7 Sep 2013

Perlantikan Zahriain: "Macam Tak Ada Orang Lain"


Pengerusi PR Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyifatkan Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) dan Datuk Kamalia Ibrahim (Bekas Naib Ketua Wanita Umno) lebih berwibawa untuk menggalas tugas sebagai duta Malaysia ke Indonesia berbanding Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim.

Dalam laman Twitternya semalam, beliau berkata, ramai lagi calon yang lebih sesuai untuk mengisi jawatan berkenaan berbanding Zahrain.

“Tanya saya siapa lebih layak jadi duta kita ke Indonesia, Datuk Saifuddin Abdullah (bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi) lebih wibawa ataupun Datuk Kamalia Ibrahim (bekas Naib Ketua Wanita Umno), sekurang-kurangnya ada prinsip,” katanya ketika menjawab pertanyaan orang ramai berhubung siapa yang sepatutnya layak menjadi duta.

Zahrain, bekas ahli Umno, menyertai PKR dan bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR.

Zahrain memenangi kerusi Bayan Baru dengan memperoleh 27,618 undi menewaskan calon BN, Ooi Siew Kim yang menerima 16,589 undi.

Beliau keluar PKR awal 2010 dan bertindak sebagai wakil rakyat Bebas kerana hilang kepercayaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Mohammad Nizar turut menyatakan pelantikan bekas Ahli Parlimen Bayan Baru itu tidak lebih hanya ganjaran dan bayaran balik atas jasa ‘pengkhianat’ yang dilakukan kepada PKR dan PR.

“Itulah ganjaran melompat agaknya dan sungguh malang Malaysia mempunyai duta yang begitu sifatnya.

“Ini salah satu lagi hadiah BN kepada rakyat, lebih elok bubuh zul nordin (bekas Ahli Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin), Gobala (bekas Ahli Parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan) bila?,” soalnya. -SH

Habuan jadi duta selepas serang Anwar


Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad menyifatkan pelantikan Bekas Ahli Parlimen PKR Bayan Baru, Zahrain Hashim sebagai duta ke Indonesia adalah ganjaran dan bayaran balik atas jasa pengkianatan yang dilakukan kepada PKR dan Pakatan Rakyat.

Katanya, itulah yang menjadi budaya di dalam Umno BN hari ini bukan memberi jawatan atas dasar kelayakan tetapi berdasarkan politik semata-mata.

Malah katanya, pelantikan ini memberi gambaran sebenar kepada negara luar kerana mereka sendiri akan menilai perkhidmatan berdasarkan penghantaran duta ke luar negara.

"Duta yang dilantik mestilah berintegriti bukan memberi ganjaran politik, ini kerana imej yang ditunjukkan adalah imej yang tidak baik," katanya kepada Harakahdaily.

Ketika ditanya adakah Zahrain layak dilantik sebagai duta, Khalid berkata, Zahrain tidak nampak ada kemampuan itu memandangkan di dalam Parlimen pun beliau kurang menyerlah dari segi idea pembangunan negara.

Melainkan, tambahnya Zahrain hanya lantang menyerang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja di dalam parlimen.

"Kalau mesej itu sahaja yang nampak ia tidak ada benda yang boleh dibanggakan sepatutnya membawa idea-idea yang bernas untuk Malaysia," katanya.

Menteri Luar Datuk Anifah Aman mengesahkan Zahrain Hashim dilantik sebagai duta ke Indonesia.

Zahrain adalah salah seorang pemimpin PKR yang meninggalkan parti itu selepas pilihanraya 2008 dan sejak itu beliau antara yang aktif menyerang Anwar Ibrahim dan membela Najib
-HD

9 ulasan:

Amuraria berkata...

rosaklah mesia bila spesis macam ni diberi pangkat ! apakah kriteria mangkuk kaki kelentong ni?banyak contoh kes busuk atau lasuah punya semua dapat habuan! kuat kencin & kelentong dapat pangkat hahaha mesia boleh ! ABU jangan lupa !

Tanpa Nama berkata...

TAK USAH CERTA LE SIAPA YANG KALIBER DARI SIAPA DALAM UMNO INI .TAK YANG BERKILBAR.KALIBER MENCURI, MEMBUNUH, MEROMPAK,MENYAMUN DAN MENKHIANATI RAKYAT BOLEH HENDAK DIKELASKAN.ITU YANG LAYAK DENGAN ORANG ORANG UMNO INI

Tanpa Nama berkata...

apasal mulut tebal ni najib oiii.@@@@

Tanpa Nama berkata...

Bukan masaalah kelayakan atau kewibaan tapi soal ampusana-ampusini.Yang Najib lantik semua, inilah dasarnya.Prinsip nak balas jasa.



Tanpa Nama berkata...

alahaiii pak jib.... paquic 21

Tanpa Nama berkata...

Silap hari indonesia akan panggil balik kedutaan kalau dia yang kena lantik.

Tanpa Nama berkata...

Jangan lupa prinsip " u help me I help u"...ingat tu....

Tanpa Nama berkata...

falsafah dalam umno...'kalau lurus kurus , kalau bengkok gemok'!!
negara bakal lingkup kalau dasar politik ini berterusan...

Tanpa Nama berkata...

Ade aku kisah.. kata DSNajib