Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan membuat laporan polis secara serentak di seluruh negara hari ini untuk terus mendesak supaya semua aktiviti yang melibatkan Pejabat Peguam Negara dibekukan.
Ini berikutan dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan terdapat dua agen perisik agensi CIA yang bekerja di pejabat itu.
SAMM turut mengatakan yang negara mungkin telah dipengaruhi oleh agenda jahat Amerika Syarikat secara terus.
“Berdasarkan tuduhan Tun Mahathir yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim (bekas pegawai kanan Polis), negara mungkin telah dipengaruhi oleh agenda jahat Amerika Syarikat secara terus melalui Pejabat Peguam Negara,”
“SAMM juga tidak menolak kemungkinan antara kecelaruan dan musibah yang berlaku termasuk melibatkan pemalsuan bukti dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan aktiviti pengintipan ini juga mampu menyebabkan kekalahan Pulau Batu Puteh di Mahkamah Antarabangsa.
Pulau Batu Puteh juga tidak wajar terlepas namun apakah mungkin ianya diatur demi kedudukan strategik Singapura yang menjadi sekutu rapat Amerika Syarikat,” kata Pengarah Propaganda SAMM Edy Noor Reduan melalui satu siaran media.
Selain itu, SAMM turut mendesak supaya Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail diberkas untuk disoal-siasat dan Mahathir sendiri tampil memberi penjelasan.
“Laporan polis akan mula dibuat oleh SAMM di Pulau Pinang jam 11.00 pagi di Balai Polis Bayan Baru, diikuti oleh SAMM dari negeri lain termasuk dari Sabah dan Sarawak.
“SAMM juga menyeru orang ramai dan aktivis sekutu turut membuat laporan polis di atas kecelaruan yang dibiarkan ini,” tambahnya lagi.
Ujarnya lagi, akan menyeru semua aktivis, pengamal kepartian dan orang ramai untuk berkumpul beramai-ramai di hadapan Ibu Pejabat Daerah Dang Wangi untuk memberi tekanan yang lebih serius pada 24 November ini jika tiada sebarang tindakan diambil oleh pihak polis. -FMT
Ejen Amerika di Pejabat Peguam Negara: Anwar gesa “rehatkan” Gani
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menuntut agar Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail "direhatkan" ekoran dakwaan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad terdapat dua orang ejen agensi perisikan Amerika Syarikat di Pejabat Peguam Negara.
Anwar, yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mengambil tindakan segera memandangkan terdapat banyak dakwaan negatif terhadap Abdul Gani.
"Dakwaan oleh Dr Mahathir bahawa Pejabat Peguam Negara mempunyai dua ejen Amerika adalah mengejutkan dan memerlukan tindakan serta merta daripada perdana menteri dan juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi," kata Anwar dalam kenyataan di Kuala Lumpur lewat malam tadi.
Sebelum ini media melaporkan, Dr Mahathir bukan sahaja mendapatkan pandangan balas daripada bekas pegawai kanan polis Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bahkan menteri juga dibawa berbincang mengenainya.
Menurut sumber, Ahmad Zahid dikatakan turut dibawa berbincang oleh Dr Mahathir mengenai tingkah laku Abdul Gani.
"Gani juga perlu memberi penjelasan terhadap semua dakwaan ini termasuk yang mengaitkan beliau dengan kegiatan haram dan aktiviti konspirasi yang turut didakwa melibatkan pejabatnya," kata Anwar.
Mat Zain dibawa bertemu Dr Mahathir oleh Muhammad Shafee pada 10 Ogos lalu, tiga hari selepas hari raya Aidilfitri.
Mereka bertemu Dr Mahathir di rumahnya dengan disertai bekas setiausaha politiknya, Matthias Chang.
Dalam perbincangan di meja makan sempena hari raya itu, mereka berbincang mengenai salah laku Abdul Gani yang bermula daripada kes ‘mata lebam’ Anwar lagi.
Turut dibincangkan adalah kekalahan Malaysia kepada Singapura dalam kes Pulau Batu Putih di Mahkamah Antarabangsa.
Abdul Gani mewakili Malaysia dalam kes itu.
Ekoran pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain pada 7 Oktober membuat satu akuan bersumpah yang antara kandungannya adalah dakwaan salah laku Abdul Gani dalam kes 'mata lebam' Anwar.
Akuan bersumpah itu kemudiannya dihantar kepada Najib.
Ia turut dihantar kepada Peguamcara Negara, Datuk Idrus Harun; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sebelum ini Pengerusi DAP Karpal Singh menggesa polis menyiasat Abdul Gani tanpa menunggu laporan polis dibuat.
Karpal berkata, pada masa lalu polis pernah mengambil inisiatif sendiri dengan memulakan siasatan selepas membaca laporan akhbar.
Menurut Karpal, polis mesti merekodkan kenyataan orang penting termasuk Abdul Gani, Dr Mahathir dan Ahmad Zahid bagi memahami kes ini.
“Saya harap tiada apa yang diselindungkan,” katanya.
Abdul Gani, 58, menyertai pejabat Peguam Negara pada 1980 dan dilantik sebagai Peguam Negara pada 2002.
Beliau pernah menerima kritikan hebat daripada pembangkang dan badan bukan kerajaan berhubung kegagalan kerajaan dalam kes di bawah seliaannya termasuk kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dan kes penipuan membabitkan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik. -TMI
ULASAN GB
GB sudah lama meminta agar Gani Patail ini ditangkap dan disiasat dengan segera di dalam posting GB bertarikh 5 Mei 2011 lagi. Baca: Tangkap Dan Siasat Gani Patail Segera
9 ulasan:
UMAT MELAYU MANA PEDULI PASAL AGEN CIA TETAPI UMAT ISLAM SANGAT SENSITIF DENGAN PERKATAAN CIA. CIA BANYAK TERLIBAT DALAM USAHA MENJATUHKAN BEBERAPA KERAJAAN ISLAM TERMASUK JUGA DI MESIR. KAU FIKIRKAN UMAT ISLAM DI M'SIA AKN LEPAS TANGAN SHJ TERHADAP U MR. GANI SETELAH U BERKERJASAMA DGN MUSUH ALLAH S.W.T.?
INGAT UMAT ISLAM BUKANNYA BODOH SEPERTI UMAT MELAYU DAN PERKATAAN CIA ADALAH SANGAT SENSITIF KPD KAMI.
INI LAH CERTA NAK TUTUP KES ALTANTUYA,JUAL IC,RASUAH KAPAL TERBANG DAN KAPAL SELAM,DUIT RAKYAT HILANG 50 BILION,CINCIN ROSMAH,MUSA HASAN,JUAL TANAH DI JOHORE,INI TEKTIK LAMA.PAKAI LE TAKTIK BARU.MACAM POLIS LE BUNUH 3 ORANG SORANG LEPAS.YANG LEPAS TU INFORMER.INI SEMUA ORANG DAH TAHU.ITU SEBAB MALAYSIA KALH DALAM BOLASEPAK KATA NAMAT ABDULLAH.DAH DAPAT BACA CARA GAME YANG NAK DIMAIN.
APALAH PUNYA BODOH PI BUAT LAPORAN POLIS KALAU POLIS SENDIRI TAK FAHAM DENGAN DRAMA GANI NI ... BUANG MASA JE.. NAJIB KALAU BACA LAPORAN POLIS TU KETAWA TERGOLEK .. BODOH NYA RAKYAT.
Nak tengok apa PDRM boleh buat? Nak tengok kualiti siasatan yg akan dilakukan.Nak tengok keberanian, kejujuran, keikhlasan dan profesionalisma PDRM.
siapa sbnrnya sumber mahathir..? begitu hebat kerana melangkaui sumber perisikan malaysia..adakah mahathir cuba melakukan sesuatu yg pernah dilakukan atau agenda menyerang najib diatas kekalahan mukris...
dia bukannya kira
Ramai yang tak tahu TUN MAHATHIR hanya nak melepaskan dirinya sahaja...kerana peristiwa Hubungan dengan Yahudi berlaku di zamannya
Tun Mahathir yang dulu pejuang UMNO pun nak pedajal kerajaan sekarang...maklumlah mungkin sebab anaknya mukhriz tak menang. haih.....kita tengok saja permainan ni berakhir sampai mana nanti
kalau tak lapor polis nak buat apa..takkan nak diamkan je..? mahathir haruslah bertanggung jawap kenyataannya..siapa agen cia tu sebenarnya..? kalau polis tak siasat maknanya lepas ni malaysia jadi pekan koboilah..
Catat Ulasan