20 Feb 2014

Pengerusi PIBG Buat Kenyataan Palsu Mengenai Edaran Bible Di PP


Laporan guru tangkap pengedar Bible Melayu adalah palsu, kata exco agama

Di kala keributan pelbagai isu panas antara agama yang berlaku di Pulau Pinang, laporan sebuah akhbar bahawa seorang guru menangkap tiga lelaki kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak Melayu di negeri itu dipercayai hanya laporan palsu yang tidak berlaku sebenarnya.

Exco kerajaan negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Kassim, berkata laporan itu bukan sahaja mengelirukan malah menimbulkan persoalan kerana difahamkan tiada laporan polis dibuat oleh pihak terbabit.

Pihak polis juga tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak berhubung pengedaran Bible Melayu kepada pelajar Islam ini.

Laporan ini adalah rentetan provokasi melampau dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini di Pulau Pinang.

Provokasi kain rentang, serangan bom api di gereja, di balai polis, kononnya pengedaran bible Melayu, kononnya ancaman ke atas masjid dan terkini penodaan masjid Cherok Tok Kun dengan daging dipercayai khinzir adalah serangan provokasi bentuk baru.

"Semuanya bermotif jahat," kata Malik dalam kenyataan medianya hari ini.

Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah, berkata polis tidak menerima penyerahan tangkapan suspek oleh mana-mana pihak berhubung dengan pengedaran Bible Melayu kepada pelajar Islam.

Malah, katanya, pihak berkenaan enggan memberikan kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam (JHEAIPP) yang turun padang menyiasat insiden itu.

"Ini menimbulkan keraguan tentang kesahihah insiden itu seperti dilaporkan akhbar berkenaan 16 Februari lalu," katanya.

Exco Agama Pulau Pinang berkata Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad, yang bertanggungjawab atas kenyataan media itu difahamkan mempunyai kecenderungan fahaman politik yang berbeza dengan kerajaan negeri.

"Siasatan pihak saya pula mendapati wartawan berkenaan mula menghidu kisah itu melalui laman Facebook Nor Amin, lalu menghubungi beliau.

"Nor Amin mengakui kepada wartawan berkenaan beliau hanya mendengar kisah itu daripada seorang ‘guru misteri,’ yang kini sedang dijejaki polis," kata Malik.

Tinjauannya mendapati Nor Amin memadamkan kisah itu daripada akaun Facebooknya.


"Saya menyeru pihak berkenaan bekerjasama dengan tampil mengemukakan bukti dan laporan, agar pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan terperinci," katanya.

Malik berkata, golongan pelampau sama ada pelampau kaum, lebih-lebih lagi pelampau agama tidak ada tempat dalam masyarakat.

Katanya, ia perlu dibanteras sebelum benihnya tumbuh dan menjalar seluruh negara.

Beliau berkata, pada masa kini golongan pelampau dan perosak dilihat cuba menganggu gugat keharmonian rakyat dengan provokasi fitnah berbaur perkauman dan agama.

Sebelum PRU13, Pulau Pinang dijadikan sasaran peserta demonstrasi pro Umno/BN yang hampir saban minggu cuba menyalakan api perkauman dan agama.

Namun, ia ditolak melalui undi popular rakyat sebanyak 68% yang memberi mandat kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Kini strategi itu seolah-olah diubah dengan pendekatan yang berbeza namun matlamatnya yang sama.

"Kita yakin golongan perosak dan pelampau itu akan meneruskan agenda mereka lebih-lebih lagi ia seolah-olah direstui pihak tertentu,"
kata Malik dalam kenyataannya.

Malik berkata, dakwaan bahawa kerajaan PR Pulau Pinang sedang merancang untuk mengharamkan khutbah Jumaat juga berkaitan dengan usaha menimbulkan keresahan antara agama dan kaum di negara ini.

"Ia fitnah yang begitu meloyakan kerana khutbah Jumaat adalah sebahagian rukun sah solat Jumaat. Mengharamkan khutbah Jumaat seumpama mengharamkan solat Jumaat dan menutup masjid. Hanya mereka tidak waras akan mengeluarkan tohmahan sebegitu,"
kata Malik.

Sebelum PRU lalu, pihak pelampau menghebohkan kononnya Pulau Pinang mengharamkan laungan azan.

Fitnah itu termakan oleh sebahagian rakyat luar Pulau Pinang.

"Semua fitnah yang menjengkelkan itu langsung tidak berasas dan bermotif jahat,"
kata Khalid.

Malik berkata, kerajaan negeri sentiasa yakin bahawa saling menghormati, keharmonian dan keamanan dalam masyarakat yang pelbagai adalah asas untuk membina sebuah 'Pulau Pinang Baru.'

Ia boleh dicapai apabila kita meraikan keunikan dan perbezaan sesama kita, bukannya melalui provokasi oleh pelampau kaum dan agama.

Katanya, rakyat juga perlu tolak provokasi melampau oleh golongan pelampau. -TMI

Tiga lelaki cuba edar Bible kepada pelajar


GEORGETOWN - Seorang guru menangkap tiga lelaki yang cuba mengedar beberapa Bible berbahasa Melayu kepada pelajar di sebuah sekolah di sini.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Haji Zainal Abidin, Nor Amin Ahmad berkata, kejadian berkenaan berlaku di sekolah berkenaan yang jaraknya tidak jauh dari sekolah itu.

Pihaknya kesal kerana Bible dalam bahasa Melayu itu juga tertulis perkataan ALLAH yang dibimbangi boleh mengelirukan pelajar sekolah.

“Tajuk kitab itu ialah Kenalilah Al Kitab dan di bahagian bawahnya mereka cuba menarik pembaca dengan menulis ‘Sebuah panorama Firman ALLAH dalam 366 bacaan dan renungan harian'.

“Kenapa kitab sedemikian cuba diedarkan kepada pelajar? Lebih mengelirukan kerana ia dalam bahasa Melayu. Jadi memang (jelas) matlamatnya untuk memesongkan akidah pelajar Melayu Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Nor Amin menggesa pihak sekolah memantau lebih ketat, khasnya pengawal keselamatan yang ditugaskan menjaga keselamatan sekolah.
-SH


5 ulasan:

Awanama berkata...

Krjn negeri patutnya saman je mamat tu SH krn keluarkn artikel yg brbntuk fitnah. Isu yg sensitif mcm ni sepatutny wartawan tu dptkn dulu pengesahan tlebih dahulu drpd pihak polis sblm dijadikn berita.

Awanama berkata...

aku sokong, saman aje penyebar fitnah tu, biar padan dgn mukanya.

Awanama berkata...

Bertindaklah dgn segera dan tegas terhadap pihak atau individu yg menyuburkan budaya fitnah ini. Fitnah yg dibiarkan begitu sahaja amat merbahaya dlm kehidupan sama ada dlm keluarga, masyarakat mahupun negara. Disebabkan fitnah juga, Nabi Adam as diusir keluar dari syurga. Membuat fitnah adalah amalan syaitan!

Anti Fitnah berkata...

Tindakan patut dikenakan ke atas Pengerusi PIBG. Bodoh tak boleh diajar. Kalau dengan alasan dia dapat maklumat dari "guru" dan tanpa siasatan sama ada maklumat tu benar atau palsu, terus dihebohkan, jadi kelakuan dan integritinya patut dipersoalkan. Layakkah dia menjadi pengerusi PIBG?
"Guru" yang dimaksudkannya wujud atau tidak? atau rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang masih hidup maupuh yang dah mati kecuali dirinya sendiri. Inilah bahana puak UMNO munafikun. Menyuburkan fitnah adalah kerja depa yang haramjadah. Depa memang suka makan daging saudara sendiri dan juga daging busuk. Kadang-kadang terfikir juga waktu pergi ke kenduri puak UMNO dan juga POLIS, halalkah makanan yang disediakan? Nasib baik aku ni jenis yang suka bersangka baik atas hubungan sesama muslim. Yang halal/haram, hanya Allah swt yang lebih mengetahui. Tawakal saja.

Awanama berkata...

Ni citer benar.
Kawan aku ada kedai photostat.
Satu hari aku ke kedainya.

Ada seorg perempuan Melayu amik photostat, kata kawan aku dia selalu datang utk photostat kitab taurat (perempuan tu beritau).

Aku kata mengarut aje. Tapi aku tak sempat tengok isi kandungannya. So tak berani nak komen lebih2.

Aku perasan kat luar ada 2 pemuda bukan Melayu. Hati kecik aku syak mereka yg hantar perempuan melayu tu untuk photostat. Tapi aku syak aje, ntah betol ntah tak.

Tapi kawan aku risau ttg bayaran photostat tu halal ke tak.
Aku jawab, kalau takut subahat, tolak le, cakap le terus terang. Lain kali ko photostat lebih & beri kat pejabat agama & ambil butiran perempuan Melayu tu.

Sekarang aku lama tak ke kedai kawan aku tu, jadi aku tak tau samada perempuan tu datang lagi untuk photostat.

tkasih kerana baca post aku ni.