26 Sep 2013

Ni Apa barang? K'jaan Bazir RM15 Juta Taja Kelab Bola Sepak Vincent Tan!


Perbelanjaan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan berjumlah £3 juta atau melebihi RM15 juta melalui penajaan jersi “Front of Shirt Sponsorship” adalah tidak wajar dan membazir.

Penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City milik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan (gambar) untuk tempoh setahun.

Perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom khususnya Negara Eropah Barat.

vinni-tan_getty_2645418bMungkin perbelanjaan tersebut menjurus kepada bantuan kerajaan yang disalurkan kepada ahli perniagaan, Tan Sri Vincent Tan yang memiliki secara langsung Kelab Bola Sepak EPL Cardiff City tersebut. Persoalan lain ialah mengapa kelab bola sepak EPL Cardiff City dan bukannya kelab bola sepak Liga Inggeris yang lain?

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepatutnya lebih kreatif dalam urusan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 selain daripada menaja logo Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff.

Peruntukan sebanyak itu sepatutnya disalurkan kepada Kementerian yang bertanggungjawab dalam membantu kelab-kelab bola sepak tempatan yang sekian lama mengalami kekurangan dana atau sekurang-kurangnya dilaburkan kepada latihan-latihan pemain-pemain muda berbakat yang mampu bersaing dengan pemain antarabangsa.

Rujukan:

Jawapan pertanyaan lisan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan di Dewan Rakyat pada 24 September 2013

Soalan:

YB Tuan Hee Loy Sian minta MENTERI PELANCONGAN DAN KEBUDAYAAN menyatakan:-
a) Jumlah perbelanjaan Kerajaan daripada menaja jersi Kelab Bolasepak Cardiff City dan tempoh penajaan; dan
b) Bagaimana penajaan jersi bola sepak berkenaan dapat menarik pelancong ke Malaysia.

Jawapan:

Datuk Seri Mohamed Nzari Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

Tuan Yang di-Pertua,

a) Kos keseluruhan bagi menaja “Front of Shirt Sponsorship” ini adalah sebanyak £7.35 juta. Daripada jumlah tersebut, pihak Kementerian menampung sebanyak £3 juta bagi sepanjang musim Liga Perdana Inggeris 2013/2013.
Nilai publisiti dan perhubungan awam yang dianggarkan dapat diperolehi daripada penajaan ini di peringkat global adalah seperti berikut:
i) Jumlah penonton televisyen seramai 720 juta orang;
ii) Masa siaran tayangan televisyen sebanyak 217,000 jam; dan
iii) Melibatkan lebih 80 rakan penyiar (broadcasting partner) antarabangsa.

Penajaan ini juga termasuk mengadakan pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff sepanjang musim perlawanan dan hak untuk mempamerkan logo Tahun Melawat Malaysia 2014 sepanjang musim perlawanan.
b) Melalui penajaan jersi Kelab Bola Sepak Cardiff City Football Club telah dapat memperkasakan lagi promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 secara global serta menjadikan Malaysia sebagai Top of The Mind Destination mencapai sasaran ketibaan pelancong. Program kerjasama ini juga berpotensi besar dalam meningkatkan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia terutamanya hih end tourist daripada negara pasaran khususnya pasaran daripada United Kingdom dan Eropah Barat dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia yang disasarkan sebanyak 28 juta oranfg pada tahun 2014. Pasaran pelancong-pelancong daripada United Kingdom dan Eropah merupakan pasaran long haul yang utama bagi Malaysia. -KD
,br>

Kelab bola sepak Vincent Tan ditaja lebih RM15 juta?


Ahli parlimen Petaling Jaya Selatan Hee Loy Sian telah mempersoalkan perbelanjaan kerajaan berjumlah lebih RM15 juta melalui penajaan jersi “Front of Shirt Sponsorship” dengan melabelkannya sebagai usaha yang membazir.

“Perbelanjaan tersebut tidak akan berupaya membayar balik melalui tarikan pelancong hanya dari United Kingdom, khususnya negara Eropah Barat,” kata Hee.

Penajaan tersebut disalurkan kepada Kelab Bola Sepak Cardiff City milik ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan untuk tempoh satu tahun.

Hee juga menganggap bahawa perbelanjaan tersebut menjurus kepada bantuan kerajaan melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan kepada Tan Sri Vincent Tan.

“Persoalan lain ialah mengapa kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) Cardiff City dan bukannya kelab bola sepak Liga Inggeris yang lain?

“Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sepatutnya lebih kreatif dalam urusan mempromosi Tahun Melawat Malaysia 2014 selain daripada menaja logo Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff,” tegas Hee.

Beliau juga berpendapat bahawa peruntukan sebanyak itu sepatutnya disalurkan kepada Kementerian yang bertanggungjawab dalam membantu kelab-kelab bola sepak tempatan yang sekian lama mengalami kekurangan dana.

“Peruntukan itu sekurang-kurangnya harus dilaburkan kepada latihan pemain-pemain muda berbakat yang mampu bersaing dengan pemain antarabangsa,” tambah Hee.

Hee di parlimen semalam telah meminta Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk menyatakan jumlah perbelanjaan kerajaan daripada menaja jersi bola sepak Cardiff City dan tempoh penajaan serta bagaimana penajaan jersi bola sepak berkenaan dapat menarik pelancong ke Malaysia.

Dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Hee, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz telah menyatakan bahawa kos keseluruhan bagi menaja “Front of Shirt Sponsorship” adalah sebanyak £7.35 juta.

“Daripada jumlah tersebut, pihak Kementerian menampung sebanyak £3 juta bagi sepanjang musim Liga Perdana Inggeris 2012/2013,” kata Datuk Seri Nazri.

Tambah Datuk Seri Nazri, penajaan ini juga termasuk mengadakan pameran sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 di stadium Cardiff sepanjang musim perlawanan dan hak untuk mempamerkan logo Tahun Melawat Malaysia 2014 sepanjang musim perlawanan.

Datuk Seri Nazri juga berpendapat bahawa program ini berpotensi besar dalam meningkatkan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia terutamanya “high-end tourists” daripada negara pasaran, khususnya pasaran daripada United Kingdom dan Eropah Barat. Tambahnya, ini akan menyumbang kepada peningkatan bilangan kedatangan pelancong ke Malaysia yang disasarkan sebanyak 28 juta orang pada tahun 2014.
-FMT

5 ulasan:

Amuraria berkata...

akibat lembu lantik penyangak perabis duit rakyat? ABU jangan lupa !

Carlos Santiago berkata...

haritu taja QPR. skng QPR dh jadi taik. lepas ni turn qardiff.

Membazir itu budaya meleis malaysia

Tanpa Nama berkata...

Mr. Nazri berapa kerat orang Eropah nak datang Malaysia untuk melancong??????? Kebanyakkan orang putih lebih suka melancong ke Indonesia (especially Pulau Bali) dan Hawaii berbanding dengan Malaysia kerana sana ada lebih banyak tempat yang menarik.

kalau pun beria sangat nak taja kelab bola sepak pun, tajalah kelab bola sepak China atau Jepun kerana diaorang pelancong paling ramai datang ke Malaysia dan boleh dikatakan hari - hari anda boleh nampak diaorang berjalan - jalan di bandar - bandar besar di Malaysia lebih - lebih lagi Sabah dan Sarawak.

Apa boleh buat dah jadi dasarkan UMNO untuk UTAMAKAN KRONI DAN RAKYAT DIPERBODOHKAN.

Tanpa Nama berkata...

Liga super pun susah nk taja

Tanpa Nama berkata...

muka vincent tan macam sial