14 Mac 2014

Isk..Tok Bomoh Dah Ugut Nak Saman Orang Yang Tuduh Amalan Beliau Khurafat!

MH370: Raja Bomoh ugut saman sesiapa tuduh ritualnya langgar syariat Islam

Salah seorang bomoh yang melakukan upacara ritual untuk bantu usaha mengesan pesawat MH370 yang hilang dalam perjalanan ke Beijing sejak Sabtu akan memfailkan saman terhadap mana-mana pihak yang mendakwa perbuatannya itu bercanggah dengan syariat Islam.

Ibrahim Mat Zin mendakwa upacara yang dilakukannya pada Isnin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, menggunakan ayat suci Al-Quran dan berlandaskan syariat Islam.

“Penggunaan barang itu hanya sebagai simbolik atau petua yang diturunkan oleh orang tua dan bukannya untuk dipuja.

“Saya harap orang ramai tidak mudah menuduh saya terpesong daripada ajaran Islam dan tindakan mahkamah akan diambil kepada mereka yang degil,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, hari ini.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menafikan dakwaan Pakatan Rakyat bahawa kerajaan memberi kebenaran kepada bomoh itu untuk membantu mengesan lokasi pesawat Malaysia Airlines MH370 pada Isnin.

Beliau berkata, amat mustahil untuk kerajaan membenarkan upacara yang bertentangan dengan agama Islam dan khurafat itu untuk dilakukan.

Katanya, dakwaan yang mengaitkan bomoh yang terkenal di kalangan VIP itu dengan Umno sepatutnya tidak timbul.

Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.

"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.


Ibrahim atau juga dikenali sebagai Raja Bomoh melakukan upacara untuk mencari di mana pesawat MH370 di KLIA pada Isnin.

Pada hari pertama, Ibrahim dan pembantunya datang dengan sangkar dan teropong buluh untuk mencari pesawat itu manakala hari kedua beliau datang dengan buah kelapa dan “tikar terbang”.

Ia dilakukan di tengah-tengah kesibukan KLIA dan menerima kecaman pelbagai pihak. -TMI

ULASAN GB

Wah hebat Datuk Bomoh ni... dah ugut untuk saman mereka yang tuduh "ritual"nya sebagai melanggar syariat Islam.

Ini adalah akibatnya apabila tiada tindakan diambl oleh phak berkuasa terhadap orang sebegini yang akhirnya akan menyebabkan beliau menjadi angkuh, sombong dan berani untuk mencabar mereka yang menegurnya.

Satu dunia sudah saksikan aksi "ritual" yang lansung tidak ada kena mengena dengan ajaran Islam dan tak pernah diajar oleh Islam.... tetapi tok bomoh ini masih mempertahankan ritaulnya itu.

Kalau begitu tok bomoh silakanlah saman JAKIM yang sejak tahun 2004 telah menyatakan ajaran kamu bertentangan dengan Islam dan kenyataan Shahidan Kassim di atas yang jelas menyatakan:

Shahidan berkata, tidak semestinya bomoh yang dilaporkan memakai lencana 1Malaysia itu merupakan pengikut Umno dan dibayar oleh parti itu.

"Tidak, saya tidak percaya ia arahan daripada kerajaan. Tidak ada, kerana ia amat bertentangan dengan ajaran agama Islam,” katanya.


Atau ada pihak lainkah di belakang Tok Bomoh yang mengajar beliau untuk keluarkan uugutan saman tersebut? Pun boleh jadi juga! Wallahu 'alam bissawab.

15 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Usah dilayan sangat orang gila,buat busuk nama malaysia aje.,

Tanpa Nama berkata...

mungkin tok bomoh ni satu perguruan dengan dengan p Ramli ,mungkin teropong yang digunakan jenis yang sama dengan p Ramli semasa mencari anak raja yg di tawan olih Raja pasola ,tikar terbang pun sama juga la ,tapi cara jampi nak terbang tu ta tau la dah lupa dulu ada juga hafal masa kanak2

Tanpa Nama berkata...

diharapkan admint2 dan blogers tak payah layanlah manusia semput akal ni, banyak kerja lain yang perlu kita buat.

kita jadi bodoh kerana melayan orang bodoh.

Tanpa Nama berkata...

Tuanku sultan patut beri arahan tangkap saje bomoh ni. Mais mane. Jais mane. Memalukan saje.

Tanpa Nama berkata...

Sokong saman JAKIM dan Shahidan. Sama2 kita pakat tengok. Jgn sama sendiri tak sanggup saman menyaman dahlah. Tunggu.......

Sapiee Hamid berkata...

Wa Salute U Tuan Datuk MahaGuru Ibrahim Zin!!! bukan pasal MH370, Pasal tuan berani nak hantam itu KJ, Gua nak tengok itu KJ lembek macam Kangkong, Dia ada tali pinggang hitam Tau....Tek Kuan Do...

Tanpa Nama berkata...

Ada berani? Silakan saman weh.....ptuiii

IbnAbdHalim berkata...

Amacam? Dia dah cabar nak saman ni. Adakah Jakim, Jais atau sesiapa saja berani dakwa dia?

Tanpa Nama berkata...

Buat upacara saman pula, bawa apa pula agaknya, hakim?

Tanpa Nama berkata...

Kalau kita buat perkara pelik di KLIA,dah lama kena tahan agaknya?

rantai berkata...

mentang-mentang le dapat sokongan umno ... sikit-sikit saman ... sikit-sikit saman ... !!!!

Katu Lutong Pongan berkata...

Petaka apa yg menimpa umno no?.
Itu hari ngo k umno tawar untuk tampar seorg perempuan......
kini bomoh umno pula nak tampar menterinya....

Ray tyler berkata...

Ape dah!! Lansung x boleh pakai.... ni kes psal MH370 yg ilang Bukan psal cite yg lame2... ape psal boleh bomoh nii boleh sesat kat cini... dlu technology x hebat lagi n owg dlu2 mase 2 masih pecaye ngn benda2 yg hanye kebetulan je... s'benarnye Hanya kebetulan saje... kenape owg la masih ade lagi pecaye benda2 kebetulan 2... naik pelik sye di buatnye... s'krang dgn technology yg hebat2.. di seluruh negara mengunakannyee utk mencari MH370 yg ilang... bawak2 laa berdoa b'ramai2 agar MH370 kambali ke malaysia dengan selamat...

Ray tyler berkata...

Kambali Wahai MH370 ke malaysia

Tanpa Nama berkata...

alarabiya.net dengan tajuk utamanya ‘Sihir, usaha terakhir rakyat Malaysia untuk selesaikan misteri kehilangan kapal terbang hilang’.

Alarabiya.net turut memuat turun gambar Ibarahim, 80, bersama dua yang lain sedang melakukan ritual dengan memegang dua biji kelapa muda tanpa diketahui tujuan sebenar di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 12 Mac lalu.

Awat tak saman Enche Beraheng?
Samanlah itu sorat kabar Tok Arab buleh dapat juta-juta, diaoreng manyak duit
Saman jangan tak saman, nanti kan dikata orang Beraheng tadak bebatu pulak