17 Sep 2013

Mana Lesap RM52 bilion Saham Bumiputera?


Datuk Seri Najib Razak perlu jelaskan ke mana lesap RM52 bilion saham Bumiputera sebagaimana diakui Perdana Menteri itu pada 24 Mac 2011.

“Berapa bilion wang rakyat lesap kerana rasuah dan salah tadbir kerana tiga tahun lalu, Najib mengakui daripada RM54 bilion nilai saham diperuntukkan kepada Bumiputera, hanya RM2 bilion kekal di tangan masyarakat itu.

“Persoalannya ke mana hilang RM52 bilion saham itu,”
kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam kenyataan.

Beliau merujuk pengumuman Najib sebelum itu yang mengunjurkan beberapa langkah kononnya untuk memperkasa ekonomi Bumiputera.

Antara lain, Najib mengumumkan dana tambahan berjumlah RM700 juta kepada Tekun Nasional dan tambahan pembiayaan pinjaman Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebanyak RM300 juta, serta memperkenal Skim Permulaan ‘Entrepreneur’ Baharu Bumiputera (Superb).

“Sudah tentu mengangkat martabat Bumiputera cabaran besar buat Malaysia, namun PM dan Timbalannya perlu menjawab mengapa Bumiputera kekal lemah di bawah Umno yang memerintah sejak lebih 50 tahun lalu,” tegas Nik Nazmi.

“Najib juga harus menjelaskan mengapa jurang sosioekonomi masyarakat semakin melebar,” kata beliau yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Beliau mendesak Najib tidak menyalahkan Bumiputera ekoran kegagalan golongan itu mencapai ekuiti 30 peratus dalam Dasar Ekonomi Bumiputera (DEB).

Katanya, ini kerana Umno seringkali mendakwa hanya parti itu layak memerintah Malaysia, manakala bagi yang menolak dianggap pengkhianat.

“Hakikatnya, Umno bertanggungjawab atas kelemahan Bumiputera. Rakyat sering menjadi mangsa kegagalan dasar Umno BN kerana parti itu mementingkan retorik.

“Pendekatan mereka hanya membelanjakan wang untuk semua masalah dengan harapan masalah itu kononnya selesai,” katanya.

Menurutnya, pengumuman Najib pada 14 September lalu sekadar menunjukkan kelemahan Bumiputera yang dimanipulasi Presiden Umno itu sebagai kempen menjelang pemilihan Umno Oktober ini. -KD

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ada orang Melayu/UMNO kisah, janji BR1M tahun hadapan dinaikkan sebagaimana kenyataan tempohari. RM52Billion bukan duit rakyat , rakyat tetap selesa macam ni juga.????@@@@@??

Andre Irwan berkata...

Senang saja nak jawap soalan ni.
Semua ni salah DSAI, LGE, TGNA, ... depa ni yang songlap saham RM52 billion tu.
Aku masih ingat kata-kata hikmah daripada mendiang ayah aku, "Berilah kail pada anak hang dan jangan bagi dia ikan atas alasan ikan akan habis dimakan tapi kail boleh digunakan untuk mendapatkan ikan semula malahan mungkin boleh dapat lebih banyak ikan lagi".
Pemberian BR1M ni macam kaedah memberi ikan yang tidak memberi apa-apa faedah. Tahu tak apa maksudnya kail tu? Pi tanya orang cina apa tu kail? Apa yang orang cina dok pertahankan pada hari ini? Orang Cina bukan minta duit tapi PENDIDIKAN. Itulah kail yang depa dok minta. Dengan kail ni depa jadi bijak dan berkemampuan. Dengan sebab kail ni juga, dah ramai orang Melayu memaling muka dan menyisihkan diri dari UMNO.
Pendidikan bukan saja dapat digunakan sebagai kail malahan boleh mengubah manusia menjadi insan.
Ingat kata allahyarham P. Ramlee, "Barang yang lepas jangan dikenang." Kita harus pandang ke hadapan. Hanya kita yang boleh mengubah nasib dan bukan UMNO. Kalau tak percaya, rajinrajinlah baca Al-Quran dan tafsirannya.

Tanpa Nama berkata...

52b dh lesap, x penting.yg penting UMNO berkuasa selamanya....endlesss possibilitiesssssssssss....

Tanpa Nama berkata...

Apa tidak lesapnya lu berikan dahulu kroni. Bumiputera macam mana nak maju, cara BN / UMNO beri bantuan adalah cara mengalakkan bumiputera jadi malas. Thank UMNOlah maka lahir rakyat terlalu bergantung kepada kerajaan sampaikan nak berdikari pun tak dapat dah kesan pemberian subsidi kerajaan dengan cara yang tidak betul.

Nak berikan sudsidi kepada rakyat adalah bagus beri subsidi kena beri kepada orang yang sesuai bukan orang yang malas pun kau nak kasih subsidi juga.

Tanpa Nama berkata...

Saya syurkan satu Debat Perdana diadakan dan disiarkan secara langsung menerusi media TV1,TV2,TV3 & TV9. Tajuk debat; 50 Tahun BN Memerintah - Ekonomi Melayu Ditahap Mana.