20 Feb 2014

[BONGKAR] PRK Kajang - Myanmar Sudah Mariiii!!


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mendedahkan satu perkembangan pelik yang berlaku di Kajang pagi ini.

Menurut satu kenyataan rasmi Pengasas SAMM, CheguBard, pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.

SAMM mempersoalkan apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.

Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal, tanya chegubard.

SAMM juga tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.

Berikut ialah kenyataan penuh chegubard:

Kenyataan Media
19 Februari 2014

Perkembangan Pelik di Kajang, SPR Harus Minimakan Ruang Manipulasi

Satu perkembangan yang pelik telah berlaku di sekitar Kajang apabila pasukan pemantauan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengesan beberapa bas persiaran menurunkan warga asing di hadapan KTM Kajang pagi ini.

Apakah ianya satu kebetulan apabila ribuan warga asing dipercayai warga Myanmar hadir ke Kajang dengan beg besar seolah-olah baru masuk ke negara melalui KLIA.

Dalam perkembangan yang sama, adakah kehadiran warga asing ini turut berkaitan dengan kelewatan melampau tarikh pilihanraya kecil yang jatuh pada akhir Mac dengan alasan yang tidak masuk akal?

SAMM tidak menolak kemungkinan kelewatan tarikh PRK ada kaitan, demi persiapan lebih rapi untuk penipuan pilihanraya kecil N25. Usaha SPR untuk menggunakan senarai pemilih yang baru (Mac 2014) juga agak meragukan.

SAMM turut menggesa supaya SPR meminimakan ruang-ruang manipulasi antaranya dalam soal jumlah pengundi awal yang begitu ramai.

Menjadi persoalan, mengapa SPR menggunakan petugas dari pengundi DUN Kajang? Mengapa tidak SPR memanggil petugas dari sekitar Bangi, Semenyih dan Cheras untuk menjadi petugas pilihanraya?

Jika SPR memanggil pengundi Kajang sebagai petugas maka ia membuka ruang manipulasi dengan peningkatan besar jumlah pengundi awal. Ini sepatutnya boleh dielakkan.

Sebagai sebuah badan yang tercalar teruk menafikan demokrasi dalam PRU lalu, SPR harusnya terarah untuk menjadi lebih bersih bagi mengembalikan keyakinan orang ramai. Namun pemerhatian SAMM setakat ini, SPR tetap tidak berubah dan tidak punya usaha yang nyata untuk perbaiki kelemahan. SPR terus diperkudakan pemerintah.

Sebelum ini SAMM telah mendesak pihak SPR memperinci anggaran perbelanjaan RM1.6 juta untuk PRK Kajang yang disifatkan agak tinggi. Ia ekoran operasi SPR yang kerap menggunakan orang tengah dalam pelbagai urusan secara tidak langsung berlaku ketirisan dan pembaziran.

Akhir sekali, SAMM menyeru kepada orang ramai dan semua aktivis demokrasi agar turun ke Kajang untuk memastikan pilihanraya kecil kali ini berlangsung dengan bersih dan adil. Harus diingat, Inilah 'turning point' bagi pihak Barisan Nasional maka tidak mustahil penipuan terbesar dalam sejarah bakal berlaku di Kajang.

Sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sorry tu said kalau sudah kedapatan ada rakyat Myanmmar mengundi datang mengundi. Then No choice rakyat terpaksa demo on the stop hari itu juga untuk hentikan Pilihan Raya yang for sure tidak adil.Biar Seluruh dunia tahu yang Malaysia diperintah oleh seorang penipu.

Tanpa Nama berkata...

PR tidak pernah belajar dari kesilapan lepas. Inilah masalahnya, kerana itu memberi peluang BN yang sarat dgn jentera gerak gempur segera memperkemas strategi。Soalan saya;Keghairahan apakah mewar-warkan terlebih awal DS Anwar akan bertanding?Gertakan atau kebodohan?

5sal berkata...

Assalam!betul kata anon 945 tu pr tak pernah belajar dari kesilapan yang lepas sepatutnya kena langkah2 yang sepatutnya jangan tunggu hari mengundi baru nak bertindak.Kepada semua pemimpin2 pr,cubalah dengar pandangan dan pendapat dari akar umbi sama jangan duduk dikerusi empuk hanya keluar arahan saja tapi tak ada tindakkan.

Tanpa Nama berkata...

Org kits pun bnyk Dan kawin ngan bangla psal are rupa shrukhan he he. Hidup Melayu

Tanpa Nama berkata...

Belum lagi xampur yg naik tren drp kedua2 arah sampai ada hg tertangkap tak beli tiket..sekitar 7 30 pg td jumlah semakin ramai maxam ada pesta dan seperti di depan stadium.soalnya kenapa di Kajang jika nak buat permit..dan di hdapan ktm pula..tak maauk akal..Saya melihat dihadapan mata sendiri..

Unknown berkata...

jika ragu2 akan kedatangan rakyat myanmar secara tiba2 samm harus bertindak awal dgn apa cara sekali pun bagi menjamin mereka ini bukanlah pengundi dikajang nnti.Belajarlah dari kesilapan yang lalu.dah hujan baru nak sediakan payung.Ayuh bertindak cepat bg membanteraskan penipuan jika betul BN berbuat demikian..

anakjatijohor berkata...

Assalamualaikum

saya cadangkan amik gambar pendatang asing semua tu dgn jelas. ramai pakai dan jurufoto terbaik dalam PR kan. Buat semakan bila mereka dtg msia. bila mrk dpt kerakyatan. bila mrk jd pengundi sah.

andah berkata...

Cakap memang senang. ambik tindakan segera. bilateral disergah dike belatuk kepala merah(FRUi semua Lari lintang pukang

Tanpa Nama berkata...

Sebagaimana yg dilakukan semasa PRU 13 dahulu.Tutup semua ruang yang membolehkan pendatang asing masuk mengundi.

cun99 berkata...

Kebimbangan tetap ada namun aku tak suka dengan cara laporan diketengahkan. Laporan tak mendalam, sekadar membakar perasaan. Kenapa SAMM tak selidik; soal mereka ke, soal pemandu bas ke, atau ikut akan pergerakan mereka atau pemandu bas, untuk mendapatkan maklumat yang tepat.

Tanpa Nama berkata...

Bercambah rakyat Myanmar kat Malaysia n, lg ramai dr indon and bangala..time operasi, yg kn byk indon ngan bangala, kita jalan2 pun byk jumpa org Myanmar dr org negara len.. Langkawi lg teruk, beribu pengundi sah dr zaman sanusi junid lg