2 Okt 2013

Jika Berita Ini Benar... Mr Bean Dilaporkan Peluk Islam


Mr Bean’ masuk Islam?

Berita kononnya tokoh dunia komedi, Rowan Atkinson (gambar) atau lebih dikenali sebagai 'Mr Bean' memeluk Islam 1 Oktober lalu kini tersebar ke seluruh dunia melalui laman web dan media sosial.

Ia dilaporkan pada awalnya oleh sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool.com.

Menurut kedua-duanya media itu, Mr Bean menerangkan bahawa penyebab utama beliau memilih Islam setelah menonton filem Innocent of Muslim, filem yang membuat fitnah dan menghina Nabi Muhammad.

Mr Bean tidak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari sahaja sebagai isyarat dia bersyahadah, lapor laman web Indonesia, Islampos.com.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi pemimpin parti An Nahdah dari Tunisia adalah salah seorang pembimbing Mr Bean.

Mr Bean terkenal dalam siri komedinya di samping beberapa buah filem termasuk Johnny English.

Sehingga kini, media-media arus perdana di United Kingdom masih belum menyiarkan mengenai berita ini walaupun media Arab sudah heboh mengenainya. -TMI


Rowan “Mr Bean” Atkinson Dikabarkan Masuk Islam?


KABAR mengejutkan datang dari dunia komedi. Rowan Atkinson sang komedian yang popular dengan peran kocaknya sebagai ‘Mr Bean’, Selasa (1/10/2013) diberitakan mengikrarkan ke-Islamannya.

Sebagaimana dilansir sadabladi.com dan salah satu media Israel israellycool, Mr Bean menerangkan setelah ‘menonton’ film fitnah tentang nabi Muhammad SAW “Innocent of Muslim” adalah penyebab utama ia menemukan hidayah.

‘Mr Bean’ tak berbicara banyak ketika ditanya media, hanya mengangkat jari saja sebagai isyarat dia bersyahadat.

Menurut beberapa sumber portal media, Sheikh Rashid Ghannousyi, dalah salah seorang pembimbing Mr Bean. Banyak yang memberi selamat kepadanya di sepanjang jalan.

Bakat seniman legendaris ini tidak dimiliki oleh setiap artis komedi, diam adalah ciri khas lawakan dari pelawak yang memulai debut kariernya dari teater.

Dalam penulusuran Islampos.com, media-media mainstream di Inggris belum banyak memberitakannya. Namun sebagian media Arab sudah menurunkan berita Rowan masuk Islam.
-islampos.com



2 ulasan:

fazaira berkata...

mudah2an benar dgn harapan jadilah muslim yg sejati....

Tanpa Nama berkata...

Diberitakan melalui nas, tanda2 hari kiamat matahari terbit dari barat. Ada ulamak menafsirkan cahaya islam terbit dari barat. Sbb itu akhir2 ini dibarat islam tersebar begitu rancak melibatkan peninju, penyanyi pakar2 sains dll.

Sebaliknya di sebelah Timur, yg islam berebut2 nak murtad termasuk nak anut Syiah. Belum lagi yg sanggup bunuh sdr islam seperti di Mesir, Syaria dll.

So bagi ana, tak hairan jika Mr. Bean menganut islam.