26 Sep 2013

Kembalinya Sebutir Permata Islam Ke Rahmatullah


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak kembali ke rahmatullah jam 11.10 pagi ini di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Jenazah almarhum akan disemadikan di Muasasah Darul Ulum, di sini petang ini.

Keadaan kesihatan Azizan sebelum ini dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius.

Beliau dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang bulan lepas dan terpaksa diberi bantuan kecemasan pukul 3 pagi Rabu.

Menteri Besar Kedah ke-10 selepas Datuk Seri Mahdzir Khalid itu diketahui umum menghidap kencing manis sejak sekian lama dan pernah menjalani pembedahan pintasan jantung pada 2005.

Pada Ogos 2011, Azizan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk membuat pemeriksaan perubatan berkala (susulan) pembedahan lalu.

Beliau menjalani imbasan MRI (pengimejan resonans magnetik) dan rawatan menstabilkan tekanan darah tinggi di samping mengawal paras gula.

Pada 6 Mei 2013, beliau dimasukkan ke Pusat Perubatan Kedah selepas berasa sakit di kaki dan dipindahkan ke ICU di Hospital Pulau Pinang keesokannya sebelum dilaporkan koma.

Bagi mengelakkan jangkitan merebak, kedua-dua kakinya terpaksa dipotong pada 9 Mei.

Beliau adalah Pesuruhjaya PAS Kedah dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Kedah.

Beliau menjadi Menteri Besar selepas PAS dan PKR membentuk kerajaan negeri Kedah atas kemenangan dalam pilihan raya umum pada 2008.

Pada 1 Jun 2013 beliau antara penerima darjah kebesaran, bintang dan pingat Persekutuan sempena sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Beliau menerima Darjah Panglima Setia Mahkota (PSM) yang membawa gelaran Tan Sri.

Azizan pernah menjawat jawatan sebagai Ketua Jabatan Syariah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau juga merupakan Pengarah Urusan Harakah dan tenaga pengajar di sekolah yang didudukinya iaitu Maktab Mahmud, Alor Setar pada 1966.

Beliau pernah menjadi pensyarah pelawat Mindanao State University, Filipina dan pensyarah sambilan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)(1983-1984, 1986-1995).

Beliau adalah Naib Presiden PAS (2003-2005), Ketua Penerangan PAS Pusat (2001-2003), Ahli Majlis Syura Ulama PAS (1991 hingga kini) Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (1993 hingga sekarang) selain menjadi Pesuruhjaya PAS Kedah (2000 hingga sekarang), Setiausaha Perhubungan PAS Kedah (2000 hingga sekarang) dan mewakili PAS ke MAPEN (1989).

Beliau memenangi DUN Sungai Limau (dahulu dikenali sebagai DUN Sala) mulai 1995 hingga 2013 mengalahkan calon dari Barisan Nasional. Alfatihah...

7 ulasan:

BaDiN berkata...

ALFATIHAH.
TAKZIAH BUAT AHLI KELUARGANYA DAN PAS KEDAH.

Tanpa Nama berkata...

Assalammu'alaikum,
Kepada anak muda yang menggelar diri mereka pejuang samada PR atau BN yang sering tersasar dan tersasul dalam memberitakan sesuatu mengenai Al Marhum, sehingga boleh dibawa kepada ta'rif FITNAH & UMPAT....
sempat kah kamu semuamohon maaf kepada AlMarhum?

INGAT FITNAH & MENGUMPAT adalah antara dosa yang Allah tidak mahu ampuna melainkan tuan punya diri memaafkan.

Awaslah para bolggers, facebookers, twitters, webpagers, whatsapp dll, berhati-hati berbicara berhemah berkata.....

Tanpa Nama berkata...

alfatihah.. moga ruh arwah dilimpahi rahmat ketika bertemu tuhannya. para pencacai yg hidup menabur fitnah dan mereka- reka cerita keliling kg juga kelak pasti akan hidup. hidup selama-lamanya... w'salam.

abe berkata...

al fatihah..semoga rohnya dicucuri rahmat

Andre Irwan berkata...

Al Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah swt. Amin.

Tanpa Nama berkata...

Kepada para pemfitnah, selain yg disebut oleh kawan kita ni, bersedialah untuk menyerahkan pahla amalan anda kpd Almarhum diyaumil akhir nanti. Itulah yg pernah disabdakan oleh Nabi SAW sebagai otang yang muflis.

gengster melayu alaf baru. berkata...

Alfatihah.
Moga roh beliau d tmptkan bersama para syuhada dan para anibiya...amin..