17 Nov 2013

Azeez Rahim Kena Hempap Besi Khemah Di FIlipina


Presiden KP1M cedera dihempap besi khemah

Abdul Azeez Abdul Azeez (tengah) dipapah setelah mengalami kecederaan di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez di Tacloban hari ini. - Foto Bernama

FILIPINA - Presiden Kelab Putera 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim cedera di kepala selepas besi yang digunakan untuk mendirikan khemah, tumbang ditiup angin kencang dan menghempap kepalanya di kawasan operasi sukarelawan KP1M di Lapangan Terbang Daniel Z Romualdez, Tacloban, di sini hari ini.

Kejadian kira-kira 1.45 petang waktu tempatan itu berlaku ketika beliau sedang mengadakan perbincangan bersama anggota sukarelawan setelah selesai melakukan lawatan dan menyerahkan bantuan di kawasan berdekatan.

Selepas kejadian itu, beliau terus dibawa ke klinik lapangan yang diselenggara Kor Perubatan Angkatan Tentera Malaysia, di sini, dan menerima empat jahitan dan suntikan anti tetanus.

Keadaan beliau bagaimanapun dilaporkan stabil. - Bernama

ULASAN GB

Jika dulu, Azeez didakwa berbohong dan berlakon masuk hospital kerana mendakwa dirinya dipukul oleh penyokong PAS di PRK Bagan Pinang, kali ini betul-betul "kena pukul" dengan besi khemah sehingga betul-betul berdarah dan betul-betul kena bawa ke klinik dan kena empat jahitan.

Berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.

Apa-apa pun semuga lekas sembuh dan diucpakan Inalillahiwainna ilahi rajiun.



p/s Lafaz Tarji (Innalillah..) ini pun ada kesnya. Semasa GB melaporkan musibah menimpa Sdra Azeez dulu, maka GB tulislah Inalillah... maka ketika itu bangunlah beberapa orang pro-UMNO marah kat GB menyatakan GB mendoakan Sdra Azeez supaya mati. Maka GB menjawab inilah padahnya bila orang UMNO tak baca Al-Quran. Di dalam Surah Al-Baqarah:156 dah jelas

الذين اذا اصابتهم مصيبة قالوا انا لله وانا اليه راجعون

"(Yaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu musibah, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

Susah betul bila nak berdebat/bercakap dengan golongan UMNO ni... botingkek-botingkek bodohnya akibat tak baca AL-Quran. Itu pun kita kena sebut Innalillah jugak..kena kebodohan itu adalah satu musibah yang menimpa bangsa Melayu kerana tinggalkan Al-Quran.

16 ulasan:

Moon 90 berkata...

Sedapnya GB menibai depa, he he he tapi tibai yang betoi untuk kesedaran, okay la tu.
Aku teringin nak tegok foto dia ni solat di kawasan tragedi.......sapa ada tolong siar !

Tanpa Nama berkata...

Kat dia ,aku xrasa kesian tapi nak tergelak adalah. ha..ha..ha...
Ingatkan dia kena timpa masa dok dlm khemah dikala org lain dok buat keje. apepun moga cepat sembuh!

Tanpa Nama berkata...

Slm GB
Org amno buta Quran kita da tak heran ......ada juga org sokong hardcore kemelayuan amno ni org jenis gi masjid, hadir kuliah n kengkadang jd imam lagi.......guane?

Tanpa Nama berkata...

melayu umno dan jahil murakap memang tidak dapat dipisahkan..kalau bercakap pasai bidaah, syiah, imam mahadi, tahlil memang hebat...tapi ajak pi masjid baca kitab hancuss...

Tanpa Nama berkata...

dengan Allah jangan main2, macam2 bala dan musibah yg Allah hantar, kali ini bukan cubaan...memang betul2...bukan cubaan....ingat lah , Syabass..GB memang kebenaran tetap terserlah...kebathilan sedang hanyut di bawa arus.

Tanpa Nama berkata...

Bertambah hitamlah dahi dia ni. Tapi tak pa itu peringatan kecil Allah kepada hambaNya, semoga terampun dosa-dosa kecil.

Tanpa Nama berkata...

Kebodohan UMNO rasanya bukan tahap ahli je, pemimpin mereka lebih-lebih lagi. Kononnya kenyataan pemimpin besar UMNO di Kedah tentang enakmen berkaitan syiah di DUN satu ketika dahulu adalah disebabkan tahap kebodohan dan kejahilan pemimpin itu yang melantun-lantun di Kedah yang tidak dapat membezakan antara 'SYIAH' dan 'SYARIAH'. Sebab tu ADUN-ADUN Pakatan Rakyat terpinga-pinga mencari perkataan syiah di dalam pindaan tersebut.

Tanpa Nama berkata...

Kalau mati pun takde hal... kurang sikit tukang auta kat malaysia ni

1 Malaysia berkata...

Kan orang Melayu UMNO tu Islam keturunan, jadi mana mungkin akan faham akan ayat "Inalillahiwainna ilahi rajiun". Musibah yang depa tahu dan kenali hanyalah mati.
Betul kata GB, mungkin Allah swt nak tunjuk.

Tanpa Nama berkata...

kena hempap bosi khemah?? ALHAMDULILLAH :)


boleh?

Tanpa Nama berkata...

kebiasaannya kalau ditimpa tiang khemah ni orang hitam boleh jadi putih pergh!!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sampai kiamat umat melayu UMNO ni tak akn ada masa nak baca dan faham isi kandungan al - quran dan ini juga bala daripada allah s.w.t sebab nikmat kelapangan masa sudah ditarik.

Tanpa Nama berkata...

Aku ingat lg masa kempen pru12 kalau x salah. Dia konon pergi serbu pondok peraih undi pas yang penuh tin dan botol arak. Skrg padan muka dia. Ngape pergi filipina x pakai baju melayu seperti yang disarankan kpd jemaah haji

Tanpa Nama berkata...

hahaha

Tanpa Nama berkata...

Tuhan bagi peringatan aje tu...mudah-mudahan lepas ni dia berubah

Tanpa Nama berkata...

Banyakkan bertaubat, cuba pertimbangkan pembibitan Anda dalam UMNO yang penuh dengan kemungkaran. Akhirat tidak akan tercapai jika berjuang dalam UMno, Orang buta hati saja yang sokong UMNO yang penuh kedurjanan, Parti kuat tipu rakyaat untuk berkuasa. ALLAH yang disembah adalah sebaik baiknya jalan yang perlu diikut..INSHYALLAH.....akhirat tempatnya....wahai sdra Azeez, tinggalkan UMNO sebelum terlambat