15 Ogo 2013

[VIDEO & GAMBAR] Syawal Berdarah Di Mesir, 450 Terbunuh, Ribuan Cedera


Lebih 450 penyokong bekas Presiden Mohamad Morsi terkorban sehingga kini manakala lebih 10,000 cedera apabila tentera dan polis Mesir menyerbu tempat perhimpunan mereka di Dataran Rabaah Adawiyah.

Selain menggunakan jentolak dan kenderaan berat yang lain, tentera memasuki kawasan perhimpunan dengan dibantu helikopter yang menembak dari udara.

Bunyi tembakan terus bergema di kawasan ini ketika ambulan tidak dibenarkan masuk untuk membawa keluar mereka yang tercedera.

Akibat daripada itu, penyokong Morsi mengisytiharkan mogok awam dan menutup pejabat awam tempat mereka bekerja di seluruh negara bergolak itu.

Wisma negeri di Aswan dan Arish sehingga kini tidak beroperasi.

Orang ramai juga mula berkumpul di masjid di seluruh Kaherah termasuk di Masjid Asad Al-Furat di Dokki, Masjid Istiqomah di Giza, Masjid Fath di Ramsis dan Masjid Nour di Abbasiyah.

Mereka dijangka akan berarak ke tempat kejadian bagi membuat bantahan dan bakal menghasilkan kematian yang semakin banyak.

Siaran TV secara langsung dari Dataran Rabaah juga dihentikan manakala penembak tepat dikatakan menembak pihak yang mengambil gambar dari helikopter mereka.


Naib Presiden, Mohamed ElBaradei umum letak jawatan


KAHERAH: Naib presiden Mesir, Mohamed ElBaradei mengumumkan perletakan jawatannya pada Rabu.

Perletakan jawatan itu dibuat ekoran keganasan yang tercetus di negara itu berikutan tindakan keras ke atas penyokong bekas Presiden Mohamed Morsi.

Mesir mengisytiharkan darurat selama sebulan bermula pukul dua petang GMT (10 malam waktu Malaysia).




5 ulasan:

Mat Som Sadona berkata...

Tentera Mesir memang laknat
yg mati sebenarnya lebih 2600 orang
dan akan bertambah lagi

Awanama berkata...

TUTUP KEDUTAAN MESIR... NAJIB ADA BERANI KA?

Awanama berkata...

M'sia tgk ja ka bersuara pun tak... tak faham aku hempeh

waksab berkata...

Semoga Allah segera memberikan pembalasan kepada puak terlaknat yg merampas kerajaan sah Morsi...Amin..Al-fatihah kpd as syahid..
waksab.blogspot.com

Awanama berkata...

Abdul Fattah As Sisi dan Menteri Dalam Negeri Mesir al laknatullah wajib dihadapkan ke Mahkamah Antarabangsa di dalam kes Crime against Humanity..kerana pembunuhan..tetapi US dan Israel laknat itu akan melindungi kedua-dua silaknat ini!! Itu saya pasti..kerana apa? Kerana yg mati tu orang Islam..penyokong parti Islam..cuba yg mati itu puak2 kafir atau munafik...confirm US akan kutuk habis-habisan. Satu cara saja utk lawan tentera Mesir yg kononya ikut arahan...JIHAD!!!Jihad seperti Syria...ayuh bangun Ya Akhi Ikhwanul Muslimin dan Muslim Ummah!!Bangun dari tidur kita!! Tentang puak2 MUNAFIK yg nama mereka seperti kita, orang Islam, tetapi sifat munafik!!!