16 Nov 2013

Calon BN Sendiri Dedahkan FAMA Disalahguna Beri Berlori Anak Ayam Semasa Kempen


Undi saya dapat, tak sebanyak anak ayam - Sohaimi

KUALA LUMPUR: Calon BN Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang tewas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau lalu mendakwa keputusan pilihan raya itu menggambarkan betapa sukar memenangi hati rakyat walaupun pelbagai pemberian oleh BN sepanjang berkempen.

Beliau yang tampil berkongsi pengalaman berkempen pada pilihan raya itu bersama Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (Umcedel) semalam berkata, pengundi sebenarnya tidak mudah terpengaruh dengan pemberian itu kerana mereka sudah mempunyai calon pilihan sendiri.

“Memang diakui kerajaan menggunakan jenteranya seperti Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) dengan memberikan bantuan.

"Adakah kita boleh pastikan dengan bantuan seumpama itu boleh meraih undi? Jawapannya belum tentu.

“Saya lihat satu kawasan itu Fama memberikan pokok pelam dan berlori anak ayam. Saya pasti jumlah undi yang diterima dengan bilangan anak ayam yang diberi tidak sama. Ia seperti memberi bola tanggung dalam bola sepak,” katanya dipetik TMI.

Ahmad Sohaimi turut mengakui peningkatan undi Cina kepada BN tidak berlaku kerana menurutnya jika 1,000 pengundi Cina mengundinya semasa PRK lepas maka beliau mampu memenangi pilihan raya itu.

Katanya, dalam tiga acara pertemuan bersama masyarikat Cina di Sungai Limau, terdapat majlis dihadiri seramai 400 orang tetapi pengundi sebenar di kawasan tersebut hanya kira-kira 100 pengundi Cina sahaja.

“Saya dan pemimpin MCA pada malam itu menyampaikan ceramah kepada bukan pengundi. Hadirin yang datang memberikan tepukan gemuruh sehingga ada yang berkata berdasarkan sokongan, BN mampu memenangi pilihan raya itu.

“Itulah yang dikatakan kerana tepuk kampung tergadai. Pengundi di sana beranggapan jika BN kalah sekalipun tidak memberi apa-apa makna kerana Kedah masih bersama BN," katanya. -HD

16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

calun hipokrit wajar disingkirkan

uncle... berkata...

salam tuan,pasal anak ayam tu ya memang betul berlaku di kampung saya, lebih menyedihkan lagi apabila 2/3 atau beribu2 anak ayam mati sebab lambat diagihkan kena dengar ceramah umno dulu

Tanpa Nama berkata...

Bagus sgt la tu.ajar org kita biasa n x terasa apa2 dgn rasuah
Bagussssss sgt.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana nak hapuskan rasuah. Asas pemilihan pemimpin negara pun berlandaskan rasuah.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Knapa dan mngapa pngundi tdk trgoda dgn pmbrian dr bn?
Sbbnya rkyt sdh jemu dgn kempen teknik ini.
Rkyt mahu sistem yg telus dan jujur dlm mraih undi bukan cara rasuah.
Rkyt mahu khidupan jangka pnjng yg lebih baik dan mnjamin khidupan yg kian hari mnghimpit khidupan mreka sprti knaikkan kprluan brngan asas yg utama..

Unknown berkata...

Tapi yg tak bestnya bila rakyat dah tak nak terima rasuah pun, bn tetap boleh menang pru14 akan datang sebab derang ada kuasa magik, misti menang punya tu

Tanpa Nama berkata...

Betul. Samalah cara yg digunakan sebelum BR1M diagih kpd rakyat. Paksa dengar ceramah dulu. Ramai yg tak peduli dgn ceramah tu pun. Masing2 senyum sesama sendiri je.

Tanpa Nama berkata...

pemberian ribuan anak ayam tu.. Rasuah orang atasan.. Yang bawah rasuah seekor ayam dah kena masuk jel. Sampai kiamat rasuah tidak boleh di hapus... di malaysia.

Tanpa Nama berkata...

mana nak menang.... tak pernah2 bagi anak ayam tetiba time ada pilihanraya baru nak bagi...

Tanpa Nama berkata...

'orang' hulur, jgn tolak.
suruh undi, kita lari :)

Tanpa Nama berkata...

Sprm kata tu bukan rasuah

Aliff Tan berkata...

Kalau taknak anak ayam tu.... kamu aje laa jadi "bapak ayam" atau "ibu ayam" ker... senang gitu... lembu dah ader, ayam pun dah ader apa lagi yang kurang ..... kena tanya kat ManTeRie aper tuuu... tak ingat saya dah saya...

Tanpa Nama berkata...

Anon 16/11 3:06am, gua manyak setujuu o dgn u, rejeki jangan tolak maa, tapi kita kena bijak oo, 56 tahun merdeka takkan tahap itu saja pemikiran kita, tak berkembang maa

BaDiN berkata...

nama je Profesor tapi tak sedar diri telah diperbodohkan,diperkudakan oleh Umno.Gunalah akal mu pada tempat yang sebenar kearah menegakkan kebenaran ,kedaulatan Islam dan keadilan,Jauhkan diri mu dari Umno yg didalamnya hanya dipenuhi org org bodoh lagi tolol(kata Chet Det).

Tanpa Nama berkata...

sudahlah kamu yg kalah...kalau mng senyap je..inilah peperangan kem madey kutty dan najib..pru 14 pr perintah pula..siapa agen cia ? soalan maut untuk kaki temberang dan pembelit no satu negara iaitu bekas pm madey kutty

Tanpa Nama berkata...

Berapa byk duit pembayar cukai rakyat Malaysia di seleweng...jika ini SPRM kata bukan rasuah..jika ini ulamak pro kerajaan kata bukan rasuah...habis apa ity rasuah...kepada ulama yg pro kerajaan ingatlah neraka itu terbuka luas sebagaimana terbuka luasnya syurga bagi orang yg beriman dan orang benar...