27 Jan 2014

[EDISI CUAI] Padah Tinggal Anak Dalam Kereta

Rembau – Tindakan seorang pemandu meninggalkan dua anaknya dalam kereta mengundang padah, apabila kenderaan itu bergerak dan merempuh sebuah kereta serta pemiliknya, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10.50 pagi itu di pekan Kota, dekat sini, dua kanak-kanak berusia lingkungan 2 hingga 4 tahun dikatakan ditinggalkan bapanya dalam kereta di sebuahpetak tempat meletak kereta dengan enjin kereta masih dihidupkan, dan salah seorang kanak-kanak terbabit sedang leka bermain di stereng.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba kereta itu bergerak ke hadapan sebelum merempuh sisi belakang sebuah kereta jenis sama milik seorang peniaga kuih di gerai berdekatan.

Rempuhan turut mengenai peniaga terbabit, Salimah Arshad, 63, yang ketika itu selesai berniaga dan sedang mengemas gerainya.

Akibat rempuhan itu, Salimah yang cedera dikejarkan ke Klinik 1Malaysia, di sini, sebelum dihantar ke Hospital Tampin untuk rawatanlanjut.

Menantu Salimah, Norliza Omar, 41, berkata, ketika kejadian, dia berada di gerai kuih dan terkejut mendengar bunyi hentaman kuat.

Menurutnya, dia segera memandang kereta yang merempuh itu dan melihat dua kanak-kanak berkenaan sedang memegang stereng. Norliza berkata, ketika kejadian, kereta ibu mertuanya diletakkan secara melintang untuk memasukkan khemah gerai ke dalam kereta.

"Ketika itu, ibu mertua saya baru saja mahu masuk ke tempat duduk pemandu.

Bayangkan, ibu mertua saya tercampak ke pagar. Mujur tak tercucuk pada pagar dawai.

Keretanya juga sudah kemek sedikit akibat rempuhan itu," katanya yang kesal dengan kecuaian pemandu kereta berkenaan meninggalkan anaknya sesuka hati dalam kereta tanpa pengawasan.

Sementara itu, seorang peniaga kedai runcit, Ziyauudeen Mansoor Sahib, 34, berkata, sebaik saja melihat mangsa sudah tercampak, mereka bergegas membantu menyelamatkannya.

"Saya membantu mengangkat mangsa. Mujur ada kakitangan Telekom Malaysia (TM) yang membantu membawa masuk mangsa ke dalam van syarikat untuk di hantar ke klinik," katanya.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, berdasarkan laporan dibuat, pemandu berusia 30-an itu mendakwa kejadian berlaku disebabkan dia tidak menekan brek tangan dengan sempurna.

"Bagaimanapun, polis akan buat siasatan menyeluruh berhubung kejadian ini," katanya. -SH

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Melayu lagi..... Dari buang anak hingga biar anak tinggal dalam kereta sendirian, ada sampai anak mati pun.

Ini menunjukkan umat melayu agak bangsa tak bertanggungjawab bagai KANGKONG di LONGKANG.

Tanpa Nama berkata...

hahaha oh! my malaysia.

tak serik serik!! suka sangat tinggalkan anak dlm kereta!

dah ada kes kereta dan anak dilarikan penyamun dan mcm2 kes lain tapi ada lagi yg masih suka tinggalkan anak dlm kereta.

bad parenting.

Kak Uda ila berkata...

Baiklahh!!!!! Segelintir Rakyat Malaysia memang takkan dan tak pernah ambil iktibar kepada perkara-perkara yang sering berlaku di Tanahairnya sendiri. ini baru kes begini, tak yah pening kepalalah kenapa susah sangat nak bertukar kerajaan kalau tengok benda simple camni pun still berlaku.

Tanpa Nama berkata...

Salam, janganlah salahkan orang Melayu, perkara ni banyak dilakukan oleh bangsa lain, tapi tak pulak dikaitkan dengan bangsa. Yang kita salahkan ialah sikap mereka yang tak bertanggungjawab. Kebetulan di Malaysia penduduk Malaysia ialah umat teramai yang menjadi majoriti. Tapi kita bawa sikap politik sampai menghentam bangsa sendiri. Buruk baik, orang Melayu sebangsa dan seagama. Baikilah secara berhemah.