Katu Lutong Pongan berkata...

Rakyat dah tak caya cakap menteri lagi...
Lagipun mahabomoh tu kan antara yg rapat dgn bangswan umno!

Tanpa Nama berkata...

LEPAS NI KITA MINTA RAJA BOMOH YANG HANDAL NI TEROPONG SIAPA PEMBUNUH SEBENAR ALTANTUYA PULAK

Tanpa Nama berkata...

Raja bomoh... raja bodoh.. mahabomoh ... mahabodoh... yg paling bodoh.. tunjuk menunjuk otak jahil ko.. kalau caya power bomoh pun jangan sampai masuk news.. bodoh+bangang= otak udang

Tanpa Nama berkata...

Menteri cuba membodohkan rakyat agar bodoh seperti diri nya sendiri.

Itu lah Melayu UMNO.

Masih dengan agenda Sekim Pembahalolan Bangsa....

Tanpa Nama berkata...

umno memang suka lakukan kurafat, syirik. shahidan kata bukan kerajaan yang taja, pasal dah termalu, namun yang pastinya kalau bukan kerajaan tentulah umno yang suruh, 'umno' yg suruh itu jadi menteri kerajaan,

kerajaanlah yang suruh, shahidan jangan cakap pusing2, jngn jadi putar alam.

kalau orang umno tak main bomoh pun, memang mereka ini dah jadi golongan syirik, sebab menolak hukum Allah dan menerima pakai hukum manusia bikin.

satu apa pun umno ni tak boleh harap.

Tanpa Nama berkata...

KLIA tu mana boleh suka suka buat macamtu kalau tak ada kebenaran dari pihak keselamatan

Amuraria berkata...

shahidan mangkuk kangkung ni ingat orang mesia ni semua spesis belaan 'nfc' kot! bangang campur Samdol kelabu asap daa shahidan wwwoi! ABU !

Tanpa Nama berkata...

Kalau diteliti dari gambar2 diatas tu nampak nya macam di Manjung tu dan yang dalam gambar tu pun semacam muke Yop perak je ,jadi tak silaplah tok Moh tu dari Perak kot , kenape meke tak suruh saja deme tilik sape yang bunuh Tatuya dulu tu ,nampak sangat deme nie pembohong yop.

Tanpa Nama berkata...

Dimanakah terletaknya kekuatan bomoh... Di bubu nya kah? Atau di teropong nya kah? Di tikar nya kah atau di kelapanya kah?

Kehebatan boMoh terletak pada huruf 'M' nya. Kalau kita tukarkan huruf M menjadi huruf D, maka jadilah boDoh...

Kita peroleh kemenangan yang pertama... YEY YEY"

Tanpa Nama berkata...

Ayah Pin penyokong tegar UMNO/BN juga sebab tu sampai sekarang sengaja tak mahu menangkap dia.

Tanpa Nama berkata...

Apala nk kait ngan ayah pin lak...nk tangkap ayah pin ats dakwaan apa?ko igt senang ke..ajaran sesat?dia da ckp dia bkn islam..xde akta nk tangkap...kekuatan ko kt huruf M gak gamaknya....