28 Ogo 2013

Kes Altantuya Cemarkan Imej Malaysia, Sanggupkan Najib Pohon Maaf Kepada Mongolia?


Datuk Seri Najib Razak perlu memohon maaf kepada keluarga mendiang Altantuya Shaariibu dan Kerajaan Mongolia ekoran kegagalan institusi kehakiman Malaysia menyelesaikan kes pembunuhan model kelahiran negara itu.

Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Azan Ismail berkata, Perdana Menteri kena bertanggungjawab kerana kes pembunuhan itu melibatkan rakyat negara luar.

altantuya_najib“Sebagai Perdana Menteri, Najib perlu bertanggungjawab. Jika gagal, sudah pasti imej Malaysia akan tercalar sekaligus mengundang persepsi negatif terhadap jaminan keselamatan dan kelemahan penghakiman di negara ini,” tegasnya menyarankan Kerajaan Malaysia mencontohi penanggungjawaban seperti Kerajaan Britain.

Beliau merujuk tindakan Perdana Menteri Britain, David Cameron yang memohon maaf secara terbuka kepada Ashraf Rossli, 20, pelajar Malaysia yang dipukul dan dirompak di London pada 2011.

“Jika Najib takut, biar sahaja (Tan Sri) Muhyiddin Yasin menggalas tanggungjawab itu,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bandar itu ketika dihubungi.

Tegas Azan, keperluan tersebut penting bagi menjamin hubungan antara kedua-dua negara.

“Beranikah beliau berdepan dengan keluarga mendiang dan memohon maaf kerana kejadian itu berlaku di Malaysia?” soalnya.

Beliau menambah, berjiwa besarlah Najib jika sanggup mengaku salah atas apa yang berlaku terhadap warga Mongolia itu. -KD

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

apalah sgt mongolia pd najib. umpama dua darjat. melainkan mendiang itu warga US, Britain atau negara yg betkedudukan lebih tinggi, tentu awal2 lg dh mohon maaf. sombong dan angkuhnya negaraKu Malaysia...

Cik Itah berkata...

panas isu ni..no komen :)

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya dalam keadaan ini Perdana Menteri dengan segera mengarahkan pihak polis menyiasat sampai ke lubang cacing siapa pembunuh sebenar mendiang Altantuya dan bawa ke pengadilan.

Sebagai PM Malaysia beliau tidak sewajarnya duduk diam tanpa memberi penekanan dalam kes ini kerana boleh menjejaskan nama baik negara, badan kepolisan dan kehakiman.

Itu pandangan saya..wallahu'alam.

Tanpa Nama berkata...

Tapi amat menghairankan kenapa najib buat diam aje, seolah tiada apa berlaku. BIG QUESTION MARK

Tanpa Nama berkata...

Hj najib dah pergi haji. Dia dah bertobat.

Forgive me O' Lord. For I have sinned.