7 Sep 2013

Syria Dakwa Perang Dunia III Meletus Jika Amerika Menyerangnya


Panel Senat bersepakat memberi kuasa penuh kepada Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama menggunakan kekerasan terhadap Syria.

Media tempatan melaporkan, keputusan itu diperoleh selepas 18 ahli Jawatankuasa Hubungan Luar Senat mengundi dengan 10 - 7 manakala seorang senator hanya memilih sebagai hadir.

Resolusi membenarkan pentadbiran Obama melancarkan serangan tentera ke atas Syria akan memasuki fasa akhir sebelum kedua-dua dewan Kongres melakukan undian akhir minggu depan.

Menurut resolusi itu, tindakan ketenteraan melibatkan misi tentera darat mesti tidak melebihi 90 hari.

Kali terakhir Kongres melakukan undian adalah semasa pemerintahan bekas Presiden George W Bush ketika keputusan menyerang Iraq pada Oktober 2002.

Sementara itu, kerajaan Syria melaporkan, sekiranya peperangan ini tercetus maka ia disifatkan sebagai Perang Dunia ke tiga.

Timbalan Menteri Luar Faisal Muqdad menegaskan, Syria mengambil langkah agresif untuk melakukan serang balas.

“Tentera kami tidak takut dan tidak akan mengalah, walaupun perang dunia ketiga meletus,” katanya dalam laporan Al Jazeera.

Dalam perkembangan lain, Kementerian Luar Rusia melaporkan, senjata kimia digunakan dalam serangan di pinggir Damsyik bulan lalu adalah dari jenis buatan sendiri.

Menurutnya, senjata itu bukan milik tentera rejim Bashar Al-Assad seperti didakwa.

“Selepas pakar melakukan siasatan, kami dapati senjata itu dari komponen buatan sendiri,” menurut satu kenyataan. -SH


Jika Diserang, Syria Peringatkan Meletusnya Perang Dunia III


Wakil Menteri Luar Negeri Syria, Faisal Muqdad menyatakan rejim Syria akan mengambil tindakan untuk membalas serangan AS ke negaranya. Sekalipun dengan tindakan itu Perang Dunia III bakal meletus, Muqdad tetap konsisten dengan keputusannya.

"Pemerintah Syria tidak akan mengubah keputusannya meskipun ada Perang Dunia III. Tidak ada warga Syria yang mengorbankan kemerdekaan negaranya," kata Muqdad yang disiarkan Al-Arabiya, Khamis (5/9).

Muqdad mengatakan rejimnya akan memobilisasi para sekutunya. Hal itu dilakukan setelah Presiden AS Barack Obama melobi Kongres untuk mendukung campurtangan dan adanya perdebatan di parlimen Perancis berkaitan serangan ke atas Syria.

Obama menyatakan kepada parlimen AS yang menyatakan jika mereka tidak menyerang Syria, AS menempatkan kredibilitinya pada risiko.

Dalam kunjungannya ke Swedia, Obama menegaskan masyarakat antarabangsa tidak boleh berdiam diri melihat serangan senjata kimia pada 21 Ogos di Syria.

AS menuduh serangan itu dilancarkan pasukan pemerintahan Bashar al-Assad. Perancis yang merupakan sekutu AS, memperingatkan tidak adanya tindakan dari AS terhadap Syria akan membahayakan keamanan dan perdamaian serantau.

"Tidak adanya tindakan akan membahayakan perdamaian dan keamanan di seluruh wilayah. Bagaimana kredibiliti komitmen antarabangsa melawan non-proliferasi senjata pemusnah massal termasuk senjata nuklear ini dipertaruhkan," kata Perdana Menteri Perancis, Jean-Marc Ayrault.

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya kurang faham dengan US. Adakah US bertindak atas kerajaan Bashar (Syiah) atau Tentera FSA (Suni) atau kedua duanya sekali? Mohon penjelasan.

Tanpa Nama berkata...

US selalu berada dalam isu dalaman negara luar kerana negara US tidak ada hasil bumi untuk dijual kecuali senjata. Berbez dengan negara lain contohnya Malaysia, kita ada hasil bumi untuk didagangkan dan perlu menjelaskan simpanan emas kita sebekum mendapat kebenaran mencetak duit.

Di US, spekulasi peperangan adalah "periuk nasi" negara diorang...

Wallahu'alam...

Tanpa Nama berkata...

akgirakhir zaman.salagi islam tak bersatu dan mwdegak kan undang2 islam.dan selagi pak 2 arab berkepentingan diri masing2

Tanpa Nama berkata...

Aku sokong kalau US serang Syiah

Tanpa Nama berkata...

Dulu Sadam pun kata mcm tu jugak last2 hancur Iraq

Unknown berkata...

arab ni betul2 bikin masalah ! x habis2 bikin masalah.jenis bangsa bodoh dan kepala batu ape ??? kalu hidup secara aman hari itu adakah obama nk masuk campur.adakh ini berpunca drpd perasaan benci orang syiah terhdp orang sunni ?kalu gitu k'jaan m'sia kena ambil iktibar drpd peristiwa ini.jgn biarkn orang syiah membiak didalam negara m'sia..

Tanpa Nama berkata...

Aku nak negara2 Islam serang Israel. Jgn tak tau mereka timbulkan berbagai isu panas supaya kekejaman yahudi dilupakan.

Tanpa Nama berkata...

pelik krn ada org yg menyangka ini sengketa sunni dan syiah. sengketa sunni dan syiah hanya wujud apabila sunni majoriti dimana sunni menindas syia. dipakistan setiap hari syia dibunuh oleh pengganas dgn sokongan kerajaan dan wahabi. dimesir sms morsi berkuasa, ulama syia dibelasah hingga mati oleh puak2 salafi takfiri. dinegara yang syia majoriti tiada pergolakan - syia sunni hidup aman. pernah dengar berita sunni kena bunuh di iran? kalau kerajaan iran membunuh sunni diiran nescaya akan jadi tajuk utama akhbar zionis amerika.

bacalah berita alternatif dr alalam news, almanar, ynet, press tv.

Tanpa Nama berkata...

rakyat malaysia perlu jadikan apa yg berlaku ini sebagai iktibar..biarlah kita berlainan fahaman & agama tetapi kita perlu hidup bersatu padu & saling menyayangi...biar negara aman damai...jangan sampai bergolak kerana kaum2 spt US ni akan mengambil kesempatan atas segala peluang yg ada.

Tanpa Nama berkata...

Mng ada tentera sunni yang sedang melawan rejim basyir dgn bantuan amerika sb amerika, saudi dan qatar dan juga turkey bercadang untuk membina paip saluran LNG dan petroleum dari qatar merentasi saudi dan syria utk mendapat monopli pasaran minyak eropah dan amerika.Tak perlu melalui selat hormuz yg dikuasi Iran.Juga paip ini akan mengugat russia sebagai pembekal gas terbesar ke eropah. Masing masing ada kepentingan yang nak di jaga. selepas amerika dpt tumbangkan rejim basyir, pejuang2 sunnni pasti akan dikorbankan. Jadi issue di suria bkan disebabkan sunni atau syiah tp minyak dan gas. Besar kemungkinan amerika yg mendalang senjata kimia keatas penduduk suria utk cari alasan menyerang suria. ini semua permainan amerika dan yahudi.

Tanpa Nama berkata...

Perang Dunia Ke-3 dah berlaku dah di Afganistan, Iraq, Bosnia, Chennya, Sudan, Algeria, Mesir dan Syria kerana perang dunia ke-3 adalah perang yang melibatkan pembunuhan orang Islam Sunnah Wal Jamaah secara besar-besaran oleh musuh Islam