4 Jul 2013

Utusan Kalah Lagi .. Diperintah Bayar RM250,000 Kepada Nizar


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengarahkan Utusan Melayu (M) Bhd.membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin berhubung fitnah terhadapnya berkenaan isu pembidaan plat WWW1 yang berharga RM520,000. Hakim, Datuk Rosnaini Saub turut mengarahkan ahkbar pro Umno itu membayar kos guaman sebanyak RM30,000. Peguam Mohammad Nizar, Zamri Ibrahim berkata, plaintif iaitu pihaknya telah berjaya membuktikan wujudnya elemen-eleman asas fitnah didalam laporan berita bertarikh 21 Mei 2012 dan ianya terbukti merujuk kepada plaintif. Beliau yang mewakili plaintif bersama seorang lagi peguam, Mohd Fitri Asmuni berkata, mahkamah tidak bersetuju dengan defendan (Utusan Melayu (M) Bhd.) yang merujuk kepada alasan penghakiman di dalam saman fitnah Nizar terhadap TV3 kerana ianya melibatkan pihak yang berbeza serta diputuskan oleh Mahkamah Tinggi yang bidang kuasanya setara dengan mahkamah ini. Zamri berkata, defendan gagal dalam pembelaan justifikasinya apabila mahkamah memutuskan defendan tidak melaporkan berita, sebaliknya memutar belitkan kenyataan plaintif kononnya plaintif membuat komen terhdap Sultan Johor sedangkan plaintif tidak berbuat demikian. Tambah beliau, defendan juga gagal dalam ulasan saksama apabila perkara yang dilaporkan adalah bukan merupakan komen tetapi suatu pernyataan dan defendan tidak bergantung kepada komen yang adil dan saksama. “Plaintif menyatakan berkenaan pembelian nombor pendaftaran WWW1 pada harga yangg tinggi tetapi dalam laporan defendan menyatakan Sultan Johor salah guna wang rakyat. “Ianya adalah amat jauh tersasar dari komen yang adil,” jelasnya. Ujar beliau, defendan juga gagal dalam pembelaan perlindungan bersyarat walaupun berita itu berkepentingan awam tetapi defendan tidak membuat pengesahan terlebih dahulu daripada plaintif. “Laporan itu jelas menyentuh paparan Twitter plaintif tetapi defendan tidak paparkan kandungan yang sebenar sebaliknya defendan menokok tambah dengan mengaitkan Sultan Johor sedangkan ianya tiada dalam Twitter plaintif,” ujarnya lagi. Dalam pada itu, Mohammad Nizar ketika dihubungi melahirkan rasa syukur dengan keputusan yang diputuskan oleh hakim itu. “Ini bukan kali pertama kami (Pakatan Rakyat) menang, sebelum ini berpuluh-puluh saman kami menang, namun mereka (Utusan) tidak serik membuat fitnah. “Saya bersyukur dengan keputusan ini dan terbukti segala dakwaan yang dilemparkan terhadap saya tentang kes ini (pembidaan plat WWW1) ternyata fitnah sama sekali,” jelasnya lagi. Adun Changkat Jering itu sebelum ini membuat keputusan untuk menyaman akhbar lidah Umno tersebut selepas memfitnah beliau dengan mengatakan beliau menuduh Sultan Johor menggunakan wang rakyat untuk membida nombor kenderaan WWW1 berharga RM520 ribu di keluaran bertarikh 21 Mei 2012. -HD



Ulasan GB

Alhamdulillah, rezeki Datuk Nizar.

Jangan lupakan GB Datuk Seri.... daripada RM250,000 tu belanja GB RM250 pun jadilah... hehehe

Apa-apa pun tahniah daripada GB, belum sempat pun ucap sempena kemenangan sebagai ADUN Changkat Jering.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

rm banyak tu bole la wat moreh mana2 umah anak yatim / orang tua dan lain2 hasnaf yg fakir lagi miskinnnnnnn.

kayu_cemeti berkata...

GB kena cari peluang lah nampaknya jika statment disalah tafsir olih akhbar pembungkus belacan umno nanti jangan alang alanglah saman 100juta dapat 50juta GB kena pulak belanja ana sahabat lama anta nih dapat 50k belanja ana agak2 kedekut tak haha tanya nih

topol-m berkata...

cantekkkk....asyik kene bayar saman je utusan ni.....