21 Okt 2013

1 Kalimah 2 Undang-undang: Al-Kitab Boleh, Herald Tak Boleh!?

KDN Boleh Larang Penggunaan Perkataan Memudaratkan Keselamatan Negara - AG

KUALA LUMPUR: Inti pati daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes "The Herald" ialah Menteri Dalam Negeri mempunyai budi bicara untuk melarang penggunaan perkataan yang boleh memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam, kata Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Dalam kenyataan hari ini, Abdul Gani berkata, selagi budi bicara itu dilaksanakan secara mengikut undang-undang, wajar, rasional dan mengikut kadarnya, maka mahkamah tidak akan campur tangan terhadap budi bicara menteri berkenaan dalam perkara ini.

"Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai supaya menghormati dan mematuhi keputusan Mahkamah Rayuan serta mengelak daripada membuat sebarang kenyataan yang boleh menjurus kepada perbuatan menghina mahkamah," katanya.

Abdul Gani membuat kenyataan itu sebagai respons terhadap penghakiman pada 14 Oktober yang membenarkan Menteri Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 31 Disember 2009.

Mahkamah Tinggi itu meluluskan permohonan Titular Roman Catholic Archbishop of Kuala Lumpur (Titular) bagi mendapatkan semakan semula kehakiman terhadap keputusan Menteri Dalam Negeri pada 7 Januari 2009, yang melarang Titular daripada menggunakan perkataan 'Allah' dalam teks bahasa Melayu majalah The Herald.

Abdul Gani menegaskan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah tersebut.

Menurut beliau, dalam perenggan 30 penghakimannya, Hakim Datuk Abdul Aziz Abdul Rahim membuat keputusan bahawa Al-Kitab dan majalah itu adalah dua penerbitan yang berbeza sama sekali.

"Al-Kitab adalah versi Bible dalam bahasa Melayu bagi kegunaan penganut Kristian di gereja, manakala The Herald merupakan akhbar dalam talian yang boleh diakses oleh pembaca beragama Islam dan bukan Islam," katanya.

"Hakim itu seterusnya menyatakan bahawa oleh itu, kebenaran yang diberi menteri berkenaan bagi percetakan dan penerbitan Al-Kitab, yang mengandungi perkataan 'Allah', tidak boleh diambil kira sama seperti yang merujuk kepada The Herald," kata Abdul Gani.

Beliau berkata, Mahkamah Rayuan dengan sebulat suara memutuskan bahawa perlindungan dari segi perlembagaan yang diberi kepada seseorang dalam mengamalkan agamanya, terhad kepada amalan yang integral dan menjadi bahagian penting bagi sesuatu agama.

"Mahkamah itu memutuskan bahawa penggunaan perkataan 'Allah' dalam versi bahasa Melayu The Herald bagi merujuk kepada 'Tuhan', bukan merupakan bahagian integral atau bahagian penting dalam agama Kristian dan oleh itu, tidak mewajarkannya diberi jaminan di sisi perlembagaan mengikut Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan," jelas beliau. -Bernama

ULASAN GB

Pelik bin ajaib!

Pertama, apakah perkataan ALLAH itu dianggap memudaratkan atau berkemungkinan memudaratkan keselamatan dan ketenteraman awam? Sebut nama ALLAH pun dikira memudharatkan keselamatan dan ketenteraman awam?

Kedua, yang terlebih pelik, pengharaman penggunaan perkataan ALLAH hanya terhad kepada penerbitan teks berbahasa Melayu dalam majalah Herald. Versi majalah tersebut di dalam bahasa lain boleh menggunakan perkataan ALLAH, dan bible Al-Kitab pun boleh. Apa kata para pejuang kalimah ALLAH sekalian? Okaykah macamtu

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betapa tipis dan nipisnya iman orang Islam di Malaysia. Dengan sebab penganut agama lain menggunakan kalimah Allah, boleh memesongkan akidah umat Islam? Perkara sebegini tidak pernah berlaku kepada agama lain atau di negara lain. Macam tak percaya...

Tanpa Nama berkata...

kalau herald petik ayat dalam al kitab kiranya sah dan halal lan toyyiban la kut...
Kalau guna utk buat poster doa haram... Gani ni yang konpius atau semua hakim yang konpius dengan 2 set undang2 macam ni? Amen.

1 Malaysia berkata...

Nama pun Gani 4 tahil. Mana cukup satu kati lagi? Inilah mentaliti rakyat UMNO Malaysia. Satu istilah tapi DUA penggunaan. Awat orang Melayu tak baca biblekah? Betul juga no. Al-Quran pun tak baca, ini nak baca Bible. Ini bermakna orang UMNO tidak akan baca Bible punya ma. Baca Al-Quran pun malas.
Ingat lagi Gani 4 Tahil ni? Dapat jadi AG pun pasal kes DSAI kan. Kalau tak percaya, tanya Che Det.
Cakap berbelit-belit. Dasar munafikun. Depa dok perasan orang Malaysia masih dok dalam hutan dan atas pokok kot. Alif Lam Min pun belum habis baca kot. Hehehehehhe....

gengster melayu alaf baru. berkata...

Knapa perlu mrujuk kpd mntri dlm negeri.mana kuasa majlis islam.jakim atau raja2 atau sultan2 yg d khbarkan tukang jaga agama ssebuah negeri..???

zena arab berkata...

Jabatan Peguam Negara menasihati orang ramai diminta menghormati dan jgn minghina Mahkamah tapi menghina hukum Allah bagaimana? ulama2 UMNO kena tanggung dosa tu.

Tanpa Nama berkata...

Camna pula fatwa Mohd Nooh Gadut memurtadkan org yang melanggar keputusan mahkamah rayuan. Atau sedang mereka fatwa baru tidak murtadkan orang yang membenarkan kalimah Allah diguna di Sabah dan Sarawak.

Ini nacam kalo rakyat Malaysia boleh gila esim.

Tanpa Nama berkata...

Bila Mufti adalah satu jawatan sahaja, mana ada dalam dunia penduduk +-30juta ada 14 Mufti. Mufti macam ketua kerana sahaja tak ada kuasa, JAKIM masalah halal haram belum selesai, Jabatan Agama Negeri asyik taip khutbah pasal jangan membazir minyak, hari jururawat, hari pemandu lori dll hari-hari lagi......
Apa nak herankan sekarang DSMNG hukuman mahkamaha rayuana sama dengan fatwa sapa langgar muratd dan kafir... Tahap apa pemikiran ini?

Tanpa Nama berkata...

Sebab lantik AG yang ada agenda politik ini lah akibatnya, dunia tahu betapa Malaysian masih kuno dalam bab Islam.Soal nya kelakuan menteri dan pegawai kerajaan pun dah malu kan Malaysia.Suruh hudud kata tak practikal, tapi issue lain beriya-iya sangat, itulah munafik. Negara, Allah limpah berlimpah rezeki, tak ramai pendudok tapi rasuah telah menyebabkan beban pada kebanyakkan rakyat.Sebab itu depa takut hudud, sebab mereka yang terlibat takut di dakwa.